CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2950|Reply: 1

Cuaca panas, litar kering sebabkan Hafizh tewas

[Copy link]
Post time 14-10-2013 10:58 AM | Show all posts |Read mode
SEPANG - Cuaca panas dan litar kering tidak menyebelahi nasib pelumba Petronas Raceline Malaysia Hafizh Syahrin Abdullah pada perlumbaan Moto2 Grand Prix Malaysia 2013 di Litar Sepang hari ini.

Pelumba Petronas Raceline itu, yang bermula di petak ke-18, menamatkan saingan di posisi ke-16 dengan catatan masa 26 minit 14.780 saat.

"Permulaan tadi, semua berjalan lancar, saya dapat memecut sehingga di posisi ke-11, saya cuba konsisten dengan penataan pada bahagian tayar tetapi tidak begitu baik.


Pelumba Petronas Raceline Malaysia, Hafizh Syahrin ketika beraksi dalam kategori Moto2 pada perlumbaan MotoGP Grand Prix Malaysia 2013 di Litar Antarabangsa Sepang , hari ini. Hafizh mendapat tempat ke-16 dengan masa 26 minit 14.780 saat


"Saya juga tertekan pada permulaan tadi ketika bermula di petak ke-18, selepas ini saya perlu cepat memperbaiki kelemahan yang ada," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pada tahun lepas, Hafizh Syahrin yang lebih dikenali sebagai 'Pescao' atau 'ikan kecil' dalam bahasa Sepanyol, menamatkan perlumbaan di tempat keempat ketika beraksi di litar basah.

Pada perlumbaan Moto2 hari ini, pelumba pasukan Tuenti, Esteve Rabat dan Pol Espargaro dari Sepanyol meraih dua tempat teratas.

Rabat melakar kemenangan ketiga menerusi catatan 25 minit dan 45.411 saat diekori Espargaro dengan jarak 1.563s, iaitu 25:46.974s.

Pelumba Switzerland Thomas Luthi dari pasukan Interwetten Paddock Moto2 Racing di tempat ketiga dengan catatan 25:48.321s.

Seorang lagi pelumba negara Azlan Shah Kamaruzaman dari pasukan Idemitsu Honda Team Asia menamatkan saingan Moto2 di posisi ke-22 dengan catatan masa 26:25.868 saat.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2013 10:44 AM | Show all posts
Dah kalah tu kalah jelah. takyah la salahkan jalan kering ke apa ke. ngaku jelah diri tu memang tak hebat. ego sangat. orang lain pun jalan kering tpi boleh menang

jahat btul aku
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:03 AM GMT+8 , Processed in 0.407692 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list