CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2007|Reply: 12

Apa lagi DAP mahu? DAP persoal pinjaman mudah selamatkan SYABAS

[Copy link]
Post time 23-10-2013 05:16 PM | Show all posts |Read mode
DAP persoal pinjaman mudah selamatkan Syabas
NIZAM ZAIN
23 Oktober 2013


Tony Pua Tony Pua
< 1 / 1 >
SHAH ALAM – DAP hari ini mempersoalkan tindakan Kerajaan Persekutuan yang terus-menerus menyelamatkan pembekal air bersih, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dengan melanjutkan lagi pemberian pinjaman mudah yang kini mencecah RM151 juta kepada subsidiari Puncak Niaga Holding Berhad itu.

Setiausaha Publisitinya, Tony Pua menegaskan kemudahan kredit tahunan itu tidak wajar diteruskan sedangkan Syabas masih gagal memberikan perkhidmatan air yang berkualiti kepada orang ramai sejak perjanjian konsesi air itu ditandatangani sejak 2004.

“Mengapa Kerajaan BN berterusan melanjutkan pemberian beratus-ratus juta ringgit kemudahan kredit tahunan kepada Syabas kononnya untuk menggantikan paip lama dan kritikal di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi mengurangkan kes kehilangan air yang tertinggi di negara ini.

“Ia benar-benar tidak bertanggungjawab dengan memberikan bantuan kewangan atau pinjaman kepada Syabas untuk menjalankan tanggungjawabnya untuk menaik taraf semua infrastruktur air yang diperlukan untuk memenuhi kewajipan untuk menyediakan air yang berkualiti perkhidmatan kepada rakyat Selangor dan KL,” katanya memetik kenyataan medianya, hari ini.

Semalam, Puncak Niaga Holdings Bhd mengumumkan bahawa Kerajaan Persekutuan telah meneruskan lagi pinjaman mudah kepada subsidiarinya, Syabas berjumlah RM151 juta dan pembekal air bersih itu diberi tempoh tiga tahun untuk memulakan pembayaran balik pinjaman itu dengan kadar faedah yang rendah iaitu tiga peratus.

Selain itu, Tony juga mempersoalkan pinjaman mudah berjumlah RM120 juta yang pernah diberikan kepada Syabas pada lapan bulan lalu masih gagal menyempurnkan kerja-kerja yang sama sekali gus membuktikan kerajaan Barisan Nasional berniat untuk menyelamatkan syarikat konsesi swasta itu daripada bangkrap.

“Sebelum ini Kerajaan Persekutuan bermurah hati membantu Syabas dengan memberikan pinjaman mudah sifar faedah berjumlah RM320.8 juta dan RM110 juta kemudahan kredit masing-masing pada Disember 2009 dan Oktober 2011.

"Kerajaan Persekutuan juga pernah mengambil alih semua hutang tertunggak Syabas berjumlah RM2.9 bilion yang disebabkan syarikat itu tidak dapat membayar balik pada 2011.

“Ini bermakna bahawa Syabas telah mendapat manfaat daripada sejumlah RM3.6 bilion wang pembayar cukai dalam bentuk geran dan pinjaman untuk menyelamatkan syarikat dari runtuh sejak Disember 2009,” dakwanya.

Beliau mendakwa jika kelebihan ini terus menerus diberikan kepada Syabas, dikhuatiri syarikat pembekal air bersih itu akan mengukuhkan kuasa dalam tawar-menawar serta menekan harga yang tinggi jika pengambilan konsesi air itu mahu diteruskan Kerajaan Negeri Selangor.

http://www.sinarharian.com.my/semasa/dap-persoal-pinjaman-mudah-selamatkan-syabas-1.213630



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2013 08:46 PM | Show all posts
syabas inspektor sahab!!


Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 08:54 PM | Show all posts
thread jihad dgn yellow jew   jom
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 08:56 PM | Show all posts
Irwan-Ahmad posted on 23-10-2013 08:54 PM
thread jihad dgn yellow jew   jom

yellow jew jeles kompeni melayu dpt loan




Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 09:03 PM | Show all posts
kecimpret posted on 23-10-2013 08:56 PM
yellow jew jeles kompeni melayu dpt loan

satu kebanggaan Islam       mmg patut Allah kasi bidadari  
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 09:46 PM | Show all posts
Gaji tokey dekat sejuta sebulan.. mana company tak jahanam..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-10-2013 11:49 AM | Show all posts
slippergombak posted on 23-10-2013 09:46 PM
Gaji tokey dekat sejuta sebulan.. mana company tak jahanam..

pakcik kayo?
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2013 12:02 PM | Show all posts
Acong posted on 27-10-2013 11:49 AM
pakcik kayo?

