CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29690|Reply: 577

Tiada orang mahu kahwin orang gemuk

[Copy link]
Post time 16-12-2013 11:04 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: “Pelbagai usaha saya dan suami lakukan bagi memastikan dia tidak terus melayan nafsu makan terutama ketika menonton televisyen. Bimbangkan berat badannya yang berlebihan, kami mengambil keputusan berjumpa pakar pemakanan bagi mendapatkan nasihat, selain mengubah aktiviti hariannya dengan mengajak dia melakukan aktiviti sukan,” kata pemilik  restoran di ibu negara Elfitrawati Awang, 42, yang mempunyai anak lelaki dengan berat badan berlebihan, Putra Norhafiz Ilias, 7.
  Putra Norhafiz memiliki berat mencecah 54 kilogram.


Menurutnya, suaminya Ilias Awang, 48, sentiasa memberi sokongan dan semangat kepada Putra untuk menurunkan berat badan ketika anaknya itu memasuki usia lima tahun.




  Katanya, ketika itu, anak bongsu daripada tiga beradik itu memiliki berat badan mencecah 57 kilogram selepas dipercayai mempunyai selera tinggi terhadap makanan seperti ayam dan burger.
PUTRA Norhafiz mempunyai selera tinggi terhadap makanan seperti ayam dan burger.


  “Dengan berat badan menyamai orang dewasa, Putra mengalami gangguan pernafasan terutama ketika tidur. Bimbang dan kasihan dengan keadaannya, kami perlu membantunya supaya dia tidak terus melayan nafsu makan saja menyebabkan kami memaksanya bersukan walaupun pada awalnya dia agak malas.

  “Sejak itu, saya nampak perubahan dirinya walaupun selera makannya masih sama. Yang penting dia tidak lagi jadi pemalas dan semakin rajin membantu saya di kedai selain sering mengajak ayah dan adik beradik bermain badminton dan sepak takraw,” katanya.

  Elfitrawati berkata, bagi ibu bapa yang mempunyai anak obesiti, mereka tidak sepatutnya membiarkan anak menjadi pasif atau hanya berkurung di rumah dengan memberikan mereka apa saja makanan.

  “Pada awalnya memang sukar tetapi kita tidak boleh berputus asa jika mahu melihat anak sihat. Jika tidak, rasanya semakin bertambah berat badan mereka  mungkin mendapat pelbagai penyakit  kerana pergerakan yang terbatas,” katanya.

  Menurutnya, faktor suaminya yang sentiasa bergurau dengan menyatakan ‘tiada orang mahu berkahwin dengan orang gemuk’ menyebabkan murid Sekolah Kebangsaan La Salle, Petaling Jaya itu berusaha menurunkan berat badannya.

  “Syukur selepas memasuki sekolah, berat badan Putra susut tiga kilogram. Dia juga aktif bermain bola sepak, badminton dan takraw selain membantu saya di kedai dengan mengambil pesanan pelanggan dan membasuh pinggan mangkuk,” katanya.

  Menceritakan bagaimana berat badan anaknya berlebihan, Elfitrawati berkata, ia berlaku selepas doktor menyarankan supaya menukar susu formula ketika anaknya itu berusia tiga tahun.
  
“Sejak itu selera makannya semakin bertambah tetapi ia semakin menjadi-jadi selepas dia berhenti meminum susu kerana setiap hari hanya mahukan ayam goreng.

  “Dia akan menangis atau memberontak jika kami tidak menyediakan ayam dalam hidangannya dan keadaan itu menyebabkan kami buntu dan terpaksa mengikut kemahuannya,” katanya.
  
Elfitrawati berkata, pada masa kini dia berusaha mengubah menu Putra mengikut nasihat doktor dengan mengurangkan pemberian makanan berlemak dan berasaskan ayam.

