CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 46006|Reply: 20

Hidupku Sebagai Lelaki 'Lurus' [18sx]

  [Copy link]
Post time 24-11-2013 09:20 AM | Show all posts |Read mode
Bab 1

Air liur kelat aku telan. Aku tak boleh fokus. Aku tak tahu siapa yang tengah berjalan berlenggang-lenggok depan aku ni tapi, ada satu je komen yang aku nak bagi, punggung dia mantap gile. Mata aku ni dah macam dibuat daripada besi dan bahagian tubuh yang menggoda tu ialah magnet yang maha kuat powernya sebab mata aku dah tak boleh pandang tempat lain tau tak? Nak je aku tegur budak perempuan depan ni supaya berjalan macam askar dan kalau boleh jalan selaju mungkin sebab sebenarnya aku dah lambat nak masuk kelas tapi, macam biasalah... Dah nama pun lelaki 'lurus', wajiblah menonton tayangan sementara depan mata.

Aku mengeluh sikit bila secara tiba-tiba budak perempuan tu belok pergi ke PSS, arah bertentangan dengan kelas yang aku nak ajar. Echh... Astaghfirullah, ingat Allah Aiman.... Kan elok die dah blah dari pandangan kau, at least perangai pervert kau tu takkan take over badan kau. Kau tu cikgu ye...  Mampus kalau ada sesiapa yang nampak kau tenung aset anak dara orang. Sambil aku berjalan dengan longlai ke kelas 3 Sarjana, sambil tu kepala aku terteleng-teleng nak usha budak tadi. Aishh... mencabar betul jadi cikgu lelaki kat sekolah menengah. Kan senang sikit kalau aku jadi cikgu sekolah rendah, yelah, aku ni bukannya ade nafsu tengok budak-budak yang tak ambik UPSR lagi. Tudung dahla senget, taik mata tertepek, dan yang penting badan macam papan, takde langsung ciri-ciri keperempuanan tu.

Aku masuk dalam kelas dan memberikan senyuman seikhlas yang mungkin. Perasaan kecewa tadi masih berbekas dalam hati. Selepas mengarahkan pelajar duduk, aku segera mulakan p&p.

+


Lepas habis mengejar kelas 3 Sarjana, automatik kaki aku masuk PSS. Serius... Aku dok termenung je and tetibe aku rase sejuk sebab aircond. Aku ingatkan aku masuk dalam bilik guru, rupa-rupanya aku termasuk dalam PSS. TERmasuk ye. Perkataan 'ter' itu di CAPSLOCKkan sebab aku nak tunjukkan betapa innocentnya aku. Kaki aku je yang dah tercemar dengan nawaitu-nawaitu yang serong dan datang dengan sendirinya ke sini serta memaksa aku mencari budak perempuan tadi. Dan mata aku yang menurut arahan kaki aku mula mencari susuk tubuh budak tu. Search, search dan search. Scan, scan dan scan. Aku juga sengaja pura-pura mencari buku supaya niat kaki aku tidak dihidu oleh sesiapa.

And... yes! Found her! Aku rasa macam nak lompat sekuat hati dan jerit 'yabedabedoo!!' sebanyak tujuh kali. Tapi aku matikan hasrat tak berapa murni tu sebab nak control macho. Dengan langkah smooth aku berpura-pura pergi ke rak buku yang berkaitan dengan Bahasa Melayu seolah-olah aku memang tengah cari buku. Aku tak nampak muka budak tu tapi aku nampak muka kawan dia. Kawan dia agak cun tapi badan kurus sangat and baju kurung sekolah tu buatkan badan dia nampak straight. Amboi... kalau aku tulis review pasal badan perempuan, confirm mendapat sambutan lelaki-lelaki gatal kat luar sana.

"Muni, aku tak selesalah pakai baju adik aku ni. Dahlah kain cotton." Budak perempuan tu bersuara dan aku menelinga. Aku capai satu buku dan menyelak halaman-halaman yang ada di dalam buku setebal 1 inci itu. Pakai baju adik = sebab tu baju nampak sendat + baju kain cotton = badan nampak mantap + aku + syaitonirrajim = mata nak usha, kaki dok menjejak.

