CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8867|Reply: 28

Bahaya Vaksin Kepada Anak-anak

[Copy link]
Post time 13-12-2013 10:15 AM | Show all posts |Read mode
Maaf, saya masih baru di sini ..Klu dah ada thread pasal ni momod boleh tak merge kan..saya ni bakal menimang cahaya mata..biaselah klu first time parents ni memang excited n nak tahu macam2 tentang bayi..Maklumlah, nak yang terbaik untuk tersayang..Tapi kebelakangan ni,especially dalam FB ramai kawan2 post pasal bahaya vaccination pada bayi..Ada yang suggest supaya jangan bagi anak vaksin sebab ada kesan sampingan dan tak baik untuk perkembangan bayi..Sama ada ni hoax, teori konspirasi atau ape pun tak taulah..tapi sedikit sebanyak terkesan jugak..Saya jadi khuatir dan berbelah bagi sama ada nak bagi atau tak sebab takut memudaratkan bayi..Kawan-kawan kalau ada info lanjut saya sangat alu-alukan untuk berkongsi tentang isu ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2013 10:26 AM | Show all posts
aku kena vaksin elok je besar... ni yg vaksin kerajaan wajibkan tu ke?? kalau itu je tk de hal..kalau vaksin tambahan..rasa ye kot..tk payah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2013 10:35 AM | Show all posts
itulah..sayapun membesar dengan vaksin..bila saya cakap budak2 dulu vksin xde hal pun, tapi ada yang jawab vaksin dulu lain, sekarang lain..saya pun xtau sebab kite ni bukan orang yang khusus dalam bidang ni kan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2013 10:47 AM | Show all posts
ikut pada mak pak budak tu sendiri la.. vaksin ni sekadar prevention jer. Tapi kalau aku, memang semua jenis vaksin aku bagi kat anak aku, even yg extra mcm pneumococcal dgn rota virus pun aku bagi sebab dah penah tgk anak2 kawan yg kena benda ni. ada parents yang tak bagi sebab anak depa setakat duk umah jer..means takde hantar pegi umah babysitter atau bergaul dgn anak2 org lain. Tapi kalau ikut kawan aku yg keje dlm bidang medical ni, dia mmg bagi anak2 vaksin sebab keje dia hari2 terdedah pada pelbagai jenis virus dgn penyakit, so dia xnak la benda tu berjangkit kat anak2 pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2013 10:51 AM | Show all posts
ye ke... takkan la para2 doc pakar kat m'sia ni nak biarkan vaksin tuh memudaratkan bayi2 skarang ni... nyawa  manusia tu... skarang pon anak tengah amik vaksin tiap2 bulan kat KK... takde pulak nurse tu semua cakap bahaya tp digalakkan suh datang lagi ade la sbb nak elakkan budak senang demam atau jatuh sakit katenye...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 10:51 PM | Show all posts
i pun serba salah serabut nak teruskan vaksin ni ke tak for my baby...i join group OHUB kat facebook. ngeri juga la bila baca posting kat dalam tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-12-2013 10:06 AM | Show all posts
thehakims1 posted on 17-12-2013 10:51 PM
i pun serba salah serabut nak teruskan vaksin ni ke tak for my baby...i join group OHUB kat facebook ...

tulah kan..terlampau banyak info pun boleh pening..anyhow, we just want the best for them..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 12:19 PM | Show all posts
pernah..th juga pasal vaksin ni..
tp bila daftar masuk sek anak darjah 1..sek akan minta rekod perubatan kesihatan injection dr anak lahir smpai 2 thn..
bukan ker nnt ada masalah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2014 04:25 PM | Show all posts
Saya pun ramai kawan-kawan yang memilih untuk tidak beri vaksin pada anak-anak. Untuk buat pilihan tidak beri vaksin, parents kena banyak membaca, dapatkan pandangan yang menyeluruh dan betul-betul bersedia dan aware tentang kesannya pada masa depan anak-anak.

