CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2713|Reply: 11

Hanya mendambakan kebahagiaan..

[Copy link]
Post time 8-10-2013 02:44 AM | Show all posts |Read mode
Salam..confuse saya nak story masalah ni di board mana..just nak tanya pendapat kalian, rakan-rakan..moga ada yang ikhlas dan jujur dalam memberi pendapat..insyaAllah..

Saya insyaAllah merancang utk berkahwin pada tahun hadapan..yang mana selewat-lewatnya pertengahan tahun hadapan..if tiada aral melintang. Cuma, pasangan wanita saya, pernah berkahwin tahun lepas. Tapi perkahwinan dia berakhir lebih kurang setahun..saya difahamkan bekas suaminya merupakan kaki pukul, kuat menipu, bermain judi, malas pergi bekerja dan mencuri harta keluarga. If blh, saya tak nak cerita keburukan bekas suami dia..tapi saya tahu mesti ada rakan-rakan tertanya-tanya, punca pasangan saya bercerai kan..so terpaksalah..sebab saya nak pandangan dan komen yang dapat memahami cerita saya, if tak secara detail pun.

Dipendekkan cerita, ibu bapa pasangan saya ada membawa pasangan pergi berjumpa dengan ustaz ketika pasangan dalam proses bercerai..ustaz ni mendakwa bekas suaminyanya ada berjumpa bomoh..termasuk bomoh siam. Ini bermaksud, kemungkinan besar bekas suaminya menggunakan ilmu pengasih dalam memiliki hati pasangan saya dahulu.. (mereka kenal dan berhubungan selama 6 tahun sebelum kahwin). Senang cakap, pasangan saya hanya nampak keburukan bekas suaminya hanya selepas kahwin. Ini bermaksud, jika sebelum kahwin if ada adik beradiknya menceritakan keburukan teman lelakinya (bekas suaminya), pasangan saya tidak akan percaya. Hanya selepas kahwin baru dia nampak keburukan bekas suaminya seperti bermain judi, selalu memukulnya dan lain-lain.

Selepas sahaja mereka bercerai, bekas suaminya masih menganggu pasangan saya sampaikan pasangan terpaksa menukar no HP..jika tidak ditukar, HP nya asyik mendapat sms dan panggilan dari bekas suaminya..bekas suaminya sampai mengugut untuk datang ke tempat kerja..dan pernah juga cermin keretanya dipecahkan (tidak tahu angkara siapa..tetapi pasangan saya mengesyaki angkara bekas suaminya). Jadi..ketika saya dan pasangan tengah bahagia dalam menikmati momen sekarang..selain masih menjaga batas-batas perhubungan..memang tak dapat dinafikan baik saya mahupun pasangan, tidak dapat lari dari risau memikirkan, samada if benar bekas suami pasangan saya pernah berjumpa bomoh dan membuat ilmu guna-guna sebelum ini, jadi tidak mustahil untuk dia menggunakan sihir pada masa hadapan, utk samada menganggu hubungan kami..mahupun cuba memiliki kembali pasangan saya untuk menjadi miliknya.

Saya dan pasangan teringat insiden-insiden sihir terhadap suami isteri seperti
1) Menyebabkan hubungan dan komunikasi suami isteri ini terasa panas dan tegang tanpa sebarang punca yang sahih..
2) Suami gagal melakukan hubungan suami isteri terhadap isterinya..sedangkan suaminya tiada masalah kelakian.
3) Isteri teringat bekas kekasih or seseorang yang bukan suaminya tanpa sebarang sebab..dan rasa menyampah melihat muka suami tanpa sebarang sebab.
4) Lain-lain.


Maybe baik saya dan dia terlalu risaukan perkara ini..tapi ia tidak mustahil berlaku..sebab takkan ustaz itu hendak menipu..? Dan if ada langkah-langkah pencegahan sekarang yang boleh dilakukan, maybe lebih baik dilakukan daripada tidak berbuat apa-apa. Saya hanya pesan kepada pasangan, supaya menjaga solat 5 waktunya dan berdoa semoga, apa yang kami risaukan ini tidak berlaku.
Saya sebagai orang islam, agak pelik macamana ada orang Islam lain yang tahu kebenaran agama Islam tetapi sanggup bersekongkol dengan jin  syaitan demi mencapai hasrat duniawi? Apakah tiada akhirat untuk mereka? Ke tidak tahu betapa besar dosa sihir itu..? Saya tidak mahu menuduh bekas suaminya samada betul atau tidak dia pernah menggunakan ilmu pengasih kepada pasangan saya..just mampu berdoa supaya dia mendapat hidayah.

Saya dan pasangan tengah bahagia sekarang. Semoga kami dapat membentuk satu keluarga yang diredhai Allah..yang mana hasrat kami ingin menjadi pasangan keluarga yang hidup berlandaskan kehidupan di dunia dan akhirat..insyaAllah..moga apa yang kami rancang menjadi kenyataan..dan sebagai manusia, memang kita tidak dapat lari dari menerima ujian dan rintangan. Tapi biarlah ujian atau rintangan yang dapat dilihat dari mata kasar..dan semoga ia bukan sihir..moga dijauhkan. Amin..

