Part 1 Hari ini genap 3 bulan Ramia Qaisara dan kawan-kawannya meninggalkan alam persekolahan.Dalam masa yang sama Ramia Qaisara membantu kakak sulungnya menjaga kedai perabutmiliknya kerana kakak Ana sedang menunggu saat –saat menimang cahaya mata yangke 3.Hari ini juga keputusan Sijil Pelajaran Malaysia akan diumumkan.Debaran akan terasa bagi setiap pelajar yang telah menduduki peperiksaan SPM apabila keputusan akan diumumkan. Begitu juga dengan Ramia Qaisara.Sebagai pelajar hanya itu yang dia mampu lakukan hanya doa…doa…doa…
Hatinya berdegup-degup dengan kencang dan resah kerana takut apa yangdiimpikan tidak akan tercapai. Dia bertawakal dan pasrah kalau ditakdirkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia nanti tidak memuaskan kerana dia sudah sedaya-upaya melakukan yang terbaik.Sedang leka membuat kerja di kedai ,Mia Qaisara dikejutkan dengan aluanan Terima kasih Cinta dari telefon bimbitnya..Hanya telefon bimbit butterfly yang mampu dia miliki.Itupun simpati daripada Kak Nia kakak keduanya yang kini berada di Kuala Lumpur mengikuti suaminya.Biasa la kalau pompuan dah kawin pasti mengikut suaminya kan ?? Nanti bila sampai masa kita juga begitu…hihi…adoiii apasal fikir sampai nak kawin segala..keputusan SPM pun belum dapat lagi..hehehe…Tangannya segera mencapai telefon bimbitnya yang berada diatas meja dan tertera nama Ina didalam skrin.Dia menjawab dan suara merdu Ina berada diluar talian.
“Assalamualaikum Mia, sibuk ke? tahu kan keputusan SPM kan diumumkan hari nie?”Tanya Ina bersungguh-sungguh.Kedengaran suara Ina sikit gementar kerana masing-masing memikirkan keputusan yang akan diperolehi sebentar nanti.Gementar mana pun Ina tetap akan dapat keputusan yang cemerlang.Anak cikgu kata kan..Pasti akan ikut kepandaian ayahnya yang tercinta.
“Waalaikumusalam..tak sibuk la..Mia tengah check harga almari yang baruaje sampai kelmarin.Tak sempat nak selesaikan kelmarin sopagi nie terpaksa selesaikan bcoz nanti kalau ada pelanggan takda Mia kelam-kabut.Dah tahu coz semalam diberitahu dalam berita kan?”Sambil bercakap melalui telefon ,mata Ramia Qaisara tertumpu pada invoice yang berada dihadapan.Hati berdebar-debar .
“So macam mana ya? kita nak pergi ambil keputusan sekali ke atau Mia nak pergisendiri ?kalau nak pergi sekali dengan kami , kami pergi berkumpul kat kedai Mia, boleh ke?” tanya Ina.
“Kita pegi sekali la cozramai-ramai kan best dan tak terasa janggal sangat.Mia dah cakap kat Kak Ana.Dia bagi Mia cuti separuh hari.Kejap lagi Ina bagitahu yang lain,suruhmereka kumpul kat kedai Mia boleh ke ?”
“Okey..Dalam pukul 11.00,kami semua kan berkumpul kat situ.Assalamualaikum”
“Okey ..kita jumpa nanti ..Waalaikumusalam.”Selepas Ramia Qaisara mematikan telefon bimbitnya,dia menyambung kembali kerja yang terbengkalai.
Sedar tidak sedar jam menunjukkan pukul 11 pagi.Kedengaran riuh-rendah suara kawan-kawannya sudah berada didepan kedainya.Ada yang merasa cemas,ada juga yang takut dan ada juga ceria kerana percaya mereka akan lulus dengan cemerlang.Ramia Qaisara segera bersiap dan mendapatkan kawan-kawannya untuk bersama-sama ke Sek.Men.Keb.Tunku Putra (SMKTP).Perasaan Mia semakin gementarkerana takut keputusan yang diharapkan tidak tercapai.Tapi semua itu sudah berlaludan dia redha keputusan yang akan diperolehi nanti.Buat apa nak fikir sedangkan sebelum ujian buat slamber aja..hahaha.. Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia ini yang akan menentukan masa depan bagi semua pelajar.
Semua bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putra yang akanmengambil keputusan SPM dikehendaki berkumpul didewan bersebelahan bilik guru. Kedengaran pengumuman daripada guru yang terlibat.Ramia Qaisara dan kawan-kawannya berjalan seiringi ke dewan yang disediakan.
Tiga bulan membuat hal masing-masing dan hari ini hari yang palinggembira kerana dapat berjumpa kembali rakan-rakan lama.Hari ini juga hari yangakan menentukan masa depan dengan keputusan yang akan diumunkan .Ramia Qaisara bersama-sama kawan-kawan rapatmya dan yang lain-lain bersiap sedia kerana keputusan akan diberikan dalam masa beberapa minit lagi.Debaran kian terasa dihati semua pelajar terutamanya mereka berempat.
