|
View: 3434|Reply: 33
|
[Tempatan]
Fakta Sebenar Subsidi Gula Dimansuhkan????
[Copy link]
|
|
|
Originally Posted by erroneous View Post
Fakta Sebenar Subsidi Gula Dimansuhkan
at 4:41 PM
Article by: Azhar Hadi Buyong
1. Subsidi gula dimahsuhkan bukan sebab nak jaga kesihatan rakyat.
2. Itu propaganda nak tutup isu asal.
3. Isu sebenarnya ialah kerajaan salah buat keputusan. Salah tandatangan perjanjian di mana kerajaan import gula yang lebih mahal dari harga pasaran. Ayoyooo
4. Ismail Sabri sign perjanjian import gula selama 3 tahun dengan harga US$26 setiap 100lbs.
5. Sedangkan time Ismail Sabri kontrak perjanjian tersebut, harga gula di pasaran ketika itu ialah US$23.42 setiap 100lbs.
6. Tony Pua menegaskan ketika perkara itu berlaku dia dah keluarkan satu statement media dan meminta penjelasan. Aku sebagai saksi kejadian memang mengaku ada baca berita tersebut. Kalau ada printscreen dia neh pun bagus gak nak tunjuk sebagai bukti
7. Disebabkan tindakan melulu oleh Ismail Sabri [dan dia masih lagi seorang menteri selepas buat kerja2 yang merugikan negara] kerajaan terpaksa menanggung kerugian sebanyak 64 juta setahun.
8. Ketika itu juga penganalisis meramalkan harga gula mentah dunia akan menurun. Namun sayang, Mukhriz Mahathir dan Ismail Sabri masing2 angkuh ketika itu. Mukhriz membalas menyatakan bahawa maklumat yang dia dapati ialah harga gula dunia akan terus meningkat.
9. Ismail Sabri pula membalas kenyataan tersebut dengan bercakap ''biar saya ingatkan kamu bahawa kerajaan adalah bijak'' <-- Ini kalau sesiapa rajin tolonglaaa cari dan printscreen. Lepas neh kita sama2 sebarkan oke tak?
10. Namun sayangnya kata2 Mukhriz dan Ismail Sabri jauh meleset. Nak tahu kenapa?
11. Ini kerana sejak Januari 2012, harga gula antarabangsa telah menjunam sehingga serendah US$16.70 setiap 100lbs pada September 2013 dan itu bermakna kerajaan telah membeli gula 55.7% lebih tinggi daripada harga pasaran bulan lalu.
Kalau dah tak pandai tadbir ekonomi letak jawatan shj, bagi org yang betul2, jangan susahkan rakyat dengan menaikkan harga gula dengan sewenang-wenangnya untuk cover kesalahan sendiri, dah buat salah tanggung la sendiri, teruskan bagi subsidi, kerugian tanggung dengan poket sendiri ada berani?
sumber
aku amik dr forum sebelah...kredit to forumer asal...
apa betul ker artikel tuh??? clarification plezzz dear forumers.... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
harap disertakan sebarang keratan akhbar atau statement media berkenaan . tq |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kalo betul sumber ni...rakyat yang menanggung nya..haram jadah btul  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau betul …
memang celaka.
tu je nak cakap. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Saya berharap ini hanya cakap cakap di cyber cafe saja. Kalau benar sangat memalukan kesalahan sendiri tetapi rakyat yang terpaksa tanggung. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
malaysia boleh naik saja boleh lain jangan harap lah |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
neotoxin posted on 31-10-2013 01:50 PM 
harap disertakan sebarang keratan akhbar atau statement media berkenaan . tq
Kerajaan beli gula mahal punca subsidi dipotong, kata DAP
October 29, 2013
Pengurangan subsidi gula sebanyak 35 sen setiap kilogram yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Bajet 2014 adalah disebabkan kerajaan telah menandatangani perjanjian mengimport gula mentah dengan harga yang terlalu tinggi, kata DAP.
