CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3322|Reply: 4

Rainy - [U]

[Copy link]
Post time 6-11-2013 08:03 PM | Show all posts |Read mode
Rainy – Bab 1

  Kepalaku dikalihkan. Memandang belakang. Hujung bibir mengukir senyuman. Sekali dengan kening terangkat sebab terlampau seronok. Langkah tetap diatur laju. Aku takut mama dapat mengesan kehadiranku.
  Ini semua aku punya pasal. Tu lah. Gedik sangat pakai gelang emas mama punya. Nak dijadikan cerita, sedang aku berjimba di Star Parade, gelang tu hilang. Sekian. Mama mengamuk nak pecah rumah sebab dia sayang gila gelang tu.
  Dan kini…
  Aku terpaksa menghilangkan diri seketika dek mama mengejarku.
  Buk! Dahiku berkerut. Rasa macam ada benda jatuh.
  Pandanganku diluruskan. Seorang lelaki yang menggalas beg sandang dengan tee long sleeve dan jeans paras lutut memandangku tajam. Cap berwarna merah terletak elok di atas kepalanya. Air liurku terasa berpasir. Aku pandang bawah. Plastik hitam jatuh di atas tanah. Beberapa berus lukisan terkeluar daripada plastik tersebut. Tubuhku dibongkokkan untuk mencapai barang-barang miliknya.
  “Yen!”
  Tubuhku jadi keras. Aku tak jadi mengutip barang yang jatuh.
  “Kau jangan lari, Yen. Tunggu kat situ.”
  Ma… ti aku.
  Aku jadi kalut. Habis terpijak berus-berus yang terjatuh sebentar tadi. Bibirku diketap. Aku mengundur ke belakang. Terlupa pasal mama dengan gaya nak bunuh aku.
  Berus-berus lukisan tu dah patah! Sudah. Bala lagi.
  “Kau… kau rosakkan berus lukisan aku!”
  “Sorry,” ujarku sebelum sengih.  
   Wajahnya merah. Desahan nafasnya semakin kuat. Aku jadi tak keruan.
  Kenapa aku rasa dia ni macam nak telan aku?
  “Kau kena bayar balik semua ni!”
  “Tapi aku tak ada duit!” balasku berani.
  Bagus sungguh aku ni. Ada ke patut bahasakan diri aku? Kalau mama dengar, mesti dia lagi mengamuk.
  “Do I look like I care?” soalnya sinis.
  “Memanglah tapi aku tak ada duit nak ganti. Satu sen pun tak ada.”
  “Aku tak kira. Aku nak ganti rugi.”
  “Yen!” Suara mama menerjah gegendang telingaku.
  “Hehehe. Got to go. See ya.”
   Aku berlari pergi meninggalkan lelaki itu. Langsung tidak dipedulikan laungannya.
*****
  Ceramah mama panjang berjela. Aku tunduk. Menekur lantai. Kakiku menguis ambal dan mataku dijulingkan tanda bosan. Air mataku jatuh ke pipi dek terlalu ngantuk. Sesaat kemudian aku pandang jam tangan hadiah ayah.
  Jam sudah menginjak ke pukul 2 pagi. Sampai bila mama nak bagi syarahan kat aku?
  “Do you understand what I’m talking about?”
  Aku membetulkan duduk dan mengangguk malas.
  “Kalau Yen buat benda yang mama marah lagi, mama halau Yen dari rumah. Faham?”
  “Yen faham, mama.”
  Renungan mama yang lembut menikam anak mataku. Lidahku kelu.
  Ada kesedihan dalam renungan mama. Ada kesakitan yang sudah lama ditanggungnya dan diri ini tidak mampu berbuat apa-apa. Mama nampak kuat. Mama nampak tabah tapi aku tahu yang sebaliknya terjadi. Aku tahu setiap malam mama akan nangis di atas sejadah. Setiap malam mama akan baca Yasin untuk ayah, Raiqal dan Rina. Mama tak sedar yang aku akan berdiri di depan bilik dia setiap malam. Mama tak sedar yang aku faham perasaan dia.
  “Mama masuk tidur dulu. Esok nak kena pergi rumah Acik Ina. Dia nak ajak mama pergi cari baju kahwin untuk anak dia.”
  “Hurmm. Good morning, mama.”
   “Kau perli mama ke apa?”
   “Hehehe. Ma… na ada. Sekarang memang dah pagi pun.”
  Mama menggeleng mendengar ayatku sebelum menghayun langkah  masuk ke dalam bilik tidur. Ekor mataku menemani pemergiannya.
