CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9716|Reply: 49

NOVEL SAI FAI: LEGENDA GELANG KRISTAL (U)

[Copy link]
Post time 21-10-2013 01:15 PM | Show all posts |Read mode
Edited by aylanins at 17-3-2015 08:18 PM

BAB 1


MENGANYAM butir-butir kristal menjadi seutas gelang sememangnya kerja yang renyah dan melecehkan. Kalau tiada minat, pasti awal-awal lagi bidang ini tidak menjadi pilihan.

Hendak menganyam seutas gelang bukannya susah, tetapi harus pandai mencari idea bagi menghasilkan seutas gelang yang lain dari yang lain. Corak rekaan harus tidak sama dengan corak rekaan individu lain dan paling penting hasilnya mestilah unik.

“Akak…yang ini semua dah ambil gambar. Semua ada dalam memory card,” Laila meletakkan Canon D3100 di sudut meja.

“Okay…terima kasih. Dah nak pergi kelas ke?” tanya Marianne pada Laila yang sudah mencapai sehelai selendang dari almari.

“Yap. Tepung pisang goreng emak dah bancuh. Ada kat dalam peti sejuk. Mak cakap petang nanti gorengkan.  Mak dah pergi ke hospital dengan ayah tadi,” pantas Laila melilitkan selendang ke kepalanya.

“Okay…” balas Marianne sambil tangannya mengambil sebiji kristal swarovski berwarna biru muda lalu memasukkan benang ke dalam lubang kristal itu.

Sebelum mula menganyam biji-biji kristal menjadi seutas gelang yang cantik, biasanya dia akan melakar terlebih dahulu corak warna gelang yang dimahukan. Kadang-kadang kalau idea datang melimpah ruah, dia hanya akan menyusun butir-butir kristal di atas meja untuk melihat corak gelang yang bakal siap, kalau puas hati, dia akan terus menyusun butir-butir kristal itu menjadi gelang.

Setelah siap, biasanya dia sendiri akan mengambil gambar gelang berkenaan dengan Canon D3100nya, dan gambar tersebut akan di muat naik ke dalam blog untuk dipamer dan dijual.

Hari ini Laila bermurah hati pula mahu menolongnya mengambil gambar-gambar gelang yang telah siap. Macam tadilah, tapi tak tahu cantik tidak gambar yang Laila ambil.

“Kak! Van Pos Laju!” jerit Laila dari tingkat bawah. “Laila nak pergi ni…”

“Iya... iya… suruh dia tunggu…” perlahan-lahan Marianne menuruni tangga ke tingkat bawah. Ah, ada saja yang mengganggu. Sempat dia mencapai tuala merah yang tersangkut di kepala katil sebelum menuruni tangga ke tingkat bawah. Tuala merah itu dikelubung menutupi kepalanya.

“Nor Marianne binti Abdul Malik?” pakcik posmen menghulurkan kepalanya dari tingkap van Pos Laju yang sudah masuk ke perkarangan rumah.

“Iya…saya..” kata Marianne sambil mengatur tuala merah yang menutup kepalanya.

“Tandatangan sini..” posmen menghulurkan sebatang pen.

Marianne menurunkan tandatangan pada kertas yang dihulurkan. Hatinya sudah melonjak gembira. Pastinya bahan-bahan untuk membuat gelang yang dipesannya beberapa hari yang lalu melalui sebuah laman web sudah sampai. Senangnya sekarang. Tidak payah ke sana ke mari mencari peralatan dan bahan untuk membuat gelang. Semuanya boleh dipesan secara dalam talian, pindahkan wang secara online dan beberapa hari kemudian sampai di pintu rumah.

Tutup saja pintu rumah, dia pantas duduk di sofa dan menggunting bahagian tepi sampul plastik pos laju. Walaupun tahu akan isinya, tapi hatinya tetap tidak sabar mahu melihat kiriman yang baru diterimanya.

Oh, cantik sungguh butiran halus kristal Swarovski yang baru datang ini, dengan charm yang pelbagai bentuk. Terbayang-bayang di matanya corak gelang yang mahu dihasilkan nanti.


Last edited by aylanins on 17-10-2014 08:41 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2013 02:05 PM | Show all posts
wah rumah baru...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2013 03:33 PM | Show all posts
wahhh best best ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2013 05:54 PM | Show all posts
ayla...Sai Fai tu mende...?

Legenda o Lagenda... ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2013 09:21 PM | Show all posts
sarizu posted on 21-10-2013 05:54 PM
ayla...Sai Fai tu mende...?

Legenda o Lagenda... ?

Sai Fai tu sains fiksyen... kalau Bahasa Inggeris sci fi.
Kalau jadi, jadilah cerita ni.
Kalau tak jadi sains fiksyen, saya tukar jadi kisah hantu boleh hehe...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2013 11:08 PM | Show all posts
Edited by aylanins at 17-3-2015 08:37 PM

ASWAD memandang jari jemari kanannya. Merah. Melecet. Busar yang baru saja dilepaskannya tadi hinggap jauh dari sasaran. Bekalan anak panahnya sudah habis. Dan hari semakin menganjak ke petang.

Dia mengeluh. Sepatutnya boleh mencapai sasaran bullseye. Kebiasaannya memang begitu tapi entah kenapa hari ini satu percubaan pun tidak berjaya. Dikerlingnya jam tangan di pergelangan tangan kirinya. Asar sudah lama berlalu, dan dia belum lagi menunaikan solat yang satu itu.