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua (gambar) berkata pada Januari 2012, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Penggunaan dan Koperasi, Datuk Ismail Sabri telah mengumumkan bahawa kerajaan menandatangani perjanjian tiga tahun untuk mengimport gula mentah dengan harga US$26 setiap 100lbs berbanding harga pada ketika itu, US$23.42.
“Saya telah mengeluarkan kenyataan mengkritik kerajaan ketika itu kerana kerajaan membeli gula mentah dengan harga lebih mahal daripada harga pasaran.
“Perbezaan harga kontrak melebihi 10% daripada harga pasaran menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM64 juta setiap tahun. Saya juga pada masa itu telah menyarankan kepada kerajaan bahawa laporan penganalisis antarabangsa meramalkan harga gula akan menurun akibat pengeluaran gula mentah yang terlampau tinggi.
“Tetapi, perkara ini tidak dihiraukan oleh kerajaan malah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Datuk Mukhriz Mahathir membidas dengan berkata harga gula mentah dunia dijangka terus meningkat pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Pua berkata sejak Januari 2012, harga gula antarabangsa telah menjunam sehingga serendah US$16.70 setiap 100lbs pada September 2013 dan itu bermakna kerajaan telah membeli gula 55.7% lebih tinggi daripada harga pasaran bulan lalu.
Katanya, kerajaan perlu bertanggungjawab kerana telah membuat keputusan tidak wajar dan menyusahkan rakyat Malaysia.
“Ismail pada Januari tahun lalu bersikap angkuh apabila berkata 'biar saya ingatkan kamu bahawa kerajaan adalah bijak' kerana menandatangani perjanjian tiga tahun tersebut. Namun ia membuktikan keputusan tersebut adalah salah dan amat merugikan Malaysia.
“Kerajaan tidak boleh terus menggunakan alasan tidak munasabah untuk menjelaskan kenaikan harga gula.
“Punca kenaikan harga gula disebabkan kerajaan mengimport gula mentah bagi pihak pengilang gula dengan harga jauh lebih tinggi daripada harga pasaran.
“Kerajaan perlu mengaku kesalahan yang dilakukan dengan menyiasat punca gula mentah diimport dengan harga lebih mahal dan mengumumkan dasar pemulihan yang akan dilaksanakan agar perkara yang menambahkan beban rakyat tidak akan diulangi pada masa hadapan,” katanya.
sumber:http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kerajaan-beli-gula-mahal-punca-potong-subsidi-kata-dap
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
menteri2 kite ader ke yg cordik... seme cam bingai2 jeh  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Walaupon aku x suka harge naik..aku suka sebab aku atleast terpengaruh tuk kurangkan makn manis2..hekhoyeah! |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau betul perkara ni berlaku
mmg bijak betul menteri kabinet tersebut
lps satu satu rakyat yg kena tanggung  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
soptg posted on 31-10-2013 02:03 PM 
Kerajaan beli gula mahal punca subsidi dipotong, kata DAP
owh...
keratan nie lah yang ada sesetgh pak menteri melatah nak saman Malaysian Insider??
(merujuk kepada kepahaman most Malaysian, kalo org tu nak saman, maksudnya org yang menyaman adalah suci murni dan dipitenah )
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
leylapple posted on 31-10-2013 02:13 PM 
owh...
keratan nie lah yang ada sesetgh pak menteri melatah nak saman Malaysian Insider??
dah saman ker belum??? naseb baiyek agreement tuh masuk OSA...kalo tidak mau disiarkan merata alam...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
soptg posted on 31-10-2013 02:16 PM 
dah saman ker belum??? naseb baiyek agreement tuh masuk OSA...kalo tidak mau disiarkan merata alam ...
tak tau...
sebab baca kat paper pasal Tony Phua, Malaysian Insider dan pitenah...
tapi pitenah pasai apa tak tau...
i rasa hal nie...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
soptg posted on 31-10-2013 02:16 PM 
dah saman ker belum??? naseb baiyek agreement tuh masuk OSA...kalo tidak mau disiarkan merata alam ...
