CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7111|Reply: 50

[Tempatan] “Saya hanya roboh tempat berhala, bukan kuil,” kata Ku Nan

[Copy link]
Post time 11-11-2013 05:32 PM | Show all posts |Read mode


Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata kerajaan hanya merobohkan rumah berhala, bukan kuil seperti dakwaan parti pembangkang.

Beliau berkata, berhubung kes merobohkan kuil Sri Muneswarar Kaliyaman, ia sepatutnya tidak dijadikan isu kerana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mempunyai perintah mahkamah untuk berbuat demikian dan ia tidak menyalahi undang-undang.

"Saya pun orang beragama, saya juga hendak jaga tempat ibadat, namun kita mendapati berlaku  penyalahgunaan.

"Kuil itu juga sebenarnya tidak mengikut pembinaan kuil yang sebenar, banyak perbezaan kuil dengan tempat penyembahan. Kalau saya kata lebih, nanti orang marah pula, tetapi inilah yang mereka tidak tahu," katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Koperasi Wilayah Persekutuan 2013 di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata, seorang sami tempatan yang diarah untuk memantau keadaan di kuil berusia 100 tahun itu memaklumkan kepadanya mengenai penyalahgunaan kuil itu.

“Kita selalu melakukan pemantauan kerana tidak mahu ada yang cuba mengambil kesempatan ke atas rumah ibadat, tidak kira surau, gereja atau kuil.

"Semasa sami itu berada di kuil tersebut, dia sendiri pun terkejut apabila melihat botol arak dalam tandas dan minta saya untuk terus roboh kuil itu. Jadi cuba anda fikir di kuil ada botol arak apa yang patut saya buat," katanya.

Ketika ditanya mengenai desakan pembangkang dan Pemuda MIC supaya meletakkan jawatan, Tengku Adnan berkata, ia perkara remeh dan enggan melayan tuntutan seumpama itu.

"Saya tidak kisah dan tidak ambil peduli, biarlah mereka hendak cakap apa pun. Kita ada perintah mahkamah kerana saya tahu kuil itu untuk apa sebenarnya, menjaja makanan tetapi menggunakan rumah ibadat dan apabila kehilangan pendapatan, mula berbunyi.

"Inilah masalahnya bila ada pihak ketiga yang cuba campur tangan. Ini mengarut kerana kerajaan Barisan Nasional adalah yang paling adil sekali," katanya.

Beliau berkata, pemaju menawarkan wang ganti rugi sebanyak RM50,000 termasuk menyediakan kawasan bagi pembinaan semula kuil namun ditolak.

"Pada Deepavali lalu, kita diberitahu hanya ada enam orang sahaja yang pergi sembahyang di sana. Negara kita ada undang-undang jadi ikutlah mereka, ambil duit dan boleh cakap apa sahaja.

"Bagi pihak kita jelas, kalau kuil tersebut dibina mengikut prosedur yang betul, ada penganut dan tidak ada salah guna kita tidak akan roboh. Tetapi kalau sebaliknya, itulah yang kita akan buat," katanya.

Semalam DBKL dilapor merobohkan keseluruhan kawasan kuil tersebut setelah gagal melakukannya pada September lalu berikutan bantahan aktivis dan ahli politik termasuk MIC.

Perobohan tersebut bercanggah dengan kenyataan menteri berkenaan yang berkata DBKL hanya ingin membina tembok yang mengambil kawasan kuil bagi memberi laluan kerja pembinaan bangunan pejabat komersial oleh pemaju Hap Seng.

Malah, Tengku Adnan berkata,  pihaknya akan mengindahkan dan membina pagar untuk melindungi kuil yang terletak di kawasan segi tiga emas itu bagi memudahkan penganutnya melakukan upacara keagamaan. – 11 November, 2013.

Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/saya-hanya-roboh-tempat-berhala-bukan-kuil-kata-ku-nan Last edited by Kassim_Patalon on 11-11-2013 05:47 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-11-2013 05:33 PM | Show all posts
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... TERBAIK... TER HEBAT... TER FRAUD... kah kah kah..

kah kah kah...SAYA HANYA MAKAN NASI... TAK MAKAN BERAS... kah kah kah..

kah kah kah... SAYA HANYA MAKAN BACON.... TAK MAKAN BABI... kah kah kah

kah kah kah... SAYA HANYA JOLOK... TAPI TAK PANCUT.... kah kah kah..

kah kah kah... SAYA HANYA ORANG BIASA... TAPI NAK JADI RAJA... kah kah kah Last edited by Kassim_Patalon on 11-11-2013 05:35 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2013 05:34 PM | Show all posts
Tengku Adnan Tengku Fraud bin Tengku Mansor
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2013 05:41 PM | Show all posts
leh geng dgn fathul 'ketentuan ilahi' bari dgn jamil khir 'jualan murah kebetulan' baharom
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2013 05:45 PM | Show all posts
speechless...

gini cara dia jawab..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2013 05:52 PM | Show all posts
kuil or tempat berhala, or whatever it is, betul2 kat belakang the weld, mmg tak sesuai langsung lokasinya, ye la, sebelah construction site, then ada shopping mall the weld plak, tambah lagi kat simpang 3 jalan, apa kejadahnya rupa gitu? buat sesak jalan je..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-11-2013 05:58 PM | Show all posts
Tak boleh buat statement bodoh lagi ke dik? Umur makin kertu sepatutnya berpengalaman, ini makin kertu makin bodoh pula. Memang habitat ummah sebegini kot?
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2013 06:10 PM | Show all posts
"Silent Please"We have been back stabbed by destroying our Sri Muneswarar kaliyaman temple on 10/11 @ 7.30am without producing any valid reason . Please join us by lighting up aghal vilaku/ candle to voice out the injustice Power on 12/11/2013 onwards.. "Silent Please" by temple sectary wm nalny
Ape maksud si secretary "temple" neh? Backstabbed by whom? Sebelum ni orang janji ape kat diorang? Sebelum ni kuil (candi secuit tu) dibuat atas tanah takde geran tanah ke? Even kat India pun Bedah nengok kat pekan2 tu kerajaan federal duk robohkan gak walaupun negara tu majoriti Hindu. Diorang cakap diorang ni ade yang superstitious tak ikut vedic ritual tapi ikut folk culture duk pacak trishul (trident) merata2. Kat tengah jalan pun seboleh2nye nak dibuat kuil dengan lembu sume dibawak masuk tengah bandar

Sri Muniswarar Kaliamman KL

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2013 04:03 AM | Show all posts
Bedah.Cun posted on 11-11-2013 06:10 PM
Ape maksud si secretary "temple" neh? Backstabbed by whom? Sebelum ni orang janji ape kat diorang? S ...

member ku kata ....ada kat JB ..ke jalan kota tinggi ...ada dua kuil ...tepi jalan....tanya dia apa sebab .....jawab dia lain2 mahzab kot ...
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2013 04:32 AM | Show all posts
Ku Nan: Saya hanya mahu cantikkan kuil
  VIDEO l 2:37 minit
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, kerja-kerja perobohan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di kuil Sri Sri Muneswarar Kaliyaman sebahagian daripada rancangan kerajaan untuk "mencantikkan" kuil.

Menggelarkan tempat itu hanya "tempat pemujaan" dan bukannya kuil, beliau juga mendakwa, terdapat aktiviti menyalahi undang-undang dijalankan di tempat itu berdasarkan pemeriksaan kementeriannya.

"Baru-baru ini kami menghantar seorang sami Hindu ke tempat itu, sami mahu pergi ke bilik mandi, dia berkeras untuk memasukinya, dan di bilik mandi dia dapati ada minuman keras dan alkohol, wiski.

"Saya harap mereka tidak menyalahgunakan (kuil)," katanya pada sidang akhbar hari ini, sambil menambah bahawa sami tersebut dari India dan berpengetahuan.

"Saya mahu mencantikkan dan menjadikannya sebagai tarikan pelancong, saya ingin menjadikannya seperti Buddha Empat Muka di Thailand. Itulah apa yang saya harap, "katanya.

"Kami akan mencantikkan kuil dengan segera, pastikan ia akan dilakukan dengan cepat," katanya, sambil berkata pemaju Hap Seng akan datang dengan sebut harga bagi kos pengubahsuaian kuil.

Menteri itu juga berkata kementeriannya akan mengekalkan kuil selepas ia "indah".http://www.malaysiakini.com/news/246309

Ku Nan ...kamu sedang bantu ...dia ni ke ..........


Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2013 05:24 AM | Show all posts
Tahap  bodoh piang
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2013 06:56 AM | Show all posts
dlam kes ni ntah kenapa aku rasa aku sokong sgt tg adnan nih
cara dia pusing2 cakap memeningkan kepala india2 sampai MIC pun berantakan kerananya
terkitai2 india2 nak melawan dia... dan tiap kali dia berjaya roboh..
tak banyak menteri yg boleh buat muka toya cam dia...
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2013 07:01 AM | Show all posts
bagus Ku Nan!

kasi roboh semua kuil Hindu caprut tu.

jangan jadi macam PBT Selangor,nisbah kuil Hindu: kaum Hindu
melebihi nisbah masjid:umat Islam Selangor.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2013 07:08 AM | Show all posts
Buat satu kompleks temple yang ade site2 untuk aliran2 dewa tokkong tu tak boleh ke? Bedah ingat yang kat Batu Malai tu pun buat macam tu gak khen? Ini merata2 tokkong kau, kadang2 sampai mengganggu public lain. Pening lar dengan keling2 neh. Orang2 kitorang pun worship gak unsur2 alam same lar macam keling2 tu tapi takde lar sampai nak bertokkong2 bagai. Ni kalau boleh sume tempat kau nak tokkong kan, busut lar, pokok ara lar, hape. Just respect kat nature sudah lar, kau pegi buat bangunan merata2 tu pun bukannye kau respect kat nature. Habuk2 die sume kena kat penunggu tempat tu jugak. Tak pun kau pegi import penunggu lain, yang penunggu asal kat situ habis kena halau. Macam2 lar
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2013 07:34 AM | Show all posts
cuba kalau surau......dah lama deme robohkan and bina place lain...termasuk laa perkuburan islam....sanggup gali balik and pindahkan place lain semata2 untuk projek tertentu.....kalau puok2 nie....mmg pak munteri akan cuba cari ayat untuk 'sedapkan' ayat dalam suratkhabar.......cam nie pemimpin islam yang kita cari......nak berpolitik pun bukan ini caranya kawan......

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2013 10:05 AM | Show all posts
Nokiaman posted on 12-11-2013 07:24 AM
cuba hang tgk nisbah owang mulayu yg gi solat ngan jumlah surau dan masjid...
Lebih hazab tuuu... ...

itu tak memberi lesen agar nisbah kuil hindu:penganut di Selangor
lebih dari nisbah surau:penganut Islam di Sleangor.

on another hand, minta forumer beragama Islam berhati-hati
dalam memberi komen nak bela/backing kewujudkan kuil Hindu.

takut2 terlalu nak jaga hati keling, silap-silap tergelincir aqidah tanpa disedari.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2013 10:20 AM | Show all posts
ringcat posted on 12-11-2013 10:05 AM
itu tak memberi lesen agar nisbah kuil hindu:penganut di Selangor
lebih dari nisbah surau:pengan ...

so skg ni ko nak salahkan k'jaan negeri selangor ke apa?
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2013 10:31 AM | Show all posts
pegawai2 kt MP tu pun, pantau la skit2 wei. Hindu ni kekdg ntah kt mane2 diorg wat kuil. mula2 yelah cucuk patung tepi jalan alasan die sbb tok sami die dpt mimpi tmpt tu sacred la ape la. lama2 dr patung secoit mulalah buat bangunan. dah tu bile MPP nk runtuhkan sbb nk besakn jalan ke ape ke mulalah mengamuk org Hindu kt tempat tu.

kalau nampak kuil kecik pelik2 tepi jalan ke kt tanah rizab ke silalah cantas siap2. tp yg aku heran Hindu ni wat kuil kt tanah milik MP jah, kalau tanah orang lain takde plak mimpi nk wat kuil
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2013 10:39 AM | Show all posts
aku pun geram kuil kat opis aku ni...mula2 kecik jer sekarang dah siap berpagar..yang xleh blahnya parking depan kuil tu yang sepatutnya free sami kuil tu buat macam dia punya..sapa nak parking kena bayar kat dia
memang bodoh punya sami..sape2 masuk xbayar siap dia halau
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2013 10:43 AM | Show all posts
betul2 nk tergelak baca statement Ku Nan ni..  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 11:08 PM GMT+8 , Processed in 0.071043 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list