Saya sendiri memilih untuk vaksinkan anak-anak sebab tak cukup ilmu dan tidak berani untuk tanggung risiko pada kesihatan anak pada kemudian hari. Walaubagaimanapun, saya tetap hormat pada pandangan rakan-rakan yang memilih jalan yang berbeza sebab setiap ibu bapa mesti mahukan yang terbaik untuk anak masing-masing.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2014 02:39 PM | Show all posts
rasanya vaksin tu kan bagus untuk protection anak anak dr berjangkit. takde masalah kalau kite taknak amek vaksin drpd kerajaan bg tu tp esok esok kalau pape jadi tadah jelah telinga dengo... bkn ape.. vaksin ni kan fungsinya untuk melindungi anak anak kite dr penyakit yg berbahaya... cthnye pneumococcal tu... ntah btul tak aku eja tu.. kerajaan tak wajbkan amek sebab vaksin tu sgt mahal.. so kene amek sendiri di swasta.. ade sesetengah vaksin yg kite bleh taknak amek.. depend... kene ada ilmu yg tinggi.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2014 05:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Jika saya bukan dari jurusan perubatan dan tidak belajar mengenai vaksinasi pasti mudah terpengaruh dengan maklumat-maklumat yang tersebar di internet mengenai vaksinasi. Saya tidak menyokong dan tidak menentang penggunaan vaksinasi, cuma ada beberapa perkara yang perlu untuk sama-sama kita cakna.

1. Madu, habbatus sauda, dan lain-lain supplemen boleh menguatkan imunisasi badan tetapi tidak menghasilkan immune yang spesifik kepada penyakit tertentu. Mengambil vaksin tidak bermaksud anda tidak percaya pada Nabi dan begitu sebaliknya.

2. Tahukah anda semenjak zaman berzaman, penggunaan ubat telah menyebabkan bakteria, virus dan penyakit berevolusi menjadi lebih "resistant" dan lebih berbahaya. Kita sekarang hidup di zaman ini.

3. Betul, setiap ubat dan vaksin dihasilkan dengan kajian berpuluh-puluh tahun malah mungkin ratusan masih ada side effect masing-masing. Ia dibuat bukan bertujuan untuk mencacatkan anak anda, dan kita tidak boleh hukum rambang setiap side effect.

4. Setiap penyakit berbeza, jauh berbeza. Ibu bapa perlu rujuk pada Dr pakar untuk mengetahui side effect setiap vaksin, apa risiko jika tidak ambil. Setiap vaksin ada side effect dan risiko yang spesifik.

5. Vaksin haram ? Setiap ubat dan vaksin sangat meluas sumber dan bahan kandungannya, tidak boleh pukul rata halal dan haram sesuatu vaksin. Apa nama vaksin tersebut? Adakah di Malaysia juga menggunakan vaksin yang sama? Adakah alternatif untuk vaksin tersebut ?

6. Mostly Dr pakar sibuk dan tiada masa yang cukup untuk membuat kempen kesedaran tentang vaksin dengan maklumat yang lengkap jika dibandingkan dengan kempen anti-vaksin yang kebanyakannya meluas dengan sangkaan tanpa maklumat yang spesifik. Jadi sila rujuk pakar.

7. Gaya hidup, pemakanan, persekitaran banyak mempengaruhi sebab musabab dan risiko sesuatu penyakit. Tidak boleh pukul rata :

"anak dia tak ambil vaksin pun boleh hidup sampai sekarang"
"tengok anak dia ambil vaksin, kan dah kena dyslexia"

Adakah dyslexia itu disebabkan oleh vaksin atau congenital (sejak lahir) tetapi hanya disedari apabila anaknya bersekolah.

8. Sila baca, kaji dan rujuk pada Dr pakar. Jika kita tidak mampu untuk memahami semua, sila dapatkan nasihat doktor.

Doktor pakar "know everything about something not everything about everything"

9. Amalan gaya pemakanan yang sihat, gaya hidup yang sihat, dan menjaga kebersihan adalah imunsasi paling berkesan. Namun tidak bermakna anda tidak perlukan vaksin dan tidak juga vaksin memadam semua keperluan itu.

10. Vaksin dibuat untuk penyakit berjangkit demi kemaslahatan komuniti bukan hanya untuk anak kita sahaja. Sayangkan anak perlu diimbangi dengan maslahat orang awam dan perlu didasari pengetahuan yang cukup. Bukan semudah memilih madu habbatus sauda atau vaksin. Juga perlu faham antara sayangkan anak sekarang atau 20 tahun akan datang.

Kopipes Sumber ilmiah

Conclusion me:
Byk baik dr buruk x mbik vaksin Ni
Skrg Ni bangla-vietnam-india bersepah2 d bumi Malaysia dgn pelbagai penyakit d bawanya..mencegah lebih baik dr mengubatinya..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2014 07:46 PM | Show all posts
Dulu aku hampir terpengaruh jugak xmo bg anak2 vaksin sb ada baca pro n kontra..

