View: 2527|Reply: 13
|
[Tempatan]
Kongsi elektrik dengan ibu
[Copy link]
|
|
MERANTI - Kesulitan hidup sebuah keluarga di Kampung Kubang Pak Hitam, di sini memaksa mereka berkongsi bekalan elektrik dari rumah ibu kepada ketua keluarga berkenaan sejak 13 tahun lalu.
Lebih menyulitkan, kediaman keluarga berkenaan juga tidak dilengkapi kemudahan tandas serta bilik air.
Ketua keluarga, Zakaria Yusof, 41 berkata, rumah peninggalan neneknya itu hanya dilengkapi satu bilik untuk keperluan isteri serta sepasang anak berusia tiga dan tujuh tahun.
Menurutnya, upah menoreh getah yang tidak seberapa digunakan sepenuhnya untuk keperluan harian dan belanja persekolahan anak sulung.
"Untuk mengurangkan perbelanjaan, saya terpaksa berkongsi bekalan elektrik dengan ibu dan bergilir dengannya untuk membayar bil setiap bulan.
"Sekiranya kami diberi bantuan perumahan, ia tentu dapat mengurangkan perbelanjaan harian ibu saya kerana dia masih menjaga dua adik saya yang merupakan orang kurang upaya (OKU)," katanya.
Tambah Zakaria, dia sekeluarga tinggal dalam rumah berkenaan sejak lebih sedekad lalu dan keadaannya kini tidak lagi selamat untuk didiami kerana tidak diselenggarakan dengan baik.
"Banjir yang sering melanda kawasan Meranti menyukarkan lagi usaha membaiki rumah ini dan memikirkan keselamatan anak-anak, saya merayu pihak berkenaan membantu kami untuk mendapatkan bantuan perumahan," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Meranti kt ne?mana bantuan zakat?mana adun kawasan tersebut?makan gaji buta ke? |
|
|
|
|
|
|
|
skrg org yg menjaga OKU kan gomen dah umum akan bagi RM500 setiap satu? |
|
|
|
|
|
|
|
Acong posted on 24-10-2013 03:07 PM
skrg org yg menjaga OKU kan gomen dah umum akan bagi RM500 setiap satu?
betul. kalau betul ada skim ni, dah ringan dh beban dia |
|
|
|
|
|
|
|
Mari kita ramai2 salahkan kerajaan..... |
|
|
|
|
|
|
|
simpatinya...semoga akan segera dberikan bantuan kpd keluarga nie. |
|
|
|
|
|
|
|
meranti? kat mana tu?
nape lah dok mengharap bantuan dari orang lain? cuba lah usaha sendiri.. ni nak harap rumah free. kalau macam tu.. semua orang pun nak rumah free gak..
depa kan duduk kat kaw rumah yang ada tanah.. buleh je bercucuk tanam.. dan jual hasil tanaman.
|
|
|
|
|
|
|
|
Harga getah mahal. |
|
|
|
|
|
|
|
Takde kewajipan untuk orang yang tak mampu tok berkahwin. So kalo tak mampu tangguh dulu niat nak kawin, berpuasa jerla untuk kawal nafsu. |
|
|
|
|
|
|
|
g la mntakk.. hurmmmmmmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
meranti....kat kelantan agaknye |
|
|
|
|
|
|
|
masih ujud macam ni ....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|