CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NBM

PEMBUNUHAN NORITTA SAMSUDDIN - APA KESUDAHAN?

  [Copy link]
Post time 13-3-2014 08:01 PM | Show all posts
cerita di mana hilangnya juwita tu pon ade irap2 mcm kes arwah..lakonan zahiril ngan lisa surihani
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2014 10:35 AM | Show all posts
nordin84 posted on 13-3-2014 12:01 PM
cerita di mana hilangnya juwita tu pon ade irap2 mcm kes arwah..lakonan zahiril ngan lisa surihani

sorry OT jap..

ko tengok citer tu sampai habis ye?

ending nya macam mne ye? juwita jumpa ke mati?

aku x tgk episod last lah..sampai skrg, astro x ulang citer tu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2014 06:53 AM | Show all posts
bedahmulutpuaka posted on 14-3-2014 10:35 AM
sorry OT jap..

ko tengok citer tu sampai habis ye?

xtgk sampai hbs,rmh iols xde asteruk time tu,iols dolod je..tp malangnye yg last tu xd link kat tenet..tp menurut kwn iols cte ni tergantung jgk..
cte ni kan kontroversi sikit,ubah siaran 2,3x xinform plk tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2014 10:12 PM | Show all posts
Petikan intisari penghakiman lisan Hakim Datuk Abdull Hamid Embong dalam perbicaraan kes bunuh Noritta Samsudin, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 1 Julai 2004.
      
   
Apa pun yang telah dikatakan tentang kes ini di luar mahkamah ini serta apa sudut pun penyebarannya di media massa tidak boleh diberikan perhatian oleh mahkamah ini dalam membuat keputusannya. Kes ini pula tidak lebih daripada kes bunuh biasa yang memerlukan pembuktian terhadap unsur-unsur dalam kes itu seperti yang telah ditetapkan oleh undang-undang di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Di peringkat keterangan kes pendakwaan, mahkamah ini ditugaskan untuk memutuskan sama ada pendakwaan telah berjaya mengemukakan bahawa terbuktinya satu kes prima facie telah diputuskan oleh mahkamah yang lebih tinggi dari sini bahwa di peringkat ini, mahkamah perlu memberi pertimbangan terperinci kepada pendakwaan.
      
Juga penilaian yang maksimum seharusnya diberikan kepada keterangan itu. Ini bererti mahkamah ini diperlukan mencari penilaian terhadap setiap saksi serta apa yang disingkapkan oleh mereka dan naratif kes pendakwaan. Beban pendakwaan pula di peringkat ini ialah untuk menunjukkan satu cerita melalui keterangan saksi-saksinya dan bukti-bukti lain yang boleh  diterima oleh mahkamah ini sebagai munasabah untuk memanggil tertuduh membela dirinya. Beban ini pula bukannya bererti cerita atau versi kes pendakwaan itu perlu dibuktikan pada tahap melampaui apa-apa keraguan munasabah.
      
Mahkamah tidak akan memanggil seseorang tertuduh semata-mata untuk mendengar versinya terhadap cerita yang telah dimajukan oleh pendakwaan. Di sisi undang-undang bukan menjadi beban bagi seseorang tertuduh mengemukakan naratifnya terhadap apa yang berlaku. Beban pembuktian kes ditetapkan ke atas pendakwaan sepanjang perjalanan perbicaraan di sisi undang-undang. Mahkamah pula tidak berhak memanggil pembelaan hanya untuk memuaskan hati atau atas dasar ingin mengetahui apakah ceritanya. Tertuduh hanya akan dipanggil membela dirinya jika nyata terbukti satu kes prima facie terhadapnya. Itupun dia tidak dimestikan memberi keterangan bersumpah atau berkata apa-apa pun jika itu menjadi      pilihannya.
      
KES PENDAKWAAN
Kes pendakwaan bergantung semata-mata atas keterangan tidak langsung ataupun keterangan mengikut keadaan yang berlandaskan dua faktor genting untuk membuktikan yang tertuduh telah melakukan kesalahan ini. Di atas keterangan tidak langsung yang bagi saya terpenting dalam kes pendakwaan ialah:  
      i. Tertuduh telah dilihat bersama dengan si mati pada 1 pagi tanggal 5 Disember 2003 dan secara inferens adalah orang yang terakhir bersama si mati.
      
      ii. Keterangan saintifik melalui analisis DNA profiling menunjukkan yang tertuduh telah melakukan hubungan seks dengan si mati sebelum kematiannya dan ini mengukuhkan inferens yang dialah orang yang terakhir dengan si mati.
      
      Kedua-dua faktor ini menunjukkan peluang.
      
      iii. Selain daripada keterangan yang menunjukkan tertuduh mempunyai peluang untuk melakukan jenayah ini, pendakwaan juga menyatakan bahawa tertuduh bermotifkan perasaan cemburu. Ini menunjukkan sebab jenayah itu dilakukan.
      
