CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Goldkey

Antologi Warga Tinta Hati Menitip Kata

[Copy link]
 Author| Post time 22-10-2013 10:16 PM | Show all posts
EKSPLOITASI SIAL

Palesit mata sebelah
cakap siang pandang-pandanglah
cakap malam cubalah dengar
aku takkan bising
kerna cakap kau memang murah
wajah penyakit gatal
eksploitensian sial.

Semakin dekat semakin hanyir
sebenarnya sudah hilang sifir
gantung hayat di merak kayangan
rupanya sekadar dedalu
dalam kendera puaka nafsu
hidup pura-pura.

Ini puisi Neo Romantik ku
aku syairkan dengan sirih gambir
biar merentas rayon
biar paus menangis
melihat air mata penyu
insan fatalis sepertimu
tak layak edan bersama estetika malamku ...

Ilham dalam perjalananku
bukan puisi simpasi.

.
Angah Arie
Ruang Sengal, Seremban N9
170611 11:20

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-10-2013 10:17 PM | Show all posts
Aku adalah aku.

Aku tahu
aku muka tak malu
walau berbaju
berseluar jeans
bersepatu
namun jenama seluar dalamku
jelas terpampang
bagai seorang superhero
seluar dalam di luar
berjoget-joget
tergedik
di hadapanmu.

Aduhai!
... akukah Supermen?
Atau engkaukah Superwomen?
pandangan terlus
tembus ... ,
tembok yang berkerikil batu.

Kriptonitpun tak dapat menghalang pandanganmu.

Sazalee Sulaiman ... 23/10/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2013 10:17 PM | Show all posts
ANALOGI SIPUT BABI

Muka kosong
hati lohong
akal kaulelong
macam sotong
jalan berkencong-kencong

Setengah tapak sudah semput
Bukannya makan pulut
melukut di tepian terbuang
pandai kaucari ruang
kiaskan mitos di purba cermin sial
kautakluk dunia khayal.

Megah dengan topeng-topeng pementasan duniamu
persis pelawak yang lugut
menyairkan puisi bersepai-sepai
inti rebah berderai-derai
kaugilap jampi mamai
yang buta bertepuk tangan
yang pekak tawa mengilai
yang bisu terlopong
dengar cerita bohong.

Dalam maya engkau bermaharajalela
cuba tengok kaukini di dunia nyata
di telapak kaki hilang nyawa.

Siput babi mata buta jalan terbalik
akal kaupendek atau aku yang celik.

.
Angah Arie
Ruang Sengal, Seremban
02072011 11:00
..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2013 06:31 AM | Show all posts
Khayalan Bulan

Terang aku
berkat cahaya matahari
kelam aku
awan mula menari
setia aku masih di sini
apakah engkau mengerti?

Pungguk masih di situ
tanpa jemu tiada ragu
bisikan lagu buatku
apakah aku di situ?

Pungguk jangan tertipu
hembusan bayu masih tersipu
lagu itu untukku
jangan kelak tersipu malu

2223201013
A.K
Lumut

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2013 09:49 PM | Show all posts
Ngada-ngada

Aku dah kata!
engkau tak dengar kata
ngada-ngada
buat apa kesat air mata
ketawa!

Aku dah kata!
engkau buat buta
ngada-ngada
buat apa luah bicara
telan saja!

Aku dah kata!
engkau buat toya
ngada-ngada
buat apa nak menyinga
terima saja!

CNM, 23/10/13, BBBangi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2013 07:19 AM | Show all posts
Apa jawabmu?

Kata mata
dia hanya melihat
sayangnya
engkau sengaja membutakan akhirat
demi melihat kelicikan dunia.
Kata telinga
dia hanya mendengar
sayangnya
engkau sengaja memekakkan kebenaran
demi mendengar pembohongan.
Kata mulut
dia hanya berbicara
sayangnya
engkau sengaja membisukan kejujuran
demi berbicara fitnah dusta.
Kata tangan
dia hanya memegang
sayangnya
engkau sengaja meraup sogokan
demi keuntungan peribadi.
Kata kaki
dia hanya berjalan
sayangnya
engkau sengaja membiarkan kaki
berjalan di lembah dosa.
Kata fikiran
dia hanya berfikir
sayangnya
engkau sengaja merelakan fikiran
terjebak dalam percaturan cinta maksiat.
Kata hati
dia hanya merasa
sayangnya
engkau sengaja merelakan
perasaan prasangka menguasai diri.

Huh,
sebenarnya
engkau tidak buta
tidak pekak
tidak bisu
bukan pencuri
tetapi pemenang marathon
bukan gila
tetapi masih waras
namun engkau
sengaja.

Kaubiarkan tubuhmu
mati berantai dosa
apa jawabmu?

Ilham Minda,
Precious Hope
23/10/2013

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-10-2013 09:22 PM | Show all posts
Hari ni Khamis esok Jumaat

Hari ni khamis esok Jumaat
bermuka manis nampak sihat,

Hari ni Khamis esok Jumaat
orang berkumis romantik amat,

Hari ni Khamis esok Jumaat,
yang wajib habis ganda yang sunat,

Hari ni Khamis esok Jumaat,
kalau bau hamis orang tak dekat,

Hari ni Khamis esok Jumaat
ramai tersenyum manis ada hajat.

CNM, 24/10/13

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2013 09:22 PM | Show all posts
Semangat.

Kerana terlebih bersemangat,
pagi Khamis kuingatkan Jumaat.

Kerana terlebih bersemangat,
tajuk karya kuterlupa buat.

Kerana terlebih bersemangat,
berkain pelekat ke pejabat.

