CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2292|Reply: 20

[Tempatan] Lucu, JKK siasat JKK

[Copy link]
Post time 10-10-2013 10:33 PM | Show all posts |Read mode
Lucu, JKK siasat JKK
ABD JALIL ALI

MUNGKIN ada yang mula panas punggung. Boleh jadi juga ada yang meracau dan menjerit dalam tidur, macam kena polong kerana diganggu mimpi ngeri.

Atau, ada yang jumpa bomoh minta air jampi. Apa pun jangan sampai terjun dari bangunan tinggi untuk membunuh diri.

Semua gara-gara satu jawatankuasa khas (JKK) telah ditubuh bagi meneliti dan mengkaji Laporan Ketua Audit Negara 2012. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa sendiri akan mempengerusikannya dengan anggota terdiri daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Peguam Negara, pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kementerian Kewangan dan Polis Diraja Malaysia.

Seperti yang dilaporkan jawatankuasa itu akan mengambil tindakan susulan termasuk tindakan tegas ke atas mereka yang didapati terlibat dalam sebarang salah laku dan penyelewengan seperti yang didedahkan oleh Tan Sri Ambrin Buang.

Sebenarnya dalam sesetengah kes, si penyangak boleh dikesan dengan mudah. Tidak payah tunggu lama-lama untuk mencekupnya. Kalau hendak tangkap hari ini pun boleh, esok terus sumbatkan dalam lokap. Tidak perlu pun menubuhkan jawatankuasa khas.

Sementelahan pula kita memang sudah terlalu banyak jawatankuasa khas!

Contoh 1: Kes pembelian 20 buah jam dinding oleh sebuah agensi kerajaan. Jam tersebut hanya RM100 sebuah, kalau beli 20 jumlah kosnya RM2,000. Tetapi, benda itu dibeli pada harga RM3,810 sebuah, maka kos kesemuanya menjadi RM76,200.

Mudah sahaja untuk mengesan si penyangak. Tidak perlu menggunakan khidmat perisik 007 James Bond. Cari siapa yang meluluskan pembelian itu? Pegawai mana yang busuk hati dan gatal tangan sain baucar pembelian?

Tangkap pegawai tersebut, hadapkan ke mahkamah. Atau sekiranya susah untuk ke mahkamah, hantar pegawai berkenaan ke pusat pemulihan akhlak, biarkan dia menjual jam di situ.

Contoh 2: Kes seorang pegawai kanan di sebuah kementerian yang dihantar ke Geneva, Switzerland selama empat hari untuk satu lawatan kerja.

Menurut perkiraan Ketua Audit sekiranya pegawai berkenaan menaiki penerbangan pergi-balik kelas pertama, menginap di hotel terbaik, makan di restoran terkemuka dan diberi elaun membeli pakaian musim sejuk, belanja keseluruhan lawatan itu tidak akan melebihi RM50,000.

Tetapi pegawai tersebut membuat tuntutan perjalanan enam kali ganda daripada yang sepatutnya, RM303,813! Ingat, Ringgit Malaysia, bukan Rupiah.

Tidak pula dinyatakan apakah di Geneva dia makan karipap bersalut emas, atau minum sirap bandung yang selasihnya diperbuat daripada berlian.

Laporan Audit telah dengan jelas menyebut nama kementerian, tentu mudah sangat untuk mengenal pasti siapakah gerangan pegawai kanan yang terlebih tuntut itu. Tidak perlu pegawai dari pejabat Peguam Negara, kerani cabuk biasa pun boleh mengesan pegawai karipap emas itu.

Ada orang biasa yang kerja pagi petang siang malam, berjimat – sanggup makan nasi berlauk kicap – untuk membayar tambang bas sekolah anak-anak. Ada pula pegawai kerajaan yang dapat naik pesawat, duduk di hotel mewah, makan serba-serbi lazat, dan mudah sahaja songlap duit pembayar cukai dengan tuntutan perjalanan yang tidak masuk akal.

Mudah-mudahan jawatankuasa khas yang baru ditubuhkan, dalam masa terdekat ini, dapat menangkap kaki songlap berjaket, bertali leher dan berkasut gengsi itu.

Pegawai dengan tuntutan perjalanan lebih RM suku juta itu tidak boleh dilepaskan. Kalau betul dia kebas duit rakyat, patut sekali dia dihukum.

Dua contoh tersebut, berserta banyak lagi ketirisan dan penyelewengan – antaranya alat pengimbas kertas A4 yang sepatutnya hanya RM200 dibeli pada harga RM14,670, Kumpulan K-Pop dibayar RM1.6 juta, PDRM hilang 29 buah kenderaan dan 44 senjata api – membuatkan umum bertanya: inikah cara urus tadbir kita? Lemah sangatkah pengurusan kementerian dan agensi kerajaan?

Seyogia diingat ini bukan pertama kali Ketua Audit mendedahkan kepincangan dan ketirisan. Setiap tahun laporan dibentangkan ada sahaja keterlanjuran yang memalukan, juga menyakitkan hati rakyat. Harap-harap jawatankuasa khas yang baru dibentuk betul-betul berfungsi dan bertindak.

Jika tidak, kita patut menubuhkan satu lagi jawatankuasa khas, untuk menyiasat jawatankuasa khas yang ada. Barulah kita terkenal sebagai negara yang paling banyak jawatankuasa khas!


