CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Adiya

[BEST] Lima jam yang tiada kesudahan

  [Copy link]
Post time 8-4-2023 03:36 PM | Show all posts
Adiya replied at 1-4-2023 12:27 AM
Masih ada yg nak merempit dlm rumah ni ye??? In sya Allah ada ms sikit nanti kita share sepatah du ...

Sila2 update TT
Ramai je lagi penghuni MPS tapi masing2 dok berkelana ke CI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-4-2023 06:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Nan, pemuda pertengahan 30an yg masih gagah mengharungi dugaan hidup di dunia moden ini adalah salah seorang ahli seni bela diri tinggalan bangsa nenek moyangnya di tanah keramat ini.. Sudah pun berumah tangga cuma masih belum dikurniakan cahaya mata penyeri hidup kedua² pasangan itu. Tinggal di daerah tengah, negeri berpanji putih, kuning dan hitam.

Setelah tamat pengajian bersama gurunya di taiping Perak, Nan banyak bergerak secara solo mencari rakan² seperguruan atau pembimbing² yg boleh mendidiknya utk mengenali lebih dalam lagi keseniaan bela diri yg dia pelajari dari arwah guru di taiping. Ramai jemaah Perak yg Nan kenal. Cuma mgkn nak berubah angin, Nan melata ke negeri lain menambah kenalan..

Ramai sahabat dan pembimbing² yg dapat Nan kenali, baik secara bersemuka atau melalui alam maya. Berhubung melalui aplikasi whatsapp, telegram, forum dan sebagainya. Mereka senang dgn Nan memandangkan cara pergaulan Nan lebih banyak merendah diri dan bertanya berkaitan ilmu bela dirinya itu. Tidak sekali pun Nan yg jadi tekong atau tukang karut bercerita atau mengajar walau pun dia boleh dikatakan lama dalam amalan tersebut.

Satu hari Nan diperkenalkan oleh kenalannya dari Selangor kepada seorang pembimbing yang menetap berhampiran dgn Nan. Nan pelik sebab tidak pernah dengar nama pembimbing itu sedangkan jarak mereka tidaklah begitu jauh.. Orang² berjiran negeri dengannya pun Nan kenal, inikan pulak hanya berjiran daerah... 'Mungkin belum rezeki nak kenal kot sebelum ini..' getus hati kecil Nan..

Pekenalan Nan itu hanyalah dari penceritaan oleh pembimbing Selangor. Nan masih belum bersemuka dan hanya peroleh nombor phone pembimbing tersebut sahaja..
Riz : Aku akan maklum pada Diya untuk ambil kamu. Nanti kamu settle dengan Diya je.
Nan : Baik bang..

Beberapa hari selepas pertemuan dengan Riz, berbekalkan no phone yg disalin dari contact phone, Nan cuba call Adiya pembimbing yg dimaksudkan oleh kenalannya si Riz tu.
Nan : Assalamualaikum bang.
Diya : Waalaikumussalam...
Nan : Sy Nan, kwn abg Riz. Ada tak abg riz cerita kat abang?
Diya : Ooo....ada rasanya.. 2 hr lepas tak silap riz msg awok.. kamu ambil dgn sapa dulu?
Nan : Sy ambil dgn Pak Din (bkn nama sebenar) bang.
Diya : Dah tu, kenapa sampai ke Selangor ambil dgn org sana pulak? Lepas tu contact awok ni, nak ambil lagi ke? Kamu nak buat hat-trick ke ape ni?
Nan : Eh idak la bang...sy nak cari la org² dekat dgn sy untuk bersuri...yg lain² tu jauh bang.. termasuk la pak din..sy nak selalu ke sana makan modal bang...
Diya : Emmmm... Ye la... Dengan pak din habis kan? Dgn riz tak ambil ibu pun kan? Cuma p ambil anak² je??
Nan : Ha'a bang..Dgn Pak Din tamat, dgn org² lain sy tak pernah ngisi pun...
Diya : ok la, kalau kamu nak cuba dgn awok, boleh je.. cuma nak dtg nanti, bawa mcm mn barang yg kamu bawa semasa ambil dgn pak din dulu. Bila nak dtg, hari n masa, kamu yg kabo ke awok. Awok akan tngk tarikh kamu bagi tu boleh atau tidak...kalau tak boleh, kamu tukar sendiri tarikh tu...awok tak nak tentukan...dah berpuluh org sembang nak dtg, tp sampai msnya haram timboi muke... Udah rope ikan awok nengok, tenggelam timboi, tenggelam timboi. Kamu jgn rope itu pulak...
Nan : baik bang..nanti awok wasap abng ye senang.. in sya Allah awok sampai nanti...
Diya : ikut kamu la nak buat rope mana, janji maksud tu sampai..
Nan : ok bang, trima kasih, assalamualaikum..
Diya : w'salam...