  Tubuhku disandarkan pada sofa. Jemariku memicit kepala yang berpinar. Pandanganku ditalakan pada sekeping gambar yang berbingkai dan tergantung elok pada dinding ruang tamu. Mataku terus bergenang dengan air mata.
  Ada gambar aku, mama, ayah, Raiqal dan Rina sedang ketawa gembira. Tekakku terasa perit tiba-tiba.
  I had a very happy family.
  Adakah wajar untuk aku mengatakan aku punya keluarga bahagia sekarang ini di kala hanya tinggal aku dan mama di dalam rumah ini?
Dear ayah, Rina anda Raiqal, we miss you guys a lot.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2013 08:11 AM | Show all posts
next n3 please......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2013 06:20 PM | Show all posts
cegitu posted on 8-11-2013 08:11 AM
next n3 please......

wokeh. next entry is coming ;)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2013 06:22 PM | Show all posts
Bab 2

“Yeeeeeeeennnn!”
  Kelopak mataku terusterbuka. Peluh berjejeran di dahi meski kipas berputar laju. Aku bangkit duduk.Menyandarkan tubuh pada palang katil. Tingkap aku buka. Menengadah langit.Dahiku berkerut.
  Hari pun tak cerahlagi. Kenapa mama jerit semacam ni? Aku buat salah ke? Ma… ti aku. Mama dahcakap yang dia akan halau aku kalau aku buat hal lagi.
  Pintu bilikkudiketuk sebelum dikuak. Muka mama tersembul di daun pintu.
  “Ada nampak broochmama yang warna biru tu tak?”
  “Mama letak broochtu tepi tv. Mama lupa ke?”
  Mama tepuk dahi. Akugeleng kepala.
  “Mama terlupasungguh. Boleh tak Yen iron baju mama? Mama tak mandi lagi ni.”
  “Baik, mama.” Danaku terus melompat turun dari katil.
  Usai seterika bajumama, aku baring di atas sofa di ruang tamu. Kakiku digoyangkan sambilbernyanyi kecil. Tangan kananku diletakkan di bawah kepala. Kedinginan pagimenyapa tubuhku. Pintu rumah dan jendela sengaja kubuka. Jemariku melurutrambut pendek milikku yang sudah mencecah paras bahu.
  “Hellllllooo!” jeritsatu suara.
  Aku tersentak lalubingkas bangun. Mataku jatuh pada daun pintu yang terbuka.
  Siapa pulak datangpagi-pagi ni? Suara orang lelaki. Jiran sebelah rumah ke?
  Tuala mama yangdiletakkan di atas meja kopi aku capai sebelum aku sarungkan ke kepala. Kedua-duabelah kakiku mencecah lantai dan aku menapak ke daun pintu. Dari jauh, akumelihat seorang lelaki memakai sweater dengan hoodie di atas kepala dan track.Sebelah tangannya menjinjing beg pakaian sederhana besar. Mataku dikecilkanuntuk melihat wajah lelaki itu namun hampa kerana wajah itu tetap kabur padapandanganku.
  Bibirnya seolah-olahmelemparkan senyuman sinis.
  Aku berjalan kepintu pagar rumah.
  “Encik ni siapa? Nakcari siapa?” soalku lembut.
  “Nak cariseseorang.”
  “Who?” Speakingpulak aku ni.
  “Puan Rania. Diaada?”
  Nak cari mamarupanya.
  Aku tengok lelakiitu atas bawah. Gaya macam budak baik. Tak ada rupa penjahat yang pura-purabaik. Aku bukannya nak bersangka buruk. Zaman sekarang ni bahaya. Kang takpasal-pasal aku dengan mama kena rompak. Nanti tak pasal-pasal mama salahkanaku pulak sebab bagi perompak masuk rumah.
  “Awak ni siapa?”
  “Saya? Adik-beradiksepupu-sepapat dia.”
  Aku tengok diadengan muka tak percaya namun pintu pagar aku buka juga.
  Dan lelaki itumeluru masuk ke dalam rumah. Langkahnya cuba kukejar. Sebaik saja dia masuk kedalam rumah, dia duduk di atas sofa. Beg pakaian yang dijinjingnya sebentartadi diletakkan di tepi pintu. Aku mencekakkan pinggang.  Memandang lelaki itu dengan amarah yangmembara di dada. Bibirku diketap.
  Tak ada adablangsung. Ingat ni rumah bapak dia ke?
  “Saya tahulah awakni adik-beradik sepupu-sepapat mama saya tapi janganlah tunjuk perangai taksenonoh awak tu. Langsung tak beradab!” omelku.
