CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: chetaton

Diana Amir nikah 25 October

[Copy link]
Post time 18-10-2013 05:23 PM | Show all posts
tahniah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2013 05:27 PM | Show all posts
tahniah! yeay yeay! xpayah propa propa
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 05:38 PM | Show all posts


@ ] migonline "Pernikahan saya akan ikut syariat Islam,"
- @dianaamir #migtalent #migonline #metrowealth #love #sweet   7min
Read more at http://web.stagram.com/n/migonline/#gkKeAhVJJDLTSeFr.99
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
tapirbiru posted on 18-10-2013 01:12 PM
perlu ke nak sidang media bagai..nak kawen, kawen je lah..mcm la femes sgt..adehhh

Xpe xfemes..nk kawin dah kawin kena hebahkan
.t jadi cam wawa aril sorok2 org dpt tahu kecoh pulak kata menipu... Kikiki
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
KarinaKapur posted on 18-10-2013 05:27 PM
tahniah! yeay yeay! xpayah propa propa

Yeayyyyy berjoget... I suka ummat nama habib... Teringat cerita tv3 ritu ..watak abg mira liyana..habib...:p
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2013 08:31 AM | Show all posts
Diana tak mahu dulang hantaran


PELAKON Diana Amir akhirnya mengadakan sidang akhbar khusus bagi menguar-uarkan tentang tarikh pernikahannya yang dijadualkan berlangsung pada pukul 9 malam, 25 Oktober ini di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya.

Sebelum ini, Diana, 27, pernah dituduh sengaja menyorokkan majlis pertunangannya dengan Mohd. Habib Bullah A. Rahman, 26, yang merupakan pensyarah jurusan Sains Politik dan Asia, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok, Kedah itu.

Bagaimanapun, pelakon filem Aku Masih Dara itu menjelaskan, dia tidak mahu menghebahkan tentang majlis pertunangannya kepada orang ramai kerana mengikut syariat Islam.

Ketika itu, dia juga belum benar-benar pasti hubungan pertunangannya itu akan ke jenjang pelamin, jadi itu antara faktor kenapa Diana mengadakan majlis pertunangan tersebut secara tertutup pada 23 Ogos 2012.

Selesai menjelaskan tentang perkara tersebut, Diana lalu berkongsi mengenai persediaan dirinya untuk menjadi isteri Mohd. Habib.

Menurut pelakon berasal dari Johor Bahru itu, Mohd. Habib mempunyai asas agama yang kuat dan dia percaya lelaki itu mampu membimbing dirinya.

“Dia juga seorang pemaaf dan membantu memberikan kekuatan pada ketika saya ditimpa masalah,” jelasnya ketika ditemui pada sidang akhbar di pejabat Metrowealth International Group (MIG), Petaling Jaya, Selangor, semalam.

Banyak menerima tajaan pernikahan daripada pelbagai pihak, ungkap Diana, dia sekadar mahukan majlis perkahwinannya itu berlangsung secara sederhana dan mengikut syariat Islam.

Atas sebab itu, dia tidak mahu sebarang dulang hantaran. Baginya, cukup sekadar senaskhah al-Quran, sebentuk cincin dan mas kahwin.

Diana juga meminta nasihat daripada tenaga pengajar usrah fitrah iaitu Ustaz Shahrizan Daud untuk mengadakan majlis pertunangan dan kelak majlis persandingannya mengikut syariat Islam.

“Majlis resepsi masih belum ditetapkan tarikh. Tetapi ia tetap mengikut syariat Islam. Saya rujuk pada yang pakar sebelum mengadakan majlis pernikahan dan resepsi perkahwinan nanti,” tuturnya yang anggun menyarungkan jubah berwarna biru cair itu.






Sementara itu, Mohd Habib yang turut hadir pada majlis tersebut berkongsi mengenai kriteria Diana yang berjaya menambat hatinya.

“Sepanjang saya bekerja di Kedah selama dua tahun, Diana banyak menghabiskan masa bertemu dan berhubung dengan keluarga saya di Shah Alam. Sikapnya yang menyanyangi keluarga saya melebihi diri saya sendiri benar-benar menambat hati ini,” jelasnya.

Mengulas lanjut, bukan mudah untuk menambat hati Diana dan dia terpaksa meminta keluarganya berjumpa dengan keluarga Diana di Johor bagi menunjukkan kesungguhannya menyunting pelakon itu.

Mohd. Habib turut memberitahu, dia tidak akan menghalang Diana meneruskan kerjayanya sebagai pelakon kerana memahami bakal isterinya itu pandai membawa diri.

Mengulas mengenai debaran menjadi suami pula, ujar Mohd. Habib, dia lebih berdebar memikul tanggungjawab sebagai suami Diana.

“Selepas berkawan selama setahun dengan dua pertemuan, saya membawa keluarga saya berjumpa keluarga Diana di Johor untuk menyatakan hasrat menyuntingnya. Saya juga tiada masalah dengan apa yang dilakukan Diana sekarang (berlakon) walaupun selepas berkahwin kelak,” ujarnya lagi.

David selar Zed Zaidi

Dalam pada itu, penerbit dan juga pemilik MIG, David Teo melahirkan rasa gembiranya kerana seorang lagi pelakon MIG bakal mendirikan rumah tangga.

