CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4649|Reply: 3

asteroid meteoroid dan komet

[Copy link]
Post time 25-10-2013 09:47 AM | Show all posts |Read mode

Asteroid, komet, dan meteoroid atau meteor merupakan benda angkasa yang sangat banyak bertebaran di seluruh penjuru alam semesta.
Jadi, apa perbedaan di antara ketiga-tiga nya?Menurut Near Earth Object Program NASA, asteroid merupakan benda berbatu yang ukurannya relatif kecil, tidak aktif, dan mengorbit Matahari.
Komet, juga berukuran relatif kecil namun kadang merupakan sebuah benda aktif yang menguapkan es yang ia miliki saat terkena sinar matahari dan membentuk atmosfir (coma) yang terdiri dari debu dan gas. Terkadang, karena komet bergerak cukup cepat, ia membentuk ekor yang terdiri dari debu dan atau gas.

Meteoroid sendiri merupakan partikel kecil yang terlepas, dari komet ataupun asteroid. Dari ketiganya, asteroid merupakan benda yang paling menarik untuk dipelajari para pengkaji.
Ramai yang keliru diantara Asteroid dan Meteroid yang jatuh ini. Kedua-dua benda ini adalah berbeza!Gambarajah ini telah menerangkan dengan mudah untuk difahami. Moga ilmu ini dapat kita manfaatkan bersama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2014 10:45 PM | Show all posts
Makhluk Yang Melanggar Matahari

Sedang kami minum-minum, seorang sahabat menunjukkan satu video yang dikatakan dirakam oleh NASA dalam telefon bimbitnya tentang “sesuatu yang melanggar matahari”, katanya. Kelihatan satu objek berupa satu sinaran cahaya yang bergerak dengan laju di langit sana lalu melanggar sang matahari. Katanya makhluk bercahaya itu 3 kali ganda lebih besar daripada matahari. Ditunjukkan juga gambar makhluk bercahaya itu yang dikatakan bersayap. Oleh itu ada kemungkinan makhluk itu berkait dengan malaikat kerana memang kita ketahui ada malaikat yang sangat besar dan bersayap, contohnya malaikat Jibril.

Pada awalnya saya tidak bercadang untuk menulis tentang hal ini, tetapi beberapa hari kemudiannya seorang lagi kenalan ada menyebut tentang bintang berekor. Tiba-tiba sahaja datang keinginan untuk menulis sedikit tentangnya sekalipun saya bukanlah orang yang selayaknya dan sangat kekurangan ilmu. Sekadar perkongsian ringkas sahajalah kerana saya turut punay minat dalam hal ehwal benda-benda angkasa ini.

Sebenarnya video yang ditunjukkan kepada saya itu ialah tentang komet ISON. Apa itu komet ISON? Jom kita berkenalan dengannya.

BERKENALAN DENGAN KOMET ISON

Komet ISON ialah salah satu komet yang berada di angkasa lepas sana. Manusia tidak tahu akan kewujudan dan kehadirannya sehinggalah komet ini berjaya dikesan buat pertama kali oleh ahli astronomi Rusia pada 24 September 2012 yang lalu. Mereka ialah Vitali Nevski dan Artyom Novichonok.

Mengapa namanya ISON? Nama ini diambil sempena nama pihak yang menemuinya iaitu International Scientific Optical Network (ISON) yang berpangkalan di Rusia. Namun nama rasmi komet ini ialah C/2012 S1.

C = membawa maksud tidak berkala (non-periodic).
2012 = tahun ditemui.
S = bermaksud ditemui pada separuh bulan iaitu petengahan bulan September.
1 = bermaksud komet pertama yang ditemui pada separuh bulan September itu.

ASAL-USUL KOMET ISON

Komet ISON berasal dari satu lokasi di angkasa lepas sana yang dikenali sebagai Awan Oort (Oort Clouds). Awan Oort ialah awan komet yang jaraknya 50,000 Astronomical Unit dari matahari.  Sejauh mana 50,000 AU itu?

1 AU bersamaan 149 597 871 kilometer. Kalau 50,000 AU? Subhanallah… alangkah jauhnya… Dikatakan menyamai 1,000 kali jarak antara matahari ke Pluto.