SUZAKI SUPOK DAN K.THANABALAN
Keterangan oleh Suzaki dan Thanabalan dikemukakan untuk membuktikan yang tertuduh adalah orang yang terakhir bersama si mati. Keterangan mereka saling selaras, menyatakan dengan yakin bahawa mereka ada nampak tertuduh dan si mati pada pukul 1 pagi, 5 Disember 2003. Keyakinan mereka ini berharmonis sehingga dapat ingat secara terperinci pakaian kedua-dua tertuduh dan si mati serta warna pakaian tersebut. Pemerhatian mereka terhadap tertuduh dan si mati juga sungguh jelas sehingga juga dapat memastikan dengan tepat waktu mereka masuk ke kondominium dan gerak geri mereka seketika di bawah letak kereta. Bagaimanapun selepas di soal balas, maka terbongkar cerita yang sebenarnya, iaitu dalam keterangan mereka yang sebenarnya iaitu dalam kenyataan mereka kepada polis sebelum ditangkap pada 17 Disember tahun lalu. Mereka tidak pernah menyatakan yang mereka telah nampak kejadian itu. Malah apabila disoal siasat oleh polis pada awal pagi itu sendiri, tidak lama selepas mayat ditemui, kedua-dua saksi ini tidak pun memberitahu pihak polis akan apa yang mereka telah nampak. Thanabalan menyatakan yang dia tidak nampak tertuduh dan si mati awal pagi itu. Kesimpulan itu amat penting bagi saya dan tidak mungkin polis yang menyoal mereka tidak bertanya daripada mereka sama ada nampak si mati pada malam itu. Hanya selepas mereka ditangkap dan setelah disoal bertubi-tubi dengan gambar tertuduh ditunjukkan barulah terlintas dalam ingatan mereka akan peristiwa di pagi 5 Disember 2003 itu. Itupun dalam keadaan tertekan apabila Thanabalan sendiri berkata yang pada mulanya dia tidak kenal tertuduh dalam gambar itu dan selepas lima atau enam kali diminta ingatkan semula baru diakui yang dia kenal tertuduh.  Sebelum itu Thanabalan dan Suzaki telah berkata mereka telah nampak tertuduh sebanyak 20 ke 30 kali atau lima atau enam kali seminggu datang ke kondominium itu dengan si mati dalam dua bulan sebelum tarikh kejadian. Alangkah anehnya Thanabalan tidak dapat mengenali tertuduh dalam gambar itu.
      
Thanabalan akhirnya membuat pengakuan yang mengejutkan apabila dia berkata yang dia telah berdusta kepada polis dalam kedua-dua statementnya yang terdahulu di mana dia telah berkata yang dia tidak nampak tertuduh dan si mati pada pagi itu. Suzaki pula menjelaskan yang fikirannya bercelaru pada mulanya dan setelah dapat merenung kembali di rumah pengawal keselamatan dari 5 hingga 17 Disember baru dia dapat ingat kembali kejadian pada pagi itu. Bagi saya penjelasan ini amat tidak meyakinkan dan seharusnya saya tidak menerima apa sahaja yang dikatakan itu. Isu penting ini menjadi cabaran hangat pembelaan dan sudah tentu boleh merakamkan percakapan mereka yang awal itu untuk menjelaskan apa yang telah ditanya kepada saksi-saksi itu. Akan tetapi ASP Mohan dan Cif Inspektor Nachimutu yang merakam percakapan Suzaki dan Thanabalan pada malam kejadian tidak dipanggil memberi keterangan.
      
Mahkamah ini memutuskan bahawa kedua-dua saksi ini telah tidak berterus terang dalam keterangan mereka. Setelah melihat cara mereka memberi keterangan mahkamah ini memutuskan yang cerita mereka atas isu genting ini amat meragukan dan seharusnya ditolak sebagai keterangan yang tidak selamat disandarkan sebagai fakta      kes.
      
      DNA PROFILING/POST MORTEM
      

      Daripada analisis DNA beberapa fakta boleh disimpulkan:
      
      i. Tertuduh telah melakukan hubungan seks dengan si mati 72 jam sebelum mayat dibedah siasat.
      
      ii. DNA profil seorang lelaki yang tidak dikenali terdapat di beberapa barang yang diambil daripada bilik si mati umpamanya bantal peluk, wayar elektrik yang digunakan untuk mengikat tangan si mati, kuku si mati dan beberapa helai rambut ditemui dari cadar tilam si mati. Ini membuktikan bahawa lelaki ini telah berada bersama si mati sebelum kematiannya. Oleh sebab tiada pula bulu tertuduh diperolehi daripada cadar si mati, ini pula boleh memberi inferens yang lelaki itu adalah orang yang terakhir berada di atas tilam si mati.
      