"Aku tengok ok je... tak seksi mana pun." Mata aku nak tersembul keluar. Seriously girl? 'Tak seksi mana pun.'? Oh girl, you dont know world yet. Aku yakin mesti budak-budak lelaki kelas kau mesti meleleh air liur menikmati pandangan indah tu. Aku mencuri pandang pada arah mereka dan baru aku perasan yang mereka pakai tudung yang berpiping hijau... maksudnya... mereka tu pelajar tingkatan 6. Waktu aku dok meratah 'boom boom pow' budak perempuan tu (guna mata), aku tak perasan langsung. Aku jadi marah. Aku memang tak boleh tahan dengan budak-budak lelaki tingkatan 6... kerek gila. Tengok aku macam depa  perlekehkan aku sebab hormon untuk tinggi aku stop time aku form 4 dan menyebabkan aku mempunyai ketinggian 163 cm selama 10 tahun. Mereka beruntung sebab mereka tinggi bagaikan galah yang boleh digunakan untuk mengait rambutan, sekurang-kurangnya berguna semasa musim rambutan nanti.

"Yeke?" Aku terbatuk bila aku dengar suara naif milik budak perempuan tu. Sebab apa aku terbatuk? Sebab aku tersedak air liur. Sebab apa aku tersedak air liur? Sebab aku nak tergelak. Sebab apa aku nak tergelak? Sebab aku tak sangka taraf naif mereka sebaris dengan tahap naif budak tadika. Betul ke mereka itu sudah berumur 19 tahun? Bagaikan tidak boleh percaya.

Budak perempuan itu dan kawannya serentak berpaling ke arah aku dan aku boleh lihat betapa besarnya mata budak perempuan itu terjegil sebab terlalu terkejut. Sempat lagi budak perempuan itu tunduk hormat 90 darjah dan bagi salam pada aku sebelum mencicit kawan dia bawa dia lari. Malu mungkin. Jap... kalaulah budak perempuan tu gantikan salam dia tu dengan ucapan 'ohio kozaimasu' sambil membuat suara comel seperti Nozomi serta memakai baju ala-ala French Maid mesti kawaii sangat-sangat. Dan aku akan bungkus dia, bawa balik rumah, ehhh... tak, jumpa bapak dia dulu, jumpa tok kadi, pastu...

Ya Allah! You must stop imagining things Aiman. Awat hang ni susah sangat nak kawal excitement kau dan pervert side kau hari ni? Bahaya betul la budak perempuan tu.

"Cikgu Aiman, tak sangka boleh jumpa cikgu di sini. Cikgu cari bahan nak mengajar ke?" Cikgu Norhayati, cikgu yang mengajar mata pelajaran English, cikgu PSS dan merangkap jiran depan meja aku menegur aku dengan senyuman nipis.

"Ya." Simple je aku jawab. Kalau kat sekolah aku memang suka menonjolkan diri sebagai seorang lelaki yang pendiam dan sedikit sombong. Bila aku tunjukkan karakter ini kat sekolah, pelajar-pelajar perempuan akan cakap aku 'cool', 'macho' dan 'handsome' seraya jatuh cinta pada aku dan akan jeling-jeling manja padaku setiap kali berselisih di koridor. Pelajar-pelajar lelaki pula akan cemburu dan menjadikan aku musuh. Ahahahahahahaha.... Bila lagi aku nak merasa macam ni?

"Sebenarnya cikgu, buku-buku yang tersusun di rak-rak ni, buku-buku edisi lama cikgu. Yang baru punya ada dalam bilik sana tu." Cikgu Norhayati menggunakan ibu jarinya untuk menunjukkan lokasi bilik yang dimaksudkannya. Mungkin dia takut tangannya akan kudung sekiranya tunjuk guna telunjuk. Aku hanya mengekorinya dari belakang dan bila kami sampai pada bilik itu, Cikgu Norhayati keluarkan segugus kunci.

"Bilik ni memang sengaja dikuncikan sebab buku-buku dalam bilik ni hanya khas untuk kegunaan cikgu-cikgu dan students form six." Aku hanya mengangguk.

