CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3358|Reply: 6

Khidir alaihissalam

[Copy link]
Post time 22-11-2013 04:03 PM | Show all posts |Read mode
Khidir alaihissalam


Nama sebenar
Balya bin Malkan bin Paligh bin ‘Aber bin Shalikh bin Arfhashad bin Sam bin Nuh alaihissalam.
Gelaran beliau juga dalam bahasa arab ialah Abu Abbas .
Ayahnya berketurunan raja.

Sebab digelar Khidir
Hidhir dari perkataan Khudrun bermakna hijau. Beliau digelar dengan panggilan Khidir kerana jika beliau duduk di atas suatu tempat,benda yang putih nescaya akan bertukar warnanya menjadi hijau.

Juga dikatakan jika beliau solat, warna sekelilingnya akan bertukar menjadi hijau.
Pendapat yang pertama lebih tepat.

Kedudukan Nabi Khidir
Beliau adalah guru nabi-nabi

Keadaan Nabi Khidir
Beliau adalah seorang Nabi yang mempunyai umur yang panjang dan dilindungi dari pandangan.

Bersama Nabi Ilyas alaihissalam
Beliau bersama Nabi Ilyas alaihissalam masih hidup lagi sekarang ini sehingga diangkat Al Quraan dari bumi ini sebelum Qiamat. Apabila terangkat Al Quraan maka keduanya telah meninggal ketika itu.

Kisah beliau dengan dajjal
Beliau juga adalah yang akan  cuba dibunuh oleh dajal. Badannya akan digergaji dua dan kemudian dicantumkan kembali.

Bertemu Nabi Muhammad sallawaalaihiwasallam
Ada kalangan ulama yang memasukan beliau di dalam nama-nama sahabat kerana belaiu pernah hidup bersama Nabi sallawaalaihiwasalam dan menemuinya.

Pada waktu Nabi Muhammad alaihissalam diutus sebagai Rasul, beliau tidak menerima wahyu seperti sebelum Nabi Muhammad alaihissalam diutus. Namun kenabiannya tidak gugur.

Dalam musnad Imam Syafie ada dinyatakan bahawa beliau pernah menemui Nabi Muhammad alaihissalam.

Adakah mungkin ada manusia yang berumur panjang dan masih hidup hingga sekarang?
Tidak timbul masalah kerana sekarang ini masih ada Nabi selain Nabi Khidir yang masih hidup dan dinyatakan dalam Al Quraan seperti Nabi Isa alaihissalam.

Begitu juga tersebut dalam Al Quraan iaitu kisah Nabi Yunus dinyatakan sekiranya beliau tidak bertasbih dan menyedari kesilapannya nescaya beliau akan terus berada kekal di dalam perut ikan Nun hingga ke hari Qiamat. Maka tidak mustahil jika Nabi Khidir dipanjangkan umur.

Ada yang memberi alasan dipanjangkan umur beliau kerana dua sebab :

  • Setelah bah besar yang berlaku zaman Nabi Nuh  alaihissalam  kering beliau telah mengebumikan semula jasad Nabi Adam  alaihissalam dan dengan jasanya itu Nabi Adam mendoakan beliau hidup lama.
  • Beliau pernah meminum Maul Hayat di  tempat pertemuannya dengan Nabi Musa  alaihissalam .


Pendapat Pertama

Warna merah adalah tempat pertemuan antara Nabi Musa dan Nabi Khidir alaihimassalam

Pendapat ini dikatakan lebih kuat.





Pendapat Kedua

Warna hijau adalah tempat pertemuan antara Nabi Musa dan Nabi Khidir alaihimassalam





Antara doa yang diajar oleh Nabi Khidir alaihissalam

Dibaca waktu pagi dan petang


بسم الله ما شاء الله لا يسوق الخير إلا الله، بسم الله ما شاء الله لا يصــرف السـوء إلا الله، بسـم الله مـا شـاء الله ومـا بـكـم مـن نعمــة

فـمــن الله، بسـم الله مـا شـاء الله لا يـأتـي بـالحسنـات إلا الله، بسم الله ما شاء الله لا حول ولا قوة إلا بالله،

Dibaca 3x



اللهم لا تشمت أعدائي بدائي، واجعل القرآن العظيم شفائي ودوائي، فأنا العليل وأنت المداوي

Dibaca 7x


اللهم يا رب بجاه سيدنا محمد بن عبد الله صلى الله عليه وسلم اجمع بيني وبين سيدنا محمد بن عبد الله صلى الله تعالى عليه وسلم في الدنيا قبل الآخرة.




Ini adalah doa dari Guru saya Tn Haji Toha. Kelebihan doa ini agar terhindar dari tipu helah musuh atau merasa sedih dengan muslihat mereka.Juga agar sejahtera dari penyakit dan mendapat perlindungan dari perkara buruk atau perkara yang mengelirukan.


Kalau saya keliru, ragu-ragu  dengan sesuatu dan ingin ambil keputusan segera maka saya akan gunakan doa ini. Setelah baca bertawakal.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2013 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Perbandingan keadaan Nabi Allah Isa boleh dirujuk dgn firman ALLAH mengenai pemuda Ashabul Kahfi.
Dan dlm ALQURAN hanya satu hamba ALLAH yg ALLAH izinkan lanjut usia, dan, ia tidak bernama Khidir.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2013 02:58 AM | Show all posts
Dari penulis...



Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Saja foward
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya lebih suka bertanya berbanding menyatakan.

Macam2 versi kisah Khidir, dan berbagai2 ulasan mengenainya. Soalnya, tugas sebenar Khidir adalah apa ya?

Sebelum kita menjawab soalan berkenaan, alangkah bijaknya jika kita bertanya terlebih dahulu "apakah tugas sebenar Nabi Musa?"

Kenapa ye, Allah menempelak pada maksud : ada yg lebih berilmu berbanding Nabi Musa?
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa kata saya bagi jawapan yg paling simple.

Tugas Khidir hanyalah menghalang dan tugas Nabi Musa hanyalah memutuskan.

Khidir menghalang dari berlaku apa? Kerosakkan yg lebih besar yang sebenar2nya. Jika perasan, dari apa yg dilakukannya itu, sifatnya kearah menghalang kerosakkan

Nabi Musa memutuskan sesudah ianya berlaku utk apa? Ianya berkaitan kerosakkan yang dilihatnya tanpa mengetahui kerosakkan yg lebih besar yang akan berlaku yang sebenar2nya. Jika perasan, dari apa yang dilakukannya itu, bersifat kearah membangkang lalu memutuskan kerosakkan.

Mudah bukan jika diri itu benar2 faham. Akan tetapi kebanyakkan yang membaca post kali ini hakikatnya buta. Dan kerana buta mata kanannya itu jualah yg memutuskan, menurut apa yang Allah ilhamkan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2019 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa ye, adanya kisah yakjuj dan makjuj sesudah itu? Mereka itu siapa?

Untuk lebih mudah faham, pengikut dajjal adalah yakjuj dan makjuj. Dajjal itu buta mata kanannya. Akan tetapi, Allah swt tidaklah buta.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:12 AM GMT+8 , Processed in 0.061444 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list