      iii. Lelaki yang tidak dikenali itu juga telah melakukan hubungan seks melalui faraj dan lubang dubur si mati dalam masa 72 jam sebelum kematian si mati. Dr. Halim juga berkata ada robekan di dubur si mati dan kesan darah juga dilihat di dubur itu. Kesan ini adalah kesan baru (kurang daripada 72 jam). Profil DNA lelaki tidak dikenali ini juga diperoleh daripada dubur si mati. Hal ini pula mengesahkan hujah pendakwaan yang jenayah ini telah dilakukan oleh seseorang yang dikenali oleh si mati.
      
      iv. Profil DNA si mati dan seorang perempuan lain yang tidak dikenali telah ditemui daripada sebahagian tuala muka yang terkeluar daripada mulut si      mati. Daripada P16B pula hanya profil DNA si mati diperoleh selepas analisis. Pada pendapat mahkamah tuala ini telah menyebabkan tersekatnya saluran Oksigen dan pernafasan si mati dan mengikut keterangan Dr. Halim boleh menyebabkan kematian secara `asphyxial' .
      
      Pendakwaan telah berhujah bahawa tertuduhlah yang telah melemaskan si mati dengan tuala muka ini sebab dia adalah orang terakhir melakukan hubungan      seks. Saya tidak dapat menerima hujah ini. Keterangan menunjukkan yang tuala P16 itu telah terkeluar sendiri daripada mulut si mati apabila badannya      dialih. Keterangan saintifik juga menyatakan yang jika tuala sebegini disumbat ke dalam mulut, sehingga menyekat saluran pernafasan dan setelah rigor mortis berlaku selepas kematian, tidak mungkin tuala ini akan terkeluar dengan senang.
      
      Kehadiran profil DNA tertuduh di atas tuala ini pula boleh memberi inferens yang ia pernah digunakan oleh tertuduh. Ini tidak menghairankan sebab tertuduh memang berada bersama si mati di dalam biliknya sekurang-kurangnya dua kali seminggu mengikut keterangan Nor Azora Abdul Hamid.
      Tambahan pula ada profil DNA perempuan lain menunjukkan tuala muka digunakan oleh orang lain selain si mati.
      
      v. Profil DNA lapan helai tisu yang dijumpai dalam bakul sampah di dalam bilik si mati menunjukkan kesan air mani tertuduh. Ahli kimia, Lim Kong Boon menyatakan telah melakukan satu ujian simple dan menentukan jika tiga titik air mani berada di situ sama ada ia akan kering selepas satu jam.
      
      Bagaimanapun tidak pula dilakukan experiment bagi lapan helai tisu dalam keadaan sama iaitu tergumpal dan yang basah seperti itu, sama ada ia akan kekal basah bagi jangkamasa yang lebih lama.
      
      Tidak ada bukti yang menunjukkan jika gumpalan tisu yang basah seperti P29 masih kekal basah selepas jangka masa itu.
      
      Dengan lain perkataan, ujian simple yang dilakukan oleh Lim itu tidak boleh membawa kepada kesimpulan yang tertuduh adalah orang terakhir melakukan seks dengan si mati.
      
      Kesimpulan mahkamah ini terdapat kedua-dua utas keterangan tidak langsung ini sama ada tersendiri atau digabung dengan bukti lain yang dihujahkan oleh pendakwaan boleh dipertimbangkan sebagai circumstantial evidences tidak menyakinkan mahkamah ini bahawa keterangan pendakwaan mencukupi untuk membawa kepada apa yang dikatakan oleh prinsip mantap sebagai ``irresistible inference that the accused is guilty of this offence''.
      
      JIKA TERBUKTI YANG TERTUDUH ADALAH ORANG TERAKHIR DENGAN SI MATI. APAKAH MOTIF      PEMBUNUHAN?
      

      Perlu diingatkan bahawa tertuduh dan si mati telah menjalinkan perhubungan yang intim. Malah pada pagi itu sendiri mereka dilihat berkelakuan sebagai kekasih dan sebelum itu tertuduh pergi ke rumah si mati sebanyak 5 ke 6 kali, 20 ke 30 kali dalam dua bulan.
      
      Masanya antara pukul 1 dan 2 pagi dan kebiasaannya tertuduh akan berada bersama si mati selama satu jam. Tidak silap jika mahkamah ini membuat andaian yang perhubungan mereka adalah intim berdasarkan keterangan itu.
      
      Malah ini juga kes pendakwaan, tertuduh juga teman lelaki istimewa si mati sehingga gambar tertuduh sedang memandu disimpan dalam telefon bimbit si mati dan dia sendiri menunjukkan kepada ibu saudaranya sendiri.
      
      Jadi masih timbul persoalan genting: sebab apa tertuduh hendak membunuh kekasihnya itu?.
      
