CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: berun

Nota Terakhir Mona Fandey

  [Copy link]
Post time 3-12-2013 11:10 AM | Show all posts
Aku ingatkan betul2 la Mona Fendy ada tulis nota sebelum mati. rupanya wartawan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2013 11:16 AM | Show all posts
cLiNiQue^HaPPy posted on 3-12-2013 11:08 AM
sila bagi
iols pun nak  baca
thanks

Insha'allah..

Me terbaca tu pun by accident during blogwalking..

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 11:32 AM | Show all posts
Sufeenan posted on 3-12-2013 10:18 AM
Akak baca kat blog sorang reporter ni yg buat report ttg kes ni dr awal smpai akhir
mmg details d ...

aiyoyooo law report kene mntak loyer la kaka kan
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 11:49 AM | Show all posts
yayah8989 posted on 3-12-2013 11:32 AM
aiyoyooo law report kene mntak loyer la kaka kan

Agak2 nanak fenin2kan kepala..xyah ler baca full law report tu..

Haa..ni dh jmpa..

http://beliafun.proboards.com/index.cgi?board=kisahkejam

Tulisan oleh Mat belia..


Assalamualaikum wbt. kita jumpa lgi dlm cerita dan riwayathidup mona fendi. Alhmdullilah Akhirnya mr dapat kumpulkan bahan2 ni melaluimesin pencarian. Terima kasih buat MESIN TAIP BURUK miraks.multiply.com ygmenyediakan segmen mona fendi ini. Kisahnya sungguh tragis dan mdapat liputanmeluas di mlaysia bahkan indonesia brunei singapore juga thailand. Tujuan sayadisini hnyalah untuk berkongsi bahan2 dgn penguna hanphone. maklumlah setengahhphone tak mampu menerokai laman2 web yg punyai jaringan besar. Mohon tidakmenyalahkan saya di atas copyright cerita mona ni. Buat pembaca beliafun semua,harap cerita ini menjadi pengajaran juga keinsafan buat semua lapisan usia.Maklum2 dunia semakin kehadapan kita pula semakin memilih hidup hitam untukdilalui. Walau apapun mr harapkan cerita ini mampu memberi kesedaran ygmendalam untuk direnung

NAMA sebenarnya Maznah binti Ismail. Asalnya dari Perlis.Dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang ketika kesnyadibicarakan pada 1994, dia turut memperkenalkan dirinya sebagai Mona Fandey.Mona juga memberitahu mahkamah bahawa dia seorang artis, ahli perniagaan danbomoh serta bekas ketua cawangan sebuah parti politik. Gaya dia memberiketerangan memang cukup dramatik - ada kala serius, menangis dan ketawa.

Aku masih ingat bagaimana Mona Fandey menyanyi dalam mahkamahketika memberitahu hakim bahawa dia seorang artis. Lagunya Menangis Tak BerairMata yang dipopularkan oleh Jamal Abdillah. Nasib baik intronya saja. Kalautidak. Tapi aku hanya mampu tersenyum dan tiada siapa yang berani ketawa. Bukankerana takut ditegur hakim, tetapi bimbang Mona melenting. Aku masih ingatketika diberi tugasan membuat liputan kes Mona. Perasaan bercampur baur. Sukapun ada, takut pun ada. Apa tidaknya, pasangan bomoh suami isteri ini dikatakanhandal.Boleh 'buat' orang dengan merenung saja. Sebab tu, masa buat liputan kesini, aku banyak berzikir dan membca ayat suci al-Quran sebagai pendinding. Kataorang berjaga-jaga, akukan bakal menghadap mereka setiap hari.

Satu lagi pesanan jangan tenung muka mereka. Kalau merekatenung, jangan pandang balik. Tapi kadang kala kena tengok juga mereka sebabkandang orang kena tuduh dan tempat duduk media bertentangan. Bukan jauh pun,Adalah dalam lima kaki.
Aku kena tengok juga apa dia buat dalam kandang. Kena tulistu sebab dalam mahkamah tak dibenarkan rakam gambar.
Lama kelamaan sudah biasa. Aku dan rakan lain tak 'takut'dengan Mona. Alhamdullillah, tiada perkara buruk berlaku. Malah, kami'berkawan' baik pula dengan mereka. Tapi dalam percaya tak percaya - banyak peristiwaaneh berlaku ketika kes ini. Yang ini tak dilaporkan media. Ada yang sakitperut, kemalangan jalan raya, kereta rosak ketika hendak pergi ke tempatkejadian hingga peguambela dimasukkan ke hospital.

