CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: encikhebat

Bahaya Vaksin Kepada Anak-anak

[Copy link]
Post time 25-6-2016 10:57 AM | Show all posts
nor_aini.s replied at 22-5-2015 09:47 AM
saya sokong yg ni..vaksin xsemua orang sesuai..bergantung pada imun bdn ank..tp orang yg xvaksin a ...

boleh tanya, apa yg awak faham dgn darurat yg dinyatakan tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2016 05:50 PM | Show all posts
KENYATAAN MEDIA PERSATUAN PERUBATAN ISLAM MALAYSIA / ISLAMIC MEDICAL ASSOCIATION OF MALAYSIA (IMAM) BERKENAAN VAKSINASI
1. Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMAM) memandang serius penularan kembali penyakit berjangkit seperti Difteria yang telah lenyap sejak sekian lama. Terbaharu terdapat 11 kes Difteria yang baru (3 kes disahkan & 8 kes disyaki) yang melibatkan 2 kematian.
2. Penyakit ini timbul kembali akibat keengganan sebilangan ibu bapa mematuhi polisi dan nasihat Kementerian Kesihatan untuk menvaksinkan anak mereka mengikut jadual yang ditetapkan.
3. Faktor keengganan ini dikenalpasti berpunca dari salah faham masyarakat yang mendapat maklumat salah dari sumber terbuka seperti media sosial yang tidak diketahui kredibiliti dan tahap keilmuannya.
4. Selain itu, pendirian menolak vaksin juga berpunca dari mendengar hujah agama mengenai status vaksin daripada kelompok agamawan yang tiada keahlian dalam ilmu dan perihal perubatan yang rumit.
5. Masyarakat harus sedar bahawa vaksin adalah satu kaedah pencegahan yang telah diiktiraf dan diamalkan ribuan doktor Muslim yang ahli, amanah dan thiqah (dipercayai) di seluruh dunia. Adalah mustahil dan cetek fikiran jika ada yang mengganggap kelompok professional ini terpengaruh dengan konspirasi musuh Islam ataupun tidak maklum status halal haram vaksin semasa memberikannya kepada pesakit mereka.
6. IMAM memandang proses pelalian vaksin adalah amat menepati saranan Syariat Islam yang meletakkan penjagaan nyawa (Hifz an-Nafs) sebagai antara Maqasid yang diberikan prioriti utama.
7. IMAM juga menyokong sepenuhnya Polisi Vaksin Berjadual Kementerian Kesihatan sejak awal 70-an, dan menyeru masyarakat memanfaatkan kemudahan vaksin percuma ini. Usaha ini selaras kaedah Fiqh yang menyatakan "Polisi Pemerintah ke Atas Rakyat Haruslah Bersandarkan Kepada Maslahah".
8. IMAM menyeru kalangan agamawan yang berwibawa agar menyampaikan fakta yang benar mengenai vaksin dan menghindar prasangka yang tidak benar. Mana-mana pihak agama dan masyarakat yang masih keliru tentang peranan dan kepentingan vaksin disyorkan bertanya kepada mereka yang ahli dalam bidang ini iaitu doktor dan pakar perubatan yg Muslim terutamanya.
"Dan Kami tidak mengutuskan sebelum engkau (Muhammad), melainkan orang laki-laki yang Kami beri wahyu kepada mereka; MAKA BERTANYALAH KEPADA ORANG YANG MEMPUNYAI PENGETAHUAN JIKA KAMU TIDAK MENGETAHUI." An Nahl:43
9. Kehilangan nyawa oleh penyakit yang seharusnya dapat dicegah vaksin adalah suatu yang amat dikesali. Masyarakat tidak boleh fikir mudah mengatakan zaman Nabi dahulu tiada masalah walaupun tiada vaksin. Hakikatnya dunia hari ini terdapat pelbagai penyakit baru dan juga kemudahan pergerakan diantara negara/benua mendedahkan masyarakat kepada 1001 penyakit dari serata dunia.
10. Sebagai Muslim, dalam kita beriktikad bahawa Allah adalah Maha Menurunkan dan Menyembuhkan segala penyakit, kita juga wajib menerima bahawa manusia sebagai makhluk ciptaan Allah sentiasa tertakluk kepada aturan Sunnatullah Ilahi. Antaranya ialah manusia boleh sakit apabila dihidapi patogen seperti bakteria dan virus, dan didalam tubuh manusia pula terdapat sistem imun yang boleh diaktifkan secara pasif atau aktif bagi melawan patogen ini. Sunnatullah pada jasad inilah yang dikaji para saintis perubatan yang kemudiannya merumuskan vaksin mampu merangsang sistem imun manusia untuk mencegah jangkitan patogen tertentu.
11. Justeru IMAM menyeru agar setiap masyarakat tidak mementingkan diri sehingga membahayakan nyawa keluarga dan jiran tetangga. Galakan pengambilan vaksin sehingga tercapai 'Herd Immunity' yang tinggi dalam suatu komuniti adalah tanggungjawab Fardhu Kifayah setiap individu dalam masyarakat tersebut.
12. IMAM yang mempunyai lebih 3000 keahlian dari pengamal perubatan Muslim yang professional sedia menawarkan tenaga pakar kepada pihak institusi, jabatan, NGO dan media yang ingin mendapatkan penerangan tuntas atau menganjurkan program diskusi mengenai vaksinasi.
Sekian.
Islamic Medical Association Malaysia (IMAM)

