CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Abstrak Cinta Aku & Dia ~ (Forever Alone) : by Ilham Pena - February 2015

[Copy link]
 Author| Post time 13-11-2013 01:36 PM | Show all posts
Zack berhenti seketika di R&R Ayer Keroh untuk menghilangkan lenguh akibat memandu. Hajat untuk bertolak selepas Zohor, tersasar menjadi selepas asar gara-gara tertidur lagi. Setelah keretanya di parkirkan, Zack mengambil kotak rokoknya lalu diperiksa. Ada dua batang lagi. Cukuplah untuk bekalan hari ini. Zack keluar dari kereta. Sambil bersandar di tepi pintu, rokoknya dinyalakan. Entah bila dia nak berhenti, Zack pun tak tahu.

Seperti biasa, mesej di telefon bimbit diperiksa.

Whatsapp Group Keluarga Tok Ahmad kurang meriah hari ini. Ramai yang sudah meninggalkan Kluang, pulang ke tempat mereka bermastautin dan mencari rezeki. Kebanyakan mereka tinggal bertebaran di Lembah Klang namun hendak berjumpa, amat payah sekali. Masing-masing sibuk dengan hal masing-masing.

Mesej dari Johari atau lebih suka dikenali sebagai Joe.

Joe (Johari)
12th bulan depan ada show. Confirm?


Zack mengerutkan kening. Masih belum tahu tahap kesibukannya pada tarikh itu. Selain mempunyai kerja tetap sebagai pereka grafik di sebuah hotel bertaraf lima bintang di ibukota, Zack juga bermain muzik secara separuh masa, saja suka-suka.   

Zack Iskandar
Nanti aku confirm balik


Pendek balasan Zack.

Mesej dari Joe juga. Tapi kali ini, nama sebenarnya adalah Zulkifli. Macam mana boleh jadi Joe, Zack pun tak tahu. Joe Zulkifli adalah rakan tempat sekerja Zack.

Joe (Zulkifli)
Zack, bila masuk kerja?

Zack Iskandar
Esoklah bai…

Joe (Zulkifli)
Cantek. Lega aku. Kerja banyak der. Tak larat aku nak handle sorang…

Zack Iskandar
Baru kerja sikit, dah merungut.

Joe (Zulkifli)
Mahu tak merungut bai. Function banyak ni…

Zack Iskandar
Yelah. Apa citer?

Joe (Zulkifli)
Boss baru Marcom dah masuk dua hari lepas. Cun bai…

Zack Iskandar
Ceh! Kalau kau…kambing pakai skirt pun kau kata cun…

Joe (Zulkifli)
Ni betul bai…

Zack Iskandar
Yelah… lain?

Joe (Zulkifli)
Date untuk staff party dah confirm. Aku kena jadi committee. Siotlah!

Zack Iskandar
Padan muka. Dah la bai. Jumpa esok ler..

Joe (Zulkifli)
Okay bro…


Perbualan dengan Joe Zulkifli tamat.

Zack melihat jam tangan. Sudah hampir ke waktu maghrib. Zack membuat keputusan untuk bersolat maghrib saja di sini.
Last edited by Nicki_Meow on 30-11-2013 04:39 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-11-2013 01:48 PM | Show all posts
Zack sampai di rumah sewanya di Selayang lebih kurang pukul sembilan malam.  Selepas memberi salam, Zack melangkah masuk ke dalam rumah. Tiada kelibat Hanif dan Sheng, rakan serumahnya di mana-mana. Mungkin mereka keluar. Yang ada hanya Jack, sedang aman-aman tidur di atas sofa.

“Tido ajelah kerja kau…” Tegur Zack sambil mengunci kembali pintu rumah. Jack mengangkat kepala apabila mendengar suara Zack tetapi masih tidak berganjak dari sofa. Jack tak tahu sama ada Zack marah atau perli melalui nada suaranya tapi, Jack tidak ambil peduli tentang itu. Jack kembali berbaring sambil memejamkan mata.

Zack menghampiri Jack lalu mengusap kepalanya. Jack menjadi manja secara tiba-tiba.

“Meow.” Jack berbunyi perlahan lalu menyambung kembali tidurnya yang terganggu oleh kepulangan Zack tadi.

