CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3106|Reply: 3

Perbelanjaan atlet ke Sukan Sea Myanmar RM2j

[Copy link]
Post time 25-10-2013 11:15 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Kos perbelanjaan atlet negara ke Sukan Sea 2013 di Myanmar pada Disember ini melibatkan hampir RM2 juta, kata Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Sieh Kok Chi.

Beliau berkata jumlah itu membabitkan peruntukan kira-kira RM1.6 juta yang dibiayai MOM untuk atlet di bawah kategori A manakala bakinya dikeluarkan persatuan sukan bagi menghantar atlet masing-masing di bawah kategori B.

"Perbelanjaan di Myanmar itu melibatkan tiket penerbangan, penginapan, makan dan minum atlet serta uniform mereka. Setakat ini, pengurusan atlet kategori A dan B ke sana berjalan lancar.

"Pasukan bola sepak merupakan kumpulan terawal berlepas ke Myanmar iaitu pada 28 November," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sebelum ini, MOM memperkenal kategori A dan B dalam pemilihan atlet yang layak beraksi pada sebarang temasya termasuk Sukan Sea dengan atlet kategori A ditanggung penuh manakala bagi kategori B, mereka perlu menanggung perbelanjaan sendiri.

MOM akan membayar semula semua perbelanjaan jika mereka membawa pulang pingat emas atau sebahagian daripada kos jika meraih pingat perak.

Sieh berkata, Malaysia dijangka menghantar kira-kira 820 atlet dan pegawai ke temasya itu yang akan berlangsung dari 11 hingga 22 Disember.

Ditanya mengenai tahap keselamatan di Myanmar, Sieh berkata, atlet dan pegawai tidak perlu bimbang kerana beliau difahamkan situasi di negara berkenaan selamat.

"Ketua kontinjen negara (Datuk Wira Amiruddin Embi) yang menghadiri mesyuarat ketua-ketua kontinjen baru-baru ini, memaklumkan keadaan keselamatan di Myanmar terkawal," katanya.

Mengenai sasaran pingat Malaysia pada temasya dwitahunan itu, Sieh berkata, MOM optimis kontinjen negara mampu meraih antara 35 dan 40 pingat emas.

Malaysia akan mengambil bahagian dalam 31 jenis sukan pada temasya itu yang berlangsung di Nay Pyi Taw, Yangoon, wilayah Mandalay serta Pantai Ngwe Saung.

Pencapaian terbaik kontinjen Malaysia ialah pada edisi Sukan Sea 2001 ketika menjadi tuan rumah dengan meraih 111 pingat emas, 75 perak dan 85 gangsa, sekali gus muncul juara keseluruhan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2013 01:42 PM | Show all posts
Moga2 kontinjen Malaysia cemerlang n pulun pingat banyak2 kat Sukan Sea Myanmar nanti, aminnn...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2013 10:53 AM | Show all posts
2 juta begitu banyak kah
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2013 10:53 AM | Show all posts
gila sial, menang piala rugi duit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.060748 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list