      Kata pendakwaan disebabkan cemburu. Untuk membuktikan perasaan cemburu ini, pendakwaan telah mengemukakan keterangan Lim Sin Kean Childs.
      
      Keterangan ini bagi saya membawa kepada kesimpulan bahawa dia cuma seorang kawan yang amat rapat dengan si mati. Perhubungan mereka mirip kepada hubungan profesional.
      
      Perhubungan antara Kean dan si mati pula banyak tertumpu kepada kerja masing-masing. Kean hanya berjumpa si mati pada waktu siang dan hanya ke rumah si mati sekali sahaja itupun dalam kehadiran si mati.
      
      Kean juga pernah membawa si mati, ibu dan adiknya ke Singapura.
      
      Bagi saya keterangan pendakwaan sendiri menunjukkan yang persahabatan Kean dan si mati tidak ada unsur seksual, perhubungan platonik. Walaupun telah dicuba dikatakan oleh pembela yang Kean pernah melakukan hubungan seks.
      
      Dalam tempoh yang sama, semasa persahabatan terjalin di antara si mati dengan tertuduh, kemudiannya dan mereka kekal dengan perhubungan intim mereka.      Saya tidak nampak dalam keadaan itu boleh timbulnya perasaan cemburu tertuduh. Tiada ada sebab bagi tertuduh merasa cemburu dengan Kean dalam persahabatan biasanya dengan si mati.
      
      Pada pendapat saya, motif cemburu ini tinggal satu teori yang langsung tidak dibuktikan dan tanpa motif itu terbukti persoalan penting kenapa tertuduh perlu membunuh dalam keadaan di mana perhubungan mereka masih mesra, intim malah menjadi satu tanda tanya yang tidak terjawab. Dan bagi pembuktian pembunuhan berlandaskan circumstantial evidence. Pembuktian motif menjadi satu keperluan untuk menguatkan kes pendakwaan.
      
      LELAKI MISTERI
      

      Bagi saya bukan seorang lelaki misteri tetapi dua orang.
      
      Apa yang terbukti hasil analisis DNA ini ialah kesan air mani lelaki misteri ini dikesan daripada faraj dan dubur si mati.
      
      Apa yang terbukti hasil analisis ialah lelaki misteri ini telah melakukan seks dengan si mati.
      
      Bukti yang sama juga telah ditunjukkan terhadap tertuduh dengan timbulnya profil DNA melalui kesan air mani yang diperolehi daripada badan si mati.
      
      Tetapi itu sahaja. Ia tidak bererti inferens boleh dibuat yang sama ada lelaki misteri ini atau tertuduh telah membunuh si mati. Dan seperti yang telah dihujahkan dengan tepat ini adalah kes bunuh, bukan hanya sekadar membuktikan perhubungan seksual.
      
      Urusan mahkamah ialah untuk meneliti keterangan yang menunjukkan satu pembunuhan telah berlaku dan dilakukan oleh tertuduh. Perlakuan seks ini sahaja walaupun telah banyak dihebohkan tidak langsung dalam keadaan yang telah ditunjukkan memudaratkan kedudukan tertuduh dari segi pertuduhan ini.
      
      Lelaki misteri kedua ialah orang yang berkulit gelap seperti India dan badannya berbau busuk yang telah berada dalam rumah si mati dan dilihat oleh Nor Azora sejurus sebelum mayat ditemui pada 4 pagi 5      Disember lalu.
      
      Jelas daripada keterangan Nor Azora sendiri bahawa lelaki ini bukan tertuduh yang bukan asing kepada Nor Azora dan mudah dikenali oleh Nor Azora jika bertembung.
      
      Bagi saya lelaki misteri kedua ini lebih genting. Kesannya dalam kes ini dan kehadirannya di tempat kejadian itu perlu ditinjau dengan serius oleh mahkamah ini.
      
      Kehadiran kedua-dua lelaki misteri di tempat kejadian jenayah ini seperti yang telah dibongkar oleh pendakwaan sendiri bagi saya telah mengaburkan kes pendakwaan itu sendiri.
      
      Dengan terdapatnya pelbagai tanda tanya terhadap mereka ini, terutama lelaki misteri ini yang dilihat oleh Nor Azora keluar dari rumah si mati itu, maka pendakwaan telah dicemari dengan keraguan di peringkat penentuan prima facie ini.
      
      Persoalan yang mahkamah ini boleh tanya ialah: bolehkah tertuduh disabitkan dengan kesalahan ini, jika dia dipanggil untuk pembelaannya dan lantas dihukum mati, walaupun timbul keraguan tentang kemungkinan penglibatan lelaki misteri ini dalam jenayah ini? Jawapnya tidak.
      
      Mengikut ujian maksimum yang perlu diberikan terhadap kesemua keterangan yang dibentangkan ini oleh pendakwaan, saya akan gagal menjalankan kewajipan jika tidak mengambil kira semua keraguan yang telah ditimbulkan oleh saksi.
      
