CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Goldkey

Motivasi 50pp

[Copy link]
 Author| Post time 1-9-2014 09:37 AM | Show all posts
Selamat Pagi (cubaan 50pp dengan 1 ayat)

Pada pagi yang penuh berkat ini aku mengucapkan selawat dan salam kepada junjungan besar Rasulullah S.A.W dan mendoakan agar sahabat semua dilimpahkan nikmat serta rahmat walau di mana jua pun berada di samping keluarga atau orang tersayang dalam menjalani aktiviti seharian dengan pilihan jalan benar iaitu jalan yang diredai Ilahi.

CNM, 1/9/14
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-9-2014 07:01 PM | Show all posts
50pp Berderaian

Melihat langkahan senja
berderaian air mata
menitik ke pipi hiba
kerana menginjak lagi detik usia
sedang ada yang terus bersandiwara
menanam tebu di bibir dusta
pandai memintal kata
kelihatan indah susunan bicara
namun seketul daging berjelaga
penuh karbon prasangka
melemaskan ukhuwah sesama
membina tinggi tembok penjara
mengali dalam jurang sengketa.

CNM, 1/9/14

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2014 03:49 PM | Show all posts
50pp Realiti

Sesungguhnya ramai yang hanya memandang pada sesuatu yang belum dipunya. Sesungguhnya ramai yang menyesali sesuatu yang sudah terlepas pergi daripadanya. Sesungguhnya ramai yang selalu terlupa kepada apa yang sudah dalam genggamannya. Nah! Bagi memperoleh sesuatu yang indah untuk dikenangi hargailah orang tersayang di sisi, sebelum mereka dijemput pergi tak kembali.

CNM, 5/9/14
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2014 05:25 PM | Show all posts
50pp Sesekali

Biarlah jika aku dipandang pencetus masalah. Aku reda. Katanya, cakaplah berlapik dalam amalan budaya melayu demi menjaga maruah. Tapi apa maknanya cakap berkias, jika tiada apa-apa tindakan, tiada apa-apa perubahan. Macam tak faham-faham. Sesekali tindakkan luar kebiasaan mungkin mampu membuka mata-telinga. Ya, mata yang selalunya dibutakan dan telinga yang dipekakkan.

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2014 07:03 PM | Show all posts
50pp Bisik-bisik enak

Kebolehpercayaan yang diraih jangan sesekali digadai dengan menyerah seluruh kepercayaan. Sesekali semak apa yang terjadi. Sesekali ambil peduli. Dengar keluhan dengan mata hati. Bijaksanalah membuat keputusan. Sekali kebolehpercayaan tergadai berzaman untuk menampung ketirisan. Jangan terlalu selesa dengan bisik-bisik yang enak kerana yang enak di telinga belum tentu molek di perut.

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2014 06:16 PM | Show all posts
50pp Hujan Berlagu

Hujan berlagu lagi. Memainkan melodi indah. Suaranya gemersik membadai ke kuping hati. Sering kali ia membawa usikan kenangan. Kenangan yang telah lama bersebati di benak ini. Terbit memori yang menari-nari. Memutar mainkan kisah lalu. Aku bisa tersenyum. Adakala menitiskan butiran kristal. Tanpa sedar hujan telah lama pergi. Tinggal aku sendiri.

CNM, 21/10/14, Casa Del Rio.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-10-2014 06:40 PM | Show all posts
50pp Maha Agung-Mu

Ketika titis-titis air itu diangkat ke langit. Ketika wap-wap itu bergumpalan. Bersatu menjadi awan gemawan. Memenuhi dada angkasa. Tatkala angin menerbang ke pedalaman. Maha Agung-Mu ya Allah yang berkehendakan. Titis hujan menyimbah ke bumi. Dari setitis air bermula kehidupan. Tercatat satu perjalanan. Perjalanan menuju akhiran. Segalanya atas izin-Mu ya Allah.

CNM, 21/10/14, Casa Del Rio. Last edited by Goldkey on 21-10-2014 06:44 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2015 04:46 PM | Show all posts
50pp Pasrah

Bahawa keterbatasan itu satu pengujian. Ketentuan yang berlaku itu di luar keupayaan menentu. Di sini akal dan kematangan mengambil peranan. Keputusan tindakan menentukan aras kebijaksanaan. Adalah perkara biasa kesulitan mencabar. Kebolehan mengendalikam situasi di luar jangkaan adalah suatu kelebihan. Memilih jalan dengan berusaha mengetepikan kecelakaan beriring doa adalah tindakan terbaik.

CNM, 6/4/15
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-4-2015 03:36 PM | Show all posts
50pp Harapan

Jika suatu hari aku telah tiada lagi. Usah kalian tangiskan. Aku bukanlah sesiapa. Barangkali banyak menyusahkan dari menyumbang. Cuma aku harapkan masih ada yang sudi menyempurnakan jenazah ini. Andai ada keredaan-Nya mudahan berjumpa lagi di alam abadi. Maafkan daku atas kesalahan yang lalu. Moga kalian direda menghuni Syurga Allah selayaknya.

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2015 02:18 PM | Show all posts
50pp Nasihat
Barang kali aku ini dicop jenis cakap banyak. Itu ini begitu begini. Menulis perkongsian apa yang kurasa patut direnung dan difikirkan. Boleh saja kalian tidak bersetuju. Hapuskan saja tulisan di dada maya itu. Dan jika ada kebenaran tentang apa yang diperkatakan, kutiplah jadikan pedoman. Antara kita perlu ada yang mengingatkan.
CNM, 10/4/15
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2016 06:10 PM | Show all posts
50pp

Menunggu itu suatu penyiksaan, pun mungkin suatu bebanan andai tiada kepastian. Tiada ucapan nak diluahkan. Tiada lukisan yang nak dilakarkan. Betapa hati tersiksa. Perit pedih menikam-nikam sukma. Namun menunggu sesuatu yang pasti suati nikmat terindah anugerah Ilahi. Mungir bibir menguntum senyuman menanti tiba saat yang ditunggu muncul di depan mata.

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2018 03:26 PM | Show all posts
50pp: Memberi

Aku yang memilih jalan ini. Tiada siapa yang memaksa. Aku hanya ingin memberi yang terbaik melebihi kepentingan diri sendiri. Tidak juga meminta puja puji. Andai satu masa tiada lagi kelibatku dalam arena ini, jangan pula ada yang terasa kehilangan. Lumrah manusia tidak menghargai apa yang dimiliki. Aku hanya insan biasa.

CNM
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:06 PM GMT+8 , Processed in 0.067152 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list