"Sekejap ye cikgu." Cikgu Norhayati memboloskan diri dalam bilik itu dan sekelip mata bilik yang gelap gelita itu menjadi terang-benderang. Aku hanya menunggu dari luar. Kalau aku masuk sekali, makin teruklah gosip hangat yang melanda aku dengan Cikgu Norhayati. Disebabkan hanya kami berdua cikgu yang masih single, tak pasal-pasal kami di'jodohkan'. Cikgu-cikgu veteran suka sangat menyakat kalau nampak kami berbual-bual di bilik guru. Dan tahun lepas, semasa sambutan Hari Guru, kami ditabalkan menjadi 'Guru Lelaki Paling Handsome' dan 'Guru Wanita Paling Cantik'. Kami kena pakai mahkota plastik kat kepala dan berdiri secara bergandingan sewaktu menyanyi lagu 'Kami Guru Malaysia'. Walaupun jarak antara kami kira-kira 4 jengkal, aku tetap rasa tak selesa sebab semua dok cakap 'macam pinang dibelah dua'. Maybe sebab aku agak rendah dan ketinggian Cikgu Norhayati yang hanya separas dada aku membuatkan semua orang rasa kami serasi bersama. Dan sampai sekarang aku masih tak puas hati sebab dipaksa pakai mahkota plastik tu. Walaupun design mahkota tu ala-ala mahkota raja England sewaktu zaman feudal, aku tetap rasa macam tak macho.

"Cikgu gunalah bilik tu lama mana pun. Tapi, pukul 12.40 nanti ada 3 form 6 students nak guna bilik ni." Cikgu Norhayati senyum dan berlalu pergi. Tanpa berlengah aku masuk dalam bilik tu. Bilik tu simple je. Ada sebuah meja dan meja tu ada 12 buah kerusi. Ada dua je rak buku tapi, rak-rak tu padat dengan buku. Aku hanya membatu. Niat asal aku bukannya nak cari buku. Dengan langkah berat aku menuju ke rak buku dan mula mencari buku-buku yang tajuknya menarik minat aku, sebagai contohnya, 'Amalan-amalan yang afdal dilakukan selepas kenduri kahwin', 'Tips mengembirakan suami di bilik tidur'.

Hampir seminit aku membelek-belek buku, akhirnya aku ambil satu buku. Walaupun buku tu tak memenuhi selera aku, sekurang-kurangnya buku tu cerita tentang sejarah Eropah. Kiranya aku ni, sebagai cikgu Sejarah, berminat la jugak nak baca.
+

Dahi aku terkerut-kerut membaca tentang sejarah Revolusi Perancis dan pendapat-pendapat sejarawan Eropah mengenai revolusi yang memberi impak besar kepada sistem monarki di Perancis amnya. Walaupun aku dah pernah baca time aku di universiti dulu-dulu, aku still amaze dengan cerita-cerita macam ni.

Dalam tak sedar, dah sejam aku terperap dalam bilik ni. Aku bangun dan letak balik buku tadi di rak. Esok-Esok jelah aku sambung baca balik, aku nak baca buku lain pulak, alang-alang tengah free sekarang. Aku ambil satu lagi buku di rak yang sama aku ambil buku sejarah Eropah tadi. Buku tu berkenaan dengan Thailand. Aku belek-belek buku tu sambil berjalan dengan perlahan ke arah kerusi yang aku duduk tadi.

"Ummm..." Aku mengangkat muka bila aku terdengar suara sumbang di muka pintu. Seorang pelajar lelaki, tingkatan 6; dia pakai tali leher warna hijau, tengah tersengih-sengih pandang aku.

"Cikgu, saya dengan kawan-kawan saya nak guna bilik ni boleh?" Aku mengangguk. Sekilas aku pandang jam dan jam yang elok terikat kat tangan aku ni menunujukkan jam hampir pukul 12.45 tengah hari. Tiba-tiba aku teringat apa yang Cikgu Norhayati cakap tadi. Pelajar itu masuk, diikuti dengan seorang pelajar perempuan. Mereka duduk agak jauh daripada aku, mungkin nak sedikit ruang personal membincangkan temu janji mereka selepas waktu persekolahan nanti. Ciss, memandai je aku ni kan?? Tidak lama kemudian Cikgu Norhayati masuk dan aku rasa mulut aku terlopong sikit bila aku nampak budak yang pakai baju cotton kepunyaan adik dia pun masuk sekali.Dengan rasa tidak selesa, aku membetulkan duduk dan berlakon konon-konon aku sangat fokus dengan buku yang ada kat tangan aku sekarang ni, padahal,mata aku ni dah gatal.

Nak blah ke nak stay? Aku confuse.












