CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Goldkey

Antologi Warga Tinta Hati Menitip Kata

[Copy link]
 Author| Post time 15-10-2013 02:48 PM | Show all posts
Norhashimah Ahmad Cma Tak sedar bagaimana boleh berlaku
(Rombongan sekolah ke Pulau Pinang, dalam perjalanan balik)

Ogos 2006
ketika semua penumpang nyenyak tidur
talian telefonku berdering
dalam mamai mengantuk
panggilan itu kusambut
mata terlelap kepala mengangguk
apaaaaa.....!
sekilat itu aku bangun
kiranya masa itu
ditoreh kulitku pun tidak berdarah
separuh nyawaku melayang
air mata tidak dapat kutahan lagi

Pak Ya
berhenti! berhenti! berhenti...!
jeritku memecah damai malam
seisi bas terjaga
lampu terbuka aku mengira
Satu, dua, tiga..., tiga puluh dua, tiga puluh tiga
Sedangkan ahli tiga puluh empat
ya ...Allah, anakku
Hafiz Safwan di mana engkau anak?

bagaimana ini boleh berlaku?
aku tak sedar
migrainku menyerang separuh hari
sungguh!
aku terlalai empat jam
dosaku pada anakku
rasanya tidak terampun

tujuh tahun berlalu
aku masih menggigil gerun
berdebar, takut dan gelabah
rasanya kakiku tidak memijak bumi
teringatkan setiap detik
bagaimana anakku boleh tertinggal
di Hentian Rehat Tapah?

mimpi ngeri
terus menghantui hidupku
Angah, maafkan ummi.

CMA
2.00 PETANG
131013

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-10-2013 02:48 PM | Show all posts
Terkenang.

Pernah aku cuba
memadam ingatan silam
peristiwa yang terjadi
setahun yang lalu
namun aku akur
memori silam
yang pernah terpahat
akan tetap terpahat di ingatan
sukar untuk dipadamkan,
peristiwa aku berbedakkan tahi lembu
ketika mengejar lembu untuk dikorbankan
yang terlepas tali ikatannya.
Harum
... sungguh harum,
harumannya masih lagi terhidu
di hidungku.

Aduhai! ... kenangan
masih segar di ingatanku.

Salam selamat Aidiladha kepada semua umat Islam
walau di mana jua berada.

Sazalee Sulaiman ... 13/10/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2013 02:49 PM | Show all posts
Besarnya Seorang Anak Kecil

Balik mengaji senang hati
kayuh basikal sambil bernyanyi
rakan semua satu jiwa
berlumba bersama jatuh lain kira.

Nakalnya aku bukan sengaja
mengusik si lembu tua dengan anaknya
apalagi dok main mata
kelap-kelip rakan semua
melihat apakan jadi aksi seterusnya.

Si lembu tua naik marah
aku dok pandang tak tentu arah
kiri kanan aku mengarah
di kejar lembu tak cukup tanah
sudahnya ke sungai aku terjah
lepas ni taubat tak buat dah.

Ingatkan sudah dewasa
rupanya hanya anak kecil yang ingin meneroka.

fieda
13 Okt 2013

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2013 02:49 PM | Show all posts
~Di situ~

Di situ

Di situ aku timba ilmu
di situ aku mengenal guru

Di situ aku belajar tulis baca
di situ aku belajar congak kira
di situ aku belajar ilmu dunia

Di situ aku mendalami agama
di situ aku menduduki periksa
di situ aku meningkat remaja
di situ aku merangkak dewasa

Di situ aku mengutip kenangan berharga
di situ aku mengatur langkah bermakna
di situ aku memanjat anak tangga
di situ aku mengapai hasrat dicita
di situ aku melonjak ke puncak jaya

Di situ asalnya bermula
di situ kuburan ayahbonda
di situ kaum keluarga
di situ desa tercinta
di situ tumbuh jiwa
di situ mekar asa.

CNM, 13/10/13

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2013 02:49 PM | Show all posts
Tajuk:Trauma Dalam kenangan

Di sini kenangan lama bertaut semula
ketika peristiwa tragedi bas terbabas
tanggal 06.11.2009
di Kg Narinang Kota Belud.

