CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3159|Reply: 2

MSN sedia taja atlet olahraga senior ke Myanmar

[Copy link]
Post time 18-10-2013 10:08 AM | Show all posts |Read mode

Zolkples Embong

KUALA LUMPUR - Majlis Sukan Negara (MSN) akan memberi kelonggaran kepada beberapa atlet olahraga senior membuat penampilan terakhir di Sukan SEA Myanmar, Disember ini walaupun mereka gagal melayakkan diri secara merit untuk beraksi di temasya itu.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Zolkples Embong berkata pihaknya memberi pengecualian tersebut setelah mengambil kira sumbangan yang pernah diberikan atlet terbabit kepada negara pada beberapa edisi Sukan SEA, sebelum ini.

"Ini bukan soal anak emas MSN atau tidak, sebaliknya kita memberi keistimewaan ini kepada mereka yang banyak menabur jasa mengharumkan nama negara sebelum ini, memandangkan Sukan SEA Myanmar adalah temasya terakhir mereka," katanya pada sidang media mengenai Kejohanan Ragbi Alumni Sekolah Alam Shah (ASAS RC) di MSN di sini hari ini.

Untuk rekod, Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia yang dijadual berlangsung di Stadium Mini MSN pada Sabtu dan Ahad ini, menjadi medan terakhir bagi atlet olahraga negara memperoleh kelayakan secara merit ke Myanmar.

Zolkples berkata ratu lompat berpagar negara, Noraseela Mohd Khalid dan atlet lompat berpagar lelaki, Mohd Rabbani Hassan serta beberapa atlet senior lain akan dipertimbangkan untuk mendapat keistimewaan itu dengan kos ke temasya itu dibiayai MSN walaupun mereka mewakili negara di bawah kategori B.

Sebelum ini, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memperkenalkan kategori A dan B dalam pemilihan atlet yang layak beraksi dalam sebarang temasya dengan atlet kategori A ditanggung penuh manakala atlet kategori B perlu menanggung perbelanjaan sendiri.

MOM akan bayar semula semua perbelanjaan jika mereka membawa pulang pingat emas atau sebahagian daripada kos perbelanjaan jika mendapat pingat perak.

Mengulas lanjut, Zolkples percaya dengan kemampuan atlet senior berkenaan menyumbang pingat kepada negara pada temasya dwi tahunan itu.

Dalam perkembangan lain, Zolkples memuji usaha yang dilakukan ASAS RC dalam menganjurkan buat julung kalinya kejohanan ragbi berkenaan yang dapat membantu perkembangan sukan berkenaan di negara ini.

Kejohanan Ragbi Tujuh Sebelah ASAS RC dijadual berlangsung di Stadium Mini German-Malaysian Institute (GMI) Bangi pada 26 dan 27 Oktober ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2013 10:56 AM | Show all posts
bagus bagus
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2013 10:57 AM | Show all posts
we shall wait and see
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.068039 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list