CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Goldkey

Antologi Warga Tinta Hati Menitip Kata

[Copy link]
 Author| Post time 19-10-2013 05:09 PM | Show all posts
Lagu: Di Hari Minggu(Versi Dendang Perantau)

Di hari minggu
duduk termenung menghadap jendela
merenung jauh teringat si janda
oh rindu hatiku.

Di bilik mandiku
air kusiram tak kena badanku
habis sebaldi aku pun tak tahu
ke mana melimpah.

Chorus:
Apakan daya
harus kusabarkan hati
masa kan tiba, tak lama lagi.

Impian kuini
pakai baju baru, sembur minyak wangi
jam tiga nanti di Taman Melati
bertemu si janda.

Ulang Chorus...

Impian kuini
pakai baju baru, sembur minyak wangi
jam tiga nanti di Taman Melati
bertemu si janda.

Sazalee Sulaiman ... 19/10/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-10-2013 05:09 PM | Show all posts
HARI MINGGU

Hari minggu?
sama je...
macam hari-hari biasa
tiada yang istimewa
tetap kena kerja...

Hari mingguku
duduk termanggu
di kerusi kayu
walau terasa jemu
buat je tak tau
walau hati menggerutu

Hari mingguku
tiada liburan
tiada hiburan
yang ada,
duduk mengadap FB
sembang dengan rakan-rakan
dari pagi sampai ke malam.

apa nak buat....

sue
19/10/13

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2013 05:10 PM | Show all posts
HARI MINGGU

Bila disebut hari minggu
tertanya pada diri
apa yang istimewanya
bagiku sama sahaja.

Istilah hiburan atau liburan
tiada dalam diari hidupku
yang aku tahu
hari mingguku terisi
dengan memenuhi undangan berzanji andai ada.

Apa yang membezakan
hari mingguku dengan
hari-hari yang biasa?
Yang pastinya, melihat ragam
anak bongsuku melayan
kucing-kucingnya.

Aku pula
lebih senang mengadap fb
melihat laman puisi
mencatat nukilan hati
bersembang dengan rakan fb.
Tercuit rasa hati
gurau senda sesama sendi
bagaikan telah lama mengenali.

Lebih baik begini.

ZIE 19/10/2013

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2013 09:57 PM | Show all posts
Tajuk:Hari Minggu

Hari minggu
aku menunggu
giliran berlagu
usah mengganggu.

Hari minggu kusantai
di pantai
rumput bagai lantai
duduk santai
emosi usah dirantai.

Hari minggu bersama keluarga
bina rumahtangga
bahagia sampai syurga.

Oh santai mingguku girang.

Ilham Minda,
Precious Hope
19/10/2013

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2013 09:58 PM | Show all posts
Hari Minggu .

Hari yang selalu ditunggu-tunggu
menarik selimut melepasi siku
indah dan seronok bila segalanya bercuti
bila tiba waktu , aku masih termangu-mangu
tak tahu apa yang patut dituju
segalanya semacam membatu
anak -anak buat tak tahu
masih enak mimpi syahdu
itulah penangan hari minggu.

Sabby Yus
Ampang Jaya
19102013.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2013 08:38 AM | Show all posts
Siapalah Aku Tanpa Kamu

Duhai anak didik
siapalah cikgu tanpa kamu
tiada sedikit rasa jemu
cuba membantu
kongsi ilmu

Duhai anak didik
siapalah cikgu tanpa kamu
terima kasih sudi berguru
walau hanya secebis ilmu
dariku

CNM, 20/10/13

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-10-2013 08:39 AM | Show all posts
Siapalah aku tanpa puisiku.

Adakah engkau kenal siapa aku?

: Togel tanpa puisi-puisiku.
: Bogel tanpa ilham mindaku.
: Telanjang tanpa luahan berpujanggaku.

Siapakah aku?

Siapakah Sazalee Sulaiman?

Syukurku ya Allah,
kerana Dikau meminjamkan aku
ilham-ilham-Mu
walau hanya cuma sementara
tetapi cukup untuk aku; dikenali
rakan dan sahabatku.

Alhamdulillah.

Sazalee Sulaiman ... 20/10/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2013 10:26 AM | Show all posts
Siapalah Aku Tanpa Ibu Dan Ayah

Wahai ibu
dikau pujaan hatiku
aku mengasihimu
dengan kasihku sepenuh hati.

Engkau melahirkanku
dengan kesakitan bertarung nyawa
engkau juga mengasuh aku
dengan kasih sayangmu
melebihi emas dan permata.

Wahai ayah
dikau kekuatan hatiku
aku menyayangimu
dengan cintaku sepenuh jiwa.

Engkau menjagaku
dengan menggalas tanggungjawab besar
engkau juga mendidik aku
dengan cinta kasihmu
melebihi kekayaan dunia.

