CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8115|Reply: 18

[MODERATOR] Bumi mengelilingi matahari vs matahari mengelilingi bumi

[Copy link]
Post time 14-11-2013 10:31 AM | Show all posts |Read mode
Benda ni secara logiknya memang xperlu dibincangkan..tapi memandangkan dekat forum-forum lain topik ni masih hangat dibincangkan walaupun telah dibincangkan selama beberapa tahun..so aku pun bukalah topik ni kat sini..tapi kalau mod rasa xperlu..boleh lock..

ianya lebih kepada Sains VS Islam

kononnya menurut islam Matahari yang mengelilingi bumi..manakala mengikut sains..bumi yang mengelilingi matahari..



yang di atas ni sumber dari ulamak-ulamak Islam..sumber dari sains xperlulah aku tepekkan..sebab semua orang pun dah tahu kan..

tapi yang mana yang korang percaya??

Single Polls, Total 1 Users voted
0.00% (0)
100.00% (1)
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2013 10:41 AM | Show all posts
kalu nak tahu pasal sains, lagi baik refer directly terus kpd Al Quran berbanding ulamak Islam ni.

Kalu kita rujuk sumber Al Quran.

In short, hang buleh la rujuk sini.

http://www.answering-christianity.com/quran/frank_orbits_of_earth.htm
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 10:41 AM | Show all posts
bang ade jual topup maxis tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2013 10:43 AM | Show all posts
annehuda posted on 14-11-2013 10:41 AM
bang ade jual topup maxis tak?

ada dik..nak topup berapa ringgit..saya jual topup rm 100 dengan harga rm 10 jer..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 10:53 AM | Show all posts
ResellerMaxis posted on 14-11-2013 10:43 AM
ada dik..nak topup berapa ringgit..saya jual topup rm 100 dengan harga rm 10 jer..

topup free ade x?
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 10:56 AM | Show all posts
itu yg org islam kene pi angkase,

ni balik2 nk tumpang teksi org lain.

wat 1 roket satelit sndiri dari zero pn tarak ada usaha.



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-11-2013 06:20 AM | Show all posts
Dua² pn x (X bole le nk vote )

Kitaran siang-malam adalah tetap dan x berubah
- masing² berkitar ikut aturan yg ditetapkan masing²

Ikut perspektif pandangan adja...
Sebhgn menyaksikan matahari terbit
pd masa sama sbhgn menyaksikan matahari terbenam
- dua hemisfera bertentangan berlainan pandangan, tp kitaran siang mlm tu tetap

p/s: Yg nk naik roket tu cuba le...nnt dikata "matahari dan bumi mengorbit roket"
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2013 05:16 PM | Show all posts
1. Ilmu yg dibincangkan dlm thread ini dinamakan Ilmu Falak (astronomy), ianya satu dari cabang2 Ilmu Sains, Ilmu yg memerlukan kajian dalam bentuk fizik gerakan astronomi untuk memahami.ingat tuuu!
2. Bukan semua orang belajar semua bidang Ilmu, samada Ulama atau sebaliknya.
3. Nanti adaa beberapa forumers yg ada asas astronomy, ada yg ada asas dalm ilmu Fizik, ada yg tidak ada langsung asas asstronomy
4. nanti yg tidak ada asa langsung asas dlm astronomy tetapi memberi pandangan akalnya sendiri yg jelas bercanggah dgn ilmu astronomy
5. Ada yg bertanya dgn cara yg baik lantaran menyedari kekurangannya
6. Di harap ada yg mendapat pencerahan melalui perbincangan dlm thread ini
apabila berbicara tentang Fizik Gerakan mereka perlu define observer's frame of reference terlebih dahulu. Jika mereka gagal makanya mereka bolehlah terus bertelingkah sampai akhir zaman... Aku bagi jaminan tak akan ada pihak yang akan jadi pemenang mutlak....Ayat2 yang kamu pastekan tu tak define kan untuk kita sebab..ianya bukan ayat untuk ilmu Fizik... Secara tersirat, ayat tersebut memang meletakkan observer's frame of reference berpusat di bumi. Jadi secara otomatik, mengikut hukum gerakan yang relatif, bumi adalah pusat cakerawala... Tak ada khilaf di sini... namun jika kita andaikan kita boleh melihat bergerakan objek2 dalam cakerawala dari luar cakerawala kita akan lihat bumilah yang mengelilingi matahari. matahari mengelilingi objek lain pula dan seluruh cakerawala mengorbit. Yang tetap kekal pegun adalah KITA, iaitu sipemerhati...

Apabila kita berbicara tentang gerakan kita perlu jelaskan tentang dua pilihan iaitu samada kita berbicara tentang gerakan yang absolute atau gerakan relatif....