Bukan aku mengalami kesakitan itu
tapi aku melihat sendiri
tragedi ngeri itu.

Bas muatan 35 penumpang
terbabas lalu menjunam
mengena tembok tepi jalan
kemudian bergolek dua kali
aku trauma melihatnya
seolah-olah bas itu seperti
barang permainan dihempas.

Pemandunya hanya selamba
membiarkan penumpangnya
cedera parah
biarpun aku panik
tapi aku sempat membantu
sehingga tubuhku juga
berlumuran darah.

Siapa yang bersalah?
Adakah bas yang dipandu
atau pemandunya?
ternyata yang bersalah
si pemandu kerana memandu
dalam keadaan mengantuk
dan laju di kawasan selekoh.

Sungguh aku simpati
kerana mereka adalah pelajar sekolah
yang telah melawat
Pusat Latihan Islam Kundasang.

Al-Fatihah buat mereka
yang telah terkorban.

Ilham Minda,
Precious Hope
15/10/2013

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2013 02:50 PM | Show all posts
Sajak kutuliskan atas rasa rindu pada arwah ayah.
Trajedi kemalangan maut di kilometer 16 jalan seremban-kuala pilah
Jumaat 140111 jam 01:11 pagi.
-merupakan seorang idola, sifu, cikgu, dan mentor yg sgt rapat dan memahami.

Manakah menghilang
wiramamu yang berkumandang
mendendangkan syair puisi
bersama lagu-laguanmu
membimbit rasa pilu.

Manakah wajahmu
melukis bayangan suria
senyuman bersilang seloka
bersama manja-manjaanmu
membimbit rasa rindu.

Angin malam
memeluk erti sepi ini
penaku pun menjadi duri
mencari kekuatan simfoni
sekali ini.

.
Angah Arie
Diari Biru, Seremban
23032012 22:00

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-10-2013 02:50 PM | Show all posts
RAYA YANG TAK MACAM RAYA.

Rayaku
di tempat kerja
bertugas
tidak menggalas senjata api:
... senjataku hanya cota
menjadi peneman
keselamatan;
keselamatan akulah!

Rayaku
macam tak raya:
: orang ke surau ke masjid
aku di meja usang
mata kusengkang
keranjang.

: orang berjamu dengan keluarga
aku berjamu selera juga;
dua keping roti canai banjir, mamak al-Salam
seorang-seorang.

: orang berparang
melapah daging korban
aku pula terkorban
menggalas tanggungjawab, terhidang.

Rayaku memang tidak semacam raya.

SALAM SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA.

Sazalee Sulaiman ... 15/10/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2013 02:51 PM | Show all posts
Di Hari Raya

Aku terkenang ayahbonda
pilu menyesak dada
gugur air mata
di pagi raya
hiba

Walau pusara jauh di mata
kukirim selaut doa
moga di sana
aman sejahtera
di sisi Yang Esa.

CNM, 15/10/13, FTS

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-10-2013 02:51 PM | Show all posts
SAAT TAKBIR BERGEMA

Saat takbir bergema
kesayuan jelas terasa
terkenang ayahanda yang tiada
terkenangkan bonda nun jauh di kota.

Tanpa kusedar, menitik airmata jernih
kuhela seketika
kupujuk hati
tenang sendiri
kucuba sembunyi kesedihan hati.

ZIE 15/10/2013

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2013 02:51 PM | Show all posts
KORBAN

katakan korban itu merelakan,
katakan korban itu penyerahan;
katakan korban itu sendu sahaja bukan tangisan,
yang dikatakan rimba penyesalan;
pada hari raya korban,
kita dianjurkan berkorban bermaaf-maafan.

Bayu.
Mersing,Johor.
151013.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2013 02:52 PM | Show all posts
Tajuk:Nur Di Hari Raya
Sebelumnya
aku tidak tahu apa itu raya
tapi bilaku menyambut
raya pertama kali tahun 2010
aku mula jatuh cinta.

