CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17857|Reply: 120

Kerjaya Dan Publisiti Kini Nombor 2 – Fasha Sandha

[Copy link]
Post time 9-10-2013 03:06 PM | Show all posts |Read mode

Kredit foto Faisol Mustafa.

Sejak bergelar isteri dan ibu, Fasha Sandha mengakui publisiti bukan lagi menjadi keutamaan buat dirinya biarpun masih aktif dalam dunia lakonan. Sebaliknya, aktres jelita ini sekarang lebih memberi tumpuan pada keluarganya. Meskipun kini dia jarang muncul di dada akhbar juga kaca TV berbanding sewaktu zaman anak daranya, namun Fasha bersyukur kerana hampir 10 tahun dalam industri lakonan, dia masih diberi peluang dan kepercayaan untuk menjayakan pelbagai watak baik dalam drama mahupun filem.

"Alhamdulillah saya suka dengan perkembangan saya sekarang. Walaupun ramai pelakon baru tapi saya masih ada tawaran berlakon. Saya dah melalui fasa lain. Kerjaya dan publisiti sekarang dah jatuh nombor 2. Kini saya dah jadi isteri dan ibu jadi tumpuan saya lebih pada keluarga.

"Tapi saya ni jenis suka bekerja. Memang dari remaja lagi saya dah diasuh untuk bekerja. Kalau saya duduk rumah, saya tak tahu nak buat apa. Masa saya mengandung pun, saya tetap bekerja dan banyak habiskan masa di salon saya. Suami saya pun tak beri apa-apa syarat kalau saya nak teruskan kerjaya saya.

"Sedih dan berat hati jugalah bila nak keluar bekerja dan terpaksa tinggalkan Rayfal. Tapi saya memikirkan tanggungjawab saya kepada masyarakat, saya kuatkan semangat. Tambah-tambah sekarang kalau saya nak keluar rumah tu, Rayfal dah pandai nak ikut saya. Biasanya saya akan hantar ke rumah ibu atau rumah ibu mertua saya", Fasha mengenai perkembangan terbarunya ketika ditemui di lokasi penggambaran telemovieCinta Mat Semprit, di Tasik Ampang Hilir, semalam.

Lego Boleh, iPad Tidak!
Dalam pada itu tambah Fasha, dia teruja melihat perkembangan anak sulungnya Putra Rayfal yang kini berusia lima bulan yang sudah pandai merangkak.  


Kredit foto Faisol Mustafa.

Kata isteri kepada Rizal Ashram aka Jejai ini, dia menggunakan pendekatan mendidik putera kesayangannya itu dengan didikan tradisional dan moden.

"Saya gunakan dua-dua pendekatan, moden dan tradisional dalam mendidik Rayfal. Dan saya tak bagi dia main iPad, biarlah dia main lego. Bagi saya, bayi kena jadi bayi, kanak-kanak kena jadi kanak-kanak. Tak mahu dia cepat sangat terdedah dengan gadjet yang ada sekarang", ujarnya.

Perkembangan lain, Fasha bakal muncul dalam telemovie sempena Aidiladha berjudul Cinta Mat Semprit. Fasha melakonkan watak sebagai Lola, pakar membuat kuih semperit. Lola merupakan kakak kepada Ariel (lakonan Aeril Zafrel). Dia sanggup melakukan apa saja demi kebahagiaan adiknya.

Telemovie arahan Raja Ahmad Alauddin turut dijayakan Aeril Zafrel, Izara Aishah dan Roy Azman. Ia bakal bersiaran pada 15 Oktober, 10 malam di TV3.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2013 03:11 PM | Show all posts
cantik nya fasha
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 03:12 PM | Show all posts
rindu nak tgk FS berlakon,,biasa muka dia je memanjang kt drama tv3,,
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 03:13 PM | Show all posts
kene turun lagi tuh....
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 03:13 PM | Show all posts
semoga berjaya lah kan
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 03:14 PM | Show all posts
semoga berjaya lah kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2013 03:18 PM | Show all posts
hemoh2 posted on 9-10-2013 03:13 PM
kene turun lagi tuh....

, kat pinggul dan pinggang tu mmg liat nak turun, maybe kena pakai pembakar lemak tu kot
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 03:20 PM | Show all posts
kejap nampak gemuk, kejap nampak kurus.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2013 03:20 PM | Show all posts
what happen to punggung beliau
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 03:23 PM | Show all posts
maxim posted on 9-10-2013 03:20 PM
what happen to punggung beliau

Sudah kembang macam niru...........................
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 03:24 PM | Show all posts
maxim posted on 9-10-2013 03:20 PM
what happen to punggung beliau

aku nampak cam corong hat yg org guna nak tuang minyak tu hahahha
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 03:25 PM | Show all posts
bgusla xbg gajet....bg jela mainan lain
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 03:32 PM | Show all posts
sapa ckp punggong dan peha dia besar??...

last week baru jumpe tgh sopping dekat hero tmn dagang...

kurus...cume perot nmpk buncit sket...kulit xde pung putih...tp bersehlaa...

mcm anak mami kulit dier...jenes berseh....

beli barang pun teda yg standed2..seme biasa2 jah..sabun pun guna brand yg x tekanal..

kira sempoi laa...

pakai bmw yg 2 pintu kaler kelabu...plat keta mcm nama jejai kalo sekali pandang...

xperlu kurus lg...sudah cantek...

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 03:34 PM | Show all posts
cantiknya fasha

montot dia kena kasi kecik sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 03:34 PM | Show all posts
body dia masih berisi kan..tp masih lawa..di ani kalau tak jaga tua2 esok jadik mak dia
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 03:42 PM | Show all posts
rase cam die dah kurus sket kan
gambo tu masa die lom kurus ke
nampak besar sket
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2013 03:44 PM | Show all posts
bahagian paling susah nak kecikkan...punggung..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 03:52 PM | Show all posts
"Saya gunakan dua-dua pendekatan, moden dan tradisional dalam mendidik Rayfal. Dan saya tak bagi dia main iPad, biarlah dia main lego. Bagi saya, bayi kena jadi bayi, kanak-kanak kena jadi kanak-kanak. Tak mahu dia cepat sangat terdedah dengan gadjet yang ada sekarang", ujarnya. "

Aku agree with this!
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 03:53 PM | Show all posts
hunny_bunny posted on 9-10-2013 03:32 PM
sapa ckp punggong dan peha dia besar??...

last week baru jumpe tgh sopping dekat hero ...

alaa nape ko tak amik gambau?
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 03:53 PM | Show all posts
hemoh2 posted on 9-10-2013 03:13 PM
kene turun lagi tuh....

khennn
tapi dalam insta yang dia tgh berzumba tu nampak cam kecik lak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:57 AM GMT+8 , Processed in 0.668115 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list