CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6496|Reply: 15

Cerita tentang saka

[Copy link]
Post time 16-10-2013 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Assalammualaikum dan salam 1 malaysia...

Kak bunga baru saje terbaca cerita tentang saka..rasa nak berkongsi dengan adik2 kisah saka ni tapi bukan kepunyaan kak bunga la..

Sebelum arwah nenek kak bunga meninggal (beliau meninggal dunia dalam tahun 2006)..kak bunga selalu ikut arwah balik ke kampung nenek di melaka terutama masa cuti semester. Kak bunga memang suka balik kampung sebab rumah arwah nenek memang jauh ke dalam (org melaka kata baruh) daripada jalan raya.

Setiap kali balik kampung, kami akan sampai ke rumah biasanya sebelum maghrib..kak bunga balik ke kampung dengan menaiki bas dpd johor bahru.

Sesampainya sahaja di rumah kampung, kak bunga tengok kebiasaan nenek akak akan bagi salam dan akan cakap 'jah dah balik ni ha'..Di rumah pusaka tu. Kalu nak tahu di rumah nenek akak  (rumah zaman dulu) memang ada tiang seri. Mana2 sahaja nenek akak nak pergi, mesti akan ada lebihan makanan. Akk pernah tanya, nenek akak hnya jawab 'kesian, orang dalam rumah ni nak makan'..akak pun tak pernah terfikir apa2..

Sehinggala masa arwah nenek akak jatuh sakit sekitar awal tahun 2006-kesian dia..makan kuat mengalahkan jaguh bina badan tetapi badan semakin kurus,tidak boleh berjalan, kami semua mandikan arwah, cebukkan dia. Arwah asyik terbaring sahaja sehingga belakang badan pun berlubang.

Kemudian, banyak tempat pergi berubat tetapi masing2 cuba keluarkan saka (rupanya arwah nenek akak ada saka) tetapi saka tersebut mahu bertuan. Dalam anak2 arwah tiada sorang pun yang mahu saka tsbt shggala satu hari masa arwah dah nazak tetapi masih juga tidak meninggal..kesian akak tgk arwah

Kemudian, kami tidak jemu bawa berubat (tujuan utk buang saka), kami pergi ke muar..itula kemuncaknya bila lepas berubat, 2 hari lepas itu arwah sesak nafas dan pakcik akak bukak atap rumah supaya arwah nenek akak boleh pergi dgn mudah.  Pakcik akak buka sahaja atap bumbung rumah, arwah nenek akak tarik nafas sekali sahaja dan pergi meninggalkan kami semua

Selepas arwah meninggal, akak tanya dengan makcik akak kenapa boleh jadi begitu. Rupanya orang2 dahulu mengambil saka bukan tujuan bermegah tetapi supaya mereka sentiasa kuat untuk membanting tulang mengerjakan sawah padi. Kebetulan arwah atok akak meninggal awal dan nenek terpaksa menyara 6 orang anak yg masih kecil ketika itu.

Yang akak tahu saka telah dibuang. Masa awal arwah meninggal memang setiap anak beliau diganggu oleh pelesit tetapi alhmdulillah benda2 tu/ gangguan tersebut sudah tiada. Akak pun tidak bertanya cara buang nya.

Walaupun salah seorang pakcik akak suruh akak ambil dengan alasan akak adalah cucu kesayangan arwah tetapi akak tidak mahu dan tidak nak sesekali bersekongkol dgn makhluk lain selain Allah.  Itula pengalaman akak yg berkaitan dgn saka. Moga Allah permudahkan arwah nenek akak di sana dan ampuni segala dosanya..alfatihah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2013 01:26 AM | Show all posts
saka saka sak
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 08:37 AM | Show all posts
kenapa ya org yg ada saka tak nak buang masa tengah sihat?
nanti dah sakit tenat baru la org kena tolong cari ustaz/perawat nak buang saka tu
ada apa2 reason ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2013 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
pelukis.plan posted on 17-10-2013 08:37 AM
kenapa ya org yg ada saka tak nak buang masa tengah sihat?
nanti dah sakit tenat baru la org kena t ...

Tak tahula pelukis plan-myb owner x de rasa nak buang kot@mybe owner rasa dia masih perlukan saka tersebut..wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
maybe masa dia sihat tu saka dia duk pengaruh dia jgn buang aku...aku bisa mengurniakan kamu wajah yg berseri, kekuatan sekawan gajah, dan sebagainya
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 02:40 PM | Show all posts
pelukis.plan posted on 17-10-2013 08:37 AM
kenapa ya org yg ada saka tak nak buang masa tengah sihat?
nanti dah sakit tenat baru la org kena t ...

kenapa??

ini ikut pendapat aku laa eh...

jin kan memang nak sesatkan manusia..

so bila dh manusia diperhambakan oleh jin2 ni..masa ni laa kesempatan dia nk sesatkan manusia2 ni..
jin2 akan taburkan janji manis/takut2 semula org yg dh jadi hamba jika dia buang jin2 tu..

jadi memang susah laa org yg dh berkawan/bersahabat/menganggap jin2 ni sedara nk buang balik jin2 ni..