  Harian Metro pada Rabu lalu melaporkan seorang budak lelaki berusia lima tahun Mohammad Danish Asyraaf mempunyai berat badan melampau iaitu 57 kilogram dipercayai akibat nafsu makan yang kuat hingga menjejaskan kecergasannya selain terpaksa tidur dalam keadaan duduk.

http://www.hmetro.com.my/myMetro ... /Article/index_html


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2013 11:06 AM | Show all posts
“Dia akan menangis atau memberontak jika kami tidak menyediakan ayam dalam hidangannya dan keadaan itu menyebabkan kami buntu dan terpaksa mengikut kemahuannya,” katanya.


boleh tak aku nak kata salah mak pak turut sangat kemahuan anak....

meronta ronta nak makanan itu ini....
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2013 11:08 AM | Show all posts
siapa laa doktor bagi maklumat salah tu...jgn guna jodoh utk lose weight okey...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2013 11:08 AM | Show all posts
ogata posted on 16-12-2013 11:06 AM
boleh tak aku nak kata salah mak pak turut sangat kemahuan anak....

meronta ronta nak makanan ...

boleh.
menangis juga boleh membakar lemak.

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2013 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
ogata posted on 16-12-2013 11:06 AM
boleh tak aku nak kata salah mak pak turut sangat kemahuan anak....

meronta ronta nak makanan ...

Ai setuju...sekeh aje anak yg nak mkn berlebihan ni...byk benor lemak nak merengek rengek nak mkn  byk...tak bagus utk kesehatan
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2013 11:09 AM | Show all posts
mak aku dulu jenis ape die masak kene makan jgn nk merungut, especially sayur paksa gak makan. pastu kene habiskan nasi. jgn membazir nnt nasi tu nangis. pastu ayat wajib, budak-budak kt afrika tu lagi kesian sbb tak makan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-12-2013 11:12 AM | Show all posts
So what kalau tak kahwin? Kalau tak kahwin, boleh mati ker?
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2013 11:14 AM | Show all posts
magnus posted on 16-12-2013 11:09 AM
Ai setuju...sekeh aje anak yg nak mkn berlebihan ni...byk benor lemak nak merengek rengek nak mkn  ...

sedara aku banyak yang kutuk anak anak kakak aku kurus keding melidi..padahal anak akak aku cukup makan nutrisi bagai...

kakak aku memang bagi jadual makanan kat anak anak..pkl 9 mlm stop makan apa apa jenis makan hatta roti sekeping.somemore anak akak aku semua nya actif.. otak orang kita anak gemuk berlemak tu cukup makan..yg kurus keding mak pak tak bagi makan meskin kata nya..lame ass!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2013 11:15 AM | Show all posts
mziskandar posted on 16-12-2013 11:08 AM
boleh.
menangis juga boleh membakar lemak.

kan..naggis meronta ronta...makin banyak lemak terbakar..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2013 11:17 AM | Show all posts
annehuda posted on 16-12-2013 11:09 AM
mak aku dulu jenis ape die masak kene makan jgn nk merungut, especially sayur paksa gak makan. pastu ...

modal atok nenek dan mak pak..harus gunakan anak anak africa tak cukup makan..hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2013 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
ogata posted on 16-12-2013 11:14 AM
sedara aku banyak yang kutuk anak anak kakak aku kurus keding melidi..padahal anak akak aku cukup  ...

Sedara mara mmg suka tgk anak montel montel...ai pun suka..tp mmg ada budak mkn byk manapun besor tu je lah badannya...kena biasakan tabiat mkn yg betul..mkn mlm awal sebelum pukul 7 contohnya mmg bagus..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2013 11:21 AM | Show all posts
ogata posted on 16-12-2013 11:14 AM
sedara aku banyak yang kutuk anak anak kakak aku kurus keding melidi..padahal anak akak aku cukup  ...