Aku tak mahu panjangkan Ilmu Fizik Gerakan yang asas ni. Namun aku nak ingatkan ,adlah penting untuk  faham...nanti
Jadi untuk membuktikan matahari mengorbit bumi, maka seseorang itu mesti membuktikan 3 perkara.

1. Jisim bumi lebih besar dari jisim matahari.
2. Hukum graviti Newton adalah hoax.
3. Teori relativiti Einstein pun menipu keja nya.

Good luck.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2013 07:33 PM | Show all posts
Tak kisahlah siapa yang mengelilingi siapa, yang penting matahari yang sentiasa muncul waktu siang memang panas nak mampus.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2013 12:32 AM | Show all posts
bluezink posted on 16-11-2013 05:16 PM
1. Ilmu yg dibincangkan dlm thread ini dinamakan Ilmu Falak (astronomy), ianya satu dari cabang2 Ilm ...

betul tu..
science sbnrnye selari ngan apa yg diterangkan quran & hadith..
the interpretation yg berbeza by different ulamak ni sbnrnye menyebabkan sesetengah jadi lebih konfius...

hanya bbrp org pemikir islam yg masih jumud & tak leh terima arus perkembangan semasa masih lagi di takuk lama..

Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2013 04:14 AM | Show all posts
bluezink posted on 16-11-2013 05:16 PM
1. Ilmu yg dibincangkan dlm thread ini dinamakan Ilmu Falak (astronomy), ianya satu dari cabang2 Ilm ...
1. Jisim bumi lebih besar dari jisim matahari.
2. Hukum graviti Newton adalah hoax.
3. Teori relativiti Einstein pun menipu keja nya.
Tiga perkara ni buktikan bumi mengelilingi matahari? Cmne plk tu?
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2013 10:53 PM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 17-11-2013 04:14 AM
Tiga perkara ni buktikan bumi mengelilingi matahari? Cmne plk tu?

aku,percaya model orbit sekarang berdasarkan pemerhatian keatas galaksi lain dan bukannya secara terus mencerap ke bimasakti ini. Ianya masih lagi dikatakan "imaginary concept".
Pada hukum keppler pertama 'All planets move about the Sun in elliptical orbits, having the Sun as one of the foci’.
Kenapa pemilihan matahari sebagai "2 foci" (2 titik ellips) tidak pula dinyatakan, sekadar bukti empirical, dan tiada asas saintifik dalam pemilihannya.
Hukum keppler juga hanya boleh digunakan untuk mencerap orbit planet dengan assume matahari tidak bergerak. Andaikata seorang pencerap mencerap pergerakkan orbit planet di matahari maka dia akan melihat planet lain mengelilinginya..begitu juga jika mencerap diplanet lain . Oleh itu teori sekarang sekadar apparent planetary orbits'. walaupun dari segi matematik ianya menghasilkan jawapan pada ahli astronomi, tetapi sebenarnya tidaklah menggambarkan keadaan sebenar pergerakkan tersebut.
Hukum keppeler ini pula disokong oleh hukum newton "law of garaviti'dan 'law of motion'úntuk mengukuhkan teori pada 'apparent planetary orbits', dengan kata lain cerapan pada satu jisim (mass body yang static) bukannnya pada pergerakkan sebenar orbit planet.

Dan pada masa sekarang saintis telah melakukan explorasi diangkasa dan mendapati matahari bukan lagi center of universe, tetapi pemikiran mereka tentang orbit planet dalam sistem solar heliocentric masih tidak berubah.
Dari segi mechanical juga adalah sukar bagi satu massbody untuk mengorbit satu lagi massbody yang bergerak dalam satu geometri, Para astronomi sekarang percaya matahari juga bergerak tetapi mustahil bagi planet untuk mengorbit dengan dekat pada matahari yang bergerak.
jika diikutkan astrofizik relativistik moden, alam ini tiada pusat bagi segalanya.

Tetapi adakah ini bererti matahari mengelilingi bumi (geocentric)? Tidak sama sekali! Perihal mengenai "Barycenter" telah lama diketahui oleh ahli astronomi dan astrofizik, malah Johaness Kepler (abad 16) juga ada menulis mengenainya, tetapi beliau menjadi juara model heliocentic.

Johaness Kepler sendiri menulis tentang hukum pergerakan planet dan orbit kepler berpandukan tulisan sarjana Islam. Tidak menghairankan kerana antara rekod terawal penolakan model geocentric Ptolemy datang dari sarjana Islam seperti Al-Biruni .