Berbalik pasal Mona Fandey, aku pun tak tahu macam mana diadapat nama glamour ni. Kalau ada kebenaran masa tu, hendak juga aku temu ramahdia. Aku ingat Mona tu nama mesra dia. Fandey tu kemungkinan panggilan pendeksuami dia, Mohd Affendy Abdul Rahman. Gabungan itu, maka jadilah nama komersial- Mona Fandey.

Nama Mona Fandey sebenarnya berada di persada seni pada 1987dengan kemunculan album - Diana I. Aku sendiri pun tak pernah tengok album tu.Sembilan lagu ini terbitan syarikatnya MFJ Productions Sdn Bhd dan pengedarnyaWarnada Music.
Mona mempunyai strategi sendiri untuk melariskan album inidengan mengadakan kuiz yang menawarkan hadiah wang tunai RM3,000. Aku rasaartis sekarang masih boleh pakai strategi ini. Tapi kalau tawar duit pun, kalaulagu tak menyengat orang tak akan beli. Buktinya album Mona ni.
Nak tahu soalan kuiz tu. Berapakah usia Mona ketika itu.Jawapan pilihan 27, 29 dan 31.Soalan lain, tahun berapakah Mona mendapatgelaran Ratu Trengkas Melayu Malaysia - A. 60-an, B. 70-an dan C. 80-an. Dinegeri manakah Mona dilahirkan
A. Kelantan,
B. Perak dan
C. Perlis.
Soalanlain - Berapa hari bulankah album pertama Monadikeluarkan.
A. 15.6.1987,
B. 13.6.1987
C. 20.6.1987.
Soalan paling lawak. Siapakah nama suami Mona.
A. Mohd Affandi Ab Rahman,
B. Afandi Rahman dan
C. Afendi Rahman.

Kalau zaman ini aku rasa sesuai untuk kuiz album AnitaSarawak. Soalannya siapakah nama suami Kak Nita. Album ini hanya meletupselepas kes Mona mendapat perhatian ramai. Bukan apa orang nak dengar jugamacam mana suara Mona ni.Pada 1991, Mona menggemparkan dunia seni tanah airapabila keluar berita dengan tajuk - Artis miliki pulau persendirian.Dalamlaporan itu Mona mendakwa membeli sebuah pulau di selatan thailand. Fuh kayanyadia.Laporan itu menyebut Mona Fandey dan suaminya, Affendy Abdul Rahman, menjadiartis pertama Malaysia yang memiliki sebuah pulau persendirian seluas 4,800hektar yang hendak dimajukan sebagai pusat peranginan terbesar di rantauini.Mona dilaporkan membeli Pulau Oaks berhampiran Pulau Langkawi, Phuket danPattaya, dengan harga RM5.8 juta pada 1990.

Mona juga mendakwa gemar mengumpul kereta sehingga beliau dansuaminya memiliki lima BMW dari siri 3 hingga 7, Honda Prelude, Mercedes Benz,Jaguar, Trooper dan beberapa wagon.

Aku berhenti kat sini dulu. Nanti aku sambung. Bukan senang nakingat kes hampir 12 tahun lalu. Nak kena korek balik nota. Paling susah nakcari gambar. Dalam internet ada dua tiga keping aje.
Mr_Belia


Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 11:52 AM | Show all posts
KISAH MONA FENDI DI MAHKAMAH BAB 1

TARIKH 12 September 1994 - tidak mungkin dapat aku dilupakan dalam hidup ini. Bukan apa, aku membuat liputan kes paling sensasi pada abad ke-20 Pada hari itu di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang, pasangan bomoh Maznah Ismail atau Mona Fandey, ketika itu berusia 38 tahun dan suaminya, Mohd Affendy Abdul Rahman, 37, serta pembantu mereka Juraimi Husin, 24, mula dibicarakan.

Mereka bertiga menghadapi tuduhan membunuh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Batu Talam, Allahyarham Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Perusa, Ulu Dong, Raub, di antara jam 11 malam 2 Julai hingga 9.30 malam 13 Julai 1993.

Ketiga-tiganya dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama, yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahannya. Kes ini juga mempunyai sejarah tersendiri apabila menjadi perbicaraan terakhir menggunakan khidmat juri di Malaysia. Selepas itu sistem juri dalam membuat keputusan perbicaraan dihapuskan. .

