CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23952|Reply: 201

Aku nak tanya pada muslims....

[Copy link]
Post time 10-10-2013 09:58 AM | Show all posts |Read mode
Adakah segala  anggota badan atau kita sebagai manusia hak milik pencipta???

makna, organ dalaman, mata, kuku, alat sulit, tangan, kaki, rambut dan lain2

adakah itu milik kita atau hak milik  Pencipta??





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2013 03:04 PM | Show all posts
Semuanya milik Allah seperti kata Allah :

Segala puji tertentu bagi Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan bagiNyalah juga segala puji di akhirat; dan Dia lah sahaja Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya. (Saba : 2)
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2013 05:03 PM | Show all posts
Semuanya milik pencipta, sebab itu dia tak bagi kita buat jahat, salah guna mulut, salah guna tangan dan tuhan pun tak benarkan kita zalimi diri kita sendiri. Kalau kita ini bukan milik dia, takkan dia bagi nasihat dan peraturan untuk manusia
Last edited by zamkumis on 10-10-2013 05:04 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2013 11:30 PM | Show all posts
zamkumis posted on 10-10-2013 05:03 PM
Semuanya milik pencipta, sebab itu dia tak bagi kita buat jahat, salah guna mulut, salah guna tangan ...

kalau semua hak milik DIA...kenapa orang tidak boleh pakai rambut palsu??? sedangkan rambut palsu yg ambil dari manusia pun hak milik DIA.

abis kenapa ia haram sedangkan rambut palsu adalah hak milik DIA....tak salah memakai nya...

Last edited by Truth.8 on 10-10-2013 11:31 PM

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 12:22 AM | Show all posts
Truth.8 posted on 10-10-2013 11:30 PM
kalau semua hak milik DIA...kenapa orang tidak boleh pakai rambut palsu??? sedangkan rambut palsu  ...

Yg ori kan ada, knp nak pakai yg palsu?
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 08:35 AM | Show all posts
Pakai rambut palsu, atau apa-apa yang boleh mengubah ciptaan Allah tidak dibolehkan dalam Islam... Islam itu suci.. dia tidak suka apa-apa yang palsu.. yang menipu.. kena yang tulin.... Adakah mati orang itu kalau tak pakai rambut palsu?  

Lagi pula cuba bayangkan andai kamu buat satu benda dengan penuh teliti dan setiap komponen ada sebab tersendiri diletakkan, tetiba ada orang kacau ciptaan kamu.. ubah suai sesuka hati.. fungsi sebenarnya dah terubah.. maka kamu sukakah begitu?

Allah dah khaskan orang tu begitu rupanya maka mengapa perlu ubah ciptaan Allah? Adakah kita lebih bijaksana dari Allah?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-10-2013 03:55 PM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 11-10-2013 12:22 AM
Yg ori kan ada, knp nak pakai yg palsu?

maksud saya kalau manusia kurang rambut/ nipis /jarang.....atau chemo....tak salah memakai rambut palsu dari manusia kerana menutup bahagian tiada  rambut

abis kenapa pula haram??

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2013 04:05 PM | Show all posts
ct_og posted on 11-10-2013 08:35 AM
Pakai rambut palsu, atau apa-apa yang boleh mengubah ciptaan Allah tidak dibolehkan dalam Islam... I ...
Pakai rambut palsu, atau apa-apa yang boleh mengubah ciptaan Allah tidak dibolehkan dalam Islam... Islam itu suci.. dia tidak suka apa-apa yang palsu.. yang menipu.. kena yang tulin.... Adakah mati orang itu kalau tak pakai rambut palsu?  

sungguh bodoh kamu memberi pandangan....

apa yg di ubah?? sedangkan orang yg tiada rambut botak atau kurang rambut...salah kah  menutup bahagian yg tiada rambut?? adakah ia sudah di ubah? sedangkan rambut yg di ambil dari manusia juga ..hak milik pencipta...bukan hak milik siapa2 pun...

dengan memakai rambut dari manusia...sekaligus kita bersyukur dengan ciptaan si DIA...

malah dlm Quran tidak ada satu ayat pun menyebut bahawa rambut palsu itu haram



Lagi pula cuba bayangkan andai kamu buat satu benda dengan penuh teliti dan setiap komponen ada sebab tersendiri diletakkan, tetiba ada orang kacau ciptaan kamu.. ubah suai sesuka hati.. fungsi sebenarnya dah terubah.. maka kamu sukakah begitu?