P/S: Novel ni bukan cerita benar dan penulis juga bukanlah seorang guru serta tiada pelajar perempuan form 6 yang dijadikan subjek uji kaji semasa novel ini dihasilkan.Jadi, jangan risau. Novel ini tiada unsur-unsur lucah terlampau dan sesuai untuk dibaca tanpa rasa sangat tercemar.
Aku tak pasti lagi kalo nak buat novel ni 18sx ke tak tapi, buat masa ni aku letak je 18sx






Last edited by Hypoismyname on 24-11-2013 05:48 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2013 12:18 AM | Show all posts
ok  je  TT...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 05:55 PM | Show all posts
Bila TT letak 18SX tu....mcm seram je nak baca...hehehhehe
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2013 11:53 AM | Show all posts
sambung ler TT...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2013 12:07 PM | Show all posts
stim sorg2 nih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2013 12:02 AM | Show all posts
Bab 2

Jadi... aku ambik keputusan kuar dari bilik tu. Aku takut aku tak boleh kawal diri aku, nafsu aku.  Cukuplah dengan peristiwa hitam yang berlaku 9 tahun lepas, aku tak nak ulang kesilapan yang sama. Hati aku macam diracik-racik. Aku tak faham apa yang special sangat budak perempuan tu sampai aku bereaksi macam ni. Selalunya kalau aku nampak awek hot yang dedahkan auratnya serta menampakkan lurah dendamnya aku hanya akan pandang tapi, aku tak pandang lama-lama. Pandang sesaat je. Selepas berjaya menangani gelora di jiwa aku akan pandang lagi. Sesaat.

Aku rasa, lepas aku habis SPM aku dah kurang sikit excited bila aku pandang perempuan. Maybe sebab hormon aku dah stabil. Tapi, aku tak faham kenapa aku ni macam jakun tengok budak tadi. Reaksi aku seolah-olah budak perempuan tu tak pakai apa-apa padahal elok je tersarung baju kurung sekolah di badan dia. Lagipun, badan budak tu bukanlah hot sangat... berlambak-lambak awek badan yang lagi  hot aku pernah tengok.

Aku memicit dahi. Aku tak boleh keleh keluarkan imej dia dari otak aku langsung. Apa nama dia? Apa nama bapak dia? Apa nama mak dia? Kat mana dia tinggal? Dia suka makan apa? Dia suka warna apa? Aku tak tahu apa-apa pasal dia kecuali umur dia... itu pun sebab tudung dia. Kalau tudung dia tu tak berpiping hijau mustahil aku tboleh tahu dia form 6.
+

Dah seminggu. Dah seminggu aku tak nampak bayang budak perempua tu. Aku dah berusaha cari dia. Hampir tiap-tiap hari aku masuk PSS. Aku jugak pernah pergi kelas upper six tapi, langsung tak nampak dia. Sewaktu perhimpunan pagi pun mata aku dok gigih mencari dia, tapi tak jumpa. Aish, aku tak boleh fokus langsung sejak hari tu.

"Termenung je dari tadi." Cikgu Azhar memandang aku dengan sengihan.

"Teringat kekasih hati ke?" Cikgu Bahar pula mengusik. Aku hanya menggeleng dengan malu-malu. Budak tu bukannye kekasih hati aku... lagi. Hahaha Aiman, kau simpan hati kat budak tu ke?

"Hari ni tak pergi PSS ke? Tak melawat Yati?" Cikgu Azhar mengangkat kening. Yati? Cikgu Norhayati? Serta merta senyuman malu-malu aku terencat. Awat pulak tiba-tiba timbul nama Cikgu Norhayati nih.Ni yang aku malas nih. Balik-balik cikgu Norhayati, balik-balik cikgu Norhayati. Macam dah takde perempuan lain.

"Yati pun satu, dah tahu cik abang ni rindu, lagi kerap dia bertapa kat PSS tu." Muka aku panas. aku tahu rona muka aku mesti dah macam bontot baboon. Aku rasa depa salah faham bila aku selalu pergi PSS. Mesti depa ingat aku pergi jenguk Cikgu Norhayati tuh. Ugh... takde masa aku nak pergi PSS semata-mata sebab dia Nak je aku sumbat pinggan dan gelas aku ni kat mulut depa... memikirkan yang depa tu dah nak pencen, tak sampai hati la pulak.... karang tak pasal-pasal mati tercekik.

"Saya dengan Cikgu Norhayati takde apa-apa hubungan." Entah berapa kali aku ulang line yang sama. Daripada tahun lepas aku dok ulang-ulang ayat nih tapi, nampaknya depa tak reti bahasa... sebijik macam students aku . Masuk telinga kanan kuaq telinga kiri. Serta merta perasaan sakit hati aku kat budak-budak kelas 1 Cermat datang balik. Walaupun dah banyak kali aku suruh siapkan kerja kursus 'Sejarah Diri & Keluarga', takde sorang pon yang siapkan. Banyak kali jugak aku explain kat depa pasal PBS tapi, semua buat tak tau je. Tak risau langsung pasal masa depan.