sumber :
http://sozcyili.blogspot.co.uk/2 ... aan-media-imam.html

Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 05:50 PM | Show all posts
PERSATUAN PERUBATAN ISLAM MALAYSIA / ISLAMIC MEDICAL ASSOCIATION OF MALAYSIA (IMAM) BERKENAAN VAKSINASI

POSTED ON JUNE 23, 2016 BY ADMIN2
New Picture

1. Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMAM) memandang serius penularan kembali penyakit berjangkit seperti Difteria yang telah lenyap sejak sekian lama. Terbaharu terdapat 11 kes Difteria yang baru (3 kes disahkan & 8 kes disyaki) yang melibatkan 2 kematian.

2. Penyakit ini timbul kembali akibat keengganan sebilangan ibu bapa mematuhi polisi dan nasihat Kementerian Kesihatan untuk menvaksinkan anak mereka mengikut jadual yang ditetapkan.

3. Faktor keengganan ini dikenalpasti berpunca dari salah faham masyarakat yang mendapat maklumat salah dari sumber terbuka seperti media sosial yang tidak diketahui kredibiliti dan tahap keilmuannya.

4.  Selain itu, pendirian menolak vaksin juga berpunca dari mendengar hujah agama mengenai status vaksin daripada kelompok agamawan yang tiada keahlian dalam ilmu dan perihal perubatan yang rumit.

5.  Masyarakat harus sedar bahawa vaksin adalah satu kaedah pencegahan yang telah diiktiraf dan diamalkan ribuan doktor Muslim yang ahli, amanah dan thiqah (dipercayai) di seluruh dunia. Adalah mustahil dan cetek fikiran jika ada yang mengganggap kelompok professional ini terpengaruh dengan konspirasi musuh Islam ataupun tidak maklum status halal haram vaksin semasa memberikannya kepada pesakit mereka.

6.  IMAM memandang proses pelalian vaksin adalah amat menepati saranan Syariat Islam yang meletakkan penjagaan nyawa (Hifz an-Nafs) sebagai antara Maqasid yang diberikan prioriti utama.

7.  IMAM juga menyokong sepenuhnya Polisi Vaksin Berjadual Kementerian Kesihatan sejak awal 70-an, dan menyeru masyarakat memanfaatkan kemudahan vaksin percuma ini. Usaha ini selaras kaedah Fiqh yang menyatakan “Polisi Pemerintah ke Atas Rakyat Haruslah Bersandarkan Kepada Maslahah”.