Kes yang pada awalnya boleh diselesaikan dalam tempoh sebulan berlarutan hingga sembilan bulan. Kes itu didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mokhtar Sidin. Mohd Affendy dan Juraimi ditahan di Penjara Pudu, manakala Mona di Penjara Kajang, sebelum dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh. Kes itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi Temerloh selepas lapan bulan Hakim Mahkamah Tengah Temerloh, Jalaludin Saleh yang bertindak sebagai majistret dalam siasatan awal kes berkenaan, memerintahkan supaya kes itu dibicara di Mahkamah Tinggi pada 18 Disember 1993. Kes itu dibawa ke Mahkamah Tinggi selepas mendapati keterangan pendakwa mencukupi untuk mendakwa mereka bertiga terhadap tuduhan dengan niat bersama membunuh Mazlan. Siasatan awal kes itu dijalankan selama 17 hari di Mahkamah Majistret Raub, mulai 26 Oktober 1993. Pendakwaraya hanya memanggil 70 saksi untuk memberi keterangan dalam itu dan menawarkan 86 saksi lain kepada penguambela tertuduh.

Dalam siasatan awal juga 295 barang kes, termasuk pelbagai jenis senjata serta barang kemas, dikemukakan kepada mahkamah. Dalam siasatan awal, Mona dan Nor Affendy dibela oleh Gulam Mustapha Nadar Ali Khan sementara Juraimi pula diwakili R V Lingam. Mayat Allahyarham Mazlan dijumpai dalam keadaan terpotong kepada 18 bahagian, tertanam di bawah sebuah stor di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Peruas, Hulu Dong, pada 22 Julai 1993. Kali terakhir Allahyarham Mazlan dilihat ialah pada jam 9.30 malam 2 Julai 1993. Laporan mengenai kehilangan Mazlan dibuat di Balai Polis Raub pada 18 Julai 1993 oleh bekas Ketua Umno Bahagian Raub, Datuk Zuki Kamaluddin, selepas Allahyarham tidak muncul dalam beberapa majlis rasmi di Pahang, sejak 3 Julai 1993.
Pasangan suami isteri itu ditahan di Balai Polis Wangsa Maju, dekat Kuala Lumpur pada 20 Julai 1993 manakala Juraimi ditangkap tiga hari selepas itu.
Panjang lagi ceritanya. Banyak lagi aku nak kongsi dengan anda semua.

PASANGAN bomoh, Maznah Ismail atau Mona Fandey dan suaminya, Mohd Affendy Abdul Rahman serta pembantu mereka, Juraimi Husin tenang ketika tuduhan terhadap mereka dibacakan di Mahkamah Tinggi Temerloh pada hari pertama
perbicaraan - 12 September 1994.

Aku dapat melihat riak wajah mereka dengan jelas dari tempat duduk media. Pada waktu tuduhan dibacakan aku mesti tengok reaksi mereka untuk dilaporkan dalam akhbar. Mereka memang 'cool' ketika itu. Lagipun, itu baru tuduhan sehingga mahkamah memutuskan mereka bersalah atau tidak. Mereka yang menghadapi tuduhan pindaan membunuh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Batu Talam, Datuk Idros @ Mazlan Idris, Julai tahun lalu, faham dengan tuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa, M Muthualagu dan mahu dibicarakan. (Pindaan dibuat ke atas tarikh pembunuhan iaitu dari di antara jam 11 malam 2 Julai 1993 hingga 13 Julai 1993 kepada di antara jam 10 malam 2 Julai 1993 hingga 12 tengah malam 8 Julai 1993).

Juraimi adalah tertuduh pertama perbicaraan itu, Affendy (tertuduh kedua) dan Mona (tertuduh ketiga). Mona dan Affendy yang berdiri bersebelahan ketika tuduhan itu dibaca bercakap sesama sendiri selepas tuduhan dibaca.

Juraimi pula hanya berdiam dan memandang ke arah peguambelanya. Dalam perbicaraan itu, Mona dan Affendy diwakili oleh Gulam Mustaffa Nadar Ali Khan, sementara Juraimi pula oleh Karam Singh Bahl dengan dibantu Ikmal Hisam Idris. Affendi masuk ke mahkamah Timbalan Pendakwaraya Zakaria Sam dengan dibantu Timbalan Pendakwaraya AC Fernandis dan Saiful Edris Zainuddin pula bertindak sebagai pendakwaraya dalam perbicaraan yang didengar oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mokhtar Sidin. Mokhtar juga menetapkan perbicaraan dijalankan terus menerus dari jam 9 pagi hingga 2 petang serta memperuntukkan waktu rehat tidak lebih 15 minit.