Hujung minggu berikutnya, Nan datang la ke kediaman Diya bg memberi salam perkenalan dan bersuri dengan Diya..

Dipendekkan cerita, nan sudah pun beberapa tahun dibimbing Diya dalam kesenian itu. Dari  jemaah disitu, Nan berkenalan dgn beberapa lagi anak didik Diya yang sudah lama dibawah bimbingannya. Kira group pertama yg dibimbing Diya. Mereka ni sama seperti Diya, perwatakan mereka, gaya dan kaedah yg dipraktikkan mereka tidak sama dgn group lain dlm aliran yg sama... 'nampak kosong, tp sekali handle kes, tak mcm geng² yg dulu...lain kaedah deme ni..' berbisik Nan sendirian.

Adiya terpaksa menutup kelas dan melepaskan anak² didiknya dr bimbingan. Disebabkan beberapa ahli lain yg buat masalah. Tidak dinafikan kaedah dan bimbingan Diya jauh berbeza dr yang lain... Sesetengah kelas hanya mengambil masa beberapa minggu utk tamat dan amalan boleh buat sendiri atas kehendak sendiri.. Tp Diya tidak macam tu, anak didiknya yg dah 5thn pun tak tamat² lagi.. memang agak keras Diya ni.. katanya 'aku dapat dgn guru aku macam tu, takkan aku nak bagi kat korg macam lain... Mcm mn aku dapat, mcm tu la aku bagi'.

Setelah pembubaran group Diya, Nan membawa diri ke perkumpulan lain. Tapi tak lama, mungkin apa yg di didik oleh Diya sudah sebati dgn Nan. Diya ada berpesan, sekiranya ada masalah, kembalilah kepada Diya 'aku akan bantu mn yg boleh. persaudaraan kita telah pun tersimpul antara satu sama lain'

2 tahun setelah tidak berhubung dengan pembimbingnya, bermulalah episod hitam dalam biografi Nan...

Pehhh..mcm cite Rimba Bara.. Nantikan sambungannya....
Cerita ni aku bagi sembilan 9️⃣ geng...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2023 06:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok, hadam dulu cite ni ye... Nanti kita sambung lagi... Selamat bersahur semua...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2023 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu pagi Sabtu yg seharusnya tenang pada penjawat awam seperti Diya, menjadi agak kacau setelah Diya menerima panggilan dari salah seorang anak didiknya dahulu, Adnan (Nan).