Last aku bg jugak sb aku pegang prinsip berusaha, berikhtiar n tawakal...
kalo terjadi jugak benda buruk sekurangnya aku tak menyesal sb dh berusaha..
Sb anak2 xboleh buat keputusan lagi...kalo dia boleh berkata2 mesti anak2 tanya kenapa biarkan mereka sakit tanpa berusaha mencegah..betul x?

Dan tolong bg ubat kat anak kalo anak sakit..org dewasa yg sakit pun telan ubat inikan pulak budak..
Pcm tu no harm pun.. Jgn overdose sudah..

Kalo nak ckp pasal mati, ko tido atas tilam yg empuk pun belum ada janji pasti esok pg ko bangun sihat kan..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 01:54 AM | Show all posts
Saya penah tanya pasal ni kat doktor sbb sy pon dh dipengaruhi oleh ramai prof n doctor fb.

Doktor yg bertauliah ni ckp... kalau benda tu memudaratkan buat apa kerajaan spend byk utk vaksin ni. Lg baik guna this money utk bina bangunan n benda lain?

And i agree about that.

Lg satu doktor kejanya nak cr solution suupaya kita sihat.. kalo vaksin ni byk negative sgt xkan doktor2 ni nak setuju ye dak... depa dh belajar smpai pusing otak2. Hihi. Buat tambah keja depa ja kalo benda ni utk menambahkan bilangan umat dlm hosp. ..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya pelik dgn org yg anti vaksin..da isolate dgn dunia sendiri..LPs tu mandai jd doctor Google..lps tu rase cerdik Sgt.

Yup Ada kwn salahkan vaksin sb anak die dpt autism.. Bkn ker autism ni genetik ..?
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2015 10:27 AM | Show all posts
poison_paradise replied at 17-12-2014 11:35 PM
Saya pelik dgn org yg anti vaksin..da isolate dgn dunia sendiri..LPs tu mandai jd doctor Google..lps ...

x silap sy, dlm insert vaksin tuh, mmg ada ckp adverse effect dari vaksin tuh salah satunya autism. Tak semua badan boleh terima vaksin, yg x boleh terima tuh akan ada kesan tindakbalas. Infact demam lepas cucuk pun consider adverse effect. Selalu doc akan ckp yg ne aje, more than that doc tak akan cakap.

saya bukan antivaksin, anak sulung sy mmg full vaksin with extra(phnemucocal, meningitis, influeza, Hep, ntah apa lagi sy ambik, ribu2 jugak ler abis), cumanya bila ank kedua sy lahir, ada ekzema, and bila sy sy cucuk, ekzema dia lagi worst. dari situ saya setat menggali ilmu, google, diskuss with doc, so i decided to delay vaks for my son. Sekarang umur dh 7mths, vaksin masih delay, sbb ekzema masih belum baik. Vaksin tidak menyebabkan ekzema, cumanya vaksin boleh menjadikan ekzema lebih teruk. Konsepnya mudah, bila anak demam, doc mmg tidak akan cucuk, sbb imun anak kita tgh tidak kuat. same goes with ekzema, bila anak ada ekzema, meaning imun dia tidak kuat, dah tidak sepatutnya divaksin jugak, Bukan tidak vaksin terus, cuma delay. lepas sembuh terpulang nak berhenti terus or teruskan vaksin.

Vaksin tidak wajib, Terserah kepada parent nak vaks or tidak. Sebelum ambik keputusan untuk vaks or tidak vaksin, dptkan info byk2, jgn hanya ikut org.

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2015 09:47 AM | Show all posts
isms replied at 12-1-2015 10:27 AM
x silap sy, dlm insert vaksin tuh, mmg ada ckp adverse effect dari vaksin tuh salah satunya autism ...

saya sokong yg ni..vaksin xsemua orang sesuai..bergantung pada imun bdn ank..tp orang yg xvaksin ank kita jangan hentam..yang vaksin anak pn kita xblh hentam..saya sendiri stop vaksin ank masa 1 tahun..vaksin xwajib..xsalah tanya pakar dan banyak baca buku..utk refer dgn goggle pn blh sbg ilmu tambahan(tp tetap refer dgn doc)..ye doc lebih tahu..ada juga doc yg xtahu wujudnya garis panduan gpfk (dari kkm)sebagai kesan2 minor or major selepas amik vaksin..kesan berlaku sehari,sebulan.or 1 year after that pun ada..lagi pun dalam islam pun galakkan kita membaca..xsalah untuk kita ambil tahu kandungan apa yg dicucuk oleh ank kita..kenapa setengah orang mesti menghentam cara parents utk decide apa yg ok dan xok utk ank mereka..dalam e fatwa sendiri cakap vaksin tu diharuskan bila datangnya darurat..
persoalannya kita ni dalam keadaan darurat ke..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2015 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang vaksin suka.hentam parents yg xmo.vaksin.ingat antibodies sume budak sama.kot!
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 05:24 PM | Show all posts
Kenapa semua private clinic tak ada stock vaccination ni ye?
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2016 01:11 PM | Show all posts
saja nak share.. from keretamayat blogspot..