"Memanglah takde apa-apa hubungan kalau usahanya ciput. Saya dan isteri saya bila-bila je boleh tolong." Cikgu Azhar menepuk-nepuk bahuku. Aku tak tahu nak cakap apa supaya depa faham. Aku segera menghabiskan nasi dalam pinggan dan beralasan yang aku ada kelas(Sebenarnya aku takde kelas sampai balik). Lain kali aku tak nak makan dengan depa. Nampak aku je, automatik nama Cikgu Norhayati timbul. Agaknya Cikgu Norhayati sendiri tak tahan, sebab tu dia lagi suka pergi PSS.

Aku berjalan perlahan-lahan keluar daripada kantin. Nak pergi mana? Bilik guru? Nanti tersempak dengan depa. Berjalan-jalan? Takut jugak kalau tersempak dengan depa. PSS? Nanti kena gossip. Aish...


"Nyaw~Nyaw~nyaaaaaw~" Dahi aku hampir tercantum. Bunyi anak kucing? Hati aku tiba-tiba rasa sedih. Aku memang suka kucing. Kucinglah binatang paling comel kat dunia ni selepas cheetah. Oleh itu, aku akan cepat tersentuh hati kalu aku dengar bunyi kucing dalam kesakitan atau kesusahan. Lepas baca cerita Hero, kucing yang kena potong dua kaki(atau tangan... aku tak pasti nak panggil kaki ke tangan), aku menangis. Dua hari aku rasa sebak. Nampak kucing jalanan je aku akan terfikir rupa kucing tu berjalan macam Hero. Nampak ikan pun mata aku menitis sikit.Seminggu aku elak daripada berada berhampiran dengan kedai makan. Sebulan aku ada rasa sangsi kat pak cik Daud(jiran mak aku)... dia ada kedai makan. Aku ingat lagi, waktu aku kecik-kecik, aku pernah berangan nak jadi doktor haiwan, buat satu zoo belakang rumah mak. Zoo tu special untuk kucing-kucing yang terbiar. Umm... Malangnya aku benci Kimia jadi, impian nak jadi doktor haiwan terkubuq macam itu je. Tapi, impian aku nak buat zoo tu masih membara dalam hati tapi, maybe impian tu lambat tercapai sebab sekarang aku tengah kumpul duit nak kahwin. Calon takde lagi tapi apa salahnya menabung awal-awal. Lepas tu aku nak beli kereta... takkan sampai bila-bila aku nak angkut bini guna motor. Nanti, nak beli rumah, kena bayar bulan-bulan. Lepas tu dapat anak kena beli pampers, susu, botal bla bla bla. Dia masuk tadika. Dia dapat adik. Kuar duit lagi nak beli pampers, susu, botol bla-bla. Nanti, bila anak pertama aku dah masuk darjah satu, sekurang-kurangnya dia ada dua orang adik. Setiap anak aku, aku akan tanggung sampailah dia dah kerja. Anak-anak aku nak kahwin, aku kena topup sikit-sikit. Banyak benda aku nak kena settle sebelum aku dapat bina zoo tu. Agaknya, bila aku dah tak berapa larat nak jalan baru aku akan laksanakan impian aku ni...

"Nyaaaw~" Aku mendekati makmal komputer. Suara tu makin kuat. Aku mencangkung sebelah sebuah kotak yang diletakkan dibelakang makmal komputer. Ada seekor anak kucing berwarna hitam. Badan dia agak menggigil. Mungkin dia lapar... atau sejuk... atau sakit. Dengan penuh hati-hati aku masukkan tangan aku dalam kotak tu tapi anak kucing tu mengelak. Oh ye... Lupa pulak, Walaupun aku sangat sayangkan kucing, malangnya perasaan ini hanya bertepuk sebelah tangan.

"Kenapa? Mana mama awak?" Suara aku mengecil. Memang, kalau aku bercakap dengan kucing memang aku akan sengaja meniru suara Mickey Mouse. Aku rasa kucing akan  rasa lebih selesa kalau aku buat suara macam ni.


