CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cik_penguin

MAHARAJA LAWAK MEGA

[Copy link]
Post time 16-11-2013 01:41 PM | Show all posts
shiro
jambu
sepahtu

wala.... x kick lagsg...... why why
bocey.... bolh lagik ne asah2.....

lain2 out

hangan2 sendiri cam na la kalu sharul team ngn jep.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2013 02:38 PM | Show all posts
ade link youtube x?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2013 03:31 PM | Show all posts
Smlm ramai yang buat lawak macam comel jer, mcm cantik jer..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2013 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Yeay...ulangan. nk gelak lg
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2013 08:27 PM | Show all posts
nabil gak original.....terbaenk nabil
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2013 08:14 AM | Show all posts
Disappointed sangat tengok jihan boleh agree buat lawak mcm tu dengan syj kalo dengan syuk tu sah2 idea lucah jah..

Tulang tu ... Please la takde idea ke apa?

Lain2 tu not bad untuk minggu pertama
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2013 09:00 AM | Show all posts
lawak tul la igt sofi jikan nak jadi juri
cara perkenal juri mmg best..
1st week dah best,harap2 mggu depan lagi super arrr
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2013 11:01 AM | Show all posts
fazila17 posted on 16-11-2013 12:22 AM
Iols suka jepp tapi kasi la rahim tu dialog lebih sikit

Nampak tak balance performance as a group ...

betul...mcm pak pacak plak si rahim tu kan...kesian plak tgk dia...mcm tak wujud pun ader gak...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2013 11:30 AM | Show all posts
kebanyakan best utk first week.
iols dh tgk 3kali
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2013 11:36 AM | Show all posts
Tumpang parking jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2013 04:59 PM | Show all posts
kuningbaiduri posted on 18-11-2013 09:00 AM
lawak tul la igt sofi jikan nak jadi juri
cara perkenal juri mmg best..
1st week da ...

ingatkan sofi jikan jd juri,last2 nan hadoo jah..kalau dia,rasenye gempak jgk dia kasi komen
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 10:08 AM | Show all posts
MistrezHermanaz posted on 18-11-2013 04:59 PM
ingatkan sofi jikan jd juri,last2 nan hadoo jah..kalau dia,rasenye gempak jgk dia kasi komen

blh jugak untuk kelainan..blh tgk gelagat peserta dok pekena juri
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 10:10 AM | Show all posts
Ulasan persembahan minggu pertama..

Sumber: harian metro

Gelanggang Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013) minggu pertama yang berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Jumaat lalu menyaksikan perjuangan Kumpulan Gerak berakhir apabila diumumkan tersingkir.

Persembahan kurang menarik dan hambar dari Kumpulan Gerak yang dianggotai Nor Azhar Buyong, Che Mat dan Mohd Fadzil Mohd Nasir gagal menarik perhatian peminat dengan mendapat undian paling rendah iaitu sebanyak 4.67 peratus.

Penyingkiran pada malam itu diumumkan juri, Datuk Yusof Haslam.

Yusof berkata, persembahan kumpulan Gerak yang menampilkan subjek gerai kuih muih tradisional Melayu itu ‘kurang panas’

“Bagaimanapun, persembahan mereka tidaklah begitu mengecewakan sangat dan boleh diperbaiki selepas ini,” katanya.


Walaupun terkejut dengan penyingkiran pada minggu pertama, kumpulan trio itu terpaksa akur dengan keputusan berkenaan.

Menurut Nor Azhar yang mewakili kumpulan itu, mereka melihat penyingkiran itu dari sudut yang positif.

“Kami sudah berusaha memberikan yang terbaik, tetapi nasib tidak menyebelahi kami. Namun, perjuangan kami belum terhenti di sini sebaliknya kami akan teruskan karier pelawak selepas ini,” katanya.

Selain Gerak, dua lagi kumpulan yang turut mendapat peratusan terendah pada minggu pertama MLM 2013 dan perlu bekerja lebih keras memperbaiki persembahan pada minggu seterusnya ialah kumpulan Tulang iaitu 5.6 peratus dan Wala (4.69 peratus).

Kumpulan Wala yang dianggotai Wan Mustapha Muntek (Wan) dan Walawd Parman (Lopz) baru kali pertama berentap dalam MLM bersama kumpulan pelawak ‘otai’ dalam program itu.

Pada malam itu, Wala mengetengahkan subjek ‘Di sini ada tiket bas’ tapi persembahan mereka kurang meyakinkan penonton.

Menurut juri yang juga pelakon Nora Danish, mereka tidak dapat berikan yang terbaik mungkin kerana masih gementar beraksi pada minggu pertama itu.
Kumpulan Tulang pula menampilkan pelawak popular iaitu Along, Didie Alias dan Soya.

