CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 17169|Reply: 40

Komik bujal

[Copy link]
Post time 4-11-2013 08:32 AM | Show all posts |Read mode
Nostalgia komik Bujal...popular sekitar tahun 80an sekarang dah takde..








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2013 08:40 AM | Show all posts
aku tak lahir lagi..


༼ つ ◕_◕ ༽つ GIVE DIRETIDE !
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2013 08:52 AM | Show all posts
DI KALANGAN pembaca yang pernah menatap komik Bujal pada tahun 80-an, anda mungkin pernah menatap watak kanak-kanak lelaki bermata bulat, berjerawat, berbaju belang dan berseluar pendek yang popular di kalangan kanak-kanak pada waktu itu.

Komik Bujal yang sarat dengan mesej berguna cukup laris dan ditatap kanak-kanak generasi itu.

Namun, tahukah anda siapa pelukis dan penciptanya? Dalam komik itu, pelukis terbabit dikenali dengan nama pena Nasah.

Bakat dan kredibiliti kartunis yang ada dalam diri Nasah membuatkan Bujal diterima ramai. Malah, sewaktu di sekolah, guru penulis pernah menjadikan Bujal sebagai contoh berikutan mesej yang disampaikannya.

Kini komik Bujal sudah berkubur. Namun, pelukisnya, Nasah atau Sharif Hasan, 58, masih lagi aktif melukis dan membuat lakaran.

Karyanya kini terpampang di ruangan Jawi, akhbar Harian Metro serta majalah Pendidik dan Cahaya terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Namanya mungkin tidak sepopular Datuk Lat atau kartunis generasi baru seperti Ujang, Gayour dan Aie. Bagaimanapun, nama Sharif sebaris dengan kartunis lama seperti Rejabhad, Halim Teh, Wahidi, Mishar dan Raja Hamzah. Sharif mempunyai sentuhan dan gaya tersendiri dalam menghasilkan kartun.

Kartun dan komik memang dekat dengan jiwanya ketika dia masih kanak-kanak lagi. Hasil dorongan gurunya, Yaacob Rais, dia bergiat cergas dalam bidang berkenaan seawal 1969.

Karya pertamanya tersiar dalam majalah Hiburan sebelum dia mendapat ruangan tetap, iaitu Renungan Hari Ini di akhbar Utusan Melayu dan Utusan Zaman.

Mulai 1973, Sharif bekerja dengan syarikat Suarasa yang menerbitkan majalah seperti Bujal, Anak Rusa Nani dan Rina. Dia kemudian menyertai syarikat penerbitan Raz Studio sebelum berpindah ke syarikat Graphic Comic pada 1995.

Selain bertugas di situ, Sharif berkarya untuk beberapa majalah lain seperti Gelihati, Kuntum, Mingguan Kanak-Kanak, Pelita Rakyat, Gema RTM dan Pemimpin dengan menggunakan pelbagai nama pena.

Di samping majalah, karya Sharif tersiar di akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia. Komik Ima dan Nizam, Pak We Malang dan Gurau Senda mengangkat namanya.

Bukan itu saja, Sharif juga aktif sebagai penulis ruangan di beberapa majalah seperti Majalah Filem, Berita Filem, Mastika Filem, Seni, Hiburan, Utusan Filem dan Fesyen.

“Sebenarnya saya dah nak bersara sejak 1996 lagi sebab keadaan kesihatan tak mengizinkan. Tapi seorang rakan kemudian mempelawa saya untuk bekerja secara kontrak dengan Utusan Melayu. Tawaran itu sukar untuk saya tolak dan saya kembali bersemangat walaupun tak berapa sihat,” kata Sharif.

Kini beliau dalam perancangan untuk mengumpul koleksi kartun Miau bertulisan Jawi yang disiarkan dalam Harian Metro dengan sasaran pembaca kanak-kanak.

Menurutnya, kanak-kanak mudah tertarik dengan watak kartun tanpa mengira apa bahasanya. Contohnya walaupun kartun itu disiarkan dalam bahasa Inggeris, Kantonis atau Jepun, mereka tetap menghayatinya dengan penuh imaginasi.

Baginya, penghasilan buku bergambar dan komik Jawi dapat menarik kanak-kanak untuk meminati tulisan Jawi. Ini terbukti ketika majalah Bujal yang diterbitkan dengan konsep sebegitu pada tahun 70-an dan 80-an mencatat jualan yang tinggi berbanding majalah kanak-kanak lain waktu itu.