Peraturan itu bagi memastikan kelancaran perjalanan perbicaraan.Memang mencabar membuat liputan kes ini. Aku dan seorang lagi wartawan kena buat transkrip percakapan dalam mahkamah. Kadang-kadang ada juga perkataan yang 'miss' kerana percakapan mereka kurang jelas. Dalam hal ini, kalau tak minta bantuan rakan media lain, aku merujuk pada hakim, pendakwa raya atau peguam bela. Tapi ada kalanya kena 'marah' juga dengan hakim. Ada kalanya pendakwa raya dan peguam bela pinjam nota aku. Jurami keluar dari trak polis Tapi, apapun aku cukup seronok membuat liputan kes ini. Aku tumpang bangga menjadi - part of the history. Dalam hal ini, kalau tak minta bantuan rakan media lain, aku merujuk pada hakim, pendakwa raya atau peguam bela.

Tapi ada kalanya kena 'marah' juga dengan hakim. Ada kalanya pendakwa raya dan peguam bela pinjam nota aku. Macam aku kata tadi perbicaraan ini cukup mencabar pada semua pihak. Semua orang mahukan perbicaraan berjalan lancar. Hakim Datuk Mokhtar Sidin beberapa kali menegur pihak pendakwaraya dan peguambela supaya tidak membazir masa dan memastikan perbicaraan berjalan lancar. Berbalik pasal Mona Fandey ada 'member' (Multiply) bertanya cantik ke si Mona tu.
« Last Edit: Oct 3, 2011, 10:44pm by Mr_Belia »       

Perjalanan Semakin panjang, Langkah semakin songsang . Kemana hala tuju sebenarnya kita dibumi ini ?
Mr_Belia



Re: KISAH MONA FENDI DI MAHKAMAH BAB 1
« Reply #2 on Oct 3, 2011, 10:19pm »       

CANTIK ke si Mona Fandey? Persoalan itu sukar untuk dijawab. Pada aku cantik atau tidak terpulang kepada mata orang yang memandangnya.Tapi apapun, Maznah Ismail atau Mona Fandey yang muncul kali pertama di khalayak ramai selepas lebih lapan bulan - pada 12 September 1994 - memang berbeza dengan penampilannya sebelum itu. Pada mata aku, dia pada masa itu kelihatan semakin cantik dan seksi. Mona tidak kelihatan seperti umurnya yang menjangkau hampir 40 tahun pada waktu itu. Ada yang kata Mona bukan 38 tahun, tetapi sebenarnya lebih 50 tahun.Tertuduh ketiga kes itu memang mendapat perhatian ramai ketika tiba di mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang - tempat perbicaraan kesnya. Malah, ketika dia keluar mahkamah untuk menaiki trak,orang ramai yang berdiri di luar pagar mahkamah berteriak: "Mona makin lawa! Mona makin lawa!"Mona hanya membalas dengan senyuman berikutan pujian orang ramai itu.

Beberapa anggota polis, saksi dan wakil media massa juga berpendapat Mona semakin anggun dan berseri-seri. Mona pada hari itu mengikat rambutnya dengan riben biru muda, menampakkan lehernya yang jinjang. Dia yang memakai blaus merah berbintik hitam tanpa lengan serta seluar ketat berwarna hitam tersenyum lebar melihat reaksi orang ramai menjerit-jeritkan namanya. Dia yang memakai rantai manik berwarna ungu gelap dan gelang tangan merah berjalur hitam kelihatan sihat dan riang berbanding tertuduh kedua, Mohd Affendy Abdul Rahman, dan Juraimi Husin (tertuduh pertama