"Mama awak pergi memburu kot... sabar je lah..." Aku cuba memujuk anak kucing tu dengan suara yang comel. Anak kucing tu terus mengiau, panggil mama dia. Aku tahu, bila-bila masa je mma dia akan datang sini. Yelah, dah anak dia jerit-jerit macam kena histeria.

"purryaaauu` purryaaauu~" Dengan sura penuh getaran kasih sayang, mama dia datang. Mama dia bertompok-tompok hitam kuning. Aku teringat kat Anis, adik aku yang paling bongsu. Dia paling benci kucing yang warna macam ni. Katanya warna ni buruk dan blend well dengan sampah, Tapi, bagi aku, yang cintakan kucing, semua kucing comel Tak kira  corak dan warna.

"Yay! Mama dah balik" Aku bertepuk tangan. Mama dia, dengan penuh berhati-hati, masuk dalam kotak sambil 'hiss' kat aku.  Maybe dia ingat aku nih suspek utama anak dia melolong tak tentu pasal.

"Hey mama. Anak mama mesti banyak yang dah mati kan? Sebab tu tinggal sekor je..." Aku bertanya bila mama dah menyusu anaknya. Dengan muka penuh curiga, mama pandang aku. Entah faham ke tidak dengan soalan aku tadi.

"Haah... Anak mama 3 ekor dah mati. Kenapa? Nak buat tahlil ke?" Aku rasa nak menjerit. Aku yang salah dengar ke mama kucing ni jawab soalan aku? Jantung aku berdegup tak tentu pasal.

"Haahahahahaha..." Aku pandang belakang. Jantung aku yang berdegup dengan pantas tadi semakin tak tentu hala degupannya. Dia. Dia yang aku cari selama seminggu. Dia yang aku cari selama seminggu tiba-tiba muncul depan mata aku. Muka aku berbahang.



Aku tengah berhalusinasi ke?

p/s
Sorry lambat update. Sibuk sikit.Dalam masa 2 hari ni aku akan cuba update 2-3 bab.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-12-2013 01:31 PM | Show all posts
Bab 3

"Sa... Saya... Saya..." Crap Aiman. Aku tak tau pun kau ni ada masalah percakapan dan merupakan bekas murid sekolah kanak-kanak khas. Ugh... aku rasa macam nak buat lubang

kat dinding makmal komputer, letak kepala aku kat lubang tu dan bubuh simen supaya sampai bila-bila muka orang yang telah memalukan dirinya sendiri ini tidak akan dilihat oleh

sesipa lagi... Uuuuuuhhuuuuuhuuuuhuuu*tengah menangis dalam hati* Mesti dia dengar suara aku yang cute dan tak macho serta sungguh tidak mempunyai aura kelelakian tadi.

Mama kucing keluar dari kotak dan mengosok mukanya pada kaki budak tu dan budak tu mencangkung. Dengan senyuman lebar budak tu mengusap kucing itu. Lagi sekali aku

bagaikan tertarik kepada budak tu dan kali ni sebab mama kucing ni suka dia. Aku ingatkan mama kucing ni memang jenis yang sombong dan tak percayakan manusia. Budak tu

gosok perut mama kucing tu dan mama kucing tu meliuk-liuk manja atas rumput. Ahhh... memang melampau mama kucing nih, dengan aku punyalah garang seolah-olah aku ni

sindiket penculik anak kucing.

"Lapar ke mama?" Muka aku memerah. Dia buat suara comel tu. Macam ejek aku je budak nih... Buat seketika aku hanya memerhati dia bermain dan mengusap mama kucing tu.

Untunglha mama kucing tu suka dia, manja-manja dengan dia.

"Nah." Budak tu keluarkan makanan dari plastik berwarna hitam yang dia bawak. Dengan lahapnya mama kucing tu makan makanan yang budak tu bagi.

"Uh. Awak memang selalu bagi dia makan?" Buat seketika kami berpandangan.

"Haah"

"Dah lama buat macam ni?"

"Sejak dia bunting" Dia memaklumkan. Dia berdiri. Plastik hitam tadi diikat dan dimasukkan dalam poket baju kurung. Baru aku perasan, dia dah tak pakai baju kurung haritu. Baju

kurung yang dia tengah pakai ni bukannya jenis kain cotton tapi, jenis kain licin. Aku tak tahuapa nama jenis kain ni memandangkan aku tak ambil KHB ERT waktu aku form 1

sampai form 3. Aku rasa kecewa sikit sebab punggung dia yang mantap tu dah tak berapa nak kelihatan. Harapan aku musnah sama sekali. Apa gunanya aku jumpa dia balik kalau

dia tak pakai baju kurung adik dia tuh.

