CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2230|Reply: 0

Misi tawan Jempol

[Copy link]
Post time 22-10-2013 03:01 PM | Show all posts |Read mode

Ramdan (dua, kiri) merangkul podium utama pada kejuaraan Supersports 600cc di Taiwan.

GELARAN juara di Taiwan meningkatkan keyakinan pelumba remaja, Mohd Ramdan Mohd Rosli untuk menghadapi kategori CP130 Pusingan 8 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas di Jempol, Negeri Sembilan hujung minggu ini.

Pelumba yang berada di bawah Program Pembangunan Bakat Petronas itu mencipta sejarah tersendiri apabila muncul pelumba Malaysia pertama menjuarai saingan SuperSports 600cc di Taiwan ketika menyertai Taiwan Speed Festival di Litar Antarabangsa Penbay, minggu lalu.

Terdahulu, Ramdan turut bergelar juara keseluruhan dalam saingan SuperSports 600cc pada saingan Siri Superbike ZIC di Zhuhai, China, September lepas.

Kejayaan itu  mendorong pelumba Petronas Syntium Moto Yamaha AHM itu untuk mencatat kejayaan pada perlumbaan Kejuaraan Cub Prix minggu ini bagi menebus kehampaan sepanjang dua pusingan lepas di Kluang (pusingan 6) dan Temerloh (Pusingan 7) yang turut menyaksikan gelaran pendahulu keseluruhan terlepas ke tangan Norizman Ismail.

Setakat tujuh pusingan yang berlangsung, Ramdan kini berada di tangga keempat dengan 85 mata, 22 mata ketinggalan kepada Norizman yang telah mengumpul 107 mata.

“Kemenangan di Taiwan memberi makna besar kepada kami memandangkan ini adalah penyertaan pertama dalam saingan itu walaupun sekadar beraksi di atas tiket wildcard. Mutu kejuaraan itu agak tinggi kerana ia mendapat penyertaan pelumba handalan dari China dan Jepun, " katanya.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.150253 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list