Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
2030
View
0
Reply

'Abang Power' juara CP130

[Copy link]

Author: cef_gango       Show all posts   Read mode

Author
Post time 10-12-2013 05:12 PM | Show all posts |Read mode
AHMAD Fuad Baharudin menutup tirai musim 2013 dengan sempurna setelah dinobatkan sebagai juara keseluruhan CP130 sebaik menjuarai pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2013 yang berakhir di Shah Alam, Selangor, semalam.

Pelumba Faito Yamaha Motobert itu menamatkan 18 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 17 minit 54.609 saat menewaskan Ahmad Fazli Sham (Yamaha Maju Motor Racing) di tempat kedua dengan masa 17:56.887s sambil Mohd Fitri Ashraf Razali (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) ketiga, 17:58.150s.

Sukar untuk menggambarkan perasaan saya pada hari ini (semalam). Kerja keras dan usaha yang tidak pernah berhenti membawa saya kepada gelaran ketiga sepanjang karier saya sejak hampir 16 tahun lepas.

"Saya berterima kasih kepada seluruh pasukan yang bekerja keras sepanjang tahun ini, penaja dan begitu juga seluruh keluarga serta penyokong yang tidak pernah berhenti menyokong saya selama ini, kata pelumba yang cukup dikenali dengan gelaran Abang Power itu.

Pada usia 34 tahun, Fuad membuktikan usia bukan penghalang apabila muncul pelumba terbanyak memenangi perlumbaan pada musim ini dengan tiga kemenangan setelah berjaya menjuarai perlumbaan Pusingan 2 di Melaka, perlumbaan Pusingan 8 di Jempol dan di Shah Alam.


Ahmad Fuad puas ditabal pemenang Pusingan 10 Cub Prix di Shah Alam, semalam.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.085040s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list