Nan : Assalamualaikum bang, Nan ni... Ingat lagi tak?
Diya : Wsalam... Eh ingat la...ape pulak nak lupe.. adik bradik awok kan... Ade ape Nan?
Nan : Bang, sy kena jumpa abg... Sy dah terok sekarang ni... Dah beberapa kali sy mimpikan abg. Bila nak call atau msg, tak lepas..xtau la kenape bang...
Diya : hah!!! Ni lepas pulak ko call aku...
Nan : Ni sy nekad betul² dah bang.. Sy kena cari abg jugak walau apa jadi sekali pun...
Diya : Ape dah jadi dgn ko ni Nan? Ape yg terok ko buat? Cube cite..
Nan : Kali ni ujian sy teruk sgt bang... Keja dah kerap ponteng, pada isteri pulak, awok dah terlepas talak, dekat rumah panas tak boleh dok, baru² ni pulak jumpa tuala wanita yg masih berdarah di atas pintu rumah, dalam bantal yg awok tdo tu pun jumpa jugak bang.. sy xtau la bang nak buat apa dah.. sy kena jumpa abg jugak ni...
Diya : uiiii...ini memang kena jumpa ni, mcm² hal pulak ko ni... Org rumah ko sekarang kat mn?
Nan : Ade la kat dalam kot...ni awok kat luo..baru bngun tdo..hahaha
Diya : Aikk...kamu kabo tadi udah lepaskan org umah, mcm mn pulak kamu boleh dok serumah lagi?kamu dah maklum pejabat agama tak?
Nan : Tak boleh ke bang? Org rumah awok xnak pisah.. dia xnak kabo pun pada keluarga dia.. sekarang ni, abg dan keluarga sy je tau hal ni. Sy dah suruh dia balik rumah mak ayah dia, tp dia xnak. Dia xnak keluarga dia tau hal ni..
Diya : Dah tu ko ada lafaz rujuk ke pd dia? Ms ko lepaskan tu, ko sedo ke idak?
Nan : Tak ada pulak sy lafaz rujuk. Masa lepaskan tu ntah la bang, sedo tak sedo je rasanya.. Tp sy ingat kejadian tu.. Sedo la mcm tu kan bang?
Diya : Astaghfirullah nan...ko ni mcm mn? Bila ko nak dtg jumpa abg?
Nam : Malam ni boleh bang? Nanti abg bagi location rumah abang.. sy dah lupa rumah abg kat mana..
Diya : Malam esok je ko datang, hr ni ko pergi cari kelapa muda dlm 3 biji. Seeloknya 7 biji. Garam xperlu bawa, pakai yg aku punya kat rumah ni je.
Nan : Sy ingt nak mandi terus bang..
Diya : Xperlu mandi lagi, settle dulu masalah ko ni..dah clear di badan baru dtg mandi. Nanti aku bg tau bila masa sesuai utk mandi.
Nan : Baik bang..malam esok sy dtg. Nanti abg bg location rumah abg ye? Ok bang, terima kasih, assalamualaikum..
Diya : Wsalam...

Perbualan itu manjadikan hari minggu Diya agak kacau.. Kadang² timbul rasa sesalan pada dirinya kerana melepaskan tanggungan pada anak² didiknya..mereka masih muda, sekiranya tiada bimbingan dan pemantauan dari ahli senior, mcm² boleh berlaku.
"Aku dulu pun mcm ni jugak...bergerak sendiri tanpa pembimbing.. Pak Adu didik aku hampir 2 thn saja, selebihnya aku bw sendiri... Lee n lip pun aku bimbing tak lama, deme boleh je bwk diri..." Diya berfikir sendirian.

Sekali² teringat pesanan Pak Uda
“Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali. Lalu Dia menerangkan kepada kamu akan apa yang kamu berselisihan padanya.” [Surah Al- An’am, ayat 164]
"Tiada daya aku untuk tanggung kamu semua (anak² didik). Aku dah pesan apa yg patut aku pesan." Diya memujuk dirinya sendiri..

Hari sabtu itu berlalu dgn pantas. Kini tiba masa yg ditunggu² Nan, iaitu bertemu semula dgn pembimbingnya yg sudah lebih 3thn tidak bertemu. Lokasi rumah Diya dah ada dlm phone Nan. Lepas maghrib, Nan hantar msg kepada Diya katakan yg dia sudah bertolak dari rumah.

Di rumah, Diya agak gelisah.. Aura panas sudah menerpa sejak menerima pesanan dari Nan. Malam itu hujan turun agak lebat. Diya membalas pesanan Nan dengan mohon Nan berhati² di jalan memandangkan hari hujan.

Nan sudah tiba di simpang masuk ke taman perumahan Diya. Nan msg Diya katakan yg phone dia dah start gila. Sekejap off sendiri, apps maps yg dipasang tak berfungsi, laluan yg dipaparkan menuju ke lokasi lain, dan mcm² lagi la masalah yg timbul.
Sepatutnya dari simpang jalan besar ke rumah Diya ambil ms kurang dr 3min saja. Tapi dah hampir sejam Nan berpusing² dalam kawasan taman tu.