  “Kau yang tak beradabsebenarnya. Patahkan berus-berus aku dan tak nak ganti balik.” Tone suaranyaberubah.
  Hoodie yang menutupkepala dan sebahagian wajahnya ditanggalkan. Darahku berderau. Lidahku kelu.
  “Apa yang kau buatkat sini?” Suaraku berubah tegang.
  Dia mengulumsenyuman. Tin biskut yang aku letak di atas meja kopi dia capai dan dia buka.Beberapa keping biskut dicapai dan dikunyah. Kelopak matanya tertutupseolah-olah menikmati kelazatan biskut tin. Telingaku terasa panas dek terlalumarah. Mataku jatuh pada pintu bilik mama yang tertutup rapat.
  Aku berdiri dihadapannya.
  “What are you doinghere?”
  Matanya terbuka. Diasenyum. Kepalanya dilentokkan. “Me? Well. Aku datang sebab nak minta pampasanuntuk berus-berus lukisan aku yang patah kelmarin.”
  Apa? Datangsubuh-subuh ni sebab nak minta pampasan? Gila punya manusia. Setakat beruslukisan patah pun nak minta pampasan ke?
  “Yen cakap dengansiapa tu?” jerit mama dari biliknya.
  “Yen cakapsorang-sorang, mama.”
  Lelaki itu tengokaku dengan senyuman sinis di bibir.
  “Lebih baik kaupergi sekarang,” ujarku keras.
  “Aku akan pergi tapilepas kau bagi duit kau sebagai ganti rugi.”
  Kepalakudigelengkan. Dia angkat bahu sebelum kembali berbaring di atas sofa. Jemarikumenggaru kening. Aku mundar-mandir di hadapan lelaki itu memikirkan caramenghalau dia namun aku mati akal. Dia hanya tengok aku sekilas lalu sebelumbermain dengan handphone miliknya. Jantungku berdetak laju kerana aku khuatirmama keluar dari biliknya dan bertembung dengan lelaki ini. Rasa resah mulabertamu di hati.
Kalau mama jumpa dia,bungkus aku! Tak pasal-pasal mama halau aku. Sudahlah satu sen pun aku tak ada.Mamat ni pun satu. Setakat berus-berus seringgit dua tu pun nak berkira ke?Sedih mak dia kalau dapat tahu anak kedekut gila kentang.
   Tin biskut diletakkan di bawah. Akhbarkelmarin pula dicapai dan diselak.
  “Yen…” Kata-katamama mati.
  Aku jadi tak keruan.
  Riak wajah lelakiitu kosong.
  Mata mama ditalakanpada wajahku. Riak wajahnya berubah. Senyuman yang mekar di bibir mama turutmati. Langkahnya terhenti.
  “Who are you, youngman?” tanya mama tegas.
  Lelaki itu bangun.Dia berdiri di hadapan mama.
  “My name is Rush andI’m your daughter’s friend.”
Kedua-dua belahkeningku bertaut rapat. Rahang bawahku jatuh.
  Sejak bila dia jadikawan aku?
  “Friend?” Mamatengok aku.
  “Yepz, aunt.”
  “Do you mean aspecial friend?”
  “Kinda…” Tenang sajadia menuturkan kata.
  Aku geleng kepala.Mula cemas. Pandangan mama yang lembut mula menjadi tajam. Lelaki yang bernama Rush itu tengok aku sekilaslalu.
  Takkan sebab aku taknak bayar ganti rugi dia nak buat aku macam ni? Huhuhu. Salah seorang manusiayang tak berhati perut pada masa kini ialah manusia yang bernama Rush. Mestidia puas kalau tengok aku kena halau. Mama memang pantang kalau dengarperkataan kawan istimewa yang tidak sama jantina.
  Rush, kau memang nakaku patahkan tengkuk kau.
  “Since when?”
  “Well. Since a fewmonths ago and we planned to get married, aunt.”
  Aku tersedak.
  “Kahwin lari maksudnya?”
  “Sort of,” ucaplelaki itu lagi.
  Mama, Yen mahupitam.
  Tadi cakap kami nikawan. Lepas tu cakap kami ni kawan istimewa kononnya. Sekarang cakap kami nakkahwin pula? Hello! Kalau aku nak kahwin pun, aku takkan kahwin dengan lelakigila macam dia dan sangatlah mustahil untuk aku memiliki teman lelaki. Lelaki dekatdengan aku pun aku dah mengamuk. Inikan pula mempunyai seorang teman lelaki danmerancang untuk mendirikan rumah tangga.