Siapalah aku tanpa
ibu dan ayah
selagi mereka masih ada
sayangilah mereka
kasihilah mereka
hormatilah mereka
kerana aku
adalah anak mereka.

Ilham Minda,
Precious Hope
20/10/2013

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-10-2013 07:11 AM | Show all posts
ANDAIKU MAMPU

Andaiku mampu
mengapai bintang
tentu telahku lakukan
dan persembahkan
padamu...

Agar hari-harimu
sentiasa indah dan
berseri sepanjang hari
dengan senyum terukir

Andaiku mampu
ingin kuraih tanganmu
bawa dekat padaku
agar tak terpisah
engkau dan aku.

Andaiku mampu.

sue
21/10/13

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2013 07:11 AM | Show all posts
Andai Aku Mampu

Andai aku mampu
menjadi pintalan benang emas
akan kusulam hatimu
dengan hiasan benang emas
kasihku tanpa pra-syarat
bersyukurlah
siapa memiliki hati ini.

Andai aku mampu
menggenggam bara api membara
akan kubuktikan padamu
dengan kebolehanku yang ada
bahawa aku juga
punya sebuah impian
tanpa batasan bersamamu
genggamlah cabaran
hidup yang mendatang.

Andai aku mampu
berjalan di atas pelangi nan indah
akan kudaki pelangi
hingga menatap Arasy-Mu
Ya Allah
agar aku menyedari
betapa tinggi kasih-Mu
pada umat-Mu
di dunia penuh kemungkaran
sesungguhnya
hanya Allah mampu mengubah
nasibku akan datang
bersabarlah.

Ilham Minda,
Precious Hope
Kota Kinabalu Sabah
20/10/2013

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2013 07:11 AM | Show all posts
ANDAI AKU MAMPU

Jika aku diajak terbang
menerawang langit seluas pandang
akan kusentuh biru saujana
dan kugenggam putih gemawan
agar terlerai rindu dendam
mengapai bintang
dan bulan emas di langit kelam.

Andai aku mampu menyelam
menenggelamkan diri jauh ke dasar
akan kukutip khazanah lautan
putih mutiara dan indah sinaran.
dapatlah merantai
agar kudalami kasihnya Ilahi
memberi harga pada kilauan seri.

Aku juga ingin membelai
sentuhan angin sepoi melambai
lengguk dedaun intai mengintai
terasa namun tak teraba
berpusar membawa gelora
kala ribut mula melanda.

Bila aku hanya manusia
kudratku sebatas cuma
hanya mampu berd’oa
menikmati berkat
mensyukuri rahmat .

SRI MAWAR
Kuala Kurau
Perak
20 Oct 2013
11.30 pm.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2013 06:50 AM | Show all posts
ANDAI AKU MAMPU

Andai aku mampu
akan kutaburi dengan mawar beribu
akan kuhias seluruh taman hamparan baldu
buat kekasihku ayu
gadis yang kurindu
kamu

akan kuhias semerbak rindu
melorek warnaku
hati kita pun bersatu
asyik di kalbu
bahagia yang seindah dulu
kasih dan cinta kita pun menyatu

Norlidar Lidon
21.10.2013

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2013 11:57 AM | Show all posts
Andainya aku mampu

Andainya aku mampu
mengubah gerakan waktu
menjadi lawan jam
kembali membina mahligai cinta
di ranjang baldu bertekat emas
bersama selimut kulit halalku
menghangati malam nan panjang
dengan doa kudus padaNya
meniup roh seorang puteri
idaman kalbu
yang kudambakan sekian lama

teringin amat aku melihat
bagaimana rupa puteriku itu?
bundar sepet ke matanya
putih kuning sawo matang ke kulitnya
gebu bulat pipih ke pipinya
mancung pesek kemek ke hidungnya
manis masam ulas senyum bibirnya
monggel kecil kecut ke tubuhnya
panjang pendek akalnya nanti
baik buruk akhlaknya kelak?

alangkah bersyukurnya aku
bahagia berbunga seluruh jiwa
andainya impian menjadi kenyataan
agak-agaknya
iras siapakah puteriku
aku atau dia?

tiga rahsiaNya
tetap menjadi rahsia

Cma
1053 malam
211013

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2013 01:51 PM | Show all posts
"Ish!
mamat ni
main hempas-hempas pula
tak reti nak letak perlahan-lahan
memang perangai buruk
menyesal aku.

Ish!
minah ni
main campak-campak pula
tak reti nak simpan elok-elok
memang perangai teruk
menyampah aku.

Jangan ingat
aku tak ada perasaan
main terjah tekan-tekan
aku yang tolong kalian
kalau tak meroyan seharian".

~Monolog Telefon Bimbit~

CNM, 22/10/13

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2013 02:12 PM | Show all posts
Dari Malaysia ke Afrika.