Diya terpaksa minta Nan ke simpang utama semula, dah sampai simpang tersebut, Diya call Nan dan beri arahan kepada Nan untuk ke rumahnya melalui phone call sehingga la Nan selamat sampai di depan rumah Diya barulah panggilan itu diputuskan.
Nan selamat tiba di rumah Diya. Diya agak terkejut melihat sosok tubuh yang keluar dari perut kereta vios putih di depan rumahnya. Kelihatan Nan yang sangat kurus cengkung berdiri disisi pintu pemandu sambil tersengeh².

Diya : Ko ke mana Nan? Rumah aku yg selalu ko datang dulu pun ko boleh sesat?
Nan : Tak tau la bang..kalau abg tak call tadi, sy nak terus ke pekan dulu.lepas tu kalau phone ni tak ok jugak, sy ingat nak balik je.. (sambil bersalaman dengan Diya)
Diya : Meh duduk kat luar ni dulu sambil pekena rokok sebatang. Nanti baru kita masuk dlm..
Nan : Boleh bang. (Sambil sedikit berbisik) Sapa lelaki tua kat luar pagar rumah abg tadi?
Diya : Laki tua? Mana ada org tadi...Aku je la dok tggu ko dari tadi kat sini.. Mana laki tu sekarang?
Nan : Ada bang tadi, elok je abg keluar dr rumah, sy tak nampak dia dah...xtau la dia ke mana.
Diya : Merepek la ko Nan. Xde sape² la...Moh..
Nan agak kebingunan ketika itu sambil berjalan menuju ke meja luar rumah Diya, dia berpaling² ke belakang mancari² lelaki tua yang dilihatnya setiba di depan rumah Diya tadi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2023 09:46 AM | Show all posts
sekali update sampai 2
elok sangat...boleh isi masa lapang lepas sahur sebelum subuh

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2023 10:40 PM | Show all posts
Diya : Apesal kurus sangat ko ni Nan? Bukan ke dulu ko main besi? Badan dah katang mcm tony ja je aku tngk dulu..
Nan : Ntah la bang, sy kurang makan kot...lagi pun, sejak sy ada masalah ni, sy ada amik barang bang...
Diya : Allah hu rabbi Nan... Kenapa boleh jadi sampai mcm tu skali? Ni ko ok ke idak ni? Ko dah sampai mn skrg ni?
Nan : Sy tak tau bang, sy runsing sgt.. Jumpa pulak kwn² jenis main barang, sy join la... Sy ok dah skrg bang.. Lepas sy mimpi abg baru² ni, baru sy mcm tersedar sikit.. Semalam lepas je call abg, sy rasa ada mcm 1 letupan dlm diri sy ni. Lepas tu baru sy betul² sedar. Umpamanya selama ini sy dalam mimpi je bang...
Diya : Amalan confirm dah tinggal lama ni kan?
Nan : Dah tinggal bang.. ingt² lupa dah.. tu sbb sy nak mandi semula, sy nak mulakan balik dari kosong...
Diya : Xpe la...abaikan dulu belajar² ni, nanti ko dah ok, ko ingt sendiri la apa ko belajar dulu tu..

Panjang lebar jugak sesi bersembang Diya dan Nan malam tu. Sampai perihal rumah tangga Nan pun habis diceritakan Nan. Diya ambil pendekatan tidak masuk campur hal rumah tangga anak didiknya tu.. Cuma nasihat dari hukum agama saja yg Diya sampaikan supaya Nan tidak terus melakukan dosa yg mungkin dia tidak sedar.

"Moh kita ke dalam. Bawa barang² yg aku pesan semalam tu sekali" ujar Diya pd Nan.

Mereka berdua pun masuk ke dalam rumah Diya. Anak isteri Diya sudah pun berada dlm bilik masing², mereka dah faham kalau ada tetamu rawatan, mereka tidak akan berada bersama di ruang tamu.

Nan : Anak² dan isteri abg tak ade di rumah ke bang?
Diya : Ada tu...dalam bilik deme la..buat ape deme nak dok depan ni? Deme pun dah malas tngk awok buat koje ni. Awok pun tak gemo deme ade skali.. Takut mcm² hal lain pulak jadi nanti..
Awok tengokkan dulu ye Nan. Nak tengok apa benda yg ganggu kamu ni.. Kalau rasa apa², tongkat lelangit ye.
Nan : Baik bang..