Aswad mengemas peralatan memanahnya. Busar-busar yang dilepaskannya tadi dibiarkannya saja di hujung padang. Nanti adalah pekerja yang akan mengumpul busar-busar itu.

Selepas mengemas peralatan memanahnya, dia mencapai telefon pintarnya yang disimpan di dalam beg sandangnya.

4 missed called. 1 new message.

Dia mengeluh. Kalau sedang berlatih memanah memang dia tidak suka jawab panggilan telefon. Dia tekan-tekan telefonnya.

Payment boleh dibuat ke akaun RHB saya. Butiran pembayaran saya sudah emelkan.
                                                                                                        Sender: Lovely Trinket


Aswad menekan lagi telefon pintarnya. Buka emel pula. Sah, ada emel dari Lovely Trinket itu. RM120 termasuk bayaran pos. Nombor akaun RHB ada disertakan sekali dalam emel itu.

Bolehlah, detik hatinya. Tak mahal, tak pula murah. Emak suka gelang kristal begini, fikirnya. Emak bukannya mahu pakai barang kemas yang diperbuat dari emas atau perak. Emak itu alergik dengan emas, gatal-gatal kalau pakai rantai atau gelang emas.

Aswad menggeleng, pelik juga alergik emak itu, orang lain alergik udang atau sotong atau makanan laut, itu yang selalu dia dengar. Emak ini alergik dengan emas.

Nantilah dalam perjalanan pulang ini dia akan pindahkan duitnya ke dalam akaun si Lovely Trinket itu. Harap-harap emak suka dengan corak gelang kristal yang dia pilih.


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-10-2013 10:26 AM | Show all posts
MARIANNE membaca dengan teliti setiap emel yang diterimanya. Pesanan yang diterima lewat emel selalunya dia akan cetak kalau bayaran sudah diterima. Ada dua gelang yang harus disiapkan. Bayaran sudah diterima, kerana corak yang diminta adalah sama seperti yang dipapar pada blognya.

Dulu, masa mula-mula beroperasi, Marianne tidak meminta bayaran pendahuluan, tetapi dia akan menganyam dulu gelang-gelang itu, dan bayaran akan diminta selepas gelang itu siap, sebelum dipos kepada pemilik baru. Tetapi setelah beberapa kali ada pelanggan yang buat-buat tidak tahu selepas gelang mereka siap, tidak mahu bayar, dia sudah serik. Bayaran terpaksa diminta dahulu, barulah gelang itu akan dibuatnya. Kalau pelanggan yang repeat order dia boleh bertolak ansur.

Gelang pertama, bayaran ialah RM120, Marianne sudah tersengih-sengih sendiri melihat wang yang masuk ke dalam akaun RHBnya.

Gelang kedua, matanya dikejip-kejipkan berulang kali. Wah, kalau ikutkan permintaan orang yang kedua ini, kos gelang yang diminta ini mencecah RM500. Batu Kristal Swarovski yang diminta bukan saiz kecil-kecil, tapi jenis pendant yang besar, bermacam bentuk dan warna. Kena minta deposit, kalau tidak, nanti gelang sudah siap, orang ini buat tidak tahu saja, fikirnya.

Untuk majlis perkahwinan agaknya, Marianne sudah cetak pesanan kedua itu. Semua pesanan pelanggannya disimpan di dalam fail khusus untuk rujukan pada masa akan datang.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 09:31 PM | Show all posts
menarik ini
selepas novel Islamik, novel sci fi pulop...

teruskan berkarya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-10-2013 08:52 AM | Show all posts
DIA nak jadi doktor…” keluh Dr. Abdul Malik malam itu di hadapan Nasrul.

“Doktor lagi? Hantar swastalah Pak Ngah…” cadang Nasrul senang. Dari dulu lagi dia dengar Marianne itu bercita-cita nak jadi doktor tapi asyik tak kesampaian.

“Yalah… kalau aku ada duit ratus ribu, sekarang jugak aku pergi cari jalan hantar dia ke Indonesia ke, Rusia ke, tak pun Manipal sana. Aku dah survey… kalau swasta kat sini macam IMU dengan Kolej Perubatan Perak itu, paling-paling pun kena ada dua ratus ribu dalam tangan,” kata Dr. Abdul Malik lagi.

“Mana dia tadi?” tanya Nasrul sambil mencapai cawan kopi yang elok terletak di atas meja. Kopi  yang masih berwap itu dihirupnya sedikit. Sedap! Dia capai pula sekeping biskut Tiger. Malam-malam begini menjamah hidangan yang ala kadar begitu pun terasa enak juga.

“Mana lagi kalau tidak kat atas tu, buat gelang kristal dia. Tak ada kerja lain, lepas kena tendang dari U, asyik buat gelang saja…” kata Dr. Abdul Malik separuh sebal.

“Pak Ngah… dia kan nak ikut jejak Pak Ngah tu. Eloklah dia ada hati nak jadi doktor, dibuatnya nak jadi artis masuk program realiti jadi penyanyi, Pak Ngah juga yang mengucap panjang,” ujar Nasrul seakan-akan menyokong Marianne.

