CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2994|Reply: 0

'Abang Power' juara CP130

[Copy link]
Post time 10-12-2013 05:12 PM | Show all posts |Read mode
AHMAD Fuad Baharudin menutup tirai musim 2013 dengan sempurna setelah dinobatkan sebagai juara keseluruhan CP130 sebaik menjuarai pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2013 yang berakhir di Shah Alam, Selangor, semalam.

Pelumba Faito Yamaha Motobert itu menamatkan 18 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 17 minit 54.609 saat menewaskan Ahmad Fazli Sham (Yamaha Maju Motor Racing) di tempat kedua dengan masa 17:56.887s sambil Mohd Fitri Ashraf Razali (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) ketiga, 17:58.150s.

“Sukar untuk menggambarkan perasaan saya pada hari ini (semalam). Kerja keras dan usaha yang tidak pernah berhenti membawa saya kepada gelaran ketiga sepanjang karier saya sejak hampir 16 tahun lepas.

"Saya berterima kasih kepada seluruh pasukan yang bekerja keras sepanjang tahun ini, penaja dan begitu juga seluruh keluarga serta penyokong yang tidak pernah berhenti menyokong saya selama ini,” kata pelumba yang cukup dikenali dengan gelaran ‘Abang Power’ itu.

Pada usia 34 tahun, Fuad membuktikan usia bukan penghalang apabila muncul pelumba terbanyak memenangi perlumbaan pada musim ini dengan tiga kemenangan setelah berjaya menjuarai perlumbaan Pusingan 2 di Melaka, perlumbaan Pusingan 8 di Jempol dan di Shah Alam.


Ahmad Fuad puas ditabal pemenang Pusingan 10 Cub Prix di Shah Alam, semalam.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:54 PM GMT+8 , Processed in 0.085500 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list