Inilah matlamat sebenar OSA ... untuk menipu rakyat ...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sekiranya benar...
saya selaku rakyat Malaysia mewakili saudara mara, sahabat taulan serta jiran tetangga di kampung
mahupun kota menyusun jari memohon maaf atas kebodohan para kenalan saya memangkah ketika pilihanraya umum yang baru ini, dimana menyebabkan rakyat lain yang tak bersalah termasuk saya menanggung bebanan akibat keangkuhan pemimpin pilihan tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
aku harap packaging pon jangan le hazab lagi
kalo tengok kat pasaraya, banyak yang bocor belaka....
sebab plastik dia mudah bocor ma... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni berita yg aku tampal kat rumah satu lagi pasal gula, berita tahun lepas kenyataan Mukhriz kata harga gula bakal naik itu. Terbukti harga gula terjun menjunam selepas itu.
Kerajaan jimat RM2 bilion ikut kontrak gula mentah
2012/03/22 - 15:01:39 PM
http://www.bharian.com.my/articl ... gulamentah/Article/
KUALA LUMPUR: Pembelian gula mentah pada harga tetap AS$0.175 sepaun melalui Kontrak Jangka Panjang (LTC) bagi tempoh tiga tahun berakhir 2011, menyumbang kepada penjimatan RM2 bilion, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, berkata keputusan kerajaan untuk menandatangani LTC 2012-2014 pada harga AS$0.26 sepaun adalah sesuai dan berpatutan memandangkan harganya sukar diramal dan dijangka meningkat pada masa hadapan.
"Kos pengeluaran gula mentah di negara-negara pengeluar meningkat kepada sekitar AS$22-23 sen setiap paun berbanding AS$17-18 sen setiap paun pada masa lalu dan kos ini dijangka meningkat pada masa hadapan.
"Penjimatan RM2 bilion itu pula diperoleh apabila harga semasa pasaran gula mentah dunia pada awal LTC 2009-2011 adalah lebih murah berbanding pada peringkat akhir kontrak itu," katanya menjawab soalan Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara).
Pua mahu tahu sebab kerajaan membeli gula mentah pada harga AS$0.26 sepaun walaupun harga pasaran dunia tidak melebihi AS$0.24.
Mukhriz berkata, harga purata bagi pasaran hadapan untuk bekalan 2012 hingga 2014 ketika kontrak itu dibuat adalah sebanyak AS$0.24 sepaun dan tidak termasuk kos pengangkutan yang dianggarkan sekitar AS$0.02-0.03.
Selain itu, katanya, pembelian juga perlu dilihat daripada aspek jaminan bekalan gula bertapis agar tidak terjejas bagi tempoh 2012 hingga 2014.
Menjawab soalan tambahan Pua mengenai jangkaan harga gula mentah akan turun pada masa akan datang, Mukhriz berkata kementerian akan memantau situasi tersebut.
"LTC bukanlah digunakan untuk memenuhi 100 peratus keperluan pengilang dalam negara. Mereka (pengilang) juga ada peluang untuk membeli daripada pasaran terbuka jika harga yang ditawarkan jauh lebih rendah daripada LTC ataupun beli terus daripada pasaran antarabangsa," katanya.
Sementara itu, Mukhriz berkata sebanyak 13 syarikat pengeluar makanan dan minuman berskala besar tidak lagi layak mendapat bekalan gula bertapis daripada pengilang tempatan pada harga bersubsidi mulai Januari 2011.
Menurutnya keputusan itu dibuat selepas semua syarikat terbabit didapati mempunyai purata penggunaan bulanan yang begitu tinggi.