Janji pakcik kayo... company tarak duit.. pi mintak gomen subsidi... tarak hal.. subsidi negara skarang khas untuk kroni jah.. bukan untuk rakyat dah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2013 08:32 PM | Show all posts
DAP dakwa RM3.41b dibelanja untuk selamatkan SYABAS

Feb 4 2013

Setiausaha publisiti DAP Tony Pua mendakwa peruntukan tambahan sebanyak RM120 juta kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) yang diumumkan perdana menteri menjadikan jumlah dana untuk "menyelamatkan" syarikat kini meningkat menjadi RM3.41 bilion dalam tempoh empat tahun.

Katanya, peruntukan tambahan itu juga membuktikan bahawa krisis air di Selangor dan Kuala Lumpur tiada kaitan dengan keperluan untuk penyaluran air dari projek Langat 2.

"Sebaliknya, ia membuktikan bahawa krisis itu adalah disengajakan oleh SYABAS untuk menaik taraf loji rawatan, membina kapasiti air tambahan yang dirawat serta membaiki dan menggantikan paip lama dan pecah.

"Dengan RM120 juta yang digunakan, ia menunjukkan krisis tersebut dapat diatasi jika SYABAS melabur dana sendiri untuk usaha ini sejak awal," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Pua, kerajaan negeri dan juga persekutuan tiada kewajipan untuk menyediakan geran atau pinjaman kepada SYABAS untuk menaiktaraf infrastruktur air.

Maka, peruntukan RM120 juta kepada SYABAS itu bukan geran oleh kerajaan persekutuan untuk membatu rakyat di negeri tersebut tetapi satu skim yang didakwa untuk menyelamatkan syarikat berkenaan.

MP Petaling Jaya Utara itu seterusnya menyenaraikan dana yang didakwa disalurkan kerajaan persekutuan BN untuk menyelamatkan syarikat berkenaan.

"Pada Disember 2009, kerajaan memberi pinjaman mudah RM320.8 juta selama 20 tahun kepada SYABAS.

"Pada Oktober 2011, kerajaan BN sekali lagi memberi pinjaman RM110 juta selama 20 tahun kepada SYABAS untuk tujuan sama," katanya.

Dakwanya lagi, kerajaan sekali lagi menyelamatkan SYABAS dengan mengambil alih keseluruhan bon SYABAS sebanyak RM2.9 bilion yang tertunggak.

"Sehingga kini, Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin masih belum mendedahkan sama ada SYABAS telah membayar barang satu sen daripada bon penyelamatan RM2.9 bilion oleh kerajaan persekutuan," katanya.

Oleh yang demikian, jumlah yang terkumpul setakat ini ialah RM3.41 bilion, kata Pua.
http://www.malaysiakini.com/news/220620


Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2013 08:57 AM | Show all posts

kekadang elok juga Islam/Melayu pegang kemudahan asas ni.
-  staf pun ramai islam. fikir la diorang cari rezeki untuk anak bini.mmg tau rezeki di tangan Allah
-  tauke kalo kaya pun Islam, pasal berapa kerat je jutawan Islam
-  bangsa mana lagi nak tolong kita kalo bukan bangsa kita sendiri
ada dengar2 sebelum PUAS diswastakan, ada company bukan melayu proposed nk amik alih
mohon berlapang dada.jangan fikir kesan sekarang, fikir kesan akan datang.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2013 09:50 AM | Show all posts
k3bar posted on 28-10-2013 08:57 AM
kekadang elok juga Islam/Melayu pegang kemudahan asas ni.
-  staf pun ramai islam. fikir la diora ...

yang menipu pun islam
yang di tipu pon islam
yang membolot kekayaan negara pun islam
yang terlopong pon islam
so apa kata kamu korek lubang kubur siap siap, pastu duduk kat dalam tu...sampai ajal sampai
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2013 11:45 AM | Show all posts
lizaliza posted on 28-10-2013 09:50 AM
yang menipu pun islam
yang di tipu pon islam
yang membolot kekayaan negara pun islam

siapa yang menipu?kalo kamu ade keupayaan modal dan bleh gaji beribu staf..masuk tender.proposed ambik alih SYABAS
apa yang ditipu?kan tu water service..kamu bekerja kalo x dibayar gaji ape rasa?
yang membolot kekayaan pun islam?jadi kamu sanggup bagi bukan islam kaya berbanding sedara kamu sendiri?kan Islam itu bersaudara
yang terlopong pun Islam?maka jadi lah seorang yang berani ambil risiko..orang tu jadi tauke air yg kaya pasal dia berani amik risiko..jadi orang Islam jangan dok berdengki kalo orang Islam lain kaya..tauke bas ade risiko dia..berniaga sayur ade risiko dia..jadi nelayan ade risiko dia.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2013 11:57 AM | Show all posts
k3bar posted on 28-10-2013 11:45 AM
siapa yang menipu?kalo kamu ade keupayaan modal dan bleh gaji beribu staf..masuk tender.proposed a ...

kena dok diam2 dlm kubur & redha?



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 10:50 PM GMT+8 , Processed in 0.072345 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list