View: 3726|Reply: 3
|
soal jawab sains matematik dlm BM
[Copy link]
|
|
Saya dan beberapa orang kawan sedang mencuba untuk menghasilkan sebuah website soal jawab matematik dalam bahasa Malaysia. http://ppsmm.fajarhac.com . Kami merasakan sistem pendidikan perlu berubah, zaman sekarang ilmu pengetahuan mudah sangat dicari dengan enjin carian Google sebagai. Ini menjadikan pelajar tak banyak berfikir, yang penting boleh jawab. Apatah lagi sistem pendidikan yang bermatlamatkan pepriksaan. Saya hairan, kenapa ilmu luar dari sekolah (universiti) lebih seronok. Saya sendiri misalnya belajar pengaturcaraaan(programming) komputer dari youtube. Dalam proses pembelajran sendiri, banyak soalan yang saya sendiri nak tahu. Hasil dari ingin tahu saya mencari2 di internet dan sedikit demi sedikit saya menambah ilmu pengaturcaraan. Yang paling penting, ilmu ni lekat. Berbeza dengan sekolah (universiti), kita kadang2 disuap dengan ilmu. Benda yang tak ingin pun kita tahu, di beritahu. Ya! pengetahuan bertambah tapi sayangnya pengetahuan tanpa perassaan tak lekat lama. Lagi-lagi jika belajar untuk ujian, peperiksaan. Dalam seminggu musim ujian saja pandai, lepas dari itu kosong.
Saya merasakan bertanya merupakan satu cara pembelajaran yang terbaik. Tapi tanpa pengetahuan awal ( belajar dalam kelas ), pelajar tidak akan ada apa^apa untuk ditanya. Saya tidak mengatakan sistem sekolah sudah tidak relevan untuk zaman ini. Saya cuma rasa, pembelajran formal perlu dikurangkan dan lahirkan pelajar yang berfikir. Lahirkan pelajar yang nak kan ilmu, pelajar yang nak tahu. Jika benar pelajar nak tahu, dia akan bertanya. PPSMM bukan lah web untuk melawan wikipedia. PPSMM selain daripada mengembangkan bahasa Malaysia dalam pengetahuan sains matematik PPSMM juga bertujuan mencari dimana bahagian kebanyakan pelajar-pelajar sukar untuk faham.
Untuk menjadikan PPSMM satu web soal jawab matematik dalam bahasa Malaysia. Kami memerlukan orang (guru, pelajar sendiri,sesiapa saja) yang boleh menerangkan jalan untuk mendapat jawapan kepada permasalahan bersesuai dengan pelajar itu sendiri. Kami juga memerlukan pelajar untuk bertanya, supaya dapat dicari penyelesaian dan mengumpul data tentang masalah pelajar.
:: Walaupun PPSMI telah ditamatkan itu belum membuktikan bahasa Malaysia berjaya sepenuhnya, selagi kita tidak membuktikan BM itu mapu dalam sains matematik, selagi itu PPSMI ke-2 mungkin berlaku. Saya rasa PPSMI dibatalkan lebih kerana usaha politik berbanding dengan bukti sains dan kajian. Kami tubuhkan ini dengan niat untuk buktikan BM Boleh!
|
|
|
|
|
|
|
|
oo gaya stackoverflow ek.....good job |
|
|
|
|
|
|
|
merrissa posted on 1-12-2013 04:43 PM
oo gaya stackoverflow ek.....good job
Thanks.
ya, guna opensource question2answer(q2a). q2a memang cuba tiru stackoverflow pun, tapi guna php.
|
|
|
|
|
|
|
|
untuk menarik pelajar sukakan alam pembelajaran di sekolah..teknik pengajaran perlu diubah..jangan hanya gunakan papan putih sahaja..dan jangan hanya gunakan power point sahaja...macam mana seseorang lebih suka cari maklumat guna youtube???sebabnya video.itu jawapannya..pembelajaran menggunakan video akan cepat tangkap..sekolah perlu mencari dan memikirkan modul pengajaran menggunakan video..manusia akan lebih cepat ingat apabila ada visual..kalo isu matematik, fizik,kimia macam mana nk videokan..cuba lihat kt yotube video dari MIT university...professor disana menggunakan pendekatan pengajaran yang sangat menari... |
|
|
|
|
|
|
| |
|