CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Abstrak Cinta Aku & Dia ~ (Forever Alone) : by Ilham Pena - February 2015

[Copy link]
 Author| Post time 20-11-2013 12:27 PM | Show all posts
Hari beransur petang. Dengan hati yang agak lega kerana waktu kerja sudah tamat, Zack menuju ke arah tempat motorsikalnya diparkirkan. Sempat mengangkat tangan kepada beberapa orang pekerja hotel yang lain sambil tersenyum.

Zack memerhatikan sebentar motor Kawasaki Ninja 250SE miliknya. Tabiat biasa. Manalah tahu, kalau-kalau ada tayar yang pancit atau cermin pandang sisinya tertanggal. Setelah berpuas hati dengan kondisi motorsikalnya, Zack meraba poket di bahagian depan beg galasnya. Mahu merokok dulu sebelum pulang. Sepanjang hari ini, baru sekali dia merokok. Itupun, dia ‘pow’ rokok Joe Zulkifli.

Ceh!

Baru sedar, rokoknya sudah habis. Tinggal kotak saja. Maka, terpaksalah Zack menapak ke kedai di sebelah stesen bas untuk membeli rokok. Kalau tak merokok kan senang. Tak payah membazir duit.

Zack meninggalkan kawasan tempat parkir motorsikal.




“Marlboro Light, Ane…” Pesan Zack kepada Ane pemilik kedai. Sambil-sambil itu, matanya memerhati orang-orang yang ada di stesen bas. Separuh darinya adalah pendatang warga asing. Tidak tahu sama ada masuk secara haram atau secara sah. Yang nyata, senang sungguh mereka ini datang ke Malaysia.

Sekotak Marlboro Light dengan gambar kaki seorang pesakit kanser dihulurkan kepada Zack. Perasaan ngeri memang ada. Namun nak berhenti, entah bila.

Dengan hati yang kurang senang, duit RM10.20 bertukar tangan. Harga rokok makin naik. Kononnya untuk menggalakkan rakyat berhenti merokok. Pelbagai kempen juga giat dijalankan untuk memberi sokongan kepada perokok ini supaya berhenti merokok tapi masih kurang berkesan. Kenapa kerajaan tak mengharamkan saja penjualan rokok? Kan senang...

Oh ya, ekonomi Negara akan merudum kalau penjualan rokok diharamkan. Daripada ekonomi Negara merudum, biarlah ekonomi perokok-perokok ini yang merudum.

Zack meninggalkan kedai di sebelah stesen bas itu. Tak mahu merokok di situ. Zack tahu bahawa ramai yang membenci perokok sebenarnya. Lebih-lebih lagi, perokok yang tak sedar diri. Merokok di mana saja walaupun tempat awam lalu mengganggu ketenteraman awam. Walaupun Zack seorang perokok, Zack tetap cuba menjadi seorang perokok yang berhemah.

Berhemahlah sangat. Last edited by Nicki_Meow on 27-11-2013 04:31 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2013 12:51 PM | Show all posts
fatehana posted on 20-11-2013 10:14 AM
wah dah banyak clue yg mengatakan zack tertarik pd cik reen
dan adakah cik reen yg tua 4 tahun  ...


teringat novel kaka bling..

bercinta dgn bos sendiri akhirnya kawen...



lady bos kaya....

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 12:54 PM | Show all posts

ohemjee.....jay pakai tutu...

  tak sanggup nak letak foto manusia sebenar



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2013 01:04 PM | Show all posts
UsuFie posted on 20-11-2013 12:54 PM
ohemjee.....jay pakai tutu...

  tak sanggup nak letak foto manusia sebenar

Ini binatang apa?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2013 01:06 PM | Show all posts
Zack berjalan menaiki tangga, menuju ke arah kawasan tepi bangunan. Kawasan itu memang di khaskan untuk merokok. Bukanlah ada papan tanda yang bertulis ‘Sila Merokok Di Sini’ di mana-mana di situ. Tetapi, kawasan itu seolah-olah dijadikan tempat merokok sejak azali. Mana-mana perokok yang sedar diri dan tak mahu mengganggu ketenteraman awam, akan datang ke sini untuk melepaskan gian. Zack tak terkecuali.

Rokok yang baru dibeli, Zack keluarkan sebatang dari kotak. Setelah diketuk beberapa kali di atas kotak, rokok itu dinyalakan. Zack menyedut rokoknya dalam-dalam bersama nikotin, tar, sianida, benzene, cadmium, methanol, asetilena, ammonia, hydrogen sianida, arsenic, karbon monoksida dan beribu-ribu lagi bahan kimia yang terdapat dalam sebatang rokok. Nikmat menghisap rokok, hanya perokok saja yang tahu. Nikmat menghidap penyakit akibat rokok, hanya perokok juga yang tahu.