      Jika berlaku keadaan di mana keterangan saksi pendakwaan sendiri menimbulkan keraguan terhadap kesannya seperti yang telah berlaku dalam kes ini, mahkamah akan tanpa ragu-ragu membebaskan tertuduh dalam pertuduhan ini tanpa dipanggil membela dirinya.
      
      Inilah yang dimaksudkan oleh prinsip undang-undang berkenaan penilaian keterangan di tahap maksimum seperti yang telah diungkapkan oleh hakim-hakim terdahulu dalam kes iaitu jika keterangan yang tidak mencukupi untuk disabitkan tertuduh maka tidak terbukti kes prima facie terhadapnya.
      
      Telah juga diputuskan bahawa ungkapan `to warrant a conviction' bermaksud satu ungkapan yang kuat, kena dan berbentuk satu perintah kepada mahkamah supaya benar-benar berpuas hati dengan keterangan setakat ini yang membolehkan satu sabitan dijatuhkan, walaupun di peringkat penghujung kes pendakwaan.
      
      Kekaburan kes pendakwaan atas alasan yang telah saya nyatakan tadi terus menjadi gelap dengan adanya keterangan dua saksi bebas ini yang juga merupakan rakan serumah mangsa.
      
      Apabila sampai ke rumah, mereka berkata ada menghidu bau badan tetapi Nor Azora sendiri mengakui tertuduh tidak mempunyai bau badan sebegitu.
      
      Keterangan ini langsung mematahkan kes pendakwaan dan menimbulkan keraguan di peringkat ini.
      
      Pendakwaan kata tertuduh mungkin berbau akibat aktiviti seks dan langkah-langkah yang dilakukan sebelum membunuh si mati ditolak sebagai andaian semata-mata seperti juga saya menolak cadangan yang tidak berasas pihak pembela yang kemungkinan pihak pendakwaan tidak melengkapi siasatan dalam kes ini kerana ingin melindungi seseorang orang kenamaan yang terlibat dalam jenayah ini. Hujah-hujah yang tidak berlandaskan fakta kes seharusnya ditolak oleh mahkamah ini.
      
      Hujah saya mustahil jika Nor Azora tidak mengenali lelaki misteri itu sebagai tertuduh memandangkan tertuduh ialah orang yang biasa dengan Nor Azora dan dia berkata boleh dikenali pada bila-bila masa.
      
      Walaupun rumah gelap, ia tidak gelap gelita sehingga tidak langsung ada pandangan.
      
      Kesimpulan yang mahkamah boleh buat keterangan bahawa Nor Azora tidak nampak lelaki itu yang bukan tertuduh lari dari rumahnya dan yang dia fikirkan telah membunuh si mati.
      
      Juga diingatkan bahawa pada awal penyiasatan, polis mencari suspek yang deskripsinya tidak sama dengan tertuduh.
      
      Siapa suspek ini tidak pula dijelaskan oleh pendakwaan dan pegawai penyiasat kes ini.
      
      Suspek itu pula adalah seorang lelaki berbadan gelap. Hal ini pula menimbulkan tanda tanya dan menggandakan keraguan kepada pendakwaan.
      
      Hasil daripada kesimpulan saya berlandaskan fakta kes dan inferens munasabah setelah memberi penilaian maksimum kepada kes pendakwaan, mahkamah ini memutuskan bahawa kes prima facie terhadap tertuduh tidak terbukti. Oleh itu mahkamah ini memutuskan agar tertuduh tidak dipanggil untuk membela dirinya.      Hanif Basree awak dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?pg=special/intisari_penghakiman.htm#ixzz2y7AYW95S
©  Utusan Melayu (M) Bhd

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2014 10:41 AM | Show all posts
hanif basree punya anak dah form 1 sekolah kat sec 9. Masih bersama isteri rasanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2014 08:14 PM | Show all posts
setia betul isteri dia...respect abis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-4-2014 09:17 AM | Show all posts
sbb tu aku nak sangat tgk bee end tumbang PRU ke 13 thn lps
sbb kalo depa kalah, sure la sume citer2 sebenar psl norita, altantuya, mustakizah tu sume akan dibongkar habis habisan dan berikan keadilan pd keluarga mangsa
tp malangnya, mangkuk2 macai umno dan penerima BR1M sanggup lg vote dacing
harap pru ke-14 ni bee end tumbang
uols sume tak mahukah mendengar cerita sebenar di sebalik kisah2 ini semua??????
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 01:24 PM | Show all posts
bila baca report wartawan jenayah tu...insaf sekejap..apa pon dosa arwah..mungkin ada perkara baik yang dia buat sampai mayatnya pon cantik ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2014 01:46 PM | Show all posts
naanie posted on 13-4-2014 11:24 AM
bila baca report wartawan jenayah tu...insaf sekejap..apa pon dosa arwah..mungkin ada perkara baik y ...

