CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Goldkey

Antologi Warga Tinta Hati Menitip Kata

[Copy link]
 Author| Post time 26-10-2013 01:37 PM | Show all posts
Aku tak malu.

Aku tak malu, mengaku
pacat dan nyamuk temanku
pohon getah dan sekerap busuk sahabatku
janji halal rezekiku

Untuk apa wangi
di bilik dingin berseri
jika haram melatari
rasuah menyeri
diri

Padin Majid
26.10.13

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-10-2013 06:53 PM | Show all posts
Aku Tak Malu

Aku tak malu
umumkan pada ayah ibu
dia cinta hatiku
dia dambaan kalbu
dia calon suami pilihanku
walau dirinya pekerja kolar biru
bukan seorang peguam ataupun guru

Aku tak malu
kenalkan pada rakan-rakanku
dia cinta hatiku
dia dambaan kalbu
dia calon suami pilihanku
walau dirinya lebih muda dariku
makan di restoran mewah tak guna sudu dan garpu.

Aku tak malu.
Ingin kujerit pada seluruh dunia bahawa dia kekasihku.
Aku tak malu.

-LM/HN26102013

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2013 09:25 PM | Show all posts
Aku Tak Malu

Aku tak malu
dulu-dulu zaman kecilku
menjaja kuih muih
serata kampung
serata taman
dengan suara emas merduku
kuih...kuih...kuih...
kosui...serimuka...karipap...bingka ubi...

aku tak malu
mengutip pucuk paku
seikat sepuluh sen
mencari siput sungai
selonggok lima puluh sen
mencabut cendawan
sebekas tiga puluh sen
memanjat pokok manggis
sebakul upahnya seringgit

kerana kemiskinan
untuk meneruskan
kelangsungan hidup
perit jerih dengan upah yang kudapat
membeli sedikit makanan
untuk mengalas kekosongan perut
selebihnya kusimpan
untuk membeli buku cerita kegemaran

aku tak malu
untuk bercerita dengan anak-anakku
tentang kisah sedih zaman kecilku
supaya mereka mendapat sedikit iktibar
kesusahan mendidik aku
menjadi manusia hari ini

alangkah terkejutnya
mereka bertanya semula padaku
ummi tak malu ke
menjual kuih, pucuk paku, cendawan,
siput dan segala jenis buah-buahan di pasar malam?

aku tak malu
sebab aku bukan mencuri
untuk mencari sesuap rezeki
aduhai anak kalian malu rupanya!

Cma
8.00 malam
261013

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2013 11:10 PM | Show all posts
Aku Tak Malu

Makan tak pakai sudu
Mata mencari budu
Berlengging tiada baju
Aku tak malu
Sebab masih melayu

Salam di muka pintu
Tak kira bila waktu
Tetamu selalu ditunggu
Aku tak malu
Sebab masih melayu

Veteran semakin layu
Remaja makin kuyu
Ada yang seperti kutu
Aku tak malu
Sebab masih melayu

Keluarga nombor satu
Rakan taulan bersatu
Untung sabut untung batu
Aku tak malu
Sebab masih melayu

Engkau, aku tak mahu tahu
Yang penting aku MELAYU

Aku tak malu

A.K
Puchong

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2013 10:30 AM | Show all posts
Dua, dua; semuanya dua.
(Kecindan)

Bila badan dah letih
mata mula berbalar
apa yang dipandang
semuanya nampak dua
seakan kembar
satu sama lainnya.

Bantal nampak dua
tetap melambai minta dibelai
aduhai!
... sabarlah mata.

Kaki nampak dua kali ganda
bila kasut kusarung
nampak empat
mengalahkan kaki sotong.

Pokok mangga depan rumah
turut nampak dua
berpinar mataku di biasan cahaya
nak sahaja, aku masuk ke rumah semula.

Bila aku cium anak-anak
aku tertanya-tanya di dada
bila masanya
isteri aku lahirkan anak-anak kembar; tersusun.

Tetapi yang hairannya
bila aku pandang isteriku
tidak pula mahunya jadi dua
kan 'best' kalau jadi dua.

Ahaksssss!
Minta maaf tok, anak cucu tumpang lalu
kih kih kih ... aduyai;
berangan.

Sazalee Sulaiman 27/10/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2013 10:31 AM | Show all posts
Jom Bang!

Jom bang!
teman sayang senaman
sihat badan.
Ala! Abang penat sayang...

Jom bang!
teman sayang 'shopping'
beli barang dapur.
Ala! Abang keletihan sayang...