"Sepatutnya Buncit ada 4 ekor anak. Tapi tinggal seekor je. Lagi tiga ekor kena makan dengan anjing." Dengan muka sedih dia bercerita.

"Nama dia Buncit?"

"Ehh? Haah... tu dulu. Lupa pulak dah tukar nama dia jadi mama..." Dia mengusik. Aku tak tahu reaksi aku macam mana sekarang tapi yang aku pasti, muka aku mesti merah.

"Nama Buncit tu dah tak relevan sebab lepas mama beranak badan dia tiba-tiba slim." Tangan budak tu merewang kat udara buat bentuk hourglass. Konon-konon mama kucing tu

jadi seksi selepas beranak.

"Waktu dia tengah bunting, saya selalu ingat ada banyak anak dalam tu, padahal ada 4 ekor aje. Perut dia besar gile cikgu. Macam ada sepuluh ekor anak dalam tu." Aku tak tahu

nak komen apa. Tiba-tiba je dia bukak cerita macam mana mama kucing ni pernah dipanggil 'Buncit' suatu masa dahulu.

"Satu hari tu cikgu, dia mengiau. Dia masuk kelas saya cikgu, dia cari saya. Waktu tu Cikgu Azhar tengah mengajar. Saya tak tahu kenapa dia panggil-panggil saya." Dengan muka

penuh suspen dia memandang aku. Dahi aku terkerut. Aku rasa budak nih merenglah...

"Cikgu Azhar suruh saya keluarkan dia dari kelas sebab mulut dia bising. Cikgu Azhar tak boleh nak mengajar time tu sebab suara Buncit lagi kuat dari suara dia." Aku tersenyum

senget. Suara Cikgu Azhar memang agak perlahan dan bernada romantik. Kadang-kadang tu,kalau aku bersembang dengan dia, tiba-tiba je aku rasa macam nak tidur.

"Bila saya nak angkat dia, dia mengelak. Dia pergi belakang kelas, dia masuk dalam almari. Waktu tu saya memang syak dia nak beranak. Saya bagitau Cikgu Azhar lepas tu Cikgu

Azhar suruh saya biarkan dia beranak sekor-sekor dalam almari tu. Jadi... saya biarkanlah dia. Tapi..." Nada suaranya sedikit naik.

"Dia keluar balik. Dia panggil-panggil saya. Kawan saya cakap... maybe dia nak saya teman dia beranak..." dek kerana terkejut dengan ayat dia yang terakhir itu, mulut aku sedikit

terlopong dan lubang hidung aku mengembang. Suruh teman beranak?

"Teman dia beranak?" aku bertanya.

"Haah cikgu..." Suara dia meleret mengiakan dengan riak wajah yang begitu menunjukkan dirinya yang confident dengan apa yang baru diucapkan tadi.

"Lepas minta izin daripada Cikgu Azhar, saya bersila dekat dengan almari tu. Pintu almari tu saya buka sikit supaya kami saling berpandangan."

"Maksudnya, awak nampak macam mana kucing dilahirkan?" Aku bertanya dengan penuh minat.

"Iye cikgu... live. Dari mula sampai akhir..." Nada suaranya menunjukkan betapa dia berbangga dengan pengalamannya itu.

"Mula-mula dia buka mulut dia. Lama-lama tu... dia bernafas dengan kuat, melalui mulut dia. Kadang-kadang tu lidah dia terjelir sekali. Dah macam anjing je saya tengok."

"Oh!" Aku mamandang mama kucing yang tengah makan tu... membayangkan macam mana rupanya waktu tu.

"Dia macam tak senang cikgu. Sekejap-sekejap mengiau, sekejap-sekejap ubah posisi,sekejap-sekejap jilat dia punya uhmm... tempat keluar anak tu." Statement dia yang terakhir itu

di keluarkan dengan volume suara yang sedikit perlahan. Malu kot... Aku tersengih.

"Pastu... waktu dia tengah teran tu, dia menjerit." Menjerit? Aku terpinga-pinga sekejap sebelum aku gelak. Kucing menjerit?

"Macam mana tu?" Aku gelak-gelak lagi.

"Ngyaaaaaaaaaaaaaaaw!" Dia buat suara macam kucing tengah bergaduh dengan penuh bersemangat. Sambil tu dia buat-buat macam nak cakar muka aku dengan sepuluh jari dia.