Datang pulak Newton (yang mencedok ilmu Kepler yang "bersanadkan" sarjana Islam) dan penemuan hukum graviti beliau akhirnya membinasakan geocentric. Hukum graviti menetapkan objek yang berjisim kecil "JATUH" ke arah objek yang berjisim lebih besar. Bila bulan mengorbit bumi, maka bulan sebenarnya "jatuh" ke bumi. Ingat, ilmu graviti Newton adalah HUKUM dan telah dibuktikan oleh semua ujian amali dan empirikal.

Hukum graviti Newton disokong pula oleh teori relativiti Einstein yang mengatakan graviti dihasilkan oleh keronyokkan (warp) fabrik ruang-masa. Semakin besar jisim sesuatu objek maka semakin besar keronyokkan dihasilkan dan ia akan memberi kesan kepada objek yang lebih kecil.
Jadi untuk membuktikan matahari mengorbit bumi, maka seseorang itu mesti membuktikan tiga perkara yg aku tuliskan datas...sekiam w.a

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 03:44 AM | Show all posts
bluezink posted on 18-11-2013 10:53 PM
aku,percaya model orbit sekarang berdasarkan pemerhatian keatas galaksi lain dan bukannya secara t ...

Maksud saya...

Buktikan:
1- 'Jisim' matahari lbh besar drpd bumi?
2- 'Hukum' Newton (graviti/motion) applicable utk ruang-masa di luar atmosfera?
3- Teori relativity Einstein ada kaitan dgn pembuktian 1 & 2???

Paradoks x?

Kn geocentric vs heliocentric dtg dulu
kemudian baru ada pembuktian
(wlpn kedua²nya x terbukti benar)



Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 12:43 PM | Show all posts

Buktikan:
1- 'Jisim' matahari lbh besar drpd bumi?
2- 'Hukum' Newton (graviti/motion) applicable utk ruang-masa di luar atmosfera?
3- Teori relativity Einstein ada kaitan dgn pembuktian 1 & 2???

Paradoks x?

Kn geocentric vs heliocentric dtg dulu
kemudian baru ada pembuktian
(wlpn kedua²nya x terbukti benar)
merujuk kpd formula newton's law  di atas...
semakin besar jumlah jisim semakin kuat tarikan
semakin kecil jumlah jisim.. semakin lemah tarikan
semakin dekat jarak... semakin kuat tarikan
semakin jauh... semakin lemah tarikan.bagi senang contoh cam ni... cuba sediakan dua biji bola 1 merahberatnya 1kg... yg 1 lagi bola biru  yg beratnya 200gm (sebagai contoh)...
letakkan kedua2nya diatas 'tilam yg empuk'... cuba peratikan... bola mana yg membuat tilam melengkung besar dan bola mana yg melengkungkan tilam sedikit...
dan peratikan jugak... bola mana yg aktif bergerak... dan yg tak aktif bergerak...tapi dlm konteks alam semesta penggunaan dimana graviti memainkan peranan yg besar perlu guna konsep Relativiti Am oleh einstain...




Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 01:27 AM | Show all posts
menariknya!
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 12:16 PM | Show all posts
Matahari sendiri beredar pada paksinya mengelilingi galaksi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2013 03:58 PM | Show all posts
Benda ni secara logiknya memang xperlu dibincangkan..tapi memandangkan dekat forum-forum lain topik ni masih hangat dibincangkan walaupun telah dibincangkan selama beberapa tahun..so aku pun bukalah topik ni kat sini..tapi kalau mod rasa xperlu..boleh lock..

ianya lebih kepada Sains VS Islam

kononnya menurut islam Matahari yang mengelilingi bumi..manakala mengikut sains..bumi yang mengelilingi matahari..

Salam...

Saya rasa terpanggil untuk bincang topik ni, sebab ada kena mengena dengan Islam....

Berkaitan kata-kata Ulama:


Dari kata-kata Ulama di atas, jika diambil maklumat di atas sebagai benar (tanpa cross check) secara umumnya TAK BOLEH dibuat kesimpulan matahari mengelilingi bumi sebagai mutlak dalam pandangan Islam. Sebabnya (sila ikut urutan nombor fakta di atas):

1. Imam Al-Baghdadi
2. Imam Al-Qurtubi
-berkisar pasal BUMI tenang untuk makhluk mudah bergerak. Di sini tenang itu sebagai PERSEPSI makhluk, bukan sebagai tidak bergerak secara mutlak

3. Imam Ibnu Hazm Az-Zahiri
-beliau memang terkenal sebagai seorang yang tidak membuat takwilan, hanya mengambil keterangan yang zahir tanpa berkias-kias. Maka disebut "disaksikan dengan panca indera", ini merujuk kepada PERSEPSI pandangan manusia, SEOLAH-OLAH matahari kelilingi bumi.