Beberapa minit,pengumuman telah dibuat dan semua pelajar dikehendaki mengambil keputusan peperiksaan SPM mengikut kelas yang terdahulu.Setelah keputusan berada ditangan pelajar-pelajar,pelbagai raut wajah yang dipamerkan.Ada yang berduka dan ada yang gembira malah juga yang melompat-lompat serta turut juga yang mengalir airmata.
Ramia Qaisara dan rakan-rakan yang lain berpuas hati dengan keputusanyang mereka perolehi. Setelah selesai mereka membuat keputusan untuk meraikanbersama-sama sebelum masing-masing sibuk mengisi borang untuk ke Institut Pengajian Tinggi Awan atau Institut Pengajian Tinggi Swasta malah memasuki Tingkatan Enam(Pra Universiti).
Ina mencadangkan kepada semua untuk meraikan kejayaan mereka di KFC tempat mereka selalu melepak semasa masih di Tingkatan 5 dahulu.Semuamenyetujui cadangan Ina.Dalam setengah jam mereka sampai ke tempat yang ditujui.Masing-masing menunjukkan muka yang ceria kerana keputusan yang diperolehi memuaskan hati.
Setelah selesai memesan makanan,mereka berempat memilih tempat yang agak terselindung kerana tidak mahu majlis mereka mengganggu pelanggan yang laindengan gelak-ketawa.Biasa bila berkumpul ada saja yang ingin diceritakan kerana sudah tiga bulan membuat hal sendiri dan ketika ini melepaskan kerinduan yang terpendam sebelum mereka semua menjejak kaki ke pusat pengajian tinggi.Selepas ini mereka akan berpisah untuk mencapai cita-cita masing-masing.
“Mia…lepas nie nak sambung belajar kat mana?”Tanya Ina sambil menyuapkan ayam goreng KFC didalam mulut.Ani dan Tie memandang tepat kearah Ramia Qaisara menanti jawapan daripadanya.
“Tak tahu lagi.Ina,Ani dan Tie pulak macam mana?”
“Entah la.. maybeIna akan isi borang ke Maktab Perguruan kerana Abah dengan Mak Ina nak Ina jadi guru macam mereka berdua.” Terang Ina.Ibu dan bapa Ina adalah guru yang mengajar di Sekolah Rendah manakala ibu-bapa Tie bekerja sebagai doctor dan membuka klinik sendiri.Ibu bapa Ani bekerja sebagai petani dan juga kedua orang tua Ramia Qaisara bekerja sendiri dengan menguruskan kedai runcit secara kecil-kecilan.Mereka tidak memilih darjat dalam berkawan kerana masing-masing ikhlas dalam persahabatan.
“Maybe Ani akan sambungke Tingkatan 6 aje kot.”Sampuk Ani.Mereka semua memandang ke arah Ani apabila mendengar perjelasan daripada kawan baik mereka.
“Keputusan Ani cemerlang jugak kan ?kenapa tak minta IPTA aje ?”TanyaTie penuh tanda-tanya.Ramia Qaisara yang leka menghirup air milo ais juga mengangguk-angguk menyetujui kata-kata dari Tie.Begitu juga Ina.
“Kamu semua mesti faham kan ? orang tua Ani tak mampu nak tanggung perbelanjaan untuk ke Universiti nanti.Adik-adik Ani ramai yang masih bersekolah.”
Mereka semua mengangguk-angguk kepala.Mereka semua faham yang Ani dari keluarga yang tidak senang.Ani merupakan anak sulung daripada enam orang adik-beradik yang kesemuanya masih bersekolah.
“Tapi Ani boleh buat pinjaman wang PTPTN kan?”
Ina memberipendapat.Ina mengenggam tangan Ani penuh simpati.Dalam mereka bertiga Ani yang paling tabah menghadapi dugaan yang melanda kerana dia sudah biasa hidup dalam kesusahan.
“Itu Ani tahu tapisebelum dapat wang PTPTN ,kita terpaksa gunakan duit kita dulu kan?Ani tak nak menyusahkan orang tua yang telah banyak berkorban demi kami adik-beradik.Kalau Ani sambung ke Tingkatan 6 ,Ani akan perolehi biasiswa so tak la menyusahkan mereka lagi.Selepas itu Ani akan berusaha untuk melanjutkan ke Universiti.”Terang Ani.Kedengaran suaranya sedikit sebak.
“Kami akan sokong apayang Ani lakukan dan sebagai kawan baik,kami semua nak Ani tahu yang kamibertiga akan sentiasa berada diantara satu sama yang lain dan akan salingtolong-menolong sedaya-upaya.”Mereka semua berpelukan sesama sendiri.Drama sedih la pulak..hehehe.
Last edited by samiramieya on 20-10-2013 01:13 PM
|