Aku juga masih ingat pada hari kedua perbicaraan Affendy turut memuji-muji kecantikan isterinya. Aku tengok Mona cukup gembira dengan pujian suaminya. Pada aku Mona ada aura tersendiri. Kata orang dia pakai 'pemanis'. Almaklumalah seorang bomoh. Tapi itu aku tak pasti. Itukan cakap-cakap orang. Mana boleh pakai. Tapi yang pasti dalam keterangan di mahkamah dia mengaku membuat pembedahan plastik. Yang ini bukan cakap-cakap kosong, tetapi fakta dalam mahkamah. Cerita pasal Mona bergaya pun menjadi perhatian ramai. Ada yang suka dan tidak kurang menyampah. Adatlah di dunia ini tak semua orang suka pada apa yang kita buat walaupun tak ada kena mengena dengan mereka. Dalam hal ini Mona berhak memakai pakaian yang disukainya pada perbicaraan. Bagaimanapun, Hakim Makhamah Tinggi, Datuk Mokhtar Sidin, yang mendengar perbicaraan itu boleh meminta Mona berpakaian lebih sopan, jika berpendapat pakaian tertuduh itu tidak sesuai dengan suasana mahkamah. Alasannya Mona hanyalah tertuduh kes itu dan dan belum dibuktikan bersalah. Mona mempunyai kebebasan untuk memakai pakaian yang disukainya di samping berhias. Mona hanya tahanan polis yang dipercayai terbabit dengan kes bunuh dan bukannya banduan yang perlu memakai pakaian yang disediakan oleh pihak penjara. Selagi tiada teguran daripada Mokhtar, selagi itu Mona boleh memakai pakaian yang diminatinya. Apapun pada aku si Mona ni pandai menjaga imejnya. Pakaiannya walaupun tidak begitu banyak dia pandai memadankannya. Tetapi kadang kala'over' pula aku tengok.

Ada ketikanya tidak kena tempat. Ada beberapa kali pakaiannya nampak seksi dan terpaksa ditutup dengan selendang dan jaket. Memang si Mona ni suka glamour kot.

Aku masih ingat apabila persoalan itu dikemukakan kepadanyasewaktu dia dibawa keluar dari lokap Balai Polis Temerloh ke Penjara Kajang selepas sehari didapati bersalah. Aku dapat bercakap dengannya - tak sampai seminit minit pun. Itu pun dah kira bagus kerana mengikut peraturan tidak boleh cakap pun dengan dia. Tapi berlaku secara spotan ketika aku mengikutinya dari belakang ketika dibawa ke trak. Tak silap aku menegurnya wah glamourlah Mona. Tak sangka pula dia membalas dengan berkata : "Saya tak mahu glamour (melaram). Dari dulu pun saya tak glamour."

Ditanya jika tidak mahu glamour mengapa pula berpakaian antik, Mona berkata: "Yalah, takkan hendak telanjang pulak." Menurutnya lagi, dia mahu tersenyum ketika dalam tahanan sementara menanti rayuannya dan hukuman selepas itu. "Saya mahu tersenyum kepada semua orang. Senyum bagi orang tengok," katanya. Tapi yang aku tahu ketika dibawa ke Penjara Kajang dia membawa lima beg plastik yang berisi pakaian dan aksesorinya. Ada lagi cerita pasal Mona cantik ni.
CERITA Mona Fandey cantik, lawa, menawan, anggun dan seksi rupa-rupanya menjadi perhatian bukan saja dalam mahkamah, malah di luar sana.

Aku sebenarnya pernah tengok gambar Mona ketika dia menjadi penyanyi. Aku tak mahulah komen buruk pasal orang lain. Lagipun siapalah aku nak komen orang tu cantik atau tidak. Aku bukannya pakar kecantikan, tapi sekadar wartawan cabuk. Nanti bebudak sekarang cakap cantik ke dia nak mengata orang. Tapi, hakikatnya Mona tidaklah semenawan ketika perbicaraan kesnya. Lain benar Mona yang aku tengok dalam akhbar, majalah dan tv dengan Mona ketika 1994. Tak tahulah aku - dia tu kan bomoh 'handal'. Tak mahu aku buruk sangka. Dapat dosa aje.

Tapi, sewaktu perbicaraan mahkamah diberitahu bahawa Mona pernah menjalani pembedahan plastik di bahagian muka, dahi dan hidung di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. Motifnya tentulah supaya kelihatan ebih muda dan cantik. Pembedahan oleh pakar bedah plastik, Dr Wong Kang Shen di Hospital Tung Shin, Jalan Pudu itu dijalankan pada 15 Julai 1993. Dr Wong memberitahu Mahkamah Tinggi Temerloh bahawa kos rawatan untuk pembedahan itu lebih RM13,000. Menurutnya, pelanggannya itu, Maznah Ismail, menemuinya di pejabatnya di Plaza KL pada 5 Julai 1993 untuk mendapatkan penerangan mengenai pembedahan berkenaan. "Dalam pertemuan itu, dia (Mona) meminta saya menjadikannya lebih muda dan cantik," katanya. Dr Wong berkata, pembedahan untuk menegangkan kulit muka dan dahi serta hidung itu berjalan hampir lima jam. Pembedahan itu adalah dari belakang teling kanan, merentasi atas kepala dan ke bawah bahagian belakang teling kirinya. Dr Chua menyifatkan pembedahan itu sebagai biasa, walaupun agak intensif. Doktor pakar itu juga memberitahu mahkamah, Mona keluar dari hospital itu dua hari kemudian.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 11:53 AM | Show all posts
Haa tu jerk yg mampo den tepekkan..