Walaupun juri Nora Danish memuji gabungan serasi antara Along dan Didie pada persembahan minggu pertama itu tapi ia belum cukup menarik perhatian penonton.

Selain Yusof dan Nora, barisan juri MLM 2013 ialah pelakon Indonesia, Luna Maya dan ‘rapper’ terkenal Singapura iaitu Sheikh Haikal.


Sepahtu curi tumpuan ramai

Persembahan Kumpulan Sepahtu yang menampilkan gandingan mantap Mohd Nadzri Zainal Abidin (Jep), Shahmira Muhammad (Shuib) dan Rahim Mat Ali (Rahim R2) paling dinantikan penonton pada malam itu.

Malah, barisan juri Yusof dan Nora sepakat mengangkat kumpulan itu adalah yang terbaik kerana lawaknya yang cukup spontan dan mencuit hati penonton.

Subjek yang diketengahkan Sepahtu juga menarik mengenai Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kawalan Kampung (JKKK) yang membincangkan isu toyol menyerang kampung berkenaan.

Fokus mesyuarat mereka juga terganggu bila ahli termasuk tok penghulu turut dihujani panggilan telefon.

Bukan saja mendapat tepukan paling gemuruh penonton dalam dewan, Sepahtu mendapat undian peratusan tertinggi sebanyak 8.06 peratus mengalahkan 15 barisan pelawak lain yang bertanding pada MLM 2013.

Persembahan kumpulan lain yang tidak kurang hebatnya pada minggu pertama ialah kumpulan Jambu, Boboi, Nabil, Osama, Shiro dan SYJ.

Tidak dapat dinafikan kehebatan Naib Juara MLM 2012 iaitu kumpulan Jambu yang dianggotai Tauke) dan Yus.

Seperti ditegaskan juri, Yusof, kombinasi mereka berdua memang terbaik dan berjaya mencuit hatinya pada malam itu.

Barisan juri juga berpendapat persembahan kumpulan Boboi yang dianggotai Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik tidak terjejas tanpa Nabil pada MLM 2013.

Begitu juga Nabil yang memutuskan tampil secara solo kali ini dan persembahannya nampak yakin dan memberangsangkan tanpa kehadiran Boboi.

Gandingan trio SYJ yang menampilkan Shuk, Jihan dan Yassin juga menjadi pada minggu pertama itu.

Kehadiran kumpulan pelawak ‘otai’ dan berpengalaman luas iaitu Osama yang dianggotai Os dan Isma Alif tidak boleh dipandang ringan kerana mereka turut memberi saingan sengit pada MLM 2013.

Kumpulan lain yang turut membuat persembahan ialah Saywho dari Indonesia, Comey dan Bocey, Kucai, SYJ, Mamu, Zero.

Seperti tahun sebelumnya, sistem penghakiman MLM 2013 masih dikekalkan dengan format sebanyak 70 peratus daripada juri tetap dan 30 peratus lagi daripada undian penonton.

Juara MLM 2013 bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM500, 000, tempat kedua (RM250,000) dan ketiga (RM150,000).

MLM 2013 juga bersiaran secara langsung bermula 15 November lalu pada setiap Jumaat di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 05:54 PM | Show all posts
Dok ulang tengok persembahan sepahtu sampai aku mimpi couple dgn jep. Hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Fav Sepahtu, Nabil, Shiro, Osama. Jambu err...still tingat2 masa SS. Tak suka pakyus time tu huhu
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
izat123 posted on 16-11-2013 01:24 AM
1) jambu - pawer, yus sekarang buat lawak rilek je. Dah takde jerit2.

2) nabil - nabil memang st ...

Jambu, tauke lagi lawak drpd pakyus sbnrnya.

Nabil, better solo. Sbb banyak idea.

Sepahtu, ramai kata Jep nak konker padahal Rahim punya lawak tak punchline. Jep cover cakap 'saya tak gelak' tu baru org rasa lawak.

Shiro, lawak ah dorang ni. Mcm ada persamaan dgn Sepahtu pon ada gak. Shahrol-Jep Ajak-Shuib

Osama, kelakar gak. Tp kesian gak Os guna lawak bahan diri sendiri. Kadang tak sampai hati nak gelak (hahaha)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2013 10:08 PM | Show all posts
lawak AC tak menjadi, penonton ambik masa nak ketawa
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 11:03 PM | Show all posts
sendu sajok malam nie
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 11:09 PM | Show all posts
viscose posted on 22-11-2013 11:03 PM
sendu sajok malam nie

adakah episod sendu bakal bermula... hehehehe

x pe... ramai lg x perform..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 11:20 PM | Show all posts
Terbaik nabil... Stand up comedy terbaik,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:24 PM GMT+8 , Processed in 0.093317 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list