yg ubah ciptaan si DIA adalah tanam rambut...contoh:
doktor akan mengambil rambut asal dari penderma (pesakit) dari bahagian belakang yg lebat...lalu di tanam di bahagian yg tiada rambut....ini kan sudah ubah dari yg asal???

rambut palsu bukan ubah pun...malah ia utk mereka yg kurang yakin   tiada rambut kerana banyak faktor...contohnya:

dlm bidang 'marketing" kena jumpa pelanggan dan lain2...dengan memakai rambut palsu, sekaligus ia memberi keyakinaan pada diri sendiri...isteri yg tiada rambut...memakai rambut palsu utk eratkan hubungan  suami...dan banyak lagi...
lelaki miang /gatal pun ada pakai rambut palsu utk cari betina kerana nak nampak muda....itu urusan dia   dan dengan si DIA..

Allah dah khaskan orang tu begitu rupanya maka mengapa perlu ubah ciptaan Allah? Adakah kita lebih bijaksana dari Allah?

saya bagi contoh gambar ini, cuba lihat...adakah sudah ubah ? muka tetap sama...


Last edited by Truth.8 on 11-10-2013 04:06 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2013 05:25 PM | Show all posts
Truth.8 posted on 11-10-2013 04:05 PM
sungguh bodoh kamu memberi pandangan....

apa yg di ubah?? sedangkan orang yg tiada rambut bot ...

Kenapa kau nak tahu masalah rambut palsu truth... soalan kau ni macam pelik sikit

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2013 05:35 PM | Show all posts
zamkumis posted on 11-10-2013 05:25 PM
Kenapa kau nak tahu masalah rambut palsu truth... soalan kau ni macam pelik sikit

apa yg pelik ini?? adakah soalan ini pelik atau yg pelik adalah muslims mengeluarkan fatwa bahawa rambut palsu haram sedangkan ia nya adalah hak milik pencipta utk manusia ??
di mana pelik nya?? fatwa atau soalan saya??

kalau macam itu...gigi palsu pun haram lah...kerana sudah ubah???
Last edited by Truth.8 on 11-10-2013 05:40 PM

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 03:19 PM | Show all posts
Truth.8 posted on 11-10-2013 05:35 PM
apa yg pelik ini?? adakah soalan ini pelik atau yg pelik adalah muslims mengeluarkan fatwa bahawa  ...

Truth..

Ko guna rambut palsu utk apa?
Ko guna gigi palsu utk apa?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2013 07:35 PM | Show all posts
Cuai posted on 12-10-2013 03:19 PM
Truth..

Ko guna rambut palsu utk apa?

  orang pakai rambut palsu kerana ada kekurangan...nipis atau botak utk tutup bahagian tertentu
sama macam gigi palsu

jadi ...kenapa haram sehingga mengeluarkan ayat " allah akan laknat orang memakai rambut palsu?
sedangkan rambut palsu jenis manusia adalah hak milik si DIA....kalau kita kata haram ...sama juga kita merendah rendahkan hasil kerja si DIA....

..bukan itu aja...orang jual dan beli rambut palsu ini...sekali gus membantu orang miskin kerana rambut2 palsu ini dtg dari gadis2 miskin di kampung2 ...utk cari rezeki..mereka jual rambut mereka pada kilang pembuat rambut palsu ... satu lagi dari membuang  rambut ini...ia juga di kitar semula utk mereka yg botak atau ada masalah rambut utk memakainya ....kan elok itu...

Last edited by Truth.8 on 12-10-2013 07:48 PM

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 02:30 AM | Show all posts
hmm...

bukan kalau potong rambut pendek, pun smart ka? mcm askar tu....ok ja
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 10:31 AM | Show all posts
Truth.8 posted on 12-10-2013 07:35 PM
orang pakai rambut palsu kerana ada kekurangan...nipis atau botak utk tutup bahagian tertentu
s ...

Bangang ko makin terserlah bila bercakap sesuatu hukum secara subjektf & tanpa selidik kenapa & mengapa sesuatu itu dihukum begitu..