4. Shaikhul Islam Ibnu Taymiyyah
-hanya menjelaskan matahari bergerak SEOLAH-OLAH dalam bulatan, sebagai PERSEPSI pandangan

5. Imam Ibnu Qayyim
-menerangkan PERSEPSI tenang pada bumi sebagai tempat hidupan makhluk.

6. Imam Ibnu Hajar Al-'Asqalani
-menerangkan matahari bergerak dalam orbit (bertepatan dengan Al-Quran dan juga ilmu sains moden), tidak meyatakan matahari mengelilingi bumi

7. Ibn Baz
-menerangkan matahari bergerak dalam orbit (berdasarkan penerangan Ulama lain)
-juga menerangkan PERSEPSI tenang pada bumi sebagai tempat hidupan makhluk (berdasarkan penerangan Ulama lain)

yang di atas ni sumber dari ulamak-ulamak Islam..sumber dari sains xperlulah aku tepekkan..sebab semua orang pun dah tahu kan..

Tajuk:
Bumi mengelilingi matahari vs matahari mengelilingi bumi

Dari kenyataan di atas, selain pandangan persepsi Ibnu Hazm, tak satu pun kesimpulan yang boleh dibuat untuk menyatakan matahari kelilingi bumi.

Dari segi PERSEPSI makhluk, memang benar kita merasakan bumi ni tak bergerak, melainkan jika ada gempa baru rasa bergerak. Ini tak bermakna bumi tidak melakukan orbit, atau tidak berpusing pada paksinya.

Dari segi persepsi pemerhatian kita, memang kita lihat matahari terbit dan tenggelam, seolah-olah matahari yang bergerak. Sejak dulu-kala kita sebut:
matahari terbit (sunrise) - persepsi matahari bergerak
matahari terbenam (sunset) - persepsi matahari bergerak

Tak sesiapa pun kata yang persepsi di atas tu SALAH. Maka tak wajar menyalahkan Ulama yang menjelaskan PERSEPSI, sebab sebelum tu pun dah memang diterima macam tu. Kalau kata matahari terbit tu SALAH, apa yang patut disebut?

Dan, sekiranya mereka (Ulama) tidak rujuk Al-Quran, mana mungkin mereka tahu yang matahari juga melakukan orbit? Dalam Al-Quran jelas disebut matahari bergerak dalam orbit, TIDAK dinyatakan matahari itu mengelilingi bumi.. dan itulah jua yang mereka nyatakan...

Jika ada Ulama Islam yang kata matahari keliling bumi, itu pandangan peribadi yang terpencil.... bukan menggambarkan kepercayaan yang perlu diakui oleh orang Islam


Last edited by mnm77 on 23-12-2013 04:15 PM

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2014 01:34 AM | Show all posts
mnm77 posted on 23-12-2013 03:58 PM
Salam...

Saya rasa terpanggil untuk bincang topik ni, sebab ada kena mengena dengan Islam....
Post on  7-1-2014 10:56 AM|View author' posts
mnm77 posted on 7-1-2014 10:34 AM
Dalam Islam (al-Quran) ada disebut matahari bergerak ('berenang') dalam 'orbit', ini selari dengan ilmu sains, bukan bermakna matahari mengelilingi bumi walaupun mata kasar kita nampak macam tu.
Saya x pasti perkataan 'berenang'/terapung-apung tu
membenarkan teori geocentric mahupn heliocentric
yg merupakan teori bersandarkan andaian 'relatif' sahaja...
krn ayat tu diakhiri dgn edaran/course/orbit 'masing²' (21:33)



...samb.


Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2014 11:01 AM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 9-1-2014 01:34 AM
Saya x pasti perkataan 'berenang'/terapung-apung tu
membenarkan teori geocentric mahupn heliocentric
yg merupakan teori bersandarkan andaian 'relatif' sahaja...
krn ayat tu diakhiri dgn edaran/course/orbit 'masing²' (21:33)

Saya pun tak pasti 100%.... cuma mana-mana teori yang dipegang bersandarkan kepada 'relatif', masih boleh didebatkan

Point yang saya bawa, fakta bumi mengelilingi matahari (sains modern harini) atau matahari kelilingi bumi, jika kedua-duanya bersandarkan ilmu relatif, hanya Allah sahaja yang tahu yang mana yang benar. Dalam Al-Quran dan Hadith, tidak dijumpai dalil yang kata matahari kelilingi bumi secara terang, maka berbagai andaian dan pendapat masih boleh dikupas dan dibahaskan

WAllahu a'lam

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:35 AM GMT+8 , Processed in 0.220064 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list