Adiya mulakan bacaan pembukaan dengan Al-Fatiha, Syahadah, Selawat dan Ayatul Kursi.. Disusuri dgn bacaan 3,3,7 (yg tau, tau la ye..)
Satu persatu tirai dibuka, banyak sgt permainan yg masuk pada Nan. Dari seorang perempuan (dia ni nakkan Nan, samada betul² suka atau sekadar mengisi kekosongan yg telah ditinggalkan belas suami), dr seorg lelaki (kawan lama bekas isteri Nan, pun sama jugak...masing² dah ada keluarga, tp tetap nak ganggu keluarga org), dr tukang tolak barang pun ada sangkut jugak... Mcm² permainan dunia sekarang ni.. Nak jual barang terlarang pun main benda halus...

Lelaki tua tadi yang Nan nampak pun nak tunjuk rupa. Boleh tahan keras orgnya, gagah dan masih tegap tubuhnya. Di selang-seli pulak dgn bayangan sosok seorg wanita berpakaian serba putih yg hanya menampakkan bahagian belakang badannya saja. Mungkin malu, mgkin jugak sombong..
"Kalau 10thn dulu kamu datang hadap aku rope ini, dah bogel kamu dua² aku kejekan.." kata Diya pd dua makhluk tadi.

Diya dah tak gemar nak panjang² cerita. Hari dah semakin lewat malam, kalau nak main sorong papan tarik papan dgn makhluk ni, jawabnye esok tump print kul 9 la jawabnye..

Diya : Aku cabut semuanye ye Nan? Barang kotor dalam badan kamu pun nanti aku cuba rentap. Nak muntah ke ape, kamu kabo..jgn kamu bedal muntah depan ni pulak..anak² aku jap lagi nak tdo depan ni.. 1 keje pulak aku nak cuci muntah kamu..
Nan : ok bang...

Diya mula mengaktifkan lam dirinya, pagar lam seluruh ruang tamu rumah dan pagar kiblat pada dirinya sendiri.
Pedang sufi dikeluarkan dari qursaninya. Lama sangat dah pedang tu tak dikeluarkan. Api kursi Diya timbulkan dari kedua telapak tangannya. Diya berniat utk lancarkan serangan tanpa ada budi bicara.. istimewa dah dibacakan dan terakhir Diya sarungkan pakaian dari majlis selempang hijaunya.
Satu pukulan dilancarkan dengan sir yg kencang.

Pedang sufi meluncur menusuk jantung, api kursi mambakar dr ubun² dan istimewa menusuk ke 50 kunci utama. Tanpa lengah, Diya cabut satu persatu si perlaku mungkar. Lebih dr bilangan jari tangan yg dh diikat.. Suhu di ruang tamu rumah sudah kembali normal. Angin sejuk sudah mula terasa..

Usai kerja merentap, Diya beralih pada 3 biji kelapa muda yg Nan bawa. Diya ke dapur rumah untuk ambil sedikit garam kasar untuk digandingkan dgn kelapa muda tadi..
Permohonan baru saja dimulakan, baru masuk ke surah Al-Ikhlas yg ke 3, tiba² kedengaran bunyi 'pop' di depan Diya. Rupa²nya salah 1 kelapa muda tadi sedikit meletup.
Nan : Kenapa tu bang?
Diya : Ko diam je, biar aku selesaikan permohonan ni dulu.

Nan terus diam dan hanya memerhati kerja² pembimbingnya itu... Selesai bacaan, Diya terus potong salah 1 kelapa muda tadi. 7 biji garam kasar dimasukkan ke dalam air kelapa.

Diya : Nan, minum air ni. Minum senafas ja. Kalau boleh habiskan dgn 1 nafas tu, habiskan la.. Kalau tak boleh habiskan, baki air tu ko p buang dekat luar.
Nan : Baik bang..
Diya : Syahadah, selawat, bismillah...