Sebelumnya
aku hanya mengunjungi sanak-saudara
tapi bilaku mengalami
perubahan hidup
aku rasa Nur menyinari
hidupku.

Hari raya buat pertama kali
telah mengingatkan aku
akan keluargaku
walaupun tiada restu
dari mereka
tapi mereka tetap kelurgaku.

Cucur air mata
mengingatkan aku
akan pengorbanan Nabi Ibrahim
kepada anak tercintanya
dan aku juga demikian
demi panggilan Allah
aku melangkah
kepada hidup yang baru.

Aku diperbaharui-Nya
dalam panggilan-Nya
Amin Ya-Robbi
Al-Amin.

Ilham Minda,
Precious Hope
15/10/2013

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2013 03:09 PM | Show all posts
Pencak Suara

Gema mantera pusaka
bagai gendang perang merintih
kalimat membunuh mata telinga
lidah melebur
taufan debu membakar kalbu...

Gema waktu memercik darah
aksara juang bergoncang
genting laman bonda
usapan suara sirna
sumbang...

Pusara dosa
bagai angin menghempas
sarung keris pencak suara
lenyap ditelan laut alpa
tanah bonda tinggal berdebu...

CNM, 6/10/13

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2013 03:10 PM | Show all posts
Semangat Perjuangan Tidak Pernah Hilang.

Waktu ini
di gelincir mentari
kias semalam terpapar
di genting menular.

Mataku menjadi saksi
walau telingaku dituli
di laman ini bergelimpang
sekujur hati dibunuh.

Tanah pusaka masih terjarah
dijilat lembut lidah penjarah
amanat bonda kehilangan arah
kalimat bangsa hilanglah sudah.

Lebur dek janji-janji palsu
bermain aksara terhidang lesu
disaji suara bebayang semu
bergema konon pejuang bangsa.

Bagai dihempas taufan nafsu
kalbu dioles pemetik picu
dibakar pula kata bernista
angin perubahan dijanji cahaya.

Semuanya tersirna ditiup bayu
berterbangan tinggi bagaikan debu
seru suara hilang menyepi
setelah terpercik keringat diri.

Di pusara ini aku berdiri
darah terpercik menggila lagi
tersimbah di bumi bergalang ganti
nyawa ini punya penghuni.

Taufan yang datang sementara cuma
laut berombak tsunami tiada
bergoncang gunung menyepi juga
pencak silat menegak di muara.

Diusap lembut bertampuk kuasa
keris disarung tampak di dinding
rintihan bangsa harus dikira
gendang perang masih kusanding.

Biarpun perang sudah lama tamat
kuasa dicari telah tersemat
terus menyumbang walaupun sumbang
mantera rakyat harus dipegang.

Sazalee Sulaiman ... 06/10/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2013 03:10 PM | Show all posts
AKSARA MERDEKA

percik darah merah di pusara
menyimbah laman rasa
membunuh pusaka bonda
biar rintih gema gendang dipalu garang
biar pedih suara perang berlagu sumbang
biar letih berdebu taufan bergoncang
kami tetap berpencak mantera
mengutip lautan mutiara
yang hilang sirna di muara
yang hilang warna di mata
berbayang di kaki senja!

Winter Sonatta 7/10/13

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2013 03:11 PM | Show all posts
GELINCIR WAKTU YANG MERANAPKAN

Semalam adalah waktu
yang lebur dalam aksara
suara bonda semakin sirna
debu-debu harap berterbangan
dibawa angin ke pusara rintih
dan mantera azimat pun
terhempas di tapak dosa.

Gendang perang itu
telah lama dibunuh
oleh kalimat lidah
yang tergelincir dari laman pusaka
gema suara itu juga telah lama dibakar
oleh angin taufan yang menggoncang kalbu
ketika nyawa menjadi genting
dalam percikan darah yang menyimbah.

Ketika mata menjilat sumbang pencak
yang telah lama tersarung di kaki goyah
dan telinga juga telah hilang serunya
dari suara laut yang mengoncang naluri
maka ranaplah sebuah sejarah
yang telah lama terbina.