Doakan saya dan pasangan kawan-kawan. Last edited by last_forum on 8-10-2013 03:41 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2013 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru syak je ni brader.. xtau lg tahkan hanya bekas laki mem ko ni gile talak je. Hehe. Tp.. worst come to worst, kalo btl tekaan korg tu korg kene cari something la kan utk pastikan berkekalan.. ya aku doakan semoga segalanya berjalan dgn lancar
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 05:18 PM | Show all posts
amalkan ayat-ayat yang berkaitan menghalang sihir sbg pendinding diri lah ... tanya ler kat ustaz2 ayat yang baik diamalkan... sy hanya tahu ayat kursi je pun... apa pun moga dpermudahkan...

nti kalau dah selamat kwin.... soh ustaz pagar umah korang siap2 ... orang dengki kita tak taukan ... baik berjaga2 tambah dah pernah ada kes mcm nie... takut jugak kalau dia letak apa2 kat kawasan rumah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2013 01:13 AM | Show all posts
thanks...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 03:30 AM | Show all posts
As Salam..

Teruskan niat nak berkahwin tuh...mende baik...dgn niat yg ikhlas..InsyaAllah diberkati..

Ilangkan la segala fikiran2 negatif ttg bekas somi bakal isteri...sentiasa doakan yg terbaik utk..korang suami isteri dan xsomi isteri...minta Allah beri petunjuk dan hidayah...

Sentiasa amalkan solat berjemaah....kat rumah dan masjid jika ada masa....

banyakan bersedekah dgn ikhlas walau dgn 20 sen...dan amalkan sedekahkan Alfatihah utk diri sendiri, isteri dan semua umat islam lepas solat

sentiasa bersangka baik...

amalkan doa2 pelindung dan amalan sunnah....

InsyaAllah segala2nya akan dipermudahkan dan diberi kebahagiaan..Ammmeeennn..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2013 03:34 AM | Show all posts
akula203 posted on 9-10-2013 03:30 AM
As Salam..

Teruskan niat nak berkahwin tuh...mende baik...dgn niat yg ikhlas..InsyaAllah diberkat ...

lega membacanya..terima kasih banyak-banyak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-12-2013 09:27 AM | Show all posts
i ll pray for u bradah
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 09:38 PM | Show all posts
pasangan anda;belum berkahwin dengan pasangannya dulu xnampak buruk pasangan dia sebab tengah cinta maut...bila dah kawin nampak buruk je...sebab dah dok sekali/bersama nampakla buruk2 yang dicover dulu.....
kenapa percaya benda syirik...bomo xterpakai..ustaz tidak akan menuduh begitu..orang sekarang berani je main2 ayat alquran..utk dapatkan duit...

nasihat saya..kenapa libatkan diri dengan masalah macam ni..tapi ko pun cinta maut juga dengan pompuan tu,,maka ko dok nampak buruk expasangan je la..nanti duduk sekali ko pula nampak keburukan pasangan ko..

kadang2 pompuan kena pukul semua tu asal dari pompuan tu juga..provoke xhingat..

heheehe..pendapat aku xmenepati apa yang ko minta ...
carilah pompuan yang xdak masalah bro...tapi ko pun cinta maut..dah bahgia kekdahnya patut xde masalah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2013 09:52 AM | Show all posts
macam perempuan je gaya menulis
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 11:34 AM | Show all posts
calling for @hantukiller kasi sepatah dua kata wak.. ;)
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 02:46 PM | Show all posts
artcrime posted on 6-12-2013 11:34 AM
calling for @hantukiller kasi sepatah dua kata wak.. ;)

Tak tau la nak beri sepatah dua kata



Tapi yg senang ialah, dah terniat nak kawin tu, kawin jek, mintak  Allah sentiasa melindungi, mintak Allah jaga, dan mintak pada Allah apapun tanpa malu dan jemu.

Jangan takut pada sihir dan sebagainya sebab tipudaya syaitan itu lemah

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 04:46 PM | Show all posts
hantukiller posted on 6-12-2013 02:46 PM
Tak tau la nak beri sepatah dua kata

Sepatah dua je wak.. ni berpatah2 dah hehehe..

Kalau tt was was wak buleh ajarkan zikir2 kan.. mcm kat thread2 mistik yg aku baca..

Tp kalau ikut situasi TT ni lebih kepada was2..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
[Netflix 2021] SQUID GAME Season 1,2,3 - Lee Jung Jae, Lee Byung Hun, Wi Ha Joon, Gong Yoo ~ 26 Dec 2024 (Season 2), 2025 (Final Season)
Rahah[Netflix 2021] SQUID GAME Season 1,2,3 -
Views : 29125 Replies : 254
...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
seribulan...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
Views : 44248 Replies : 29
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 11125 Replies : 449
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 47200 Replies : 1958
siri ikonik Korea, Squid Game 2 ditayangkan di Neflix hari ini
YgBenarsiri ikonik Korea, Squid Game 2 ditayang
Views : 13087 Replies : 5
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 232317 Replies : 1832
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 109982 Replies : 1152
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 52274 Replies : 1477

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 09:58 AM GMT+8 , Processed in 0.060198 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list