Marianne adik sepupunya itu dia kenal sangat. Dari kecil memang keras hati. Kalau A kata dia, A yang akan dia buat. Kalau B dia mahu, B itulah yang dia pilih. Antara lima orang anak Dr. Abdul Malik, Marianne itu saja yang paling keras hati.

“Dah elok-elok masuk U, ambil Kejuruteraan Elektrik, gagal. Habis biasiswa dia kena tarik balik. Bukan senang nak dapat JPA. Orang lain berebut nak dapat biasiswa macam itu,” kesal Dr. Abdul Malik.

“Dah tak minat macam mana Pak Ngah…” kata Nasrul.

Marah benar Dr. Abdul Malik itu. Sudah lima bulan Marianne menganggur di rumah gara-gara ditendang keluar dari UM. Gagal tahun kedua sebab CGPA di bawah 2.0. Padahal Marianne itu bukannya tidak pandai. UPSR dan PMR dia semuanya berderet A. Cuma SPM saja dia tersasar dari sasaran pihak sekolah, 9A sahaja. Selebihnya B. Itu yang terlepas mahu dapatkan tawaran biasiswa dalam bidang perubatan.

Masuk Asasi Sains dapat CGPA tinggi 3.79 pun, tapi masih tidak cukup untuk dapatkan tawaran ke bidang perubatan. Perubatan minta CGPA 4.0. Alih-alih ke Kejuruteraan Elektrik saja selepas dipujuk-pujuk oleh Dr. Abdul Malik. Tapi dua tahun saja bertahan di situ, gara-gara tidak minat, gagal, dan terpaksa diberhentikan dari pengajian. Sekarang itu sahaja kerjanya di rumah, duduk buat gelang kristal. Mana ayahnya Dr. Abdul Malik itu tidak marah.

“Bila dia pergi?” tanya Nasrul. “Sabah ya?”

“Ya… ini yang terakhir. Kalau gagal lagi yang ini, aku kahwinkan saja budak tu. Nanti aku cari doktor yang single dan available kat hospital sana, nak sangat jadi doktor. Kalau pakai jalan Diploma Sains ni pun tak dapat masuk medic, dapat suami doktor jadilah,” kata Dr. Abdul Malik separuh berlucu, separuh lagi geram.

Mana tidak geram, anak yang pandai itu sudah buat hal. Semua orang puji-puji Marianne pandai, alih-alih kena tendang keluar dari universiti. Universiti Malaya yang tersohor pula tu.

Nasrul tergelak kecil. Seketika kemudian dahinya berkerut.

“Haa… Pak Ngah kata nak minta nombor telefon kawan saya yang kat UiTM Sabah tu kan. Yang  pensyarah tu. Elok juga, kalau Pak Ngah nak hantar Marianne melapor nanti, saya boleh contact kawan saya tu. Boleh tolong tunjuk jalan ke kampus UiTM tu. Tak silap saya, jauh juga nak masuk ke dalam kampus tu,” pelawa Nasrul sambil mengambil sekeping lagi biskut Tiger.

“Ya… lupa pula. Itulah aku minta tolong kamu ni. Nama siapa tadi? Aku tak biasa ke Sabah. Setakat Labuan saja,” kata Dr. Abdul Malik.

“Agus. Kejap ya. Nanti saya cari nombor telefon dia dulu,” kata Nasrul sambil menekan-nekan telefon genggamnya. Dia teringat pada Agus kawan rapatnya semasa dia belajar di UPM dulu. Sekelas dan bilik pula sebelah-menyebelah. Lepas itu duduk menyewa serumah di Sri Serdang.
Last edited by aylanins on 29-10-2013 08:55 AM

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2013 11:18 AM | Show all posts
lamanya bcuti kak...sambung la pnjg sket

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2013 03:10 PM | Show all posts
Salam TT rumah baru.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2013 11:03 PM | Show all posts
SAMPAI sahaja di hadapan kereta, nampak sudah 4 helai kertas berwarna hijau muda. Saman letak kereta terlebih masa. Ya, memang Marianne tidak pernah mahu beli kupon letak kereta yang berharga 50 sen dan 80 sen. Dia cuma letak kupon 20 sen sahaja, untuk 30 minit yang pertama, kemudian untuk masa seterusnya, redha sajalah kena layang kertas hijau.

Masuk dalam kereta, Marianne tukar kupon letak kereta kepada yang baru sebab dia mahu ke kedai BATA. Bukan jauh, betul-betul berhadapan dengan tempat dia letak kereta ini. Rasanya sudah setahun dia asyik pakai selipar ala Jepun ini di kaki untuk ke mana-mana. Rupa selipar itu pun sudah buruk benar. Hendak beli sandal Scholl atau Clark, terasa rugi sebab kalau rosak nanti masuk tong sampah juga.

Pilih punya pilih, dapat sepasang sandal hitam di kedai BATA. Dia cepat-cepat masuk ke dalam kereta. Plastik sandal BATA itu diletakkan di tempat duduk kosong di sebelahnya. Dan ketika dia mendongak ke cermin hadapan kereta itulah dia ternampak seorang wanita sedang duduk di salah sebuah kerusi di kaki lima restoran Secret Recipe. Gelang tangannya berkilau-kilau.

Cantik, desis  hatinya. Dari jauh lagi dia kenal itu gelang kristal Swarovski. Besar-besar kristalnya, mesti mahal harganya, walaupun dari jauh matanya cepat saja terpukau dengan indahnya batu-batu kristal Swarovski itu.