Qalam Bertinta
Klang
07102013
2043pm.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2013 03:11 PM | Show all posts
Maruah sebuah negara.

Setengah abad dan waktu yang menunggu, hampa
sehingga gelincir sinar mentari merentasi sempadan
menutup rakus dataran laman senja jingga
terdengar gema suara dari landas nawaitu
di antara rintih sendu terbelenggu, terdiam musykil.

Tertera aksara yang pernah tertulis
di antara kalimat darah dan nyawa
pulas dan hempas hati yang semakin lebur
suara sumbang kedengaran, mulut masih ternganga
mata dan telinga bergiliran memasang dosa.

Menunggu sambil menekap nama dalam mantera syahdu
meredah gelombang angin ribut dan taufan, laut menderu
hati silih berseloka, gendang semangat juangmu
betapa anak-anak bangsa semakin keliru
tapak-tapak semakin diterobosi bilah belati berkarat
ayuh, bangun dan bangkit lah anak-anak muda, permata bonda
mengharungi liku-liku maruah bangsa
memperkasakan dan mendaulatan sebuah negara .

Sabby Yusoff
Ampang Jaya
07102013.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-10-2013 03:11 PM | Show all posts
PUSARA BONDA

Gema suara merintih hati
Darah merah menyimbah tanah
Waktu menggelincir selaut seru
Percik dosa membunuh kalbu

Taufan perang menggoncang nyawa
Lidah lebur dibakar api
Telinga sirna mendengar kata
Debu tubuh dihempas angin

Gendang dipalu sumbang irama
Mata diusap saat genting tangisan
Aksara tersarung di pencak kalimat
Mantera pusaka bertapak di laman warisan

Precious Hope
Kota Kinabalu
07/10/2013
11.29pm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2013 10:49 AM | Show all posts
Tanah yang subur.

Rumah papan tiang seribu
sendi teguh teras jitu,

bernaung sebumbung berbilang bangsa
ramai pengunjung menghuninya juga,

bagai aur gemilang jalur
tanah gembur aman makmur,

hidup teratur nikmat masyhur
kehadrat Ilahi aku bersyukur.

Tanah air
tanah tumpahnya darahku, cair
mengalir
bak air
gurindam bersyair.

Negaraku yang tercinta.

Sazalee Sulaiman ... 16/10/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2013 10:50 AM | Show all posts
~Tanah Ini~

Tanah ini

Tanah berdaulat
Tanah berdarjat

Tanah pusaka terhormat
Tanah warisan bermartabat
Tanah keturunan bernobat

Tanah darah Hang Jebat
Tanah Melayu bangsa hebat
Tanah makmur membesar zuriat
Tanah aman sentosa berkat

Tanah berbilang bangsa padu terikat
Tanah berbilang budaya indah terlihat
Tanah berbilang bahasa harmoni membulat
Tanah berbilang agama bebas beribadat
Tanah berbilang cerita kaya adat.

CNM, 16/10/13, BBBangi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2013 02:16 PM | Show all posts
MALAYSIAKU

Malaysiaku,
tanah airku
tanah tumpah darah
tempatku bernaung
tempatku berlindung

Malaysiaku,
bumi bertuah
aman dan damai
rakyat berbilang kaum
aman dan permai
jangan dicemar kedaulatannya
hanya kerana perbezaan
politiknya...

Malaysiaku... negaraku tercinta.

sue
16/10/13

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 7791 Replies : 115
Tragedi Helikopter Terhempas Diketawakan Warga Singapura
beggTragedi Helikopter Terhempas Diketawakan
Views : 17796 Replies : 113
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8980 Replies : 62
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54968 Replies : 2755
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6359 Replies : 25
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 18022 Replies : 90
Elia Jejari Runcing
friedfishsoupElia Jejari Runcing
Views : 86188 Replies : 307
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21722 Replies : 166
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281866 Replies : 9530

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:02 PM GMT+8 , Processed in 0.443678 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list