SIFAT KOMET ISON

Seperti komet-komet lain yang datang dari Awan Oort, komet ISON juga boleh terpengaruh dengan kegravitian bintang-bintang lain dalam perjalanannya menuju ke Sistem Suria, iaitu satu tempat di dalam kerajaan Allah SWT mana kita berada sekarang, yang terdiri daripada bumi, matahari, bulan dan planet-planet lain.

Komet-komet yang mampu mencapai jarak yang sangat dekat dengan matahari dikenali sebagai komet sungrazer. Oleh itu komet ISON ialah komet sungrazer. Nasib komet-komet sungrazer ini tidak menentu. Ada yang habis terbakar dan terlebur habis oleh kekuatan matahari yang menyebabkan kehancuran komet itu, dan ada yang terselamat.

Badan komet ISON ini terdiri daripada ais, debu dan gas. Apabila semakin hampir dengan matahari, komet ini akan mula terhakis sedikit demi sedikit. Badannya yang terdiri daripada gas ais akan meluap, debu-debu dan gasnya akan berhamburan. Keadaan ini membuatkan komet ini kelihatan mempunyai ekor yang panjang. Panjang ekor komet biasanya jutaan kilometer. Perkataan “komet” itu sendiri datang daripada bahasa Yunani yang bermaksud “rambut panjang”.

Komet ISON dikatakan akan melintasi matahari dalam jarak terdekatnya iaitu 1,200,00 kilometer dari permukaan matahari pada 28 November 2013 (disebut perihelion atau closest approach to the sun). Memang dekat. Adakah komet ISON yang berdiameter lebih kurang 3kilometer ini akan terus hidup dan berenang-renang terus dalam kerajaan Allah di langit sana ataupun akan musnah dibakar matahari?

KEISTIMEWAAN KOMET ISON

Kemunculan komet ISON menarik minat ramai orang khususnya para ahli astronomi. Hal ini kerana komet ini dijangka dapat dilihat dengan mata kasar kerana sangat cerahnya. Diramalkan kecerahannya akan melebihi kecerahan bulan purnama, dan merupakan komet paling terang dalam tempoh 50 tahun terakhir ini. Namun kemudiannya ternyata ia tidaklah secerah bulan purnama walaupun masih tetap cerah.

Dikatakan komet ISON meninggalkan Awan Oort sejak lebih kurang 10,000 tahun yang lalu menuju matahari. Kemuncak perjalanannya ialah pada November 2013.

KESUDAHAN CERITA KOMET ISON

Komet ini berusaha melintasi matahari tetapi kemudiannya ternyata terlebur dan tamat riwayatnya pada 28 November 2013. Namun ada juga pihak yang meyakini ia tidak hancur sepenuhnya tetapi sudah menjadi sangat kecil sehingga dapat dikesan lagi.

KAITAN KOMET ISON DENGAN CERITA KITA

1.        Ternyata makhluk bersinar yang melanggar matahari itu ialah komet ISON.
2.        Komet ISON tidak melanggar matahari tetapi hanya melalui permukaannya sahaja.
3.        Sebenarnya video perlanggaran itu memakan masa lebih kurang dua hari tetapi telah dipercepatkan sehingga kita dapat menontonya dalam masa beberapa saat sahaja.
4.        Yang kelihatan seperti sayap dan ekor itu ialah ais, debu dan gas yang meluap akibat pemanasan oleh matahari. Ekor gas berbentuk lurus manakala ekor debu berbentuk melengkung (yang dikatakan seperti sayap itu).
5.        Komet ISON tidaklah sebesar mana.

Wallahua’alam.

*Sekiranya ada sebarang kesalahan maklumat dalam tulisan saya ini, mereka yang berkeahlian bolehlah membuat pembetulan.

Abu Zulfiqar
2 Februari 2014


http://myalexanderwathern.blogsp ... nggar-matahari.html
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2014 01:51 PM | Show all posts
aku bace cerita ni teringat cerita, my love from another star... hehehee... alien yg leh kembali ke dunia asal bile komet melintas ke bumi....
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 11:15 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.069091 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list