Kerana terlebih bersemangat,
tertunduk malu mukaku kelat.

Kerana terlebih bersemangat,
lain kali aku pasti beringat.

Sazalee Sulaiman ... 24/10/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-10-2013 09:22 PM | Show all posts
Guringam gendang gendut tali kecapi

Gendang gendut tali kecapi
kenyang perut senang hati

Gendang gendut tali kecapi
sudah lama aku menanti

Gendang gendut tali kecapi
jangan biarku ternanti-nanti

Gendang gendut tali kecapi
rinduku ini setengah mati

Gendang gendut tali kecapi
hadirlah kasih hadirkan diri

Gendang gendut tali kecapi
hanya engkau kekasih hati

Gendang gendut tali kecapi
bawalah aku bawalah pergi.

sue
24/10/13

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2013 09:23 PM | Show all posts
~ Gurindam Bondaku Sayang ~

Wahai bonda, bondaku sayang
kutahu dikau menantiku pulang.

Wahai bonda, bondaku sayang
andai saja dikau merasai hatiku yang walang.

Wahai bonda, bondaku sayang
meronta hatiku ingin pulang.

Wahai bonda, bondaku sayang
air mata kerinduan sering berlinang.

Wahai bonda, bondaku sayang
dikau sentiasa daku terkenang.

Rintihan rindu dan kasih buat bonda seorang
dari anakmu di perantauan.

Zie
24/10/2013

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2013 09:32 AM | Show all posts
~ Pantun ~

Ikan Selayang dan juga Sepat,
Dipesan Zakaria dari Serendah,
Salam sayang teman dan sahabat,
Moga ceria di pagi nan indah.

Naik bahtera ke Bangkahulu,
Bahtera dimuat seikat jati,
Walau salamku di angin lalu,
Kamu sahabat sentiasa diingati.

~ Zie ~
25/10/2013

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2013 09:32 AM | Show all posts
Padin Majid

Daun asin dimasak Jebat,
Dalam kawah kari melimpah;
Pantun dikirim menyahut hajat,
Salam ukhwah di pagi berkah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2013 09:33 AM | Show all posts
Pantun

Ikan sepat dimasak dara
Sambal tumis sungguh memikat
Hari Jumaat hari mulia
Senyum manis ceria terlihat

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2013 09:33 AM | Show all posts
Qalam Bertinta

Rambutan di dusun lebat berbuah,
di dalam karung mari penuhkan;
pantun kususun tiadalah indah,
sekadar menyambung warisan berzaman.

Berbudi bersantun ajaran bonda,
usah disanggah nanti tersesat;
kita berpantun bergurau senda,
moga ukhwah semakin dierat.

Hati berkenan pada adinda,
walau di mana terbayangnya wajah;
THMK laman menjana minda,
puisi dicerna sebegitu indah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2013 09:33 AM | Show all posts
Puteri Nur Ain

Hendak merantau ke inderagiri,
Singgah sebentar di pekan Jabi,
Hendak dilayan resahnya diri,
Banyakkan selawat ke atas Nabi.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2013 09:35 AM | Show all posts
~pantun~

memetik bunga si anak dara
bunga mawar banyak duri
biar tergadai harta dan nyawa
jangan tergadai maruah diri

maruah dara jadi taruhan
ibu bapa jangan di lupa
jangan engkar suruhan Tuhan
pasti dirimu akan terpelihara

sue
25/10/13

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-10-2013 09:35 AM | Show all posts
Pantun makan hati.

Bos diibarat puntung berbara,
Kuli ibarat daging dijaja;
Aku nak balik aku tak kira,
Kaunak balik atau kaunak kerja.

Sazalee Sulaiman ... 25/10/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2013 09:35 AM | Show all posts
Siti Zaiton Binti Ahmad ~

Membawa kendi ke rumah Pak Hadi
Terpijak kaca kaki terluka
Sahabat sejati tak luntur budi
Walaupun suka ataupun duka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2013 09:36 AM | Show all posts
Aku tak malu.(Lewah)

Aku tak malu
bila berjalan di hadapan khalayak,
jalan mendongak, dada kudepang luas
kerana aku tahu untuk apa nak malu
sebab aku berbaju
bukan telanjang bulat.

Aku tak malu
bila berjalan di kota raya,
jalan mendongak, dada kudepang; tinggi
kerana aku tahu untuk apa nak malu
Malaysia negara bebas
negara demokrasi.

Aku tak malu
bila berjalan ke tempat kerja
sambil bergebang kasar
kononnya aku saudagar besar, mewah
kerana aku tahu
semua orang tertunduk memandangku; "aku kan kacak".

Aku tak malu
bila berjalan di kota maya,
berjalan, aku mendongak ... bongkak di khalayak; meninggi diri
kerana aku tahu, untuk apa aku harus rasa malu
orang bukannya tahupun
aku berbaju ataupun tidak; pinggul lagi kugoyang.

Aku tak malu; buat apa nak malu.

Sazalee Sulaiman ... 26/10/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2013 10:09 AM | Show all posts
Aku Tak Malu

Aku tak malu
menjadi ulat buku
kerana dari buku kudapat ilmu.

Aku tak malu
bertanya ini itu
kerana sikap ingin tahu.

Aku tak malu
dikata tak berilmu
kerana ada perkara tak kutahu.

Aku tak malu
menulis puisiku
kerana ia ilham anugerah Yang Satu.

Aku tak malu
kamu malu?
buang sifat itu untuk maju.

CNM, 26/10/13, BBBangi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:41 AM GMT+8 , Processed in 0.056018 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list