Otak orang Msia ni mmg bodoh. Bila gemuk dikatakan cukup mkn & yg kurus tak cukup makan. Anak ipar aku gemuk mcm badak pdhal umur baru 10 tahun. Perut boroi terlondeh. Ngeri aku nengok. Mana tak, semuda 3- 4thn dikasih minum cola, mkn burger, fries. Bodoh sungguh mak bapa zaman skrg ni. Sedangkan kita yg dewasa pun sakit klu minum byk minuman gas apatah lg budak kecik. Salahkan saja mak bapa yg terlalu mengikut anak nak mkn apa walaupun junk food. Karang muda2 camtu kena kencing manis baru ko tau.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2013 11:22 AM | Show all posts
Muntz posted on 16-12-2013 11:12 AM
So what kalau tak kahwin? Kalau tak kahwin, boleh mati ker?

aah nnt sperma sperma tu mati kesian sperma tu tak smpt nk disenyawakan

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2013 11:23 AM | Show all posts
budak2 memang suka ayam..
dah tokey kedai makan ayam bersepah..makanan keliling..hadap je la...
tengok la kedai2 makan/gerai tukang masak kalau akak2 30an keatas obes nya ya amat..
pas2 bila ada masa rehat kejap minum air manis..maunya xkena kencing manis..

mana ada doc yang bagi nasihat salah macam tu..
doc bagi nasihat macam lain..dia faham lain..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2013 11:23 AM | Show all posts
Peterpan17 posted on 16-12-2013 11:21 AM
Otak orang Msia ni mmg bodoh. Bila gemuk dikatakan cukup mkn & yg kurus tak cukup makan. Anak ipar ...

padan la muka kalau kena kencing manis seawal usia itu..mak pak banga sangat anak momtel montel..cukup makan katanyer..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2013 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni mesti mak malas nak layan karenah anak... Daripada menyesakkan kepala anak rengek2 baik bagi jer dia makan...

Tapi biasa yang gemuk2 montel ni bila dah besar nanti mesti hensem/lawa. Itupun klu ada kesedaran dirilah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2013 11:25 AM | Show all posts
ni mesti dr kecil da kuat mkn ..
masa kecil makbapak nak kasi ank nmpak cute..montel2 jerk..
ank mkn byk mana pun x kisah..
masa baby mmg la geram jerk montel2 ..da besar xde maknanya geram2 ..
bukan senang nak control balik...dia da terbiasa makan byk..kena btul2 gigih ni..

*ank buah aku pun ada gemuk2...elok jerk bersuami/beristri..
cuma nmpak mcam lebih tua dr aku ler..da badan besar gedabak..
da org ingat dia org kakak aku lak..nasib ler...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2013 11:26 AM | Show all posts
makbapak zaman skrang ni pun bukan suke masak kt rumah. hujung2 minggu dinner pun nk makan kt kepsi la mekdi la pizzahut la. pastu makbapak nak mengeteh pun nak bawak anak2 gak minum teh tarik makan roti canai mee goreng.  
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2013 11:28 AM | Show all posts
Muntz posted on 16-12-2013 11:12 AM
So what kalau tak kahwin? Kalau tak kahwin, boleh mati ker?

ya kalau tak kawin boley dikhuatiri akan mati

1, Mati Pucuk pasal senjata tumpul dan berkarat
2. Mati beragan-asyik berangan-angan berkhayal tiap2 hari tiap2 malam
3. Mati Kutu- Orang bujang time cuti panjang, semua housemate balik kampong, ko x cuti alamatlah cakap dengan dinding jer

dan lama lama lama lama lama lama lama lama lama INNALILLAHIWAINNALILLAHIRROJIUN

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2013 11:28 AM | Show all posts
teringt tgk rancangan extreme parental guidance jo frost..dia ada ajar mak ayah yang anak suka certain food je..ada dalam show tu budak tu makan biskut krim je hari2..x nak makan bende lain..mcm menjadi je cara Jo tu buat kalau tgk show tu..tapi xtau la realiti jadi ke tak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:47 PM GMT+8 , Processed in 0.094782 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list