Jom bang!
masuk bilik
tidur.
Hah! Jom, jom....

CNM, 27/10/13

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-10-2013 10:36 AM | Show all posts
Silap akukah?
(Kecindan)

Sudah kubilang
sejak dulu
sudahku kuajari
sekian waktu
setengah abad berlalu
masih kutemui
jawapan pelik-pelik
daripada anak didikku

satu pagi
seorang murid tahun satu
bangun dengan lagaknya
jari telunjuk ke kiri ke kanan
digoyangkan diarahkan kepadaku
'hahah...lantak, teacher mencarut.
kita cakap dengan emak kita,teacher mencarut!'
diulanginya sekali lagi

aku kehairanan
jemariku dimulut
apakah aku tersilap menyebut
Ya Allah, anak kecil ini cuba mendugaku!
set induksiku baru bermula
kuperkenalkan perkataan 'play'
untuk meningkatkan perbendaharaan kata
Bahasa Inggeris mereka
tunjukcara sebutan yang betul
dengan gerak bibir dan lidah
latihtubi berterusan

'teacher, play tukan benda kitaorang
tak baik tau teacher mencarut'
sambil jari jemari
anak didikku bertuah itu
menunjukkan ke arah
zip seluar sekolahnya
sedangkan yang lain
sudah ketawa terbahak-bahak

Merona merah mukaku
termalu-malu
aku sudah terkena dengan mereka
aku turut ketawa
dalam hati geram
bahasa daerah
menjadikan makna berbeza
walaupun bunyi dan sebutannya
sama
'play dan tut...tut'

hahahahahaha...
mereka terus ketawa
'lantak, teacher mencarut!
diulanginya
aku demam dua hari
kerana terkejut

budak itu sangat berani
celupar dan jujur
aku terkesima!
dituduh mencarut...
'aduhai anak didikku
teacher malu...'

Cma
9.19 pagi
271013

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2013 05:03 PM | Show all posts
~ Si Katak ~

Dalam pasu bungaku
si katak beradu
geli-geleman pula aku
keluarlah wahai katak Puru
aku nak siram pokok bungaku.

Terjerit aku di situ
bergegas keluar anak-anakku
terperanjat mendengar jeritanku
kutunjukkan katak di dalam pasu
apalagi...diketawakanlah aku.

"Hanya seekor katak Puru
Mami menjerit sekuat itu
ingatkan apa yang berlaku
katak...kecil je tu".
Itulah kata-kata anakku.

Bukan aku sengaja buat begitu
dah memang aku gelikan si katak Puru.

~ Zie ~
27/10/2013

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-10-2013 05:20 PM | Show all posts
Tajuk:Susu Oh Susu

Mamaku kata
jangan suka meminta
susu mentah
nanti leher tercekik
tapi aku terus berdegil.

Papaku kata
jangan suka meminta
susu adik
nanti adik kurang susu
tapi aku terus menghisap.

Nenekku menyampuk
susunya ada
tapi isinya tiada
lantas nenekku
datang menerpaku
lalu ditekapkan
mulutku ke dadanya.

Eh!
geli bila mulutku
terhisap susu nenek
tiada isi.

Sejak usia tujuh tahun
aku berhenti meminta
susu di rumah
kerana di sekolah
ada membekal susu kotak.

Ilham Minda,
Precious Hope
27/10/2013

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2013 06:47 PM | Show all posts
KETAKUTAN
(Kecindan)

Dalam kemaruk resah yang hebat
ada ketakutan yang menguasai
aku di dapur memasak dengan lirik mata
memandang lantai terasa ada lingkaran maut
kerana baru sebentar tadi kulihat seekor ular
melintang di bawah meja
namun aku yakin ianya sudah beredar.

Ya Allah... lindungilah hambaMu
yang sedang ketakutan ini
namun belum habis beras kubasuh satu patukan
singgah ke betisku... aku terjerit
terasa maut datang menghampiri
periuk belangaku bertaburan di lantai
puteri-puteriku berlarian mendapatkan aku
aku tersengeh... memandang kucingku si domok
yang baru sebentar tadi
ekornya yang tersimpul itu telah mengetuk betisku
aku terkesima sambil dada berdebar
perlahan-lahan aku tersenyum.