Last edited by safamm on 17-10-2013 02:43 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2013 02:47 PM | Show all posts
bunga79 posted on 17-10-2013 10:40 AM
Tak tahula pelukis plan-myb owner x de rasa nak buang kot@mybe owner rasa dia masih perlukan saka  ...

Kalau nama orang melayu ni, sapa yg tak de saka???............. hampir semua ada saka, jadi kita semua nih takkan terlepas.... dah tua , nak mati nanti baru cari orang berubat, baru tau diri tu adalah sarang sang saka
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasanya dia jadi 'sayang' nak buang..sbb dgn adanya saka dia dpt manfaat tertentu..tapi dia lupa setiap manfaat tu perlu dibalas..itu sbb dah sakit teruk pun susah..nak mati pun payah dia dah terpaksa byr dgn nyawanya sendiri dan ank2 jadi mangsa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2017 10:19 AM | Show all posts
palmolive replied at 17-10-2013 11:35 AM
maybe masa dia sihat tu saka dia duk pengaruh dia jgn buang aku...aku bisa mengurniakan kamu wajah y ...

mungkin dia nak buang..tapi syarat saka tu kena ada tuan baru..zaman sekarang ni mana le ada anak2 yang sanggup..

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 10:22 AM | Show all posts
miftahuljamilah replied at 14-2-2017 06:58 PM
Biasanya dia jadi 'sayang' nak buang..sbb dgn adanya saka dia dpt manfaat tertentu..tapi dia lupa se ...

mungkin juga...arwah opah dan makcik sepupu saya ada saka ni
Arwah opah dari keturunan..arwah opah saya bekas bidan kampung
aarwah makcik saya untuk seri wajah..masa dia sakit teruk..panggil ustaz berubat..ustaz tu ckp kena ada pengganti..last2 anak kedua ni mengaku ambil sebab dah tak sampai hati dengan mak dia..dua hari lepas dia lafaz janji tu..arwah makcik saya meninggal

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
zachuby replied at 16-2-2017 10:22 AM
mungkin juga...arwah opah dan makcik sepupu saya ada saka ni
Arwah opah dari keturunan..arwah opa ...

Laa ..kenapa pegi suruh cari ganti..sepatutnya ustaz tu ajarkan cara lepaskn perjanjian dgn makhluk tu..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 10:30 AM | Show all posts
tu la...diorg ni 2 beradik je..yg kakak sulong dah kawin..yang ambil ni anak no.2 lelaki..kakak dia tahu pun lepas arwah meninggal sebab yg adik ni cerita, sbb masa panggil ustaz tu..kakaknya takde..mak saya marah sgt2..sbb dia ingat saka ni main ambil mcm tu je ke..ada 'benda' yang dia kena buat
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 01:37 PM | Show all posts
zachuby replied at 16-2-2017 10:19 AM
mungkin dia nak buang..tapi syarat saka tu kena ada tuan baru..zaman sekarang ni mana le ada anak2 ...

helah setan memang halus...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 02:32 PM | Show all posts
dengar cite dari mak, saka nie ada yang berupa harimau. dibela bagi menjaga keselamatan diri, tanah miliknya dan rumah. kalau pencuri ke datang memang kenalah dengan si saka nie
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 11:09 AM | Show all posts
nak tanya sikit la ttg saka ni...

betul ke saka boleh bgtau jagaan dia ttg apa org ckp belakang jagaan dia?

contoh kisah :

dalam satu kumpulan ada 20 org.
kemudian berlaku sedikit salah faham dan masing2 bawa haluan masing2.
terbentuk la puak2 hasil serpihan kumpulan ni.

sewaktu salah faham, yg banyak di sebut adalah tentang C dan puak serpihan tu C sgt trust teman2 dia. tapi C x puas ati, dia nak tau juga sapa yg bawa cerita ttg dia kat ahli2 yg lain. dan satu hari sepanjang hari C di hantui wajah dan bisikan yg sebut J...J...J....sampai si C tak boleh tidur asyik terbayang wajah J.

C mmg ada saka keturunan dr keluarganya. dia dah byk kali suba buang...masih dlm proses.
C berkongsi pengalaman pelik dia dgn teman2 lain kecuali J.

adakah logic saka gred A yg bgtau C bahawa yg mengata belakang dia adalah J?

dan J pula....mmg jarang bersuara, hanya sesekali. tp bila di belakang dia teman lain mula mempertikaikan kenapa x menyampuk...tiba2 J mcm tau n dtg berborak...mmg selalu jd mcm ni
adakah J juga ada saka gred AA?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 02:42 PM | Show all posts
sama mcm arwah nenek sy terbaring smpai bdn berlubang..cumanya nenek sy meninggal sy xtau mcmane sbb sy xde mse tu..tp sakanya mcm xdpt  dikesan..anak cucu plak so far xde yg mewarisi kebolehan nenek mengubat org demam (ketegur)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.069221 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list