nak tau lebih lanjut..silalah ke web yg telah dibui di atas..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-12-2013 11:53 AM | Show all posts
cLiNiQue^HaPPy posted on 3-12-2013 11:08 AM
sila bagi
iols pun nak  baca
thanks

Kat sini..

http://beliafun.proboards.com/index.cgi?board=kisahkejam

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 12:43 PM | Show all posts
Sufeenan posted on 3-12-2013 11:53 AM
Kat sini..

http://beliafun.proboards.com/index.cgi?board=kisahkejam

kak suff semangat yah buat akaun baru kat situ hahahaaaa

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2013 12:46 PM | Show all posts
yayah8989 posted on 3-12-2013 12:43 PM
kak suff semangat yah buat akaun baru kat situ hahahaaaa

Haha..ghajinnya yahhhh...!

Awaitnya..xdak akaun xleh bace ke..?
Akak leh jer baca walau x dek akaun..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 02:14 PM | Show all posts
fifie_olin posted on 2-12-2013 03:26 PM
OT jap....
lawak la abatar ko....mmg kecewa abis la ni yer....

apa blh buat job dah xder
taraf hidup lak makin tinggi tu yg kucewa memanjang
Last edited by qish8484 on 3-12-2013 02:24 PM

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 02:23 PM | Show all posts
Sufeenan posted on 3-12-2013 12:46 PM
Haha..ghajinnya yahhhh...!

Awaitnya..xdak akaun xleh bace ke..?

boleh je tetobe menggatal t

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 03:38 PM | Show all posts
Sufeenan posted on 3-12-2013 11:53 AM
Kat sini..

http://beliafun.proboards.com/index.cgi?board=kisahkejam

thank u uolssss
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 05:38 PM | Show all posts
itik2 jawa mati beragan tu ape?
jin2 setan mati x dijamu makan  ke??
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 12:38 AM | Show all posts
Sufeenan posted on 3-12-2013 11:53 AM
Kat sini..

http://beliafun.proboards.com/index.cgi?board=kisahkejam
sory, aku silap post..
dh edit..

Last edited by ip_lepat on 4-12-2013 01:13 AM

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah dh abis baca psl kes mona fendi ni.kat link bloq tu..
Walaupun xbapa nak phm sgt tp baca juga smpai abis.. mmg best juga la baca ada part dia huraikan cara mangsa dikerat tu alamak hai dh dok imagine smpai nk termuntah lak..

masih ngat masa kecik tkt nak kuar umah sebab mak ckp nanti kuar la mona fendey culik pastu dia kerat..pdhal masa tu mona fendey dh.kena tangkap dh

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Sufeenan posted on 3-12-2013 11:49 AM
Agak2 nanak fenin2kan kepala..xyah ler baca full law report tu..

Haa..ni dh jmpa..

Thank u sebab kongsi info..
Leh juga baca2..
masa baca kes ni time mlm2 rasa seram pun ada gak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2013 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_shiwari posted on 4-12-2013 01:17 PM
Thank u sebab kongsi info..
Leh juga baca2..
masa baca kes ni time mlm2 rasa seram pun ada gak..

most welcome...

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2013 11:55 AM | Show all posts
Tak dak sambungan ker?
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2013 12:00 PM | Show all posts
Kisah arwah mona fandey ni kan buat aku addict sangat nk baca..
Keluar la cite yg sama berulang kali, kisah yg sama berulang kali,
Tentang sejarah hidup die, smpai kene tangkap and sampai akhir hayat die..
Aku tak penah jemu nak baca..
Alfatihah untuk arwah..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2013 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayah kwn aku terlibat dlm siasatan..
dia kata die pernah tertengok gmbar bukti kes..tp ayah die pn xde kene gangguan pape pun..cuma ayah dia kata ngeri la kalau pergi tpt dia tanam tu..sbb very inhuman
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:28 PM GMT+8 , Processed in 0.071017 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list