So, cuba bayangkan jika ada ibu bapa menolak anaknya memakai helmet waktu naik motor.

Alasannya:

1. Helmet sebagai teori konspirasi.- Halmet adalah satu Konspirasi jahat Zionisme yang mana bahan dalam helmet boleh membuatkan kepala jadi berat, dan telinga menjadi tuli, maka senanglah yahudi nak menakluk orang islam.

2. Helmet itu bahaya ‘doktor alternative’ cakap Halmet tak organik, kena guna daun-daun kayu sebagai penutup kepala.

3. Halmet ni konspirasi penjual Halmet, mula mula mereka cipta jalan raya agar motor bergerak laju, lepas tu mereka jual Halmet untuk cegah kematian, padahal nak kaut keuntungan, ini semua jarum sulit yang melemahkan ummat islam..

4. Islam agama yang sempurna, Helmet haram sebab menyerupai orang kapir, siapa menyerupai orang kapir maka akan masuk neraka. Lagipun, jika betul Halmet boleh kurangkan kadar kematian jalan raya, kenapa zaman Nabi dulu Tuhan tak turunkan wahyu suruh guna Halmet, cukup kain serban sebagai pegangan.

5. Helmet haram sebab ustaz naik motor pakai serban, kita kena ikut ustaz, Nabi dulu naik unta mana pakai helmet? Bidaah!

6. Tolak Helmet kerana ada benda kotor. Besi kancing Helmet di buat dari besi yang tertimbus dengan tahi. Helmet juga haram kerana ada babi. Dalam selaput helmet ada tulang babi! Walaupun bukan semua halmet ada selaput babi dan benda kotor, tapi saya tolak semua jenis halmet dan berserah pada Tuhan sahaja waktu memandu.

7. Tolak Helmet sebab ramai yang jugak yang mati waktu eksiden. Anak saya pergi Sekolah tak pakai Helmet, ok jer, dah setahun berulang ke sekolah, anak jiran yang pakai helmet baru ni jatuh, lutut dan siku cedera. so sia sia sahaja pakai helmet.

8.Tolak Helmet sebab kepala saya keras macam batu, tak akan mati walau macam mana terantukpun, lagipun mati ni sebab Tuhan yang matikan, bukan sebab tak pakai helmet.

9. Tolak Helmet sebab orang yang jual helmet pun ada yang tak pakai helmet waktu naik motor.

10. Tolak helmet sebab ada kesan sampingan seperti rambut senget, kepala gatal, dan tudung berkedut-
Woha!

Sekian.

Aku bukan nak menghina sesiapa, tapi sebagai orang islam aku malu bila kita tolak fakta dengan hujah yang tak masuk akal. Ummat islam sepatutnya cermelang dan terbilang, bukan sembang dan temberang!
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2016 10:54 AM | Show all posts
bagi lah vaksin pada anak2..kesian plak klu diaorg sakit disebabkan kepandaian kita kononnya..dah klu pandai sgt kenapa x jadi doktor dlu. ni sibuk belajar dari google,dari group dah claim diri kita hebat xnak vaksin anak. esok2 kalau sakit sebab tak vaksin ke hospital yg suruh vaksin tu jgk korang menapak. nak je aku ckp kenapa pergi hospital? google n ikut group je la sampai akhir hayat anak ko

pendapat aku, vaksin salah satu usaha aku utk anak aku. memang x boleh sure 100 % akan protect anak tp sekurang2 salah satu usaha utk protect anak tu

contoh ko tak vaksin lepas tu ko jaga anak ko dgn habbatus sauda n etc (aku vaksin n amalkan jgk mknn sunnah) dan memang pantau anak ko gile2..andai satu hari umur ko tak panjang, anak ko dijaga org lain..boleh ke org lain tu jaga mcm ko jaga dah la dgn tak vaksin nya
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.938152 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list