CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2953|Reply: 0

Wushu: Wei Loong sumbang pingat terakhir Malaysia

[Copy link]
Post time 8-11-2013 05:38 PM | Show all posts |Read mode

Peserta negara, Lee Wei Long bergambar bersama pingat gangsa dan sijil yang dimenangi dalam acara Sanda Lelaki 52 kg pada Kejohanan Wushu Dunia Ke-12 di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Bernama

SKUAD wushu negara meraih satu lagi pingat gangsa pada hari terakhir Kejohanan Wushu Dunia ke-12 di Stadium Badminton  Kuala Lumpur, Cheras, di Kuala Lumpur hari ini.

Pingat terakhir Malaysia itu diperoleh menerusi Lee Wei Loong dalam acara Sanda atau Sanshou (pertarungan) kategori 52kg lelaki dan sekali gus menamatkan kemarau pingat selama lapan tahun dalam acara berkenaan.

Pingat emas acara itu dimenangi Benjie Rivera dari Filipina yang mengalahkan Hoang Hong Tu dari Vietnam pada perlawanan akhir, sementara satu lagi pingat gangsa dimenangi Santosh Kumar dari India.

Kali terakhir Malaysia memenangi pingat dalam acara berkenaan ialah  melalui Lew Chee Wai dalam kategori 75kg lelaki pada edisi 2005 di Hanoi, Vietnam.

"Saya rasa saya boleh pergi lebih jauh lagi dalam acara ini sebab hanya berlatih dalam masa yang singkat sahaja untuk kejohanan dunia ini. Saya sedikit kecewa kerana tidak dapat mara ke perlawanan akhir kerana agak sukar menewaskan juara dunia dua kali itu (Rivera)," kata Lee, 25, yang membiayai  sendiri latihannya selama lapan bulan di Bandung, Indonesia.

Pada kejohanan kali ini, Malaysia menamatkan saingan di tempat ketiga keseluruhan dengan meraih empat pingat emas, lima perak dan lima gangsa dan memperbaiki pencapaian ketika edisi kelapan di Hanoi, Vietnam pada 2005 dengan empat pingat emas, dua perak dan empat gangsa.

Kejohanan Wushu Dunia ke-12 menyaksikan China terus unggul selaku kuasa acara berkenaan dengan mengumpul 17 pingat emas dan satu perak dan diikuti Iran dengan tujuh pingat emas dan tiga gangsa.   

"Secara keseluruhan, pencapaian skuad wushu Malaysia pada Kejohanan Wushu Dunia ke-12 yang berakhir hari ini adalah yang terbaik. Kesemua atlet dalam individu kategori Taolu (seni) telah memberikan persembahan sepertimana yang diharapkan.

"Saya juga bangga kerana atlet kita juga dapat meraih pingat dalam acara Sanshou. Berdasarkan pencapaian di sini, saya yakin atlet kita dapat memberikan persembahan yang terbaik di Sukan SEA Myanmar," kata ketua jurulatih skuad wushu kebangsaan, Yoong Thong Foong.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:57 PM GMT+8 , Processed in 0.054148 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list