mn ko bc mayat arwah cantik lg

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 10:53 PM | Show all posts
fifie_olin posted on 14-4-2014 01:46 PM
mn ko bc mayat arwah cantik lg

tu link yang forumer post tu..yang dia kata arwah mayat paling cantik pernah tengok
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 10:55 PM | Show all posts
naanie posted on 14-4-2014 10:53 PM
tu link yang forumer post tu..yang dia kata arwah mayat paling cantik pernah tengok

Jenazah Noritta yang paling cantik yang pernah saya lihat – Pakar Porensik
betul, aku antara wartawan yang terlibat secara langsung dalam membuat liputan mengenai kes pembunuhan yang menggemparkan negara tidak lama dulu iaitu kes Noritta Samsuddin
tadi ketika ‘menziarahi’ kisah dari blog ke blog, aku singgah di blog Uncleseekers, dia menceritakan satu pengalaman menemuramah kakitangan di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL)
mari kita baca dulu entrynya…
Jenazah yang paling cantik yang pernah saya lihat – Pakar Porensik
Siapalah kita untuk menentukan syurga dan neraka seseorang…
Tidak kira bangsa, agama dan jantina semua bau mayat adalah sama -Pakar forensik
Pada 12 Julai 2006, pukul 2.30 petang, Uncle menghubungi rakan lama, Encik Azmi bin Zahari yang bertugas di Hospital Kuala Lumpur. Perkenalan kami bermula pada tahun 1990 apabila Uncle menjadi guru kawad skuadnya semasa Encik Azmi menyertai Sukarelawan Polis Kuala Lumpur (klik). Beliau menjemput Uncle bertemu dengan Dr
Mohd Shah Bin Muhammad bagi mendapatkan kelulusan membuat kajian aktiviti paranormal di Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur. Uncle bersama Adeek tiba di Wad kecemasan sekitar pukul 4.00 petang dan disambut mesra oleh Encik Azmi. Tanpa membuang masa, beliau terus membawa kami ke Jabatan Forensik. Pengalaman Encik Azmi bertugas di Hospital Kuala Lumpur selama 18 tahun memang tidak boleh dinafikan kerana boleh dikatakan semua petugas mengenalinya. Kami dikenalkan dengan Encik Abdul Latif Bin Abdul Malik yang sudah bertugas hampir 26 tahun dalam bidang ini. Sifatnya yang ramah dan sedia memberi kerjasama membuatkan kami berasa terharu.
Selepas 10 minit beramah mesra, Encik Latif membawa kami berjumpa dengan Encik Mohd Rashid Wahab bagi mendapatkan keizinan untuk masuk ke dalam bilik menyimpan mayat. Sifat beliau yang profesional membuatkan Uncle kagum dengan anak muda ini. Uncle doakan, Encik Rashid Wahab berjaya dalam bidangnya. Selepas mendapatkan keizinan daripadanya, Uncle dibawa oleh Encik Azmi dan Encik Latif ke bilik penyimpanan mayat. Encik latif
membuka pintu ‘peti sejuk mayat kanak-kanak’ dan kelihatan beberapa bungkusan jenazah bayi. Bau yang keluar dari peti sejuk itu sungguh meloyakan tekak. Apabila Encik Latif ternampak kelakuan Uncle, beliau hanya tersenyum. Beliau membuka sebuah lagi ‘peti sejuk mayat orang dewasa’.
Alangkah terkejutnya Uncle apabila semua mayat dibungkus dengan kain putih. Selama ini Uncle memikirkan mayat yang disimpan di dalam ‘peti sejuk mayat’ berada dalam keadaan bogel seperti yang selalu digambarkan di dalam filem, tetapi rupa-rupa-nya jangkaan Uncle meleset.
Kami dibawa ke bilik menguruskan jenazah beragama Islam dan bukan Islam. Kedua-dua bilik itu tersusun rapi peralatannya dan persekitarannya sungguh bersih. Selepas itu kami dibawa ke ‘bilik bedah siasat mayat’ dan ‘bilik bedah siasat mayat reput’. Selepas 20 minit kami dibawa melawat keadaan sekitar, kami memohon keizinan untuk keluar kerana tidak mampu menahan bau persekitaran.
Uncle memaklumkan kepada Encik Latif bahawa tujuan Uncle ke sana adalah bagi mengkaji lebih mendalam tentang kewujudan Hantu Orang Mati Dibunuh. Sambil tersenyum,
Encik Latif menerangkan sepanjang beliau bertugas, beliau sudah berhadapan dengan ribuan mayat yang mati akibat lemas, terbakar atau dibunuh, tetapi beliau belum pernah diganggu oleh hantu seperti yang sering diperkatakan. Encik Latif juga menjelaskan, semua manusia selepas mati menghasilkan bau yang sama berdasarkan ribuan mayat yang pernah beliau uruskan sebelum ini.