Dengan serta-merta aku alihkan pandangan aku. Bahaya nih... Apasal pulaklah dia buat muka sexy macam tu...Sabar Aiman... Sabar... Aku tarik nafas dalam-dalam.

"Waktu tu saya rasa macam nak menangis... Buncit nampak macam terseksa sangat-sangat." Aku pulak rasa nak menangis sebab kau nampak macam terseksi sangat-sangat.

"Cuba cikgu tadah tangan cikgu" Dengan teragak-agak aku tadah kedua-dua tangan aku. Dia nak suruh aku baca doa ke?

"Besar ni anak yang dia lahirkan..." Jari telunjuk dia seolah-olah melukis bentuk bujur pada tapak tangan kiri aku... Kalau aku gerakkan sikit tangan aku... aku yakin kulit kami akan

bersentuhan. Jantung aku jangan cakaplah.... Boleh meletup rasanya...

"Besar kan?" Dia pandang aku. Aku hanya mengiakan.

"Patutlah Buncit sampai terjerit-jerit nak lahirkan anak dia. Anak dia besar-besar." Mata dia dibesarkan.

"Comel-comel anak Buncit. Semua bulat. Semua gebu." Dia tersenyum.

Selepas dia habis bercerita... kami berdua senyap. Lama jugak dia termenung... mungkin teringatkan anak-anak Buncit yang kena makan dengan anjing tu. Bila loceng berbunyi, dia

terus berdiri dan tinggalkan aku mencangkung sorang-sorang depan kotak... Dia terus pergi macam tu je... Tak cakap selamat tinggal pun...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2013 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
menarik. nanti sambung lagi. kalau boleh, tag iols. amboi, demand pulak. hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2013 04:28 PM | Show all posts
lambatnya tt sambung
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2013 03:53 PM | Show all posts
aik, ingatkan dah ada sambungan....
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2013 06:03 PM | Show all posts
aiiiyyaaaa...TT sambung laaa cepat...seronok baca...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 04:05 PM | Show all posts
Ishhhhh...tue jer...
aduiyai..........
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 01:33 AM | Show all posts
hahaha...mmg kelakar juga citer nih. teruskan TT.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2015 05:12 PM | Show all posts
Lor...dh 2thn cite ni...igtkn dh hbs...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2015 10:33 AM | Show all posts
best kot...huhu
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2016 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Da thn 2016 daa, pom xda sambungan lagi kaa ..?? ... huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2016 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Jom join channel khas, Cuckold Malaysia!!

1. Download applikasi telegram
2. Kliktelegram.me/cuckoldmalaysiaatau search cuckoldmalaysia

Ini adalah Channel Khas untuk peminat hot wife dan cuckoldry.

Channel ini mengandungi gambar-gambar dan cerita-cerita hotwife, threesome dan cuckold orang Malaysia sahaja.

Segala sumbangan berbentuk gambar/cerita blh diemailkan kpd:

cuckoldmalaysia@gmail.com

Gambar-gambar cuckold mestilah melayu-cina-india Malaysia. Cerita-cerita mestilah di dalam bahasa melayu atau bahasa inggeris.

Penyumbang paling aktif dan paling banyak akan dilantik menjadi admin.

Enjoy!
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Ah shilake sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 11:18 AM | Show all posts
Alamakkk. Tergantung la plakkk
Tuan Tanah Kedaung... ohhh Tuan Tanah....
Bila nak sambung ??
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2016 10:49 PM | Show all posts
Cuckold Malaysia:
Jom join channel khas, Cuckold Malaysia!!

1. Download applikasi telegram
2. Klik telegram.me/cuckoldmalaysia2 atau search cuckoldmalaysia

Ini adalah Channel Khas untuk peminat hot wife dan cuckoldry.

Channel ini mengandungi gambar-gambar dan cerita-cerita hotwife, threesome dan cuckold orang Malaysia sahaja.

Segala sumbangan berbentuk gambar/cerita blh diemailkan kpd:

cuckoldmalaysia@gmail.com

Gambar-gambar cuckold mestilah melayu-cina-india Malaysia. Cerita-cerita mestilah di dalam bahasa melayu atau bahasa inggeris.

Penyumbang paling aktif dan paling banyak akan dilantik menjadi admin.

Enjoy!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:08 PM GMT+8 , Processed in 0.436289 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list