Mata Zack memerhatikan beberapa lagi orang perokok yang merokok di situ. Tak ada yang dikenalinya. Mungkin pengunjung yang kebetulan lalu di kawasan ini. Atau mungkin pekerja di bangunan berdekatan.

“Excuse me…”

Zack menoleh ke arah kiri. Seorang gadis berambut panjang beralun melepasi bahu menegurnya. Zack terpinga-pinga kerana menyangkakan, gadis itu tersalah orang.

“Yes, I’m talking to you…” Kata gadis itu lagi. Zack sengih sumbing lantas mengangkat kening.

Melihat Zack tersenyum, gadis itu bertanya. “May I…borrow your lighter?”

Kening Zack terangkat lagi tapi Zack mencapai juga pemetik api dari poket beg galasnya lalu dihulurkan kepada yang bertanya.

“Thanks.” Gadis itu menghulurkan kembali pemetik api kepunyaan Zack. Seperti Zack juga, dia menghisap rokoknya dalam-dalam.

“You don’t mind right?” Gadis itu menyoal lagi.

“Don’t mind…what?”

“That I sit here with you…”

“Err…no. It’s a public area.” Balas Zack. Gadis itu tersenyum.

Mereka terdiam sambil menghisap rokok masing-masing.

“What a day…” Gadis itu memecah sunyi.

“Stress?” Soal Zack.

“Yup. Same shit, different day…”

Kening Zack terangkat lagi. Gadis ini jenis cakap lepas.

“By the way, I’m Kate.” Kate menghulurkan tangan kepada Zack. Teragak-agak pada mulanya tapi Zack sambut juga, di hujung jari walaupun Zack tahu, hujung tak hujung, tetap haram hukumnya.

“Kate?” Zack memerhatikan gadis itu agak lama. Bukan bangsa Melayu tapi campuran. Cuma tak tahu campuran apa. Iras-iras mat salleh pun ada juga.

“Katelyn Rose Banham.” Kate memberikan nama penuh.

“Ah..okay..” Zack tersenyum. Tepat sangkaannya.

“My dad’s British. But my mum, she kind of mix here and there. My grandpa is Chindian and my granny is Chinese mix with Kadazan Dusun. So that makes me….bangsa lain-lain…”

Zack tergelak. Pandai buat lawak juga si Kate ni.

"I'm Zack." Zack memperkenalkan diri.
Last edited by Nicki_Meow on 14-3-2014 02:41 AM

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 01:34 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 20-11-2013 01:06 PM
Zack berjalan menaiki tangga, menuju ke arah kawasan tepi bangunan. Kawasan itu memang di khaskan un ...

lorr kate pulak...............
siapkah yang menjadi pilihan??????????

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-11-2013 01:35 PM | Show all posts
“I selalu nampak you.” Kata Kate.

“Really? Kat mana?”

“Kadang-kadang, I nampak you sedang beli rokok di kedai Ane. Kadang-kadang, I perasan motor you lalu depan tu…” Balas Kate. Bahasa Melayunya agak fasih walaupun ada banyak bunyi pelat.

Zack terdiam. Teruja pun ada sebab ada juga awek yang menyedari kewujudannya di muka bumi.

Ceh!


“You kerja kat mana?” Zack pula bertanya.

“You tahukan, ada satu travel agent di sebelah florist…dalam Hotel Mayang Sari?”

Zack angguk.

“I kerja di situ.”

“Oh ya. Now I remember. Rasanya, I pun pernah nampak you.” Balas Zack. Kate tersenyum.

Mereka kemudian berbual panjang, seolah-olah sudah kenal lama. Sikap Kate yang mudah mesra membuatkan Zack selesa untuk berbual dengannya. Kadang-kadang, Zack tergelak mendengar cara Kate bercakap bahasa Melayu tetapi Kate sekadar tersenyum saja.

“Sebenarnya, I suka cakap bahasa Melayu. Bangga jadi anak Malaysia.” Ujar Kate membuatkan Zack tersenyum sendiri.

“I need to go…” Zack meminta diri. Berbual panjang-panjang, tak sedar yang waktu semakin menginjak senja.

“Yeah, me too.” Sambil berkata, Kate melihat jam di tangan.

“Hey Zack. Do you want to hang out...maybe...tomorrow or some other time? You know, just to get to know each other…better…”

Zack terkebil-kebil.

“Ala..keluar…kawan-kawan…macam itu…”  Sambung Kate.

“Hhhmm…why not…”

“Beri nombor telefon you…” Pinta Kate. Zack mengangguk. Nombor telefon bertukar.

