CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34147|Reply: 7

Seram Misteri Kemayan City Di Johor Bahru.

 Close [Copy link]
Post time 19-11-2013 10:41 PM | Show all posts |Read mode


Terletak di tepi Jalan Johor Bahru-Air Hitam



Cerita pelik dan menyeramkan berkaitan aktiviti paranormal (Tempat tinggal hantu dan syaitan) di kompleks Kemayan City bukan lagi asing di kalangan masyarakat bandar raya ini, malah misteri alam ghaib di pusat beli-belah terbengkalai lebih 10 tahun lalu itu menjadi buah mulut penduduk Singapura.

Bagaikan badi kepada warga Singapura, cerita menggerunkan di Kemayan City dikatakan popular di kalangan warga republik berkenaan yang mendakwa mengalami peristiwa dianggap susah diterima akal seperti berbelanja dan makan di pusat beli-belah yang sebenarnya tidak pernah beroperasi selepas projek itu terhenti pada 1998.

Kejadian menyeramkan di pusat beli-belah berkenaan pernah dialami sekeluarga rakyat Singapura dari kawasan perumahan di Woodland pada Jun tahun lalu.







Semuanya bermula apabila keluarga terbabit dikatakan mengunjungi pusat beli-belah terbengkalai terletak di tepi Jalan Johor Bahru-Air Hitam pada satu malam, ketika mereka dalam perjalanan pulang menghadiri majlis kenduri kahwin saudara di Melaka.

Sebaik tiba di Kilometer 13 Jalan Johor Bahru-Air Hitam menghala pusat bandar raya kira-kira jam 9 malam, keluarga terbabit tertarik ke arah bangunan di sebelah kiri jalan berkenaan yang bergemerlapan dengan lampu aneka warna dan meriah dengan kunjungan orang ramai.

Tarikan itu menyebabkan keluarga terbabit membuat keputusan singgah dan mendapati kemeriahan itu adalah majlis pembukaan pusat beli-belah yang diadakan secara besar-besaran. Menyangkakan Kemayan City dipulih dan memulakan operasinya, keluarga berkenaan tidak melepaskan peluang singgah memandangkan malam masih awal.








Selepas berada lebih setengah jam di situ, keluarga berkenaan beredar kerana mempunyai satu lagi destinasi yang perlu singgah sebelum balik ke Singapura. Mereka menuju rumah saudara di Kampung Pasir yang terletak tidak jauh dari pusat beli-belah berkenaan.

Ketika berada di rumah saudara, seorang ahli keluarga terbabit bercerita mengenai kehebatan majlis pembukaan Kemayan City ketika singgah di situ. Sungguh mengejutkan apabila keluarga malang itu mendapat berita daripada saudara mereka bahawa bangunan yang didakwa beroperasi sebenarnya masih terbengkalai sehingga kini, bahkan semakin usang.






Ustaz Hanafiah Abdul Razak



Pengalaman yang ditempuhi keluarga terbabit diceritakan sendiri mangsa kepada pegawai di Unit Falaq Syarie Jabatan Mufti Johor, Ustaz Hanafiah Abdul Razak. Menurut ustaz Hanafiah, beliau dihampiri mangsa ketika menyampaikan kuliah agama bulanan di kawasan perumahan berkenaan, beberapa hari selepas kejadian menyeramkan itu.

“Lelaki itu sering mengikuti kuliah agama saya dan pada satu hari dia bertanyakan kepada saya apakah yang berlaku di Kemayan City kerana ada ahli keluarganya mendakwa berbelanja di pusat beli-belah itu.

“Namun, semua barangan dibeli itu termasuk pakaian, didapati hilang sebaik mereka tiba di rumah dan keadaan itu menimbulkan gangguan emosi kepada keluarga berkenaan selepas melalui detik dianggap pelik dan menyeramkan itu,” katanya.


Menurut Ustaz Hanafiah, beliau turut pernah diajukan soalan yang meminta penjelasan berhubung alam ghaib oleh orang ramai yang mengikuti kuliah agamanya di negara republik Singapura itu, terutama berkaitan kejadian aneh di Kemayan City.

“Dari segi pandangan Islam, kejadian dialami segelintir pihak di bangunan terbengkalai itu angkara syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk memperdaya dan menyesatkan umat Nabi Adam.







BANGUNAN tinggal amat disukai syaitan untuk menyesatkan akidah manusia

“Imam An-Nawawi dalam kitab Al-Adzkar menerangkan beberapa jenis syaitan termasuk bernama Zalanbur berkeliaran di bandar untuk melalai dan melekakan manusia termasuk mendalangi kejadian individu yang pernah tersesat ke bangunan terbengkalai Kemayan City itu” katanya.

Katanya, dalam hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad ada menerangkan bahawa rumah atau bangunan yang dibiarkan kosong dan kotor untuk satu tempoh lama akan menjadi kediaman syaitan kerana lumrah makhluk yang dilaknat Allah itu menyukai benda kotor dan busuk.

“Namun, umat manusia amat bertuah kerana dikurniakan hadiah yang tidak ternilai oleh Allah iaitu al-Quran mengandungi ayat yang boleh dijadikan pendinding dari diganggu mahkluk halus seperti jin dan syaitan iaitu ayat Kursi” katanya.







Bangunan Kemayan City sangat besar dan luas kawasannya

Bagi mereka yang bukan orang JB dan tidak pernah melihat bangunan ni tengoklah gambar tu..sayang betul,bangunan tu sungguh besar sebab nak buat shopping mall kan..tapi daripada cerita rakan saya juga bangunan tu tak dapat diteruskan projeknya kerana faktor feng shui tempat tu yang mungkin tidak elok.








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2013 12:11 AM | Show all posts
Byk sungguh kompleks kt jb tu yg x jd
Pelangi tu pon dah sendu aku tgk
Sama gak ngan perling
Klu 10 kali kuar shopping blum tentu sekali aku nk g sana
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 01:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa awal2 dulu..semua tingkap cermin dah ada terpasang kan..niw ni dgn frame2 besi dah xde...developer tu cabut blk ke or ada malaon yg kuasa no gi mencilok...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 02:51 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 06:32 AM | Show all posts
Thread dah pernah ada...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 12:11 PM | Show all posts
Ni yang buat aku seram ni, thread asyik berulang.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2013 02:32 PM | Show all posts
TT tgh seronok bukak thread...

Aku pun seram jgk ni sbb mcm 100% copy paste tp xde bg credit kat penulis asal... kalau kena lahar nt mohon bertabah la ye!!
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 07:09 PM | Show all posts
mende ni senang je nak search...taip kemayan je mmg akan jumpa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:46 AM GMT+8 , Processed in 0.082823 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list