Tanpa disedari Marianne pantas keluar dari kereta. Kaki tanpa disedari melangkah menuju ke Secret Recipe, di sebelah kedai BATA. Dia berjalan perlahan menuju ke pintu masuk, menolak pintu kaca Secret Recipe dan terus melangkah masuk. Niat sebenar hendak melihat gelang wanita itu dengan lebih dekat tersasar sehingga kakinya melangkah ke kaunter Secret Recipe.

“Kak?” tegur adik manis di kaunter Secret Recipe.

“A-ah… Chocolate Indulgence satu…” tanpa disedari dia membuat pesanan.

“Satu slice ke kak?”

“Ya… eh eh tak. Whole cake…” alamak… dah terpesan terpaksalah bayar padahal duit dalam poket hampir nak kering. Dia bukannya kerja makan gaji pun. Tapi, sudah terpesan Secret Recipe yang mahal ini, dan whole cake pula tu, memang terlajak perahu susah mahu diundur.

Matanya masih mencuri-curi pandang wanita yang memakai gelang tangan kristal itu. Betapa dari jauh begitu pun dia kenal gelang itu memang kristal Swarovski kesukaannya. Cepat dia menghafal corak anyaman gelang kristal itu. Tidak susah untuk ditiru cara anyamannya kalau hati ini memang fokus ke situ saja.

“Kak… Chocolate Indulgence yang ada, orang dah booked,” staf perempuan itu menghampiri kaunter lagi.

“Ohh.. ya ke?” Marianne menoleh-noleh mencari kek lain sebagai ganti. Dia kurang arif kek lain. Salah pilih nanti tak sedap, tak kena selera. Dia bukan macam adiknya Azwan yang gemuk gedempol itu, yang kalau memilih makanan, memang selalu dapat yang sedap. Dia juga bukannya macam Laila, yang bijak pilih apa saja, mesti kena pada selera terutamanya kalau soal makanan dan pakaian.

Dia cuma suka dan tahu kek Chocolate Indulgence, tapi abah bukan suka pun. Abah tak suka makan makanan yang manis-manis, abah kan doktor. Memang pantang baginya makan kek yang berkrim coklat macam itu. Hari itu masa hari jadi Azwan, penat saja dia beli Chocolate Indulgence, tapi yang menghabiskan kek seberat 4 paun itu cuma dia, Laila dan Azwan saja. Itu pun makan masa seminggu.  

Mata melilau melihat brownies. Teringat Shila, kawan baiknya yang pernah belanja dia makan brownies Secret Recipe dulu.

“Yang ni satu slice besar mana?” unjuknya pada brownie walnut.

“Besar ini, yang ada kesan potong ni,” tunjuk staf itu dengan tangannya. Oh, besar jugak.

“Bagi 6 slices dik…” ujar Marianne. Staf itu mengangguk lalu menarik keluar dulang kotak yang menampung berat brownie walnut itu. Jimat, jimat. Brownie walnut itu cuma RM5 sepotong. Duit hasil jualan gelang kristal hampir nak kering. Tempahan menjahit banyak yang belum siap.

Ya… Shila kawan baiknya pernah berkata kepada Marianne yang hidup Marianne ini memang membosankan. Setiap hari menjahit baju kurung atau menjahit manik di atas baju kurung. Adakalanya menganyam gelang kristal Swarovski. Kalau gelang sudah siap, biasanya dia akan ambil gambar gelang itu dan muat naik di blog. Kalau terjual dalam 5 utas gelang dalam tempoh sebulan pun sudah syukur, sebab benda ini mahal. Dan gelang kristal ini banyak saingan. Tidak semua orang suka dengan gelang kristal. Ada orang lebih suka gelang emas.

Setiap hari, rutin hidup Marianne memang begitu setiap hari. Baju, manik dan kristal Swarovski. Sejak dia ditendang keluar dari Universiti Malaya.
Last edited by aylanins on 16-12-2013 11:04 PM

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 03:32 PM | Show all posts
besttttt
nanti sambung banyak2 k
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2013 10:52 PM | Show all posts
Hehe... ada jugak orang baca

Idea sangat lambat datang...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2013 10:52 PM | Show all posts
Edited by aylanins at 17-3-2015 08:21 PM

BAB 2


PAWANA yang bertiup terasa nyaman sekali. Duduk di tangga Pusat Islam ini, entah kenapa ada damai yang datang bertamu. Kampus di tebing bukit ini cukup menenangkan. Matanya terus tertancap pada laut yang membiru jauh di bawah sana.  

“Encik Agus!”

Agus menoleh. “Ya…?”

“Encik buat apa kat sini?” tanya Mohd. Syafik, siswa tahun 2 Diploma Perakaunan.“Tunggu… tunggu orang ke?” Dia sedikit teragak-agak mahu menegur.

Tangga tempat Agus duduk itu, menuju ke tingkat dua Pusat Islam. Siswi-siswi sudah pasti mahu melalui tangga berkenaan untuk ke ruang jemaah perempuan di tingkat dua. Dia baru saja dapat panggilan telefon dari AJK di dewan makan, yang para siswa dan siswi baru sedang bergerak menuju ke masjid ini.

“Eh…tak… student perempuan dah nak datang ke?” tanyanya sedikit segan. Itulah, siapa suruh melayan perasaan di tangga Pusat Islam itu. Tapi, duduk-duduk di tangga masjid ini, mengadap laut lepas yang membiru di kejauhan sana, damainya, alangkah!

