CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11959|Reply: 75

Media Barat Puji Yuna Sopan

[Copy link]
Post time 9-10-2013 10:06 AM | Show all posts |Read mode
Dalam arena muzik di barat, trend sentiasa bertukar. Namun, penyanyi yang seakan ‘bogel’ bukahlah satu perkara baru di sana. Trend ini dimulakan oleh Madonna pada tahun 80′an, dan dia kekal sebagai satu-satunya penyanyi yang menampilkan imej sebegitu pada masa itu.
Kini kita di tahun 2013, dan ramai penyanyi barat yang mahu mencapai apa yang dilakukan oleh Madonna dengan menampilkan imej sepertinya. Lady GaGa misalnya memang dikenali kerana imej yang pelik dan seksi, begitu juga Rihanna yang sering mencuri perhatian dengan pakaiannya, dan imej yang ditampilkan Miley Cyrus yang ‘vulgar’ baru-baru ini juga mengejutkan banyak pihak.

Bagi blog feminis Jezebel.com, imej yang ditampilkan mereka adalah sesuatu yang biasa dilihat, sebaliknya imej yang ditampilkan oleh penyanyi berbakat besar kelahiran Malaysia iaitu Yuna ialah sesuatu yang ‘menyegarkan’. Penulis Dodai Stevens berkata dalam artikelnya yang mendapat lebih 20,000 ‘Facebook likes‘:-
Tetapi baru-baru ini saya telah memberi perhatian kepada penyanyi yang bernama Yuna. Dia memiliki suara yang indah, dan menyanyikan lagu berentak pop tentang perkara-perkara yang biasa – bertemu seorang lelaki yang ‘cute’, jatuh cinta. Semasa saya menonton video (muzik) ‘I Wanna Go’, lebih kurang seminit berlalu sebelum saya menyedari apa yang berlainan tentang Yuna: seluruh badannya bertutup. Kepalanya bertudung, dan pakaiannya bertutup dari leher hingga ke buku lali.
Dia seorang graduan muslimah jurusan undang-undang. Dan itulah yang menarik. Jangan salah faham: saya tidak percaya wanita perlu menutup keseluruhan badan. Cuma dalam lanskap muzik masa kini, melihat wanita itu menyanyi tanpa mendedahkan alur payu dara, alur pinggang atau bentuk punggung memberikan perasan segar dan baru.
Secara sarkastik, Dodai menambah tidak ada apa-apa yang mengejutkan lagi dengan selebriti Hollywood, apabila mereka sesama mereka berusaha untuk mencuri perhatian dengan membuat kemunculan demi kemunculan dengan memakai ‘thong’ atau pakaian seksi yang lain.
Sebaliknya, apa yang ‘mengejutkan’ ialah jika Miley Cyrus masuk ke universiti dan boleh memberikan pendapat berilmu menggunakan metod perbincangan yang diperkenalkan oleh ahli falsafah terkenal iaitu Socrates.
Apa pendapat anda?



Kredit Bang Nara



ps: BF die sopan tak?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2013 10:11 AM | Show all posts
Bf dia belum dapat hidayah. Lama-lama dia
Insaf la lagi alim dari yang dah lama muslim
Ko hado?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2013 10:12 AM | Show all posts
shanshero posted on 9-10-2013 10:11 AM
Bf dia belum dapat hidayah. Lama-lama dia
Insaf la lagi alim dari yang dah lama muslim
Ko hado?

Ado, hahahaahahahah

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 10:16 AM | Show all posts
yuna makin lama makin cantik...
tp skrg dia mcm kurus sgt le
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 10:20 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 10:25 AM | Show all posts
Alhamdulilah masih tetap menutup aurat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2013 10:34 AM | Show all posts
semoge tak lupe diri ye yuna....
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 10:41 AM | Show all posts
hahahahaha
btol Dodai Stevens ckp,
klu Miley Cyrus masuk university mmg la sgt mengejutkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2013 10:43 AM | Show all posts
iolll pun sopan gak...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 10:47 AM | Show all posts
org malaysia ckp yuna makin seksi tp org barat ckp yuna sgt sopan.

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 10:49 AM | Show all posts
oklah tuu... positif je la... bf dia tu blakang kira...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 10:57 AM | Show all posts
Yuna ni macam 'dipandang' la jugak kewujudannya bedasarkan artikel2 yang ditepek...tapi aku pelik jugak ngape views mv dia kat utube sikit je ek..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 10:58 AM | Show all posts
naper perlu dedah2 klu dah sora sedap dan lagu sedap sure org suka
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 11:08 AM | Show all posts
ku lebih suka Yuna bertudung gaya Hana Tajima dr gaya Urban versi Afrika tu...
tolong lah Yuna jgn pakai tudung style gitu...
kekalkan kesopanan anda...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 11:13 AM | Show all posts
Sapa kata BERTUDUNG menghalang retis go international............????
Pokoknya, suara, persembahan dan muziknya yang ada standared international.
Kalau nyanyi lengok kampong, bogel pun orang international tak perasan........
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 11:16 AM | Show all posts
dh xde yg sopan kat sana..
terkagum lah diorg bila tgk yuna
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2013 11:18 AM | Show all posts
Semoga Yuna memberikan persepsi baru terhadap industri muzijk kat sana. Lagu2 yuna banyak membawa maksud yang positive, tak hanya pasal cinta cintun...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 11:22 AM | Show all posts
salute lah kt yuna ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 11:23 AM | Show all posts
i agree with the writer
go yuna!
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
MissMamamia75 posted on 9-10-2013 11:08 AM
ku lebih suka Yuna bertudung gaya Hana Tajima dr gaya Urban versi Afrika tu...
tolong lah Yuna jgn  ...

aku rasa kita patot give her a time... bg famous kaw-kaw dulu, baru erdakwah jadik role model pakai labuh, tudung tutup aurat. go yuna!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.077321 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list