Satu perkara yang memeranjatkan kami berdua adalah apabila beliau menyatakan kecantikan jenazah Noritta Samsuddin tetap terserlah walaupun sudah menjadi mayat.
Perkara ini diakui oleh pembantu-pembantu perubatan yang berada di dalam bilik tetamu.
Pada pukul 5.05 petang, kami diperkenalkan pula dengan Tuan Haji Abu Bakar, iaitu penyelia di jabatan itu. Walaupun umurnya sudah menjangkau 48 tahun, namun tubuhnya masih tegap dan beliau banyak membantu kami memberi info berkenaan jabatan itu. Kami bertukar maklumat sehingga pukul 6.00 petang. Terima kasih kepada Tuan Haji Abu Bakar kerana sikap anda yang terbuka dan profesional. Kami bertemu dengan Dr. Mohd Shah Bin Muhammad selaku Ketua Jabatan Forensik pada pukul 6.20 petang. Beliau menjelaskan sekiranya…
—————————————————————
baik, aku sendiri pernah menceritakan pengalaman aku dengan kes ini dalam entry bertajuk pengalaman membuat liputan kes Norita Samsuddin (Part 3) pada 23 Julai 2008
memang aku boleh MENGESAHKAN cerita yang ditulis oleh Uncleseekers itu
jenazah Noritta memang sempurna, seperti orang tidur saja gayanya, seperti dalam keadaan tersenyum pun ada juga
tidak ada tanda langsung yang dia rupanya menjadi mangsa bunuh dan sebagainya
sebab itu, biar dalam apa juga keadaan, kita sebagai manusia yang lemah tidak layak mengadili seseorang kerana akhirnya hanya Allah yang tahu…segala-galanya, ya, segala-galanya.