8.  IMAM menyeru kalangan agamawan yang berwibawa agar menyampaikan fakta yang benar mengenai vaksin dan menghindar prasangka yang tidak benar. Mana-mana pihak agama dan masyarakat yang masih keliru tentang peranan dan kepentingan vaksin disyorkan bertanya kepada mereka yang ahli dalam bidang ini iaitu doktor dan pakar perubatan yg Muslim terutamanya.

“Dan Kami tidak mengutuskan sebelum engkau (Muhammad), melainkan orang laki-laki yang Kami beri wahyu kepada mereka; MAKA BERTANYALAH KEPADA ORANG YANG MEMPUNYAI PENGETAHUAN JIKA KAMU TIDAK MENGETAHUI.” An Nahl:43

9. Kehilangan nyawa oleh penyakit yang seharusnya dapat dicegah vaksin adalah suatu yang amat dikesali. Masyarakat tidak boleh fikir mudah mengatakan zaman Nabi dahulu tiada masalah walaupun tiada vaksin. Hakikatnya dunia hari ini terdapat pelbagai penyakit baru dan juga kemudahan pergerakan diantara negara / benua mendedahkan masyarakat kepada 1001 penyakit dari serata dunia.

10. Sebagai Muslim, dalam kita beriktikad bahawa Allah adalah Maha Menurunkan dan Menyembuhkan segala penyakit, kita juga wajib menerima bahawa manusia sebagai makhluk ciptaan Allah sentiasa tertakluk kepada aturan Sunnatullah Ilahi. Antaranya ialah manusia boleh sakit apabila dihidapi patogen seperti bakteria dan virus, dan didalam tubuh manusia pula terdapat sistem imun yang boleh diaktifkan secara pasif atau aktif bagi melawan patogen ini. Sunnatullah pada jasad inilah yang dikaji para saintis perubatan yang kemudiannya merumuskan vaksin mampu merangsang sistem imun manusia untuk mencegah jangkitan patogen tertentu.

11.  Justeru IMAM menyeru agar setiap masyarakat tidak mementingkan diri sehingga membahayakan nyawa keluarga dan jiran tetangga. Galakan pengambilan vaksin sehingga tercapai ‘Herd Immunity’ yang tinggi dalam suatu komuniti adalah tanggungjawab Fardhu Kifayah setiap individu dalam masyarakat tersebut.

12.  IMAM yang mempunyai lebih 3000 keahlian dari pengamal perubatan Muslim yang professional sedia menawarkan tenaga pakar kepada pihak institusi, jabatan, NGO dan media yang ingin mendapatkan penerangan tuntas atau menganjurkan program diskusi mengenai vaksinasi.

Sekian.

Islamic Medical Association Malaysia (IMAM)

22 Jun 2016
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 05:52 PM | Show all posts
nor_aini.s replied at 22-5-2015 09:47 AM
saya sokong yg ni..vaksin xsemua orang sesuai..bergantung pada imun bdn ank..tp orang yg xvaksin a ...

kesan apa tu boleh tahu?
dan kesan tu
berlaku dalam kajian - dalam bilangan / berapa subjek kajian?

Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 08:14 AM | Show all posts
say yes to vaccine )
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2016 08:34 PM | Show all posts
Vaksin: menerima pendapat pakar

MALINA OSMAN  |  01 Ogos 2016 6:06 PM



SUNTIKAN vaksin mampu mencegah banyak penyakit.


STATISTIK terkini oleh Kementerian Kesihatan mengenai penyakit difteria pada 27 Julai lalu mengesahkan lagi lima kes baru dengan satu kematian. Sejak kes difteria mula dilaporkan berlaku beberapa bulan lalu dengan mencatatkan beberapa angka kematian, isu vaksin terus menjadi liputan utama dalam diskusi masyarakat kita.

‘Aura’ perdebatan mengenai vaksin ini telah pun berlegar sejak beberapa dekad lalu. Diskusi itu terus menjadi isu hangat di platform media alternatif yang akhirnya pada masa ini mereka yang menolak vaksin membentuk kelompok yang terus mencabar hebat polisi vaksin negara.
Kelompok antivaksin mempunyai sebab tersendiri untuk berbuat demikian. Bagaimanapun, pola amalan yang mereka lakukan secara berasingan itu tidak lagi terbatas secara peribadi. Kewujudan media alternatif membo-lehkan apa sahaja yang dilakukan setiap individu dikongsikan untuk tatapan awam. Ini secara umum sangat mempengaruhi individu yang tidak mempunyai asas pengetahuan dan pengalaman saintifik.


Sebahagian golongan antivaksin adalah mereka yang terpelajar serta individu yang dihormati masyarakat. Antara hujah mereka menolak vaksin ialah vaksin mempunyai komplikasi sangat bahaya, dianggap menyalahi hukum agama, agenda provokasi Yahudi serta ‘batu locatan’ pihak tertentu mengaut keuntungan.

Walau perspektif berbeza, kita perlu tahu mengapa vaksin itu wujud dan sangat disyorkan, bagaimana vaksin bertindak dalam tubuh kita serta bagaimana sesuatu vaksin itu disahkan selamat sebelum ia disahkan selamat untuk masyarakat awam.Vaksin adalah bahan yang menghasilkan antibodi dalam tubuh seseorang terhadap penyakit tertentu. Ia mengandungi komposit bahan yang dinyahaktifkan kandungan toksiknya, yang mana kandungan biologi itu diperlukan untuk mengaruhkan antibodi terhadap sesuatu penyakit secara semula jadi. Sebagai contoh, vaksin terhadap difteria mengandungi bahan terdiri binaan molekul tertentu dari kuman difteria yang telah dimusnahkan komponen toksiknya; yang mana binaan itu menyebabkan tindak balas tubuh menghasilkan antibodi terhadap penyakit difteria.
Secara umum, penghasilan vaksin sama seperti penghasilan ubat yang digunakan dalam rawatan perubatan iaitu melalui ujian rawak klinikal yang sangat ketat serta didokumentasikan kesemua kesan sampingan yang berpotensi berlaku. Namun, pengetahuan mengenai rumitnya sesuatu ujian klinikal itu tidak difahami oleh golongan anti vaksin. Mereka secara umumnya mendefinisikan saintifik menurut acuan mereka tanpa asas pengetahuan yang benar. Justeru, fokus perbincangan mereka dalam mengemukakan hujah menolak vaksin menyimpang serta tidak mengikut terma dan syarat ilmu.


Laman web Children’s Hospital of Philadephia memaparkan hasil kajian yang sangat menarik dalam membahaskan isu ini. Pembentangan mereka pada November 2015 itu yang bertajuk Mengapa maklumat anti-vaksin sangat persuasif? Analisis kandungan laman web yang menjelaskan perkembangan strategi promosi vaksin. Kajian tersebut menilai sebanyak 480 laman web antivaksin dan mendapati sebanyak 65 peratus daripada laman web itu mengatakan vaksin sa-ngat bahaya, 62 peratus darinya menyebut vaksin menyebabkan autisme, manakala 41 peratus darinya memberikan maklumat vaksin boleh menyebabkan kerosakan otak.


Untuk menyokong hujah itu, 65 peratus dari laman web itu menyebut ia daripada pe-nemuan saintifik tanpa perincian manakala 30 peratus dari laman web berkenaan bergantung kepada testimoni! Lebih menarik, laman-laman web itu bukan sahaja memberikan maklumat tidak benar mengenai vaksin, 19 peratus daripadanya mempromosikan perubatan alternatif dan 10 peratus daripadanya mempromosikan homeopati. Tambah mengelirukan apabila ada yang mempromosikan diet tertentu sebagai ganti kepada vaksin dan merawat autisme akibat vaksin.
Kajian saintifik sebenarnya bukanlah mainan sesuatu hujah. Dalam mana-mana hasil akademik, tatacara penghasilan serta reka bentuk penyelidikan untuk mengesahkan keberkesanan serta selamat sesuatu bahan perlu diperincikan dengan menyandarkan kepada konsep validiti dan reliabiliti. Adalah tidak benar sekadar menyebut hujah penemuan saintifik namun apa dan bagaimana dilakukan tidak didedahkan. Dalam konteks penyelidikan saintifik, testimoni adalah bukti yang paling lemah untuk memberikan kesimpulan keberkesanan sesuatu bahan.



Dalam isu yang mengaitkan vaksin dan autisme pula, tidak ada bukti saintifik yang mengaitkan vaksin dan autisme. Kajian pada 1998 yang melaporkan hasil penemuan 12 kanak-kanak yang didakwa mendapat autisme akibat vaksin telah ditarik balik oleh majalah Lancet pada 2010 selepas artikel didapati mengandungi data palsu. Penyiasatan lanjut akhirnya mendapati penulis kajian tersebut sebenarnya ditaja oleh kelompok tertentu yang mengemukakan saman terhadap syarikat vaksin tertentu.

Pembohongan data kajian terserlah apabila penyiasatan mendapati lima daripada 12 kanak-kanak yang dilaporkan itu telah pun mendapat autisme sebelum mereka menerima vaksin! Namun, golo-ngan antivaksin terus membuat propaganda dan berbohong mengatakan kes tersebut sebenarnya telah disemak semula dan sebahagian data diperakui benar. Hal seperti inilah sebenarnya menjadi ‘duri dalam daging’ serta digunakan oleh mereka yang tidak kita pasti apa agendanya terus bertindak menentang polisi vaksin.

Kesimpulannya, terlalu ba-nyak skop dalam kehidupan kita yang masih tidak diketahui. Jika kita bukan ahli dalam sesuatu bidang, jangan pula memandai membuat kesimpulan. Tanyalah mereka yang lebih tahu.



PROF. MADYA DR. MALINA OSMAN ialah Pakar Kesihatan Awam (Epidemiologi Penyakit Berjangkit/ Biostatistik) Jabatan Mikrobiologi dan Parasitologi Perubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM).
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana ... thash.H2t9LYtf.dpuf
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2016 09:55 PM | Show all posts
naina replied at 19-8-2015 11:09 AM
Yang vaksin suka.hentam parents yg xmo.vaksin.ingat antibodies sume budak sama.kot!

kalau yang ni oklah, tapi yang tak ok
jenis parent yang terpengaruh sebab baca di fb
atau follow the mode anti vaccin
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2016 09:35 AM | Show all posts
anak2 kita semua kita vaksinkan
yup anak2 kita msh x sihat, dpt selsema dan kdg kala demam
apa puncanya tu semua
sbbnya kdg kala sbb cuaca, permakanan dan kelasakan anak kita sendiri
alhamdulillah klu batuk tu kita paksa mkn ubat kuranglah sikit'
dan kita ttp balancekan dgn pemakanan sunnah dan supplement lain
bukankah dlm Islam diunjurkan kita berusaha
xkanlah nk pasrah dan redha tanpa usaha
utk kwn2 kita yg xmoh vaksin anak mmg kita bg taw yg anak2 mereka not invited to our house sbb rumah kita tu kdg kala dgn anak2 buah yg msh baby selalu ada
dan kita selalu kata itu hak awak xmoh vaksinkan anak
dan ini hak kita utk x benarkan awak dtg rumah kita
sbb kita buat camtu adalah langkah utk pencegahan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2016 10:29 AM | Show all posts
hi, saya ingin berkongsi satu promosi. Kami sedang berkongsi sebuah buku panduan semasa kehamilan untuk ibu-ibu mengandung. Jika anda berminat, sila kunjungi link ini. http://www.lookp.com/promo-sept- ... _campaign=2016+sept
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 11:49 PM GMT+8 , Processed in 0.128824 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list