Hanya kerana berselisih faham dalam fb
kecoh dan riuh sepejabat
bertekak bagai nak rak
siap main ngadu-ngadu pulak
pada orang ... ish!
... tak tahu mana 'cek' nak letak,

nak kata lelaki tak
nak kata perempuan pun tidak
mulut memang haprak
banyak 'cengkadak'
betul-betul beresmikan ayam
bertelurnya sebiji
riuhnya seluruh kampung.

"Awatlah 'pi' ngadu hal Malaysia kat Afrika
awat tak pi ngadu terus kat Amerika
boleh 'gak' polis dunia tu
'bukak' kembali 'fail' Pulau Jerejak
untuk ditapis filem 'Jejak Bertapak'
haprak, haprak"

"Anak-anak,
hangpa tahu tak main lagu Sua-Sue Kemoning
lama cek tak dengaq ... ,
sat-sat ... no"

Aduhai!

Sazalee Sulaiman ... 22/10/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2013 05:19 PM | Show all posts
MONOLOG

Apalah nasibku
ada ramai tetamu
tapi tak punya malu
sana sini dituju
selalu saja melulu
bersepah tisu terlipat
merata tempat

tetamu harum semerbak
kotoran ditinggalkan
memanglah geli jugak
jarang yang rajin menyiram
hai! berbaulah aku...

Apalah punya nasib badan
pamku dirosakkan
pelbagai barang-barang lain dibuang
aku tersumbat

Apalah nasibku
pintuku pun dijadikan iklan
atau dituliskan lirik lagu
'every breath you take'
mana akanku letakkan hidung
tiada yang kesian

~Monolog tandas awam~

Norlidar Lidon
22.10.2013

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-10-2013 07:34 PM | Show all posts


"Aku bulat
aku ditendang
aku diganyang
badanku sakit
kadang-kadang
melecet

Aku dilanyak
kadang-kadang
aku dihenyak
tanpa kasihan
aku dibiarkan

Bila aku buruk
aku dipandang sepi
aku diletak ke tepi
tiada yang sudi
memerhati

Begitulah nasibku
diguna bila perlu
dipegang bila sayang
siapakah aku?
akulah bola
permainan antarabangsa
kegilaan seantero dunia".

~Monolog Aku Bola~

sue
22/10/13

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2013 09:13 PM | Show all posts
Monolog

“Inilah kisah hidupku
namaku kulit atau getah
aku banyak bentuk dan jenis
aku juga banyak jenama dan warna
semua manusia di dunia
tua atau muda
kecil atau besar
lelaki atau perempuan
semua minat padaku
bahkan memilikku
sehingga memenuhi
ruang rak rumahku.

Aku dibeli dengan harga
murah atau mahal
manusia mencintaiku
ada yang memuja aku
kerana aku menjadi idaman manusia
aku memang popular
bersama gadis-gadis remaja
namaku Kristal
agak cantik dan menawan
anggun bila memakai tubuhku
sehingga aku terkenal dalam
kisah Cinderalella.

Ketika aku baru dibeli
aku dijaga setiap masa
sayangnya tubuhku sakit
merintih pun ada
kerana manusia memijakku
setiap kali menggunakan aku.

Lumpur hitam terpalit di wajahku
bahkan aku merasa jijik
ketika najis melekat di tubuhku
aku dibawa berlari
sehingga kaki manusia melecet
aku dibawa berjalan
sehingga tubuhku haus
dan berbau.

Ketika tubuhku tidak bermaya
kelihatan usang,pudar dan rosak
aku dicampak ke tepi
sehingga aku mati berbau
dalam rak rumahku
kerana manusia hanya tahu
menggunakan aku
tapi tidak memandikan aku
walau sekali.

Aku sedar siapa diriku
aku banyak berjasa pada manusia
menjaga keselamatan kaki
itu keutamaanku setiap masa
namun kesilapannya
manusia tidak menghiraukan aku
bila aku mati
berbau dan berkulat
riwayatku berakhir
pada korban api”,

demikianlah riawayat kita
kata sepasang kasut
kepada keluarganya.

-monolog sepasang kasut-

Ilham Minda,
Precious Hope
22/10/2013

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2013 10:15 PM | Show all posts
TIN KOSONG

Cinta kau jama
rindu kau jamah
kasih kau jamak
lalu kau nyala rasa nyilu yang nyeri
pedih!

Hati kau jama
jiwa kau jamah
rasa kau jamak
dan kau mewek dengan mewa kau yang mewah
sengal !

Dalam kau apa sebenarnya
melantung!

.
Angah Arie
Ruang sengal, Seremban

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2013 10:16 PM | Show all posts
Mana Satukau?

Bak kucing
mengeser badan ke kaki
dengan ekor terangkat
gedik!

Bak ayam
bertelur sebiji
riuknya sekampung
gatai!

Bak murai
mentari belum nampak muka
mencanang cerita
gelinyau!

CNM, 22/10/13

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:12 PM GMT+8 , Processed in 0.145898 second(s), 65 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list