Source: http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/abdul-jalil-ali/lucu-jkk-siasat-jkk-1.210200

** leh masuk Guiness Record la gamaknya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2013 10:35 PM | Show all posts
hahaha sapa tu ha..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2013 10:45 PM | Show all posts
sakitnya hati aku membaca.. kalau x hantar borang tax pun kena turun naik mahkamah, inikan pulak x bayar tax.. dah bayar pulak, puak2 ni belanja suka hati je..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2013 10:47 PM | Show all posts
hntar edisi siasat,,

wan kamarudin




ape kejadah ini semua,,
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2013 10:49 PM | Show all posts
anak haram je makan duit rasuah.. sebab tu bila lahir kt dunia jd syaitan di rejam..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2013 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Jawatankuasa khas siasat jawatankuasa khas..only in malaysia..dah membazir nak membazir lagi..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-10-2013 11:25 PM | Show all posts
shysari posted on 10-10-2013 11:16 PM
Jawatankuasa khas siasat jawatankuasa khas..only in malaysia..dah membazir nak membazir lagi..

lepas ni boleh tubuh 'Suruhanjaya Di Raja' plak la gamaknya utk siasat JKK yg siasat JKK
kui kui kui
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2013 11:33 PM | Show all posts
Apa nak jadi laaa.  Harap2 ada desakan dr pihak yg lebih tinggi utk betul2 menghukum kaki songlap laknat tersebut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2013 11:47 PM | Show all posts
Bagi anak bini makan.... produknya anak2 memasing perangai cam nedim nazri
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 12:28 AM | Show all posts
Alahai, JKK ni betol2 nak siasat ke atau nak totop lobang selagi boleh??? Dah sah-sah laporan audit tu bagi detail dah, antara nak ngan tak nak je amek tindakan. Tak payah JKK pong
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 12:28 AM | Show all posts
Laknat Allah ke atas mereka yg menyalahgunakan kuasa utk kepentingan nafsu diri.
Terkutuklah mereka.
Laknat Allah ke atas mereka yg menggunakan wang kerajaan mengikut sukahati mereka.
Terkutuklah mereka.

Semoga Allah melaknat dan menghinakan mereka dgn sehina hina taraf.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 12:45 AM | Show all posts
inilah jadinya bila Islam hanya pada IC
tapi roh Islam tiada dalam diri
halal haram tolak tepi
janji aku boleh joli
boleh menunjuk dengan gadget terkini
pandu kereta yg marhaen hanya mampu mimpi
tinggal di rumah lot tepi
menjamu family di restoran mewah seminggu sekali
setiap tahun melancong ke luar negeri
tapi sepandai pandai ahkak pink menari
akhirnya jatuh tergolek menghempap bumi
siaplah kamu wahai pencuri
jenayah kamu bakal diadili
bak kata peribahasa, orang yg tamak selalu rugi
dunia rugi, akhirat pun rugi

sajak le pulok
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
AdsMsia posted on 10-10-2013 11:25 PM
lepas ni boleh tubuh 'Suruhanjaya Di Raja' plak la gamaknya utk siasat JKK yg siasat JKK
kui kui ...

Kemungkinannya itu ada..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 01:13 AM | Show all posts
SulurBidar posted on 11-10-2013 12:28 AM
Laknat Allah ke atas mereka yg menyalahgunakan kuasa utk kepentingan nafsu diri.
Terkutuklah mereka ...

ko cakap kat macai UMNO ankle AN ker nih... sebab dia rembat 6 biji rumah flat PPRT untuk org meskin dan rumah rakyat termiskin di kampung rumah mesra rakyat juga dan juga subsidi benih ikan dan udang....
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 01:35 AM | Show all posts
totokreturn posted on 11-10-2013 01:13 AM
ko cakap kat macai UMNO ankle AN ker nih... sebab dia rembat 6 biji rumah flat PPRT untuk org mesk ...

Aku doakan agar Allah melaknat kepada sesiapa sahaja yg tidak amanah, khianat dgn wang kerajaan (sama ada kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri) dan pegawai yg menyalahgunakan kuasa.

Kalau ada yg terasa, maka ketahuilah bhwa diri mereka itu berada di dlm keadaan terlaknat.
Aku yakin dgn doa aku, kerana bukan aku seorg sahaja yg me doaka  zebegini.
Aku yakin ada 27 org lagi yg sedang berdoa.



Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 05:22 AM | Show all posts
yang hairan ..tak masuk buku dan akal ...pejabat Income tax ..tak siasat ke ...cara hidupan meke ni ...selain pikahak berkuaso ...macan sekor kutu berahak ...korjo pos bhg harto ....peeehg ....kerato ajo menjangkau gaji ... Last edited by Al-Patih on 11-10-2013 05:24 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2013 05:29 AM | Show all posts
Siasat jgn x ambil tindakan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 08:24 AM | Show all posts
Seyogia <------ ni ape maksud????
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau mcm gini baik x yah ada jabatan audit.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 09:14 AM | Show all posts
dah ada yg bertulis mcm tu masih nak kena siasat jugak ke
naper x terus amek tindakan aje
naper SPRM x panggil terus org2 yg terlibat
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.120707 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list