“Dalam perjalanan… tak lama lagi masuk waktu Zuhur. Encik nak jadi imam tak?” pelawa Syafik, sungguhpun dalam jadual sepatutnya Mustapha yang punya giliran untuk jadi imam hari ini. Tapi memandangkan Encik Agus ini sudah ada di sini, elok juga dia pelawa. Ustaz Tajuddin pesan, kalau ada mana-mana pensyarah lelaki yang turut sama mahu solat Jemaah di Pusat Islam, pelawa mereka untuk jadi imam, atau setidak-tidaknya melaungkan azan, walaupun ada siswa yang bertugas untuk jadi imam dan bilal di situ setiap hari.

“Tak apalah… saya nak cepat. Ikut giliran kamu macam biasa. Biar saya makmum saja,” Agus bingkas bangun dari tempat duduknya. Dia menuruni tangga yang menghubungkan tingkat satu dan tingkat dua Pusat Islam ini. Jemaah lelaki akan solat di tingkat 1. Baru saja dia sampai ke tangga paling bawah, tiba-tiba dia teringat sesuatu.

“Awak tahu tak siapa yang in charge siswi baru?” tanyanya pada Syafik yang mengekor di belakangnya.

Syafik berhenti sejenak. “Nisa. Khairunnisa. Dia ketua. Kenapa encik?”

Agus teragak-agak sebentar. Tapi pesan dan amanah orang kena tunaikan.

“Tolong pesan kat Khairunnisa, kalau… kalau ada jumpa student nama Nor Marianne, habis orientasi, suruh jumpa saya.Boleh?”

“Nor…Nor Marianne?” Syafik mengesahkan. Dahinya berkerut. “Student course apa encik?”

“Diploma Sains. Boleh? Pesan kat Khairunnisa ya… ”

“Insya Allah,” jawab Syafik. Dalam hati dia tertanya-tanya juga kenapa Encik Agus ini mahu berjumpa dengan siswi itu.

“Dokumen dia tertinggal. Ayah dia bagi kat saya hari tu,” ujar Agus, takut kalau-kalau Syafik salah faham. Yalah, tiba-tiba saja mahu jumpa dengan siswi baru padahal dia bukannya ada kaitan dengan minggu orientasi itu pun.

“Ok… nanti saya jumpa Nisa, saya sampaikan pesan encik,” jawab Syafik sambil mengekori langkah Agus ke tingkat bawah Pusat Islam. Siswa-siswa sudah tiba di ruang solat yang luas itu. Pelajar perempuan saja yang masih belum datang.

Agus mempercepatkan langkahnya menuju ke tempat mengambil wuduk. Dia mahu cepat dapat saf yang paling depan.




Last edited by aylanins on 14-10-2014 04:03 PM

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 01:54 PM | Show all posts
aylanins posted on 20-12-2013 10:52 PM
Hehe... ada jugak orang baca

Idea sangat lambat datang...

Ada je yang baca...

Sila sambung...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2014 04:31 AM | Show all posts
Edited by aylanins at 17-3-2015 08:35 PM

AWAK Nor Marianne?” tanya Aswad dengan pandangan mata yang agak tajam. Gadis di hadapannya itu nampak agak matang, bukan macam gadis lepasan SPM.

“Ya… encik nak jumpa saya ke?” tanya Nor Marianne. Dapat saja pesanan daripada Kak Nisa, ketua Blok Teratai, cepat saja dia mencari bilik Encik Aswad ini. Sudahlah dia tidak biasa dengan kampus ini, walaupun kecil jika dibandingkan dengan Universiti Malaya, tetap dia sesat sebab asyik keluar masuk blok, dan kes salah jalan.

“Fail awak tertinggal. Ayah awak bagi kat saya. Hari tu lepas mendaftar, awak terlupa nak ambil fail ni daripada ayah awak,” Aswad menyerahkan fail berwarna merah jambu kepada gadis manis di hadapannya. Matanya cepat saja menangkap gelang kristal Swarovski berwarna-warni di pergelangan tangan kiri Marianne. Cantik, desis hatinya. Kalau emak nampak, tentu emak suka, fikir Aswad.

“Oh…” Marianne mengetap bibir. Ya, ayah ada cakap di telefon hari itu, failnya tertinggal di tangan ayahnya. Lepas dia dan Dr. Abdul Malik mendaftar untuk pelajar baru hari itu, dia terus saja ikut berkumpul di Dewan Permata sebab minggu orientasi sudah bermula. Ayahnya pula makan di kafetaria sekejap, selepas itu terus balik Kuala Lumpur petang itu juga.

Kata ayah, nasib baik semasa dia makan di kafetaria, sempat jumpa Encik Aswad, kawan sepupunya Nasrul. Sebab itu failnya boleh ada pada Encik Aswad.

“Terima kasih,” jawab Marianne pendek. Dia mahu cepat-cepat berlalu dari bilik itu sebab tekaknya sudah kering. Hampir satu jam dia berpusing-pusing sekitar blok bangunan pentadbiran ini cari bilik Encik Aswad, hendak bertanya, mana ada pelajar berlegar-legar di sini. Hendak tanya dengan pensyarah pula, dia segan. Minggu orientasi baru saja berakhir semalam, esok barulah pendaftaran pelajar lama bermula.

