CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4834|Reply: 12

Balada Pencinta-24 Okt 2013

[Copy link]
Post time 14-10-2013 12:50 PM | Show all posts |Read mode
Sebuah filem baru bertajuk Balada Pencinta akan ditayang tahun ni lakonan Siti Saleha dan Johan Asari. Filem ini diarahkan oleh Khir Rahman. Lagu tema bagi filem ni pula yang menarik tu, dinyanyikan oleh Johan Asari dan Siti Saleha. Selain tu  pelakon lain turut sama membintangi filem ini ialah Sein Ruffedge, Faizal Hussien, Iedil Putra, Miera Lyana, Azhan Rani, Norish Ismail, Ngasrizal Ngasri, Dato’ Jalaluddin Hassan, Dian P.Ramlee.

Kabarnya filem ini filem cinta yang menyentuh perasaan dan watak untuk Siti Saleha juga berlainan dari watak yang dibawanya sebelum ini.

Sinopsis Balada Pencinta

Balada Pencinta mengisahkan tentang kisah cinta terlarang di antara bekas kongsi gelap Amir (Johan Asari) yang ingin memulakan kehidupan baru dengan menjadi seorang pemuzik jalanan, sementara Aisyah (Siti Saleha) pula adalah seorang yang amat meminati seni dan juga bangsawan. Kisah cinta mereka bertukar menjadi rumit apabila kedua ibu bapa Aisyah sudahpun merancangkan perkahwinan Aisyah bersama dengan Boy (Sein Ruffedge), seorang anak dari keluarga kaya dengan harapan ingin mengembangkan perniagaan kedua – dua keluarga mereka. Adakah Aisyah akan berpaling tadah dan hidup bahagia bersama Amir atau meneruskan kehidupannya bersama Boy yang kaya tetapi tanpa cinta?

Trailer:




Kata pengarah filem ni, Balada Pencinta adalah sebuah filem yang memuatkan pelbagai elemen seperti kasih sayang, romantik, budaya “busking”, kemanusiaan serta pilihan beberapa lagu berlainan genre bagi menghasilkan suatu filem yang bagus dan memberi mesej tersendiri selain digarap dalam situasi yang menghiburkan. Tambahan lagi, filem ini juga dapat menarik perhatian segenap masyarakat Malaysia tidak kira usia dan darjat.




Dapatkah filem Balada Pencinta terbitan Grand Brilliance ini meletop di pawagam? sama2 kita tunggu kemunculannya.

http://nurizspace.com/2013/05/si ... an-johan-asari.html


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2013 12:34 PM | Show all posts
siti saleha skrg dh krus lah kn
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2013 01:56 PM | Show all posts
taraf drama je..
Sein ruffedge nama BOY?yooyo..xde nama lain ke wei...

jambang si johan nmpak sgt fake dlm trailer tu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 01:53 PM | Show all posts
aah .. siti saleha kurus sangat, jumpe dia masa tengok teater last 2 week
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Sampah? Baca tajuk xde umph je
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 06:47 PM | Show all posts
laaaaa...filem ka...
aku ingatkn drama tv
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2013 12:50 PM | Show all posts
mcm menarik jek cerita ni teringin nk tgk
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2013 08:25 AM | Show all posts
mati2 ingat drama...

filem rupanya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2013 08:33 AM | Show all posts
tkde sesapa nk review ke cite ni?
tgk trailer cam drama je....
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2013 11:51 AM | Show all posts
aku dah tgk.  jambang johan tu agak mengganggu. jln cerita ok klu nak compare dgn cerita MIG . bahasa skrip sgt style khir rahman.  sinematografi pun style khir rahman.  lagu2 yg busking dlm filem ni memang mengamit memori zaman2 lepak central market tgk pemuzik jalanan.  

Ending scene.. fighting.  

Miera lyana dlm filem ni tak make up langsung.. dan muka dia nampak suci kanak2 ribena.  comel.

Tak  berkisar psl kisah cinta johan & siti saleha je tapi ada cerita cinta lain juga.

filem ni tak terlalu artistic mcm filem khir rahman sebelum ni .. Dlm Botol.  Kiranya dia campurkan sikit elemen pop.  takut penonton tak paham kot..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2013 12:06 PM | Show all posts
dah tengok gak semalam... boleh la layan...

jalan cerita ringan , ada babak predictable gak (esp bila dialog pelakon dah kuarkan hint2)..terkadang slow &  rushing sikit bila nak last2..  movie ni byk diabiskan dgn lagu2 pada awal cerita sampai tengah2... benda x predict cuma babak2 fight & kehidupan malam tu ..ingatkan cintan cintun sampai ke habis

beberapa babak ada suntikan kejutan gak ler.. sebab tetiba lak kawan dia mati tragis

rasanya suara penyanyi lagu2 busking tu adalah Khir Rahman & ada scene  Johan As'ari miming suara Awie lagu Ratuku .. xtaw yg mana satu suara Johan.. x perasan kat lagu yg mana ?

pada mula babak perasan mcm Johan kontrol suara/tone percakapan dia sampai ada mcm terasa dia nk tiru Jamal Abdillah ke apa pastu towards the ending kluar dah balik suara Botak dia tu

Jambang fake tu sangat mengganggu... bila fokus lagi la annoying nak tengok

Scene Ending x brapa best..ingatkan scene ending mcm dapat restu kawen ..dah ada anak ke apa...last2 jalan kat taman bunga senyum2 je endingnya


bagi 2 Bintang je la...yg suka cuma scene2 kat Central Market & KL..dah lama x pegi  CM Last edited by tebuanharimau on 31-10-2013 12:08 PM

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2013 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Wajib tgk ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2014 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Hummmmmmmmmmmmmmm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 09:07 AM GMT+8 , Processed in 0.583757 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list