SZA KAM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2013 07:18 AM | Show all posts
KECINDAN

Kecindan yang lucu
penghibur duka di kalbu
penglipur jiwa yang celaru
mengusik nurani yang sendu

Kecindan yang ria
pencetus senyum dan tawa
perangsang minda ceria
pengubat hati yang lara

Kecindan yang berlapis
dibina ayat yang puitis
maksudnya sukar dianalisi
menjana pemikiran kritis

Kecindan yang hambar
seleranya yang tawar
maksud yang samar
pengertiannya sukar

Yang dinamakan kecindan
lawaknya menghiburkan
ada unsur pengajaran
sebagai panduan dan pedoman

SMK Serian
26 Oktober 2013

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2013 10:50 AM | Show all posts
Syair selepas hujan.

Mentari bersinar terik ke lembah
menyuluh alam dilanda bah
tangisan semalam bumi disimbah
arahan Tuhan harus disembah.

Mergastua riang di hati
turun ke bumi penuh di jeti
di pagi hari embun meniti
habuan disambar berkati-kati.

Itulah unik Allah yang Esa
dalam memberi ditunjukkan kuasa
kepada hamba-Nya dilimpahkan sentiasa
rezeki yang ada harus diperkasa.

Wahai manusia sedar dan bangun
kun fayakun bukan untuk dipegun
bersyukur sentiasa kemaskan anggun
gunakan akal di bara unggun.

Di bumi Allah tegakkan rukun.

Sazalee Sulaiman ... 28/10/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2013 10:52 AM | Show all posts
Syair November

November akan menjelma lagi
tiba musim anak-anak cuti
ibubapa mula susah hati
anak siapa nak perhati

November akan muncul lagi
tiba musim banyak kenduri
sana sini jemputan tak henti
kenyang perut suka hati

November akan datang lagi
tiba musim masuk jawi
mudim sibuk kalahkan menteri
potong sana potong sini

November akan bertandang lagi
tiba musim hujan membanjiri
nelayan termenung susah hati
laut bergelora hilang rezeki

November akan menyusul nanti
tiba musim sekolah bercuti
dapatlah cikgu rehatkan diri
beri tumpuan hal peribadi.

CNM, 28/10/13, KHS.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2013 11:02 AM | Show all posts
Syair buat adinda

Aduhai adinda yang jauh di mata,
Carilah ilmu ibarat permata,
Usahlah jemu masa didusta,
Hadapilah dugaan, caci dan nesta.

Pandailah adinda membawa diri,
Dalam mencari ilmu ilahi,
Jangan mengeluh di hati sendiri,
Bersyukurlah nikmat yang dianugerahi.

Jagalah dinda panggilan nafsu,
Tingkatkan iman jadi perisaimu,
Ilmu dan yakin usahlah lesu,
Kejayaan pasti sedang menunggumu.

Dunia ini hanya pesanggerahan,
Akhirat jua tempat tujuan,
Mohonlah rahmat kepada Tuhan,
Moga hidupmu dalam keredhaan.

-wan nur ain-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2013 09:20 PM | Show all posts
Malam

Malam
Ayat-ayat kelam
Larik-larik berbalam
Aku rasa nak pitam
Masuk tidur dulu rehatkan kalam.

CNM, 30/10/13
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2013 09:20 PM | Show all posts
Puteri Hanny

Tidurku

Tika lesu menghampiri
Ingin merebah diri
Dalam dakapan sayang suami
Ulang kasih lama
Ramah dalam jaga
Kembara manja
Ulang lagi dan lagi....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-10-2013 09:20 PM | Show all posts
Kudrat Penagih Cinta

Kesilapan lalu
untuk direnung
dalam kesamaran
raut wajah lembut
antara kelemahan aku
terikat pada waktu

Peringatan yang kejam
engkau hadiahkan
namun aku reda
anganku tersentak
gelora melanda
indahnya cinta
hanyut semuanya

Cuba kaufikir
inikah cinta
nikmat seketika
tempang dunia
Allah yang Esa

3100491013
A.K
Sg Petani

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2013 09:20 PM | Show all posts
PJJ

P-erhubungan
J-arak
J-auh.

SS ... Nilai, Negeri Sembilan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2013 09:21 PM | Show all posts
CINTA

Cinta itu anugerah
Indah bila bersama
Naluri selalu bergelora
Tak ingin berpisah
Aku dan kauselamanya.

SUE
31/10/13
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2013 09:21 PM | Show all posts
CINTAMU.

Cuma
Ilusi
Namun
Tetap
Aku
Menagih
Ukhuwahmu

Padin Majid
31.10.13
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:43 PM GMT+8 , Processed in 0.156339 second(s), 60 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list