“Umur awak berapa?” tanya Aswad tiba-tiba sebelum Marianne sempat keluar dan mengatup pintu bilik.

“Eh…?” Marianne sedikit tergamam bila ditanya soalan begitu.

Sorry… tapi awak tak nampak macam lepasan SPM,” kata Aswad kemudiannya menyedari soalan yang ditanyanya menyebabkan gadis di hadapannya tergamam.

Marianne mengetap bibir. Nampak sangatkah dia macam bukan gadis lepasan SPM? Nampak tuakah? Atau nampak matang?

“22 tahun.”
“Oh…” ujar Aswad lalu terdiam seketika.  
“Nasrul dengan awak memang sepupu dekatlah?”
“Ayah Abang Nasrul dan ayah saya adik-beradik.”

Aswad terdiam sebentar.

“Nasrul berapa orang anak sekarang?” tanya Aswad lagi. Tiba-tiba soalan itu yang keluar dari mulutnya.

Marianne diam sebentar. “Dua. Dua orang.”

“Oh…” jawab Aswad. Dua. Usia 28 tahun, Nasrul sudah ada dua anak. Yalah, Nasrul dan isterinya kahwin semasa kedua-duanya di tahun akhir pengajian di universiti.

Marianne tercegat sebentar di pintu bilik yang separuh terbuka.

“Kalau… kalau tak ada apa-apa, saya balik dulu encik…” kata Marianne agak kurang selesa berdiri lama-lama di situ. Pakaian kotor ada sebaldi belum dicuci di bilik, dan tekaknya terasa sangat dahaga.

“Ok… ok…” sahut Aswad.

“Terima kasih encik…” ujar Marianne sebelum menutup pintu bilik.

Aswad merenung pintu bilik yang sudah terkatup rapat. Nor Marianne. Dia teringat dengan keputusan peperiksaan awam Marianne seperti yang tertera di dalam fail milik Marianne itu. Semasa ayah Marianne menyerahkan fail itu padanya, dia sempat belek-belek isi fail itu di hadapan ayah Marianne, mana tahu ada duit terselit di dalam ceruk fail itu. Ketika itulah matanya sempat menangkap keputusan peperiksaan awam Marianne.

UPSR, 5A.
PMR 8A.
SPM 9A 2B.
Asasi Sains Universiti Malaya 3.79.

Budak pandai, detik hati Aswad. Kenapa tiba-tiba saja di sini ya? Sepatutnya sudah di pengajian peringkat ijazah pertama, bukannya baru hendak ambil diploma.  

Aswad menghela nafas panjang. Dia mencapai kembali tetikus di sisi dan meneruskan kerjanya yang tertangguh tadi.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2014 08:49 PM | Show all posts
Edited by aylanins at 17-3-2015 08:33 PM

MARIANNE meletakkan baldi kosong di tengah-tengah padang bola keranjang. Baru tadi dia beli satu lagi baldi di koperasi, sebab baldi yang satu-satunya dia ada, sudah penuh dengan pakaian kotor. Hendak kata musim kemarau, dia tidak baca berita surat khabar. Mahu menonton televisyen, bilik TV sentiasa penuh. Mana dia tahu perkembangan semasa. Harapkan telefon genggam di tangan, telefon comel Nokia yang berharga RM150 ini manalah dapat melayari Internet.

Jangan kata anak doktor boleh dapat semua yang diimpikan. Ayah itu memang tegas kalau soal hendak belikan gadget terkini. Bagi Dr. Abdul Malik, gadget terkini itu semua tidak penting untuk yang masih bergelar pelajar. Belajar rajin-rajin, kerja elok-elok, nanti sudah kerja ada duit gaji sendiri, boleh beli sendiri apa yang terlintas di hati.

Minggu orientasi yang memenatkan dan menyesakkan otak itu baru saja berlalu, sudah ada masalah ketiadaan bekalan air pula di kolej kediaman. Lori yang bawa bekalan air tak tahu bila akan ke kampus, sudahnya bila melihat langit yang mendung dari tadi, dia ikut sama duduk melangut menunggu hujan turun. Ikut sama mahu tadah air hujan. Air hujan kan air mutlak. Sekurang-kurangnya untuk bersuci ala kadar. Air wuduk dia sudah simpan dalam botol awal-awal semalam.  

“Dari tadi dok tunggu ni, bilalah hujan nak turun ni ya…” seru Dima yang duduk melongo di pintu bilik sebelah. Biliknya sebelah bilik Marianne.

“Kak Dima tak balik?” Tanya Marianne. “Semua orang pakat nak balik hujung minggu ni, saya seorang kat bilik tu..”

Teman sebiliknya yang tiga orang itu semuanya balik rumah masing-masing. Pija balik Likas, Rafni balik Kota Belud, dan Elsa pula balik Penampang. Tinggal dia seorang saja yang menghuni bilik sederhana kecil itu.

“Rumah Kak Dima jauh, kat Tawau sana. Mana nak balik. Rumah sepupu ada, tapi malas ah. Selesa lagi bilik sendiri,” sahut Dima. Rambutnya yang panjang sampai pinggang disimpulkan jadi sanggul tinggi.

