View: 117620|Reply: 2407
|
[Tempatan]
banjir di pantai timur, melaka dan johor : Vol 2
[Copy link]
|
|
Ibu tunggal bina rumah rakit hadapi banjir
JERANTUT - Seorang ibu tunggal dari Kampung Paya Garuk sanggup menghabiskan RM4,000 untuk membina sebuah rumah rakit bagi menempatkan barangan dan harta benda daripada ditenggelami air setiap kali musim banjir tiba.
Hanisah Mat Sarif, 45, berkata, dia membina rumah rakit itu sejak tahun 2005 bagi persediaan awal untuk menghadapi banjir yang berlaku di kampung mereka.
Menurutnya, dia yang berniaga kecil-kecilan di kampung itu perlu membuat rumah rakit itu kerana tidak sanggup mengalami kerugian besar setiap tahun akibat banjir.
“Apabila tiba musim tengkujuh saya akan simpan semua barangan rumah termasuk peralatan elektrik dalam rumah rakit ini. Alhamdulillah, usaha dan inisiatif saya ini mampu menyelamatkan harta benda daripada musnah akibat banjir.
“Saya juga jadikan rumah rakit ini sebagai tempat perlindungan kerana rumah saya dinaiki air,” katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Jerantut Feri, Sabri Kamaludin berkata, walaupun ibu tunggal itu menjadikan rumah rakit itu sebagai tempat perlindungan tetapi dia perlu juga dipindahkan ke pusat pemindahan banjir.
Menurutnya, ini kerana ia melibatkan keselamatan selain perlu mendapatkan bantuan banjir yang disediakan kerajaan.
sinar harian
Last edited by perang_sivil on 6-12-2013 11:07 AM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pondok Al-Imaniah tenggelam
JERANTUT - Lebih 100 penghuni Pondok Al-Imaniah di Kampung Jerantut Feri, di sini, tidak menyangka kediaman mereka ditenggelami air apabila banjir melanda daerah ini sejak dua hari lalu.
Zainab Jusoh, 76, berkata, air mula naik secara perlahan kira-kira jam 4 pagi kelmarin kerana pondok tersebut berada berhampiran sungai.
“Ketika itu kami mula membuat persiapan untuk memindahkan barang-barang penting kerana kebanyakan penghuni di sini warga emas.
“Saya hanya sempat menyelamatkan pakaian dan periuk elektrik sahaja manakala barangan lain semuanya ditenggelami air,” katanya.
Bagi Wan Bidah Wan Bakar, 80, dia hanya sempat menyelamatkan diri dan pakaian sahaja kerana sudah uzur.
Menurutnya, dia menghubungi anaknya di Kampung Paya Garuk supaya datang membantunya namun tidak dapat kerana kampung tersebut terputus hubungan.
“Saya sendiri dipimpin orang lain untuk menyelamatkan diri kerana sudah tidak larat dan tidak sempat mengeluarkan barangan lain termasuk barang elektrik yang digunakan seharian,” katanya.
Mudir pondok berkenaan, Ahmad Mohamad berkata, kejadian tersebut adalah kali pertama sejak ia dibina pada 2008.
“Pondok ini menempatkan lebih 100 orang termasuk 25 pelajar tahfiz dan mula beroperasi pada 2010 tetapi tidak pernah berdepan masalah banjir.
“Hampir semua kediaman penghuni ditenggelami air menyebabkan banyak barang-barang milik penghuni di sini tidak sempat diselamatkan,” katanya.
Ahmad berkata, kebanyakan penghuni telah pulang ke rumah mereka dan pelajar tahfiz serta warga emas yang masih tinggal ditempatkan di kawasan yang lebih tinggi.
Menurutnya, pihaknya kini sedang giat memindahkan al-Quran dan barangan yang terdapat di dalam dewan utama agar ia tidak ditenggelami air.
“Air semakin naik dan kami anggap ini adalah satu ujian ALLAH SWT untuk semua penghuni serta tenaga pengajar di sini,” katanya.
sinar harian
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bagus makcik ni.. leh jadi ahli parlimen.. idea bagus..
compare ngan lampi2 yg duk bersirak kat pwtc tuh |
|
|
|
|
|
|
|
Wahhh... Rumah kedua dah.. syabas Miaw..
Laporan Lalulintas yang ditutup di Kelantan
Sumber : ebanjir Negeri Kelantan
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kelass akak buat rumah rakit tu.. Camni lah sediakan payung sebelum hujan!
|
|
|
|
|
|
|
|
Putus hubungan darat ! Bantuan Makanan dihantar melalui helikopter di Cherating
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ok... saya masuk tinggal tanda dulu... mudian baru see thruu |
|
|
|
|
|
|
|
bagus makcik ni.. btol la every year kot banjir.. so dh ade persiapan sket..
|
|
|
|
|
|
|
|
miawpink posted on 6-12-2013 10:54 AM
Putus hubungan darat ! Bantuan Makanan dihantar melalui helikopter di Cherating
tahniah miaw kerana tak berenti-renti menaip utk memaparkan keadaan terkini banjir khususnya di pantai timur!
|
|
|
|
|
|
|
|
miawpink posted on 6-12-2013 10:54 AM
Putus hubungan darat ! Bantuan Makanan dihantar melalui helikopter di Cherating
Nasib baik jugaklah helikopter baru dah sampai.takdelah nak harapkan nuri mcm dulu2 |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah makcik..atas inisiatif sendrik plak tuh..
sanggup berhabisan guna duit sendri buat perancangan rapi..
syabas makcik..!!
|
|
|
|
|
|
|
|
Terbaek lah macik ni
sediakan payung sebelum hujan kaedahnye..
|
|
|
|
|
|
|
|
Lebih 30,000 mangsa banjir di pusat pemindahan
KUANTAN - Sebanyak 34,235 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di Pahang dalam keadaan cuaca mendung pagi ini.
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, mereka yang dipindahkan ini adalah dari lapan daerah - Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Jerantut, Lipis, Temerloh dan Bera.
"Kuantan masih mencatatkan jumlah mangsa paling banyak iaitu 27,391 orang yang ditempatkan di 48 pusat pemindahan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Di Rompin, sebanyak 2,865 mangsa banjir ditempatkan di 14 pusat pemindahan, Pekan (3,218 orang), Maran (49 orang), Jerantut (451), Lipis (33), Temerloh (167) dan di Bera, daerah terbaharu membabitkan pemindahan pukul 6 pagi ini, menempatkan 61 orang.
Sementara itu beberapa jalan utama masih ditutup akibat dinaiki air melebihi satu meter, antaranya Km28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan, Km72 Jalan Kuantan-Segamat, Km62 Jalan Kuantan-Rompin. - Bernama
sinar harian
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
smart thinking akak hat buat rumah rakit tuh...
|
|
|
|
|
|
|
|
Turun pdg ke Dendang, Nerang, Jerangau Sungai d Hulu Dungun dgn myampaikn sdikit bantuan bg mereka yg terlibat banjir
-Ustaz Saiful Bahri-
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|