"Pada masa sama, mereka dibenarkan membeli secara terus daripada pembekal gula bertapis antarabangsa jika harga yang mereka dapat lebih murah daripada harga LTC sebelum disubsidikan," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas). - BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg ini pulak berita ada syarikat gula, tapi yg import gula kerajaan...
KUALA LUMPUR: Harga gula sedunia semakin turun tetapi kerajaan UMNO-Barisan Nasional telah mengimport gula dengan harga yang lebih tinggi, menambah beban dalam meningkatkan pembaziran wang rakyat.
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, keputusan kerajaan UMNO-BN untuk mengimport gula pada harga US$26 per 100 paun – sedangkan harga terakhir Disember 2011 adalah US$23.42 per 100 paun – menyebabkan kerugian besar dan menambah beban subsidi.
Katanya, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Pengguna dan Koperasi Datuk Ismail Sabri telah mengumumkan awal bulan ini bahawa kerajaan telah memeterai kontrak 3 tahun untuk mengimport gula mentah pada harga US$26 untuk setiap 100 paun yang ditandatangani pada bulan lalu.
“Mengapa Kerajaan menandatangani kontrak 3 tahun untuk membeli gula pada US$26 setiap 100 paun sedangkan harga terakhir yang diniagakan gula pada Disember 2011 adalah pada USD23.42 setiap 100 paun, iaitu 10 peratus di bawah harga belian kerajaan?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, subsidi gula terpaksa ditambah bagi menanggung peningkatan kos sebagaimana yang diumumkan oleh Ismail, iaitu subsidi gula terpaksa dinaikkan daripada 20 sen kepada 54 sen sekilogram.
Ini bermakna kerajaan perlu membayar RM567 juta untuk subsidi gula tahun ini berbanding RM262.4 juta pada tahun lepas, dan kesilapan kerajaan membeli dengan harga yang tinggi akan membazirkan RM64 juta.
Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara hairan dengan keputusan kerajaan untuk ‘mengunci’ pada harga yang lebih tinggi sedangkan trend menunjukkan bahawa harga gula sedang jatuh.
Katanya, setelah mencapai harga puncak US$29.47 setiap 100 paun pada Julai 2011, harga gula telah turun secara konsisten setiap bulan, iaitu daripada US$28.88 pada Ogos kepada US$26.64 (September), US$26.30 (Oktober), US$24.52 (November) hinggalah kepada US$23.42 (Disember) setiap 100 paun.
Tambah beliau lagi, laporan media Bloomberg pada 5 Februari lalu memetik kenyataan Macquarie Group Ltd bahawa harga gula akan jatuh lagi kepada 18sen setiap paun kerana adanya lebihan untuk musim 2011-2012.
“Jika ini benar, maka Malaysia akan kehilangan RM491 juta setiap tahun. Jika kita telah membeli pada harga rendah dan bukannya menambah subsidi, Malaysia boleh mengurangkan subsidi gula tanpa meningkatkan harganya,” katanya.
Menurut Pua, Ismail dengan angkuhnya berkata, ‘saya ingatkan anda bahawa kerajaan adalah bijak” apabila telah mengumumkan perjanjian jangka panjang yang akan membazirkan wang rakyat itu.
“Apa yang dilihat sekarang ialah kerajaan UMNO-BN kelihatan bodoh dalam percubaannya untuk tunjuk pandai dan ianya akan membebankan pembayar cukai beratus-ratus juta ringgit dan itu tidak sepatutnya berlaku,” tambah beliau.
Beliau turut mempertikaikan mengapa kerajaan yang mengunakan wang rakyat yang perlu mengimport sendiri gula mentah sedangkan ia patut dilakukan oleh Malaysian Sugar Manufacturing Bhd dan Tradewinds Bhd pada harga yang paling rendah.
Menurutnya, kedua-dua syarikat itu perlu melaksanakan tanggungjawab mereka dan bukannya diberi keistimewaan serta perlindungan oleh kerajaan UMNO-BN daripada menghadapi risiko pasaran. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|