“Mar memang minta ke sini ke?” tanya Dima ingin tahu. Gadis manis bernama Nor Marianne dari Shah Alam itu, yang jadi jiran sebelah biliknya, menarik perhatiannya. Bukannya ramai pun siswa-siswi dari Semenanjung Malaysia dihantar ke kampus UiTM Sabah ini. Dalam hati tertanya-tanya juga kenapa Marianne ini tidak dapat kampus di sebelah Semenanjung Malaysia sana sahaja.

“Eh… mana boleh minta-minta kak. Dah surat tawaran kata kena pergi sini, saya ikut je. Lagipun bagus juga, bila lagi nak pergi Sabah kan,” senyum Marianne. Syukur Alhamdulillah dapat kampus ini, kursus Diploma Sains pula tu. Dalam hatinya sudah berangan-angan lagi, kalau dapat cemerlang Diploma Sains ini, mana tahu boleh mohon masuk perubatan, jadi doktor, oh, seronoknya dapat peluang kedua begini. Matanya sudah bersinar-sinar.

“Ya kan. Bila lagi nak tengok negeri orang kan. Belajar jauh-jauh beginilah baru ada peluang,” kata Dima pula. Dia sendiri pun baru ini dapat keluar dari Tawau dan jejak ke Kota Kinabalu ini. Sebelum ini memang pernahlah juga ke Kota Kinabalu, tapi setakat jalan-jalan tidak sama dengan tinggal di sini.

“Mar umur berapa ya?” tanya Dima memberanikan diri. Dia perasan Marianne ini nampak agak matang. Bukan macam lepasan SPM seperti siswa-siswi yang baru masuk. Kalau siswa-siswi baru, agak keanak-anakan, maklum baru lepas SPM, jadi sikap pun agak kebudak-budakan.

Marianne ini lain sikit pada pandangannya. Cakapnya sentiasa sopan, tutur kata yang dijaga, dan nampak cerdik. Namun, kadang-kadang agak berani juga, dia pernah terdengar Marianne selamba saja langgar peraturan minggu orientasi yang mahukan semua siswi baru, berbaju kurung lengkap selama seminggu kalau hendak ke mana-mana. Asal melangkah keluar dari kolej kediaman saja mesti pakai baju kurung. Tapi entah bagaimana para senior boleh terlepas pandang Marianne ini yang selamba saja berseluar sukan dan sweater pergi ke koperasi.

Marianne terdiam sekejap. Soalan itulah yang dia mahu elakkan. Tapi Kak Dima sudah bertanya, tidak sampai hati dia mahu sembunyikan usianya.

“Saya 22 tahun kak,” katanya perlahan. Selepas ini dia dapat agak soalan seterusnya.

“22? Eh… kita sebayalah. Kenapa lewat sangat baru masuk ambil diploma?” seru Dima kehairanan bercampur suka. Suka sebab ada kawan baru yang sebaya. Hairan sebab rata-rata pelajar baru masuk ke sini, usianya 18 tahun.

“Dulu masuk universiti lain ke?” tanya Dima serkap jarang. Mana tahu mengena. Selalunya begitu. Mungkin gagal atau tidak minat kursus di di universiti lain, jadi pilih masuk sini.

“Ya,” jawab Marianne sambil merenung telefon genggam di tangan.

Bilalah abah mahu telefon ini.  Emak pun tidak telefon dia sejak semalam. Sejak berjauhan begini, dia sudah diserang rasa rindu yang amat sangat dengan rumah. Dulu masa di Universiti Malaya, senanglah hendak balik Shah Alam. Bukannya jauh pun. Naik bas, atau naik komuter, kemudian ambil teksi, boleh sampai di rumah dengan cepat. Rumah keluarganya di Seksyen 13, Shah Alam. Atau, kalau tidak guna pengangkutan awam, boleh saja telefon abah atau emak. Tapi sekarang dia di Sabah, hendak balik ke rumah pun kena tempah tiket kapal terbang dulu.

“Universiti mana?” tanya Dima masih berminat hendak tahu. Patut pun wajah Marianne ini nampak cerdik. Perawakannya nampak agak matang.

“UM…” jawab Marianne teragak-agak.
“Wah… universiti orang pandai tu. Kenapa tak teruskan kat sana?”
“Oh… saya tertendang keluar haha… tak dapat nak ikut cara belajar kat sana. Tak minat juga.”

Segan juga hendak bagitahu orang lain hal itu. Dia lebih suka sembunyikan umurnya yang sebenar. Kalau ramai yang tahu dia bukan 18 tahun, dan pernah tertendang keluar dari universiti lain, pasti dia jadi perhatian di kampus kecil ini.  

“Oo… course apa kat UM?” tanya Dima lagi.
“Kejuruteraan Elektrik…” senyum Marianne sambil pura-pura gosok hidungnya yang tidak gatal. Janganlah Dima ini tanya banyak-banyak lagi, desis hatinya. Dia tidak berapa suka orang tahu kisah UMnya itu.
“Wah… budak pandailah ni. Susah ek kejuruteraan ni?”
“Eh… taklah susah. Biasa je. Kalau studylah. Saya malas belajar masa kat situ,” Marianne tersengih malu. Ya, tentulah dia malas belajar, sebab hatinya bukan pada kejuruteraan. Dia mahu jadi doktor. Huh, cita-cita. Tinggi melangit bukan main, masa asasi tak nak belajar sungguh-sungguh.

“Marianne… Marianne…” Tini tergesa-gesa berjalan menuju ke arah Marianne dan Dima yang leka bersembang.