Nan minum air kelapa tu seperti yg diarahkan Diya. Ada sedikit baki dari air kelapa tu, Nan tak mampu nak habiskan dgn senafas minum. Tak semena², Nan bingkas bangun dan meluru keluar.. Nan muntah sedikit di luar rumah..
Usai muntah, nan masuk ke dalam rumah semula. Wajah Nan dah mula merah.  Mungkin peredaran darah Nan dah semakin baik atau mungkin sebab teran muntah tadi buat muka Nan merah padam.????

Diya : Jom Nan. Kita settlekan barang ni semua mlm ni jugak.. Ko bawa aku ke sg.kinta kat pekan nun. Aku nak buang kat sana.
Nan : Boleh bang, jom...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-4-2023 04:43 PM | Show all posts
In sya Allah akan ada sambungannya nanti... tngk sambutan mcm mn dulu ye...kalau sendu, kita stop di situ saja...

Rumah ni pun dah tinggal 3 page lg je nak tutup... janji aku dulu, ini je thread yg aku akan buka dan tamatkan...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2023 09:19 AM | Show all posts
Adiya replied at 11-4-2023 04:43 PM
In sya Allah akan ada sambungannya nanti... tngk sambutan mcm mn dulu ye...kalau sendu, kita stop di ...

wehh jangan stop
anti klimaks kalau stop
aku ada je baca ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2023 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Adiya replied at 11-4-2023 04:43 PM
In sya Allah akan ada sambungannya nanti... tngk sambutan mcm mn dulu ye...kalau sendu, kita stop di ...

alaa....baru nk feel....
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2023 01:38 PM | Show all posts
hadirrr....

mike jangan stop diya, sambung tred baru
jiwa teman ni kekadang perlukan cerita2 sebegini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2023 08:55 AM | Show all posts
leenaz replied at 12-4-2023 09:19 AM
wehh jangan stop
anti klimaks kalau stop
aku ada je baca ni

sekarang ni ramai dah start  layan tiktok je...dengar org bercerita lagi senang dari dok membaca...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2023 09:02 AM | Show all posts

Layan pelan2 dapat la feel tu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2023 09:02 AM | Show all posts
edoraixora replied at 12-4-2023 01:38 PM
hadirrr....

mike jangan stop diya, sambung tred baru

Ade lagi mike yer? Ingatkan udah leboh semua geng sini... hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2023 09:21 AM | Show all posts
Adiya replied at 13-4-2023 08:55 AM
sekarang ni ramai dah start  layan tiktok je...dengar org bercerita lagi senang dari dok membaca.. ...

aku kena membaca
bbaru nampak cam bizi di bulan posa ni

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2023 10:17 AM | Show all posts
sambung-sambung
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2023 11:45 AM | Show all posts
Adiya replied at 13-4-2023 09:02 AM
Ade lagi mike yer? Ingatkan udah leboh semua geng sini... hahahaha

ada je...jadi SR je lah, udoh MPS ni pun sendu jer sekarang
kita bergentayangan lah kat bod lain
rindu zaman MPS meriah dgn cerita
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-4-2023 10:26 PM | Show all posts
edoraixora replied at 13-4-2023 11:45 AM
ada je...jadi SR je lah, udoh MPS ni pun sendu jer sekarang
kita bergentayangan lah kat bod lain
r ...

Ate kome pun xnak aktifkan MPS ni... Buka la rumah best², boleh aku join skali...????
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2023 11:46 AM | Show all posts
wah tak sangka posting 2022 diya reply. siap update 3 post lg. mohon sambung bang,jangan gantung. lame sy tunggu ni. kalau rumah ni tutup bukak rumah baru bang. teruskan berkongsi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2023 01:54 PM | Show all posts
loslocos replied at 2-5-2023 11:46 AM
wah tak sangka posting 2022 diya reply. siap update 3 post lg. mohon sambung bang,jangan gantung. la ...

sekarang ni buat video pun boleh duit... rugi ooo tulis panjang², habuk pun xde...

in sya Allah nanti kita sambung... ada la 1-2 cita lagi boleh nak karang... bila siap karang tu xtau la...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2023 11:19 AM | Show all posts
Adiya replied at 2-5-2023 01:54 PM
sekarang ni buat video pun boleh duit... rugi ooo tulis panjang², habuk pun xde...

in  ...

ko buat tiktok
share link dalam ni

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:19 AM GMT+8 , Processed in 0.106049 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list