Bicara David, dia tidak pernah menghalang artis MIG yang ingin bercinta dan berkahwin malah menegaskan ramai artis di bawahnya sudah berkahwin dan memiliki anak seperti Farid Kamil.

“Saya sebagai seorang bapa kepada empat orang anak faham kehendak mereka (pelakon). Dalam kontrak memang ada tertulis setuju status bujang sepanjang kontrak. Tetapi, jika mereka memberitahu saya ingin berkahwin saya tidak akan menghalangnya,” ujarnya yang memberitahu menerima surat daripada Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi petang semalam untuk meneliti kontrak syarikat miliknya.

David juga menyelar tindakan Zed Zaidi yang memberi kenyataan sebelum membaca kontrak syarikatnya dan dia tiada masalah untuk menunjuk kontrak tersebut kepada Zed Zaidi.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... 4.htm#ixzz2i7iFCam5
Hakcipta terpelihara

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2013 11:59 AM | Show all posts
Sebelum ini, Diana Amir telah merahsiakan siapa tunangnya, namun petang semalam melalui satu sidang media, pelakon itu telah menunjukkan siapa orangnya. Nama tunang Diana Amir ialah Mohd Habib Bullah A. Rahman dan memang segak orangnya.


Pasangan ini mengumumkan akan bernikah pada 25 Oktober ini di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya.Majlis pernikahan ini mendapat tajaan sepenuhnya dari Yakult (M) Sdn Bhd dan seramai 250 orang tetamu yang terdiri dari ahli keluarga dan teman rapat bakal hadir. Turut kelihatan di sidang media ialah David Teoh yang juga majikan Diana amir.
Lagi 5 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Samsultahir Photography. Sila ke laman web rasmi beliau untk melihat pakej-pakej fotografi perkahwinan menarik untuk hari bersejarah anda.








Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2013 12:49 PM | Show all posts
resah posted on 19-10-2013 11:59 AM
Sebelum ini, Diana Amir telah merahsiakan siapa tunangnya, namun petang semalam melalui satu sidang  ...



wanita bertubuh besar yg dok kat depan tu kalau kurus. omg...sgt-sgt cun..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2013 10:35 PM | Show all posts
tahniah cik diana & pasangannya
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2013 12:05 AM | Show all posts
diana ni mmg nmpk perubahan,pki tudung pon labuh n baju longgar..xslp iols diana pnh berlakon cite pe3 arahan parit,dlm tu mmg diana seksi yg amt,pki short je..tp ms mjlis tayangan,sheols mintak izin kat dt xnk dtg sbb malu dgn penampilan sheols dalam filem tu..dt ok je,xde pon sumpah seranah diana xdtg tayangan..
kalo niat kite baik,sumenye akn jd bk..jgn nk sebut penafian sgt
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2013 12:42 AM | Show all posts
nordin84 posted on 21-10-2013 12:05 AM
diana ni mmg nmpk perubahan,pki tudung pon labuh n baju longgar..xslp iols diana pnh berlakon cite p ...




haah iols ingat kes tuh..pastu time tu poster filem pon die mintak kat david jgn buboh gamba dier kat situ sebab seksi..
pon dvid teoh hormat sajork permintaan sheols...wawa n aeril yg bodo

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2013 09:38 AM | Show all posts
tahniah.. nampak sweet sgt. tapi perlu ke buat press conference bagai2. ni mesti david teo yang lebih2 kan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2013 12:33 PM | Show all posts
Baru dapat call dari mak pengantin lelaki, jemput majlis nikah 25 Okt ni. Kenduri bulan 12. Ntahle.. rasa2 tak pi kot utk nikah coz on friday. Kenduri nanti mestila pergi...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2013 01:50 PM | Show all posts
cmf_blingblings posted on 19-10-2013 12:49 PM
wanita bertubuh besar yg dok kat depan tu kalau kurus. omg...sgt-sgt cun..

tengok abih ye ko.. tapi betul kata ko tu..

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2013 01:34 PM | Show all posts
pasangan yg nampak sepadannn....
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2013 02:15 PM | Show all posts
bagus la...
utamakan yg sepatutnya dulu..nak mcam belangkas pun org da x kisah
smoga berkekalan hingga akhir hayat..
majlis grand kemudian pun boleh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2013 09:24 PM | Show all posts
"Cukuplah Al-Quran Dan Cincin Sahaja" - Diana Amir
diana
Oleh:Editorial MH
Tarikh: 21 Oktober 2013


Selepas mengumumkan majlis perkahwinan bersama Mohd Habibbullah A Rahman yang akan berlangsung pada 25 Oktober ini, pelakon dan pengacara Diana Amir mengharapkan majlis perkahwinannya berlangsung ringkas dan sederhana sahaja.

“Saya menjemput seramai 250 orang dalam majlis perkahwinan kami.... dalam keadaan yang cukup sederhana.

“Saya juga tidak mahu meminta lebih kepada bakal suami contohnya, hantaran beg, kasut mahal dan sebagainya. Cukup senaskhah al-Quran dan cincin pernikahan kami,” katanya.

Diana dan Mohd Habib dijangka akan melangsungkan pernikahan pada 25 Oktober di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, pada jam 9 malam.

sinar harian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 09:38 PM GMT+8 , Processed in 0.062957 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list