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=13562.0

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2013 12:05 PM | Show all posts
ussopp posted on 14-10-2013 02:30 AM
hmm...

bukan kalau potong rambut pendek, pun smart ka? mcm askar tu....ok ja

ada ramai mengalami keguguran rambut. bila rambut gugur , maka hilang keyakinan...di tempat kerja, hendak membut marketing dengan berjumpa pelanggan dan lain2

maka, tiada salah memakai rambut manusia utk tutup bahagian yg tertentu...
di Bible tidak sebut ianya salah atau tak boleh memakai rambut palsu

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2013 12:10 PM | Show all posts
Cuai posted on 14-10-2013 10:31 AM
Bangang ko makin terserlah bila bercakap sesuatu hukum secara subjektf & tanpa selidik kenapa & me ...

apa pula bangang...sedangkan dlm Quran dan Bible tidak sebut ia nya haram..

baik lah dlm potongan ayat yg kamu bagi:

Namun para ilmuan Islam memberi pengecualian kepada larangan di atas, iaitu bagi mereka yang mengalami kecacatan, penyakit atau kemalangan yang menyebabkan kehilangan rambut, kening atau bulu mata. Bagi kes-kes terpencil ini, dibolehkan memakai rambut palsu serta kening atau bulu mata palsu.


Jadi dlm ayat ini...ia nya pandangan dari manusia...sedangkan dlm pandangan Pencipta...tidak sebut apa2 haram atau sebaliknya di Quran malah dlm Bible...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2013 05:44 PM | Show all posts
Truth.8 posted on 14-10-2013 12:05 PM
ada ramai mengalami keguguran rambut. bila rambut gugur , maka hilang keyakinan...di tempat kerja, ...

benar di Quran pun tidak menyebutnya, melainkan hadeeth tentang menyambung rambut kepada wanita......itu larangan dari nabi muhammad, dan sy tidak tahu detail samada ia diqiaskan(related) untuk mengeluarkan hukum pengharaman rabut palsu dari hadis tersebut.

insyaAllah sy akan cuba lihat jika berkesempatan...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 05:51 PM | Show all posts
sedikit jawapan=

Jawapan:

Rasulullah s.a.w. menegaskan: “Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambung.” [Shahih al-Bukhari, no: 5934] Maksud menyambung rambut ialah mengambil rambut wanita lain untuk disambung ke rambut sendiri. Ia dilarang, sekalipun sekadar hajat atau permintaan untuk melakukannya.

Selari dengan berkembangnya teknologi manusia, pada masa kini teknik menyambung rambut telah diganti dengan teknik memakai rambut palsu. Namun dari sudut hukum, ia tetap sama yakni ia dilarang. Juga berdasarkan kaedah qiyas (analogi), maka dilarang juga memakai bulu palsu sama ada di kening atau kelopak mata. Tidak dibezakan sama ada rambut palus atau bulu palsu itu adalah daripada makhluk lain atau buatan manusia, ia tetap dilarang.

Namun para ilmuan Islam memberi pengecualian kepada larangan di atas, iaitu bagi mereka yang mengalami kecacatan, penyakit atau kemalangan yang menyebabkan kehilangan rambut, kening atau bulu mata. Bagi kes-kes terpencil ini, dibolehkan memakai rambut palsu serta kening atau bulu mata palsu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2013 05:51 PM | Show all posts
ussopp posted on 14-10-2013 05:44 PM
benar di Quran pun tidak menyebutnya, melainkan hadeeth tentang menyambung rambut kepada wanita... ...
benar di Quran pun tidak menyebutnya, melainkan hadeeth tentang menyambung rambut kepada wanita......itu larangan dari nabi muhammad, dan sy tidak tahu detail samada ia diqiaskan(related) untuk mengeluarkan hukum pengharaman rabut palsu dari hadis tersebut.

insyaAllah sy akan cuba lihat jika berkesempatan...

sebab itulah islam ini macam lorong belit2 kerana tak sure...sekejab ckp ok sekejab tak ok....sebab itu lah  saya masih tidak mahu masuk islam kerana tidak yakin islam ini dari Tuhan.....

dlm Bible tidak sebut pasal rambut palsu ini haram atau di larang...cuma dlm Bible ada sebut tatoo di larang, ada makanan tertentu di larang dan berpakaian kemas dlm tempat ibadat ...

Bible ini adalah buku for all times...

Last edited by Truth.8 on 14-10-2013 05:57 PM

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 05:53 PM | Show all posts
Truth.8 posted on 14-10-2013 05:51 PM
sebab itulah islam ini macam lorong belit2 kerana tak sure...sekejab ckp ok sekejab tak ok....se ...

cek lah jawapan yg baru sy bagi tu...ya

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:06 AM GMT+8 , Processed in 0.133812 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list