  Mata mama melekatpada beg pakaian yang lelaki itu bawa sebentar tadi. Mama mengangguk perlahan.
  “Mak cik nak masukdalam kejap. Awak dengan Yen tunggu sini,” ucap mama perlahan sebelum hilangdaripada pandangan kami berdua.
  Entah kenapa, akudapat rasakan setiap ucapan yang meluncur daripada mulut mama penuh dengan nadakecewa.
  “Lelaki yang bernamaRush gila,” gumamku perlahan.
  “Kau cakap apa?”
  “Tak dengar ke akucakap apa? Uh. Aku bersimpati dengan kau. Dahlah gila. Pekak pulak tu.”
  Matanya dijulingkan.
  Tidak lama kemudian,mama muncul dan menarik luggage bersaiz sederhana besar berwarna purple. Adakerutan di dahiku kerana kutahu luggage itu milikku. Mama berhenti dihadapanku. Kolam matanya bergenang dengan air mata. Aku jadi kaku. Mamamengoyak senyuman pahit. Setiap tingkah laku mama aku cuba fahami namun diritetap tidak mampu mengerti.
  “Mama… kenapa mata mamaberair?”
  Riak wajah mamaterus berubah. Tangan mama terus hingga di telingaku dan telingaku dipulas.
  “Ma… sakit ma.”
  “Kau boleh tanyakenapa mata mama berair? Mak mana yang tak sakit hati kalau anak buat perangaitak senonoh macam kau? Nak kahwin lari konon. Topup kau pun mama yang bayar.Eiii… tak boleh aku. Sakit hati sungguh. Mama besarkan kau untuk jadi anak yangbaik. Yang berguna. Tup-tup jadi anak yang buat mak sakit jantung.
  Mama ingatkan kaudengan lelaki punyalah tak ngam. Macam Greenland dengan Gurun Thar tapi mamasilap. Kau boleh pulak dengan bercinta dengan lelaki kat belakang mama. Memangnak makan penampar betul budak ni,” bebel mama sambil piat telinga aku sekuatyang mampu.
  Si Rush tutup mulutdengan tangan. Aku tahu dia sedang tahan gelak.
  “Ma, mana ada Yennak kahwin lari. Lelaki ni buat fitnah.”
  “Tak, aunt. Saya takbuat fitnah. Yang, kenapa yang nak tipu mama yang? Yang kan dah janji nakkahwin dengan abang kat Thailand. Yang siap dah cari nama untuk anak-anak kitalagi. Sampai hati yang buat abang macam ni,” sampuk si Rush.
  Mataku membuntangdan wajah mama semakin merah. Mama pulas kedua-dua belah telingaku.
Kahwin di Thailand?Mamat ni memang kureng asam betul. Thailand tak pernah sekalipun menjadidestinasi untuk aku melangsungkan perkahwinan. Cita-cita aku sikit punya baik.Nak kahwin di Tasik Darul Aman. Memang kerja dia memfitnah aku sungguh.
  Kesian aku. Gadisyang teraniaya.
  “Dah siap cari nama anak.Bagus kau, Yen.  Memang nak bagi mamadarah tinggi. Ambik bagasi kau ni. Selagi kau tak reti nak bermuhasabah diri,jangan balik rumah. Mama bagi Yasin dekat kau sekali supaya kau boleh bacananti,” tutur mama sambil menarikku keluar dari rumah.
  Sebelah lagi tanganmama menarik luggage. Lelaki itu hanya membuntuti langkah kami dan langkahnyadihentikan di kala kami tiba di hadapan pintu pagar.
  “Ma… jangan buat Yenmacam ni,” rayuku.
  Mama geleng kepala.
  “Mama dah pesan yangmama akan halau Yen keluar kalau Yen buat hal lagi. Mama tak main-main.”
  “Tapi…”
  Belum sempat akumenghabiskan masa, mama melangkah masuk ke dalam rumah. Daun pintu tertutuprapat. Aku terjelopok jatuh di atas jalan tar.
  “Ni semua salahkau.”
  “Bukan salah aku.Kau yang cari pasal dengan aku. Ni balasan sebab tak nak bayar ganti rugi untukberus-berus aku yang patah,” jawabnya petah.
  Wajah diangkat.Pandanganku dan dia berlaga. Aku hulurkan tangan dan keningnya bertaut rapattanda hairan.
  “Aku nak duit. RM500,”ucapku selamba.
  “Huh?”

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2013 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambungan lg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:57 PM GMT+8 , Processed in 0.268882 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list