“Ada student lelaki pesan tadi, suruh Mar jumpa Encik Aswad. Urgent. Esok kalau boleh.” Kata Tini, jiran sebelah biliknya. Dia baru balik dari kafetaria.  

Marianne mengerut dahi.

“Dah. Dah jumpalah. Baru jumpa pagi tadi.”
“Tapi, pesan ni baru lagi. Budak lelaki tu kat luar sana tu ha. Kat depan pintu kolej. Dia tahan saya tadi, suruh sampaikan pesan.”

Marianne mengetap bibir. Encik Aswad hendak jumpa dia lagi ke? Ada benda apa lagi yang tertinggal?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2014 09:05 PM | Show all posts
Edited by aylanins at 17-3-2015 08:31 PM

MALIAU BASIN? Saya?”

“Ya. Saya tak pelawa orang sebarangan. Saya pelawa yang saya rasa benar-benar layak saja,” jawab Aswad.

Marianne menelan liur. “Sa… saya student baru, result semester pertama saya pun tak ada lagi. Mana encik tahu saya layak?”

Aswad menggosok hidungnya yang tidak gatal. Apa ya alasannya? Ah, bagitahu saja yang sebenarnya.

Sorry, tapi saya tertengok result SPM dan Asasi awak dalam fail tu. Straight A, atau boleh dikatakan hampir straight A. Lagipun bukan awak saja. Muhaimin pun ada juga, student semester akhir, Diploma Sains, senior awak. Result dia four flat every semester. Saya pilih awak sebab saya perlukan pelapis,” terang Aswad panjang lebar, takut Marianne salah faham sebab-sebab dia terpilih dari sekian ramai pelajar.

Marianne seakan terkedu. Maliau Basin? Dia pernah dengar nama itu. Bukankah itu hutan yang tersembunyi, yang dikenali sebagai dunia Borneo yang hilang?. Hutan yang hilang.

“Maaf saya nak tanya, tapi, apa faedahnya pada saya?” tanya Marianne dengan berani.

Aswad merenung wajah manis di hadapannya sekejap. Soalan itu. Soalan yang agak berani. Wajah gadis di hadapannya nampak tegas. Yakin. Dia suka lihat wajah Marianne begitu. Jenis pelajar yang bukan lalang. Jenis pelajar yang yakin dengan pilihan yang dibuat.

“Awak pergi bilik saya ni tadi dengan siapa?” tiba-tiba Aswad bertanya soalan itu.

Dahi Marianne berkerut. “Saya seorang. Kenapa encik?” tanyanya dengan cuak. Yalah, manalah tahu Encik Aswad ini bimbang berduaan dengannya di pejabat Encik Aswad ini. Takut kena tangkap basah mungkin. Dia pernah nampak Encik Aswad ini ikut sekali solat berjemaah di Pusat Islam tempoh hari. Alim kut pensyarah ini, fikir Marianne. Jangan bimbanglah encik, saya budak baik, takkan nak buat benda tak elok dengan encik, desisnya.

“Dah kenal jalan kat kampus ni?” tanya Aswad sedikit kagum. Kalau pelajar baru, hendak ke mana-mana mesti berteman. Kalau tidak berdua, bertiga. Selalunya satu kumpulan beramai-ramai. Jarang ada pelajar baru yang berani jalan seorang diri begini macam Marianne.

“Saya pergi sekali je tempat tu, dah boleh ingat dah,” jawab Marianne sambil senyum nipis.

“Jadi bagaimana? Setuju? Kalau setuju, saya bagitahu Koordinator program, masukkan nama awak sekali dalam team penyelidik saya. Seriously, awak rugi besar kalau awak tolak,” ujar Aswad lagi cuba meyakinkan Marianne.

Muhaimin akan graduat semester depan, dia perlukan pelapis. Dia tidak nampak lagi pelajar mana yang ada kebolehan setaraf Muhaimin, sebijak Muhaimin. Dan tiba-tiba saja setelah ternampak keputusan peperiksaan Marianne, dia jadi terfikir untuk ambil Marianne sebagai pelapis Muhaimin. Boleh dilatih, boleh diajar, fikir Aswad. Bukan tidak ada siswa-siswi lain yang bijak, tapi mereka kursus lain, bukan Diploma Sains. Kalau Asasi Sains UM Marianne boleh dapat CGPA 3.79, tidak mustahil untuk Diploma Sains ini dia dapat keputusan cemerlang.

“Dapat peluang pergi Maliau Basin, bukan senang tu tahu tak…” tambah Aswad lagi.

“Sampai hari ini, dalam rekod, lebih kurang 2000 orang saja yang pernah jejak kaki ke Maliau Basin. Awak kira bertuah terpilih dalam team saya,” kata Aswad lagi.

Marianne berkira-kira. Dia bukan minat sangat hendak masuk kumpulan penyelidikan Encik Aswad itu. Tapi mungkin ini boleh jadi penguat untuk dia masuk ke kursus perubatan nanti. Yalah, kalau orang tengok dia aktif, dalam masa yang sama keputusan cemerlang, tentu saham akademiknya akan naik bukan?

“Tiga hari. Saya bagi awak masa tiga hari untuk fikir.”
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2014 01:53 PM | Show all posts
teruskan ye TT

biar lambat asal bergerak je...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:41 PM GMT+8 , Processed in 0.086558 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list