“Okay Zack. See ya…bye.”

“Bye Kate.” Balas Zack.

Dengan senyuman, Kate berlalu meninggalkan Zack. Last edited by Nicki_Meow on 24-11-2013 06:44 PM

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 01:36 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 20-11-2013 01:34 PM
lorr kate pulak...............
siapkah yang menjadi pilihan??????????



nnt nicki jwb..kate tu cameo jah...

kasi kembang plot..sb dah jadi cerpan...





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-11-2013 01:39 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 20-11-2013 01:34 PM
lorr kate pulak...............
siapkah yang menjadi pilihan??????????

Jeng Jeng Jeng....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2013 01:41 PM | Show all posts
UsuFie posted on 20-11-2013 01:36 PM
nnt nicki jwb..kate tu cameo jah...

kasi kembang plot..sb dah jadi cerpan...

Kate bukan Cameo

Haah Usu. Nak kasi kembang plot. Maklumlah, dah jadi cerPAN. Kenalah tambah watak nak kasi PAN...





Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 01:42 PM | Show all posts

owh...kate bkn cameo...  

zack...takan setiap ppuan jumpa nak jatuh hati kot...



nnt senarai jadi panjang...payah kami nak vote..  



Last edited by UsuFie on 20-11-2013 01:44 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2013 01:47 PM | Show all posts
UsuFie posted on 20-11-2013 01:42 PM
owh...kate bkn cameo...  

zack...takan setiap ppuan jumpa nak jatuh hati kot...



Cukuplah sampai Kate. Ramai-ramai sangat kang, tak logik pulak mamat 'Average Joe' macam Zack ramai peminat...







Pernah tak... masa bujang-bujang dulu...tatkala masih solo dan sedang mencari pasangan hidup...

Time tu jugaklah 'jodoh' datang bertingkek-tingkek sampai tak tahu nak pilih mana satu...

Pernah tak mengalami situasi sebegitu?


Last edited by Nicki_Meow on 20-11-2013 01:50 PM

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 01:52 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 20-11-2013 01:47 PM
Cukuplah sampai Kate. Ramai-ramai sangat kang, tak logik pulak mamat 'Average Joe' macam ...





yer...pernah....(nada berbisik)





Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 01:55 PM | Show all posts

khas buat zack.......  
dari senarai yg hampir panjang...jgn x terpilih nnt...

Juliana Banos

Mana Satu

Yang di sini merindu
Yang itu pun merayu
Tak tahu ...
Tak tahu yang mana satu
Oh...oh...oh

1
Bila saat ku mahukan sesuatu
Takkan jumpa
Namun bila tak ku cari pula
Berduyun tiba
Tak ku sangka tiba-tiba
Ku jadi perhatian (rebutan) dua jejaka

( korus )
Yang di sini merindu (merindu)
Yang itu pun merayu (merayu)
Buatku keliru
Yang mana satu pilihanku
Yang ini janji setia
Yang sana lafaz cinta
Kutak tahu
Tak tahu yang mana satu

Aku tak mahu terburu-buru
Hingga salah langkah
Tapi keduanya tak mengerti hati ini
Aku cuba terangkannya
Namun ku tetap digesa dipinta
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2013 02:00 PM | Show all posts
UsuFie posted on 20-11-2013 01:52 PM
yer...pernah....(nada berbisik)

.... Tergelak besar depan PC....




Senarai Terbaru

1) Amelia - 2 Vote
2) Awek Vios - 3 Vote (Masihkah? )
3) Farizah - 0 Vote
4) Boss Marcom - 3 Vote ?
5) Kate - 0 Vote



Senarai Tambahan

1) Jay










Last edited by Nicki_Meow on 20-11-2013 02:03 PM

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 02:01 PM | Show all posts

astaga....jay pun masuk senarai...

haruslah dia vote diri sendiri

ayokkk....watak cameo undi tertinggi...






Last edited by UsuFie on 20-11-2013 02:03 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2013 02:03 PM | Show all posts
UsuFie posted on 20-11-2013 01:36 PM
nnt nicki jwb..kate tu cameo jah...

kasi kembang plot..sb dah jadi cerpan...

adehhh... selalu bikin suspen ini nicki

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 02:04 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 20-11-2013 01:39 PM
Jeng Jeng Jeng....

adooiii.... kan... selalu mcm tu nak wat cepen jadi cerpan

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 02:28 PM | Show all posts
takde sambungan lg ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Nicki_Meow posted on 20-11-2013 01:39 PM
Jeng Jeng Jeng....

Mohtepppp benor ber jeng jeng jeng
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:10 PM GMT+8 , Processed in 0.101770 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list