Seronok betul jadi Jack – makan tidur saja kerjanya…

Jack adalah kucing belaan Hanif. Tahun lepas, Hanif terjumpa Jack di tepi tong sampah, dalam keadaan sakit dan lapar.  Nama betul Jack adalah Jack Sparrow, diambil sempena nama lanun dalam cerita Pirates of Carribean. Jack buta di mata sebelah kirinya akibat jangkitan kuman dan atas sebab itu, Hanif menamakan kucing itu dengan nama lanun.

Usai mandi dan solat, Zack membuat keputusan untuk tidur saja. Esok dia akan bekerja semula. Setelah bercuti lama, memang malas rasanya untuk kembali bekerja.

Tidur.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2013 01:50 PM | Show all posts

ok nicki....teruskan...



apsal fariza ni usu rasa mcm ada gedik2 sket?

..hahaha..terpengaruh ngan gambar pembawa wataknya kot..?






Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2013 01:52 PM | Show all posts
UsuFie posted on 11-11-2013 10:25 AM
mungkin watak cameo vios tu cam dak zara ni kot...

tu yg sekali pandang melekat kat minda..    ...

tau xpa.....
tp imej bertudungg arr....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2013 01:54 PM | Show all posts
ismaha posted on 13-11-2013 01:52 PM
tau xpa.....
tp imej bertudungg arr....

@UsuFie   

Dak Zara ni iols kasi watak Amelia je kat dia....



Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2013 02:02 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 13-11-2013 01:54 PM
@UsuFie   

Dak Zara ni iols kasi watak Amelia je kat dia....



apaaaa.....


haaaa.... kalu camtu confirm bukn amelia hiroin kan kan kan..... jauh lagik si fariza tu

opsss.... neh speku is sajo.......
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-11-2013 02:04 PM | Show all posts
UsuFie posted on 13-11-2013 01:50 PM
ok nicki....teruskan...

Sorrylah kalau entry pendek-pendek. Agak busy...

Janji paham jalan cerita, udah lah yek...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2013 02:04 PM | Show all posts
ismaha posted on 13-11-2013 02:02 PM
apaaaa.....

JENG JENG JENG....




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2013 02:09 PM | Show all posts

usu mcm confused jap baca..jack..zack..

apa pun...watak kucing tetap ada....

bertuah jadi kucing...

errr...nicki..pasah usukan..bunting lagi...



Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 09:27 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 13-11-2013 01:34 PM
Aduyaiii...garu kepala disebabkan awek vios....

xyah garu2 pala tu
masukkan jer watak awek vios
konpem meriah nnt
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 09:28 AM | Show all posts
yealah usu, kaka pun rs fening jap baca
zack then jack
hisyyy dah lelebih kurang aje
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 11:03 AM | Show all posts
fatehana posted on 14-11-2013 09:28 AM
yealah usu, kaka pun rs fening jap baca
zack then jack
hisyyy dah lelebih kurang aje


kan....nama kucing tak ngalah..jack sparoh..
cer letak nama..montel..bulat...itam..belang..

bersempena sgt mata kucing tu buta..tak pun letak kassim selamat..




btw, mana nicki ni..takdok entry kah...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2013 12:52 PM | Show all posts
fatehana posted on 14-11-2013 09:27 AM
xyah garu2 pala tu
masukkan jer watak awek vios
konpem meriah nnt

Nanti-nantilah iols fikirkan pasal awek vios tu....

Kucing Jack tu kucing urban...sebab tu nama dia Jack Sparrow.

@UsuFie   

Laku betul si pasah... . Pergi mandulkan ajelah Usu..kalau susah sangat.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2013 12:53 PM | Show all posts
Episode 5

Pagi. Hujan renyai-renyai.

Zack tahu, dia tak sepatutnya merungut tentang hujan kerana hujan itu rahmat. Tapi, terperangkap dalam kesesakan lalu lintas membuatkan hatinya suam-suam panas. Selalunya dia menunggang motorsikal saja ke tempat kerja tetapi hari ini, dek kerana hujan, dia terpaksa memandu kereta.

Merungut berbakul-bakul sekalipun, takkan mengubah hakikat bahawa Jalan Kuching itu memang sesak setiap hari. Itu belum lagi kalau ada kemalangan atau kereta rosak. Lagilah sesak. Pasrah sajalah…

Lagu-lagu di radio menemani Zack sepanjang pemanduannya. Celoteh-celoteh dari penyampai radio yang lebih banyak gelak dari bercakap, membuatkan hatinya terhibur sedikit.  
Last edited by Nicki_Meow on 15-11-2013 05:03 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2013 12:57 PM | Show all posts
Zack sampai di tempat kerjanya lebih kurang pukul lapan suku pagi. Selalunya dia sampai lebih awal kalau menunggang motorsikal. Keretanya di parkirkan di bahagian basement.

Zack menapak untuk membeli sarapan di gerai Makcik Ita yang terletak di pinggiran bangunan . Zack memang pelanggan tetap Makcik Ita. Hampir setiap hari dia membeli sarapan di sini sehinggakan dia dan Makcik Ita kenal baik. Setakat hidangan Nasi Lemak sambal kerang - kerang lebih, dengan senang hati Makcik Ita berikan pada Zack tanpa bayaran.

Kerang yang lebih itulah tanpa bayaran. Nasi lemak, tetap Zack kena bayar.

Semakin dekat dengan gerai Makcik Ita, kening Zack mula berkerut. Makcik Ita tiada. Yang ada hanya seorang gadis anggun berdiri di situ.   

Orang tua ni dah tak meniaga lagi ke?

Walaupun was-was, Zack pergi juga ke gerai itu.

Payungnya masih sama, bekas kuih-muih juga masih sama. Malah mangkuk sambal nasi lemak juga tak berubah. Zack yakin, itu masih kedai Makcik Ita. Tapi, ke mana Makcik Ita pergi? Ini siapa pula?

Anak Makcik Ita le kot… anak sedara ke…

Zack terpana memerhatikan gadis itu. Macam pernah ternampak di mana-mana sebelum ini. Teka Zack, umur gadis itu mungkin sebaya dengannya. Kalau tidak pun…mungkin tua sedikit. Tak apalah. Umur...bukanlah faktor utama dalam kebahagiaan rumah tangga. Yang penting, serasi dan saling memahami.

Apa yang kau merepek ni, setan?

Menyedari dirinya diperhatikan, gadis anggun itu memberikan senyuman yang Zack rasakan, sangat manis. Zack tersenyum kembali.

“Assalamualaikum dik…” Ucap Zack.

“Waalaikumusalam.” Lembut saja suara itu menyapa telinga.

“Dik…abang nak nasi lemak dengan sambal kerang…”

Abang konon…phuuiiiii….

“Apa dia?’ Gadis anggun itu bertanya dengan kening berkerut.

“Nasi lemak sambal kerang.” Ulang Zack, menguatkan sedikit suaranya.

“Nasi lemak?”

“Iya dik…” Jawab Zack lagi.

Pekak ke?

“Oh…okay…”

Wajah si gadis anggun terpinga-pinga tapi, permintaan Zack dituruti. Bekas putih pengisi makanan diisi dengan nasi lemak.

“Sambal kerang ye bang?” Soalnya.

“Iya…”

Sambal kerang diceduk dari mangkuknya, dibubuh dua sudu.

“Cukup bang?”

“Err…sikit lagi.”

Separuh sudu sambal kerang dibubuh lagi. Setelah itu, ikan bilis, timun dan telur rebus dimasukkan ke dalam bekas putih. Cekap saja dia membuat kerjanya.

“Kuih tak nak bang?”

“Kuih?” Zack berfikir seketika.

“Bolehlah. Karipap dua...kuih…apatah namanya… yang hijau-hijau ada pulut tu…dua jugak.”

Zack jarang beli kuih sebenarnya. Tapi disebabkan oleh gadis anggun itu, Zack rela…

“Cukup?” Soal gadis itu lagi.

“Cukuplah dik…” Balas Zack, tersenyum lagi.

“Berapa ya dik?” Zack bertanyakan harga.

“Berapa ya? Err…hhmmm. Saya sebenarnya…”

“Dik!" Makcik Ita terkocoh-kocoh menghampiri mereka.

"Maaflah hampa kena tunggu lama sikit. Pagi-pagi ni, Cik Ta takdak duit kecik. Tu pasai Cik Ta pi tukaq kat kedai depan nu…maaflah na…” Nyaring suara Makcik Ita berkata kepada si gadis anggun.

“Takpelah makcik, bukan lama sangat pun tunggunya…”

“Berapa baki tadi?” Soal Makcik Ita.

“Empat puluh lima ringgit setengah…”

Duit baki bertukar tangan.

“Terima kasih makcik.” Balas gadis itu. Sambil memandang Zack yang sedang tergamam kaku...beku, dia tersenyum.

“Awak....sorry. Saya ingat, awak ni...anak Makcik Ita…” Zack betul-betul tak tahu mana hendak disorokkan mukanya ketika ini. Kulit mukanya terasa tebal. Yang gadis itu pun, boleh pula mengikut saja permintaannya membungkus nasi lemak dan kuih tanpa membantah. Dah kenapa?

“Tak apa. Saya pergi dulu…” Gadis itu terus melangkah pergi. Zack tersipu-sipu.

Zack memasang tekad. Dia tidak mahu lagi bersua muka dengan gadis itu. Malu woi!
Last edited by Nicki_Meow on 30-11-2013 04:46 PM

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 01:05 PM | Show all posts
adakah gadis itu bos baru yg kawan zack maksudkan
atau gadis itu adakah dia si gadis vios itu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2013 01:06 PM | Show all posts
UsuFie posted on 14-11-2013 11:03 AM
kan....nama kucing tak ngalah..jack sparoh..
cer letak nama..montel..bulat...itam..belang..

nicki kata nama kucing tu kena urban br gempak sikit citer ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 01:07 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 14-11-2013 12:52 PM
Nanti-nantilah iols fikirkan pasal awek vios tu....

Kucing Jack tu kucing urban...sebab t ...

dahlah amik nama jack sparrow hero peberet akak tu
semlm ms baca tersedak abe jack
sekali rupanya kucing aje
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2013 01:08 PM | Show all posts
“Zek. Awat hang ni?” Soal Makcik Ita, kehairanan dengan Zack yang termangu-mangu.

“Cik Ta…aduh. Malu saya…”

“Malu…pasaipa?”

“Saya ingat, awek yang tadi tu… anak Cik Ta…”

“Mengarutlah hang ni. Anak aku sume jantan, mana ada pompuan…”

“Mana saya tau…anak Cik Ta semua jantan ke, semua pompuan...”

“Dia mai beli nasi lemak. Bayaq pakai duit lima puluh ringgit. Cik Ta takdak duit kecik. Jadi Cik Ta pi la tukaq kat kedai depan tu ha. Tu pasai dia kena tunggu lama sikit kat sini…” Terang Makcik Ita.

Zack menggelengkan kepala.

“Lama tak nampak hang..cuti ka?”

“Cuti. Balik kampung. Sedara kahwin…” Balas Zack.

“Oh. Hang pulak...bila nak kahwin? Dah besaq panjang…umuq dah meningkat…kerja baguih…rupa pun ada. Awat tak kahwin lagi? Kalau aku ada anak pompuan, aku kasi nikah ja dengan hang ni, Zek. Hang ni memilih sangat kot? Hang tau....anak sedara Cik Ta yang tinggai dekat Seberang Perai tu...”

“Berapa semua ni, Cik Ta?” Pantas Zack memotong bebelan Makcik Ita, sebelum Makcik Ita melalut lebih banyak.

“Mana?”

“Inilah. Nasi lemak sambal kerang dengan kuih…”

“Sapa yang bungkuihkan untuk hang?”

“Awek tadilah. Dah tercongok kat depan ni. Mati-mati saya ingat anak Cik Ta. Saya pun…suruhlah dia bungkus nasi lemak dengan kuih ni.”

Makcik Ita ketawa mengilai.

“Hang ni pun, Zek. Lain kali, tanya dulu…” Makcik Ita sambung ketawa mengilai.

“Berapa ni, Cik Ta?” Soal Zack apabila ketawa Makcik Ita reda.

“Biasalah Zek. Nasi tiga ringgit. Kuih tu singgit nam. Pat ringgit nam…”

Duit bertukar tangan.

“Baik-baik jalan na…Zek...”

Zack senyum sumbing.
Last edited by Nicki_Meow on 15-11-2013 06:00 AM

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 01:10 PM | Show all posts

zack.......

next time hang tapau skali ngan awek tu..



lagi nicki...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:40 PM GMT+8 , Processed in 0.320743 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list