“Sekiranya komik dapat diterbitkan dalam tulisan Jawi berserta watak yang boleh mengkagumkan kanak-kanak, saya yakin ia boleh menjadi serampang dua mata untuk pendidikan moral dan jawi sekali gus,” kata Sharif.

Bermula pada tahun 90-an, majalah kartun semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat dan ia terbukti apabila jualan majalah seperti Gila-Gila, Ujang dan Gelihati begitu tinggi. Kerjaya kartunis juga semakin dipandang tinggi dan ramai kartunis yang hidup selesa.

Bagaimanapun, Sharif berasa penerimaan masyarakat terhadap majalah kartun tidak seperti dulu berikutan jualan kebanyakan majalah komik merosot, malah ada yang gulung tikar!

“Ini mungkin kerana kemunculan banyak stesen televisyen yang menyiarkan kartun dan khidmat internet yang meluas. Tapi, saya juga melihat idea dan persembahan sesetengah kartunis baru kurang menarik. Mungkin ini juga antara faktornya,” katanya.

Oleh Riadz Radzi
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2013 09:00 AM | Show all posts
AGEBU - Aku Geng Bujal
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2013 10:14 AM | Show all posts
ooo, ade iras2 charlie snoopy....
xtau sgt psl komik nie, lahir pon blm... tapi good info
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2013 03:23 PM | Show all posts
alahai rindunya zaman kecik bla tg komik ni .... wak segan tu yg best ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-11-2013 03:29 PM | Show all posts
aku pun blum lahir lg. tp pakcik2 aku byk kmpl komik bujal ni. tp pas rumah nenek kene renovate komik bujal ni pun hilang...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2013 04:33 PM | Show all posts
dulu masuk AGEBU

aku geng bujal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2013 04:41 PM | Show all posts
dalam majalah ni la aku dapat kawan org kelantan..norbaizura nama dia..
tp lost contact dah

dan aku penah menang tempat ke2 mewarna dalam komik ni

nostalgia betul..hihi..ayah aku yg rajin belikan majalah ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2013 06:14 PM | Show all posts
waaah tak sangka dapt tengok komik ni balik!! kenangan betul!! bujal tu budak yg pakai baju belang2 kan? yg botak tu nama dogol x silap..ingat lagi slalu beli komik ni dengan komik bambino..dulu2 komputer kt umah pun xde, tv pun channel ade berapa je, so bende2 cmni la jadi penghibur di waktu senggang..komik ni antara bahan bacaan pertama yg mengajar aku membaca, dan paling penting, jgn jadi nakal cam bujal hehehe..so I owed it to these comics
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2013 10:35 PM | Show all posts
wak segan trademark rejabhad rasanya....

ni komik abg2 n bapak2 bambino...

zaman aku kecik bambino hidup lagi... sebaris dgn majalah kuntum..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2013 08:10 PM | Show all posts
komik yg top zaman dulu.
sapa2 yg ada komik ni kira teror la....
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2013 12:37 AM | Show all posts
komik nostalgia. selalu gak baca, pakcik aku suka kumpul komik bujal ni dulu. time balik kampung mesti selongkar almari bilik dia nak cari komik bujal.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2013 12:42 AM | Show all posts
pernah baca
koleksi abang aku dulu
xtau dia ada simpan lagi ke x
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2013 07:56 AM | Show all posts
Bujal ni tak silap aku seangkatan dengan Majalah Salina..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2013 08:29 AM | Show all posts
highcastle posted on 6-11-2013 07:56 AM
Bujal ni tak silap aku seangkatan dengan Majalah Salina..

...dan juga MAstika.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2013 08:51 AM | Show all posts
alphawolf posted on 6-11-2013 08:29 AM
...dan juga MAstika.

Mastika dulu bukan macam Mastika skg (bukan lagu Tegar okey)............ Dulu banyak politik tempatan & rencana luar negara.. skg banyak kisah2 mengarut.......
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2013 09:36 AM | Show all posts
lagi satu majalah Kuntum......kenangan sungguh tengok komik ni, dulu mama rajin pinjam...nak beli arwah tak bagi .... (
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2013 10:57 AM | Show all posts
penah tahu tapi tak penah baca
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2013 11:42 AM | Show all posts
tp dia luksi mata bulat hitam mcm tu mcm creepy lak

sbb terigat filem animasi sweeney todt ke apa yg dia jahit butang bj itam ganti mata
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.454031 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list