TARIKH       : 5 Disember 2003
WAKTU       : Sekitar 10 pagi
LOKASI       : Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL)
HARI itu genap sebulan aku menyambut hari jadiku yang ke-27
Aku tiba di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur kira-kira pukul 10 pagi. Tidak ada seorang pun wartawan lain yang kelihatan. Bersama aku adalah jurugambar wanita ‘macho’, Aby Baizura Harun.
Yang kelihatan di luar bilik mayat adalah rakan-rakan sepejabat arwah termasuk kenalan rapatnya. Yang wanita pula menangis teresak-esak. Berdasarkan wajah dan pakaian teman-temannya, aku dapat agak yang si mati mungkin seorang artis atau paling kurang pun model.
Aku jadi makin tak tentu arah. Dalam benakku, kalau betullah si mati ini seorang artis atau seorang model, sudah tentu berita pembunuhan ini akan ‘meletup’. Maksud aku ’meletup’ tu bukannya sensasi, tetapi sudah barang pasti aku kena kumpul sebanyak mungkin maklumat agar laporan aku kelak tepat dan terperinci, aduh, ini semua akan memeningkan lagi otak aku.
Masalahnya, ketika itu, tak seorang pun di bilik mayat HKL mahu memberikan maklumat mengenai pembunuhan itu, jangan kata maklumat, aku tanya nama si mati pun tak de siapa yang nak beritahu.
Aku jadi makin tak keruan. Tidak lama kemudian, rakan setugas, Angelina Sinyang, menelefon aku melalui telefon bimbit.
” Syahril, ini cerita besar, yang kena bunuh tu katanya seorang model, itu maklumat tak rasmi yang aku terima, kau kena check, editor kita dah bising…dia tanya bila nak tulis story?,” desak Angelina.
Aku mula bengang. Aku mula maki hamun editor aku (tapi dalam hatila). Ye lah, bukan senang nak cari maklumat. Polis sendiri pun setengah mati nak menyiasat, apatah lagi aku wartawan cabuk ni, bisik hati aku.
Tidak lama kemudian ada seorang wanita pertengahan umur keluar dari bilik mayat. Tak silap aku dia adalah pembantu perubatan di situ.
”Sesiapa sahabat handai atau waris si mati yang hendak melihat arwah bolehlah berbuat demikian, tapi jangan lama-lama kerana mayat nak dikafankan sekejap lagi,” kata pembantu perubatan itu.
Serentak dengan itu juga masuklah teman-teman arwah ke bilik mayat untuk melihat wajahnya buat kali terakhir. Aku juga tidak melepaskan peluang ini.
Masuk saja ke dalam, aku melihat arwah terbaring di atas pengusung dan ditutup dengan sehelai kain. Kain tersebut kemudian disingkapkan hingga ke paras leher bagi membolehkan rakan-rakannya menatap wajah arwah.
Sebaik saja aku menatap wajahnya, aku tiba-tiba menjadi sayu. Aku sendiri tidak tahu mengapa. Walhal ini bukanlah kali pertama sebenarnya aku melihat mayat mangsa bunuh. Bertahun aku menjadi wartawan jenayah, mayat adalah ‘mainan’ aku, tetapi kali ini aku rasa semacam. Pilu sungguh. Mana taknya, mangsa masih muda dan seagama, tak banyak sikit pun perasaan simpati tetap wujud.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana keadaan arwah ketika itu? Alhamdulilah, terus terang aku katakan. Wajahnya seperti seorang gadis yang sedang tidur saja. Tidak ada imej ‘ngeri’ seperti mana wajah mangsa bunuh yang lain.
Rambutnya ikal mayang. Kulitnya sawo matang. Si mati juga seolah-olah ‘redha’ dengan kematiannya. Pendek kata, kalau dilihat dari riak wajahnya, kita seolah-olah sukar menerima kenyataan yang arwah menemui ajal di tangan seorang pembunuh.
Selepas semua orang yang ada di situ menatap wajah si mati, pembantu perubatan tadi meminta bantuan beberapa orang lelaki termasuk aku untuk mengangkat mayat arwah dari atas pengusung ke pangkin khas untuk dimandikan.
Aku masih ingat bagaimana aku dan dua orang pemuda yang ada di situ kemudiannya menurut saja permintaan beliau. Mayat arwah kemudiannya kami letakkan di tempat yang dimaksudkan.
Sebaik saja selesai, aku terus keluar dan mula kembali mencari maklumat penting untuk dijadikan bahan berita. Aku kemudiannya menegur seorang pemuda yang aku perhatikan telah berada di bilik mayat sejak awal tadi.Aku bernasib baik. Dia rupanya teman sepejabat arwah.
Daripada beliaulah baru aku tahu nama si mati, Norita Samsuddin. Katanya Norita bertugas sebagai seorang eksekutif di syarikat tempat mereka bekerja. Secara peribadi dia agak terkejut dengan berita pembunuhan tersebut kerana Norita, katanya, seorang pekerja yang rajin dan tidak banyak ‘songeh’.
Apapun selesai masalah. Nama aku dah dapat, jawatan aku dah dapat, alamat kampung pun aku dah dapat, cuma satu saja belum…gambar mangsa. Takkan aku nak suruh Aby masuk ke dalam bilik mayat dan ambil gambar mayatnya yang tengah terbaring itu. Bagi aku ini dah menyalahi etika. Arwah juga makhluk Tuhan yang perlu dihormati.
AKu bernasib baik kerana Aby memberitahu yang salah seorang kawan mangsa ada menyimpan gambar arwah di rumahnya. Tanpa berlengah masa, Aby terus berkejar ke sana tanpa diarah. Dalam hati, nasib baik aku dapat jurugambar yang tahu tanggungjawabnya, boleh bertindak pantas tanpa perlu disuruh-suruh.
Menjelang tengah hari, bilik mayat mula dipenuhi wartawan dan jurugambar daripada pelbagai agensi media. Namun jumlahnya kembali berkurangan apabila masuk waktu solat Jumaat.
Aku hanya pulang ke pejabat setelah jenazah di bawa keluar dari HKL untuk dikebumikan di tanah kelahirannya di Perlis.
Cukuplah cerita aku mengenai pengalaman membuat liputan kes Norita dan aku tidak bercadang untuk menulis lagi mengenainya. Semuanya sudah selesai dan tidak perlu diungkap semula apa yang berlaku.
Aku berdoa semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Nasihat aku janganlah kita membuat sebarang andaian dan spekulasi yang bukan-bukan. Hanya Allah yang tahu apa sebenarnya yang terjadi. Pembunuhnya mungkin terlepas di dunia, tetapi tidak akan terlepas di akhirat.
Ingatlah, kita tidak mungkin ‘terasa’ kerana kita bukan darah dagingnya tetapi bagaimana pula jika ditakdirkan Tuhan- arwah rupanya adalah adik, kakak atau anak kita sendiri, bagaimana?
Al-Fatihah buat Norita Samsuddin. Takziah buat keluarganya. Jauh di benakku aku berharap tiada lagi kes sedemikian rupa terjadi lagi. Namun kezaliman tidak terhenti di situ.
Tidak lama kemudian menyusul kes pembunuhan kejam Canny Ong, pensyarah UITM Bakaruddin Busu, kes pembunuhan isteri Raja Dihilir dan banyak lagi.
Kesimpulannya cuma satu…manusia makin gila. Aku makin buntu. – SYAHRIL A. KADIR

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 12:55 PM | Show all posts
jangan jadi nekrophilia sudah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2014 02:06 PM | Show all posts
naanie posted on 14-4-2014 10:55 PM
Jenazah Noritta yang paling cantik yang pernah saya lihat – Pakar Porