View: 4646|Reply: 34
|
[Tempatan]
Calon Presiden Indonesia Hadir Perbicaraan Amah Dituduh Membunuh Di Kota Bharu
[Copy link]
|
|
Calon Presiden Indonesia Hadir Perbicaraan Amah Dituduh Membunuh Di Kota Bharu
KOTA BHARU – Mahkamah Tinggi di sini, memerintahkan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang didakwa membunuh majikannya tiga tahun lepas, dihantar ke Hospital Permai, Johor, bagi pemeriksaan status mentalnya semasa kejadian itu berlaku.
Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim memerintahkan tertuduh Wilfrida Soik menjalani pemeriksaan itu selama sebulan mulai minggu ini, mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.
Wilfrida yang berasal dari Nusa Tenggara Timur, Indonesia, didakwa membunuh Yeap Seok Pen, 60, di sebuah rumah di Kampung Lubok Tapah, Pasir Mas antara 11 pagi dan 12.30 tengah hari 7 Dis 2010 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Wilfrida memohon kepada mahkamah supaya tertuduh dihantar ke Hospital Permai untuk menjalani pemeriksaan status mentalnya ketika kejadian itu berlaku.
Muhammad Shafee juga turut mengemukakan kepada mahkamah laporan pemeriksaan pengesahan umur tertuduh yang telah dilakukan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini.
Beliau berkata, dalam laporan itu, umur tertuduh ketika kejadian antara 16 tahun dan 18 tahun. Bagaimanapun pihak peguambela akan memanggil pakar-pakar yang terlibat dari HUSM itu untuk memberi keterangan semasa perbicaraan nanti.
Ahmad Zaidi kemudiannya menetapkan tarikh sebutan semula kes itu pada 29 Disember. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim.
SEMENTARA itu, Malaysian Insider melaporkan calon Presiden Indonesia yang juga pemimpin dari Partai Gerakan Indonesia Raya, Prabowo tiba di di mahkamah di Kota Bharu dalam usaha keras untuk “menyelamatkan” Wilfrida dan menimbang untuk membuat rayuan secara terus kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Laman portal The Tribunnews.com melaporkan Prabowo pernah melanjutkan pelajaran di Kuala Lumpur semasa bapanya, Sumitro Djoyohadikusumo, bertugas di Malaysia.
Beliau mempunyai hubungan rapat dengan Najib memandangkan kedua-dua bapa mereka adalah rakan rapat.
Wilfrida, 17, telah bekerja sejak berusia 12 tahun dan dikatakan telah menjadi mangsa penyeludupan manusia.
Menurut laporan, Wilfrida pada tahun 2010 telah ditawarkan oleh beberapa lelaki yang berjaya mendapatkannya pekerjaan di Malaysia.
Untuk membantu beliau masuk ke Malaysia, mereka memalsukan sijil miliknya bagi mendapat kebenaran sebagai seorang dewasa.
Sebaik sahaja tiba di Malaysia, Wilfrida telah bekerja sebagai pembantu rumah dengan seorang wanita tua yang menghidap penyakit Parkinson. Wanita itu ditemui mati pada 7 Disember 2010, dan Wilfrida ditahan dua minggu kemudian.
Seramai 220,000 pembantu rumah dari Indonesia bekerja di Malaysia, diikuti oleh Hong Kong (152,000) dan Singapura (90,000) namun, beberapa kes penderaan berprofil tinggi mengakibatkan Indonesia telah mengkaji semula untuk menghantar rakyat mereka ke Malaysia dan negara-negara ini.
Jakarta juga telah mengetatkan peraturan untuk rakyatnya bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia.
Agus Triyanto, yang berkhidmat di jabatan buruh Kedutaan Indonesia memberitahu The Malaysian Insider bulan lalu bahawa bermula tahuun 2017, pembantu rumah Indonesia yang bekerja di Malaysia tidak perlu tinggal di rumah majikan mereka.
|
|
|
|
|
|
|
|
tengok muka minah ni takde perasaan bersalah dan menyesal pun... |
|
|
|
|
|
|
|
see.... yindon....nak menang jd la jaguh ngan isu msia camni..... muntah hijau
makin byk la isu berkait msia lepas ni..... korek balik kisah2 lama..... pukul canang puas2 kat media celaka yindon..... |
|
|
|
|
|
|
|
takmo pi singapore skali?
Indonesian maid charged with murder of 16-year-old girl in Tampines flat
Posted on 15 November 2013 | 4173 views
PHOTO: THE STRAITS TIMES, AZIZ HUSSIN
The Indonesian maid who was arrested on Thursday after the 16-year-old daughter of her employer was found dead with stab wounds in their Tampines flat, has been charged for murder.
The charge was read to her before a field magistrate on Friday afternoon at the Institute of Mental Health, where she had been sent for psychiatric evaluation.
The 28-year-old will be moved to Changi Women's Prison later in the day. Meanwhile, the school where the victim is from, told The Straits Times that it is providing support to the student's family.
"We will also provide counselling support to staff and students affected by this incident," said the school's principal
http://thecourtroom.stomp.com.sg/courtroom/cases/case-of-the-day/indonesian-maid-charged-with-murder-of-16-year-old-girl-in-tampines-flat
|
|
|
|
|
|
|
|
Taste lar pulak jejants Singaporean tue, takde fb ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
alas meja tu macam kain samping aku. |
|
|
|
|
|
|
|
macam tasty jah abang polis tu |
|
|
|
|
|
|
|
sila klaim.......!!!
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Ok dah fhm Last edited by fairluck on 18-11-2013 06:58 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni smua indon sendiri yg salah. Sindiket buat pemalsuan dokumen pegi seludup manusia msuk malaysia pastu jdila mcm2 kejadian jenayah oleh indon2 tu jgak. Indon makan indon yg jd mangsa malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
Calon Partai Indo nak jumpa PM Najib,
Seolah2 bila pihak atasan jumpa pihak atasan boleh setel kekdahnya seperti membeli gula2 hacks 5 sen...
Plis ek.. jgn pilih kasih... law is law.. unfair kalo warga tempatan ikut prosidur, warga luar tak ikut,....
|
|
|
|
|
|
|
|
.....sorang punya hal dari 2.5 billion penduduk indon...calon Presiden sanggung datang .....dahsat...dahsat..
|
|
|
|
|
|
|
|
semua pakat mai mintak tolong jib la..
jib leh tolong org luar..
ampa mai malaysia buat taik bagai..
politaik tahap gaban
puiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii... |
|
|
|
|
|
|
|
Acong posted on 17-11-2013 11:50 PM
takmo pi singapore skali?
Indonesian maid charged with murder of 16-year-old girl in Tampines ...
yg ini budak melayu.. |
|
|
|
|
|
|
|
indon mmg jaguh dlm mengeksport babu |
|
|
|
|
|
|
|
Al-Patih posted on 18-11-2013 07:33 AM
.....sorang punya hal dari 2.5 billion penduduk indon...calon Presiden sanggung datang .....dahsat.. ...
Capres (calon presiden) ini benar2 mencari pencitraan/nama demi meraih sokongan dalam pemilihan presiden bagi tahun 2014 mendatang. Masih ramai TKI, khususnya wanita yg terlantar di Arab Saudi, yg tertahan di penjara AS kerana overstay, ramai yg menunggu akan dipancung takde le pula dia beriya2 nak membela. Tapi bila terkena di M'sia, sibuk pula mencari jalan agar TKI trs terlepas drp hukuman mati. Jgn kerana kedua2 ayahanda mereka bersahabat maka undang2 jenayah M'sia tergadai. Semoga tidak!
|
|
|
|
|
|
|
|
nolya posted on 18-11-2013 08:15 AM
Capres (calon presiden) ini benar2 mencari pencitraan/nama demi meraih sokongan dalam pemilihan pr ...
Capres... sekali bace mcm Caprut...
|
|
|
|
|
|
|
|
Betara_Indera posted on 18-11-2013 08:20 AM
Capres... sekali bace mcm Caprut...
Capres Presiden = capres. Caprut = ?. honestly saya tak mengerti apa ertinya caprut. ada sesape yg tahu sila beri pencerahan. Makasih.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|