CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3112|Reply: 3

Sukan SEA: Skuad wushu negara bakal cipta sejarah

[Copy link]
Post time 8-11-2013 05:21 PM | Show all posts |Read mode
SKUAD wushu negara bakal mencipta sejarah tersendiri pada Sukan SEA 2013 di Myanmar, bulan depan apabila dijangka menyumbang pingat emas ke-1,000 Malaysia sepanjang penyertaan pada temasya itu sejak 1959.

Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Sieh Kok Chi berkata acara wushu yang akan bermula pada 6 Dis ini, iaitu sebelum upacara pembukaan temasya itu pada 11 Disember, mampu meraih pingat emas 'istimewa' tersebut.

Beliau berkata acara wushu yang akan berakhir pada 10 Dis, menawarkan 23 pingat emas.

"Selain wushu, Malaysia juga menyertai acara chinlone (sukan sepak takraw tradisional Myanmar) sebelum upacara pembukaan. Bagaimanapun untuk menang pingat emas acara chinlone mungkin sukar.

"Berdasarkan prestasi pasukan negara pada Kejohanan Wushu Dunia, saya percaya wushu mampu memberi pingat emas ke 1,000 Malaysia di temasya Sukan SEA," katanya kepada Bernama hari ini.

Pada Kejohanan Wushu Dunia 2013 yang berakhir di sini semalam, Malaysia menamatkan saingan di tempat ketiga keseluruhan dengan meraih empat pingat emas, lima perak dan lima gangsa.

Untuk rekod, sebanyak 460 pingat emas ditawarkan pada Sukan SEA Myanmar dalam 33 acara sukan, yang berlangsung secara rasmi dari 11 hingga 22 Disember.

Pada Sukan SEA 2011 di Palembang dan Jakarta, Malaysia meraih 59 pingat emas. Jumlah tersebut menjadikan Malaysia meraih keseluruhan 997 pingat emas sepanjang menyertai temasya Sukan SEA.

Setakat ini, hanya dua negara yang meraih pungutan pingat emas melebihi 1,000 butir pada Sukan SEA iaitu Thailand dengan 1,887 pingat emas dan Indonesia (1,602 pingat emas).

Temasya Sukan SEA bermula pada 1959 yang dulunya dikenali sebagai Sukan SEAP dan pada 1977, ia ditukar nama kepada Sukan SEA.

Mengenai kesediaan Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA 2017, Sieh berkata MOM akan memaklumkan secara rasmi kepada Persekutuan Sukan SEA hasrat tersebut hari ini.

Semalam, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mengesahkan Malaysia bakal menjadi tuan rumah Sukan SEA 2017 selepas jemaah menteri meluluskan pembentangan pada mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan minggu lepas.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2013 10:51 AM | Show all posts
bagusnya kalau macam ini
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2013 10:51 AM | Show all posts
tak pernah tengok berita ini
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2013 10:51 AM | Show all posts
mana u dapat ni?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:47 PM GMT+8 , Processed in 0.062844 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list