CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8077|Reply: 9

Hospital Putrajaya Berhantu !! Petugas Sering Digagnggu Wanita Berambut Panjang.

[Copy link]
Post time 19-11-2013 10:41 PM | Show all posts |Read mode




Hospital Putrajaya berhantu? Benarkah dakwaan ini? Difahamkan sebuah hospital di Putrajaya telah mengalami gangguan yang dikatakan telah menakutkan segelintir petugas yang bekerja syif malam. Gangguan ini dikatakan bermula apabila seorang wanita wanita berambut panjang sering muncul di koridor bangunan Institut Kanser Negara (IKN). Ada juga yang memperkatakan bahawa wanita berkenaan bernama Shasha. Siapa Shasha sebenarnya?.







Meskipun boleh dikategorikan antara pusat perubatan paling moden dan canggih di Malaysia, Hospital Putrajaya telah mengambil pendekatan spiritual berlandaskan agama apabila menjalankan upacara ‘memagar’, minggu lepas. Memagar, upacara yang tidak asing lagi dalam kalangan umat Islam untuk mengelakkan gangguan makhluk halus itu dilakukan oleh 40 perawat yang dijemput dari pusat perubatan alternatif terkenal, Darussyifa’.
Difahamkan, ia adalah ikhtiar daripada pihak pengurusan hospital setelah menerima banyak laporan berkaitan gangguan makhluk halus daripada kakitangannya sejak dua tahun lalu.








Antara makhluk halus atau ‘hantu’ yang dikatakan popular mengganggu kakitangan hospital adalah entiti berambut panjang menyerupai wanita cantik yang digelar ‘Shasha’.
Shasha diceritakan sering muncul merayau di koridor bangunan Institut Kanser Negara (IKN) pada waktu malam dengan memakai baju berwarna putih atau kuning.
Walaupun rata-rata kakitangan hospital menolak menyatakan secara terang-terangan upacara memagar telah dijalankan, mereka mengaku ada melihat perawat perubatan yang berkopiah merenjis air di sekitar kawasan hospital berkenaan.
Darussyifa’ yang dinaungi oleh Datuk Dr Haron Din, sememangnya terkenal di negara ini sebagai ikhtiar untuk merawat gangguan makhluk halus menggunakan cara Islam dan berlandaskan al-Quran.








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2013 06:24 AM | Show all posts
Adeh. Hari2 lalu hospital Putrajaya 2-3 pagi  nak pergi kerja.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 08:39 AM | Show all posts
jap hospital kancer kan baru je bukak tahun nie
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 09:10 AM | Show all posts
macam dah ada jer thread ni...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 10:14 AM | Show all posts
dah ado noks..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 10:23 AM | Show all posts
cisss....x jadi aku nk bace
terkujat di buat dek gambo2 hiasan tu

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2013 10:24 AM | Show all posts
Shahreen74 posted on 20-11-2013 09:10 AM
macam dah ada jer thread ni...

memang dah ade pun

http://english1.cari.com.my/foru ... read&tid=760023

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 05:39 PM | Show all posts
ingatkan citer/hapdate baru...astruk ghopernyer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2013 02:57 PM | Show all posts
seram sehhh
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2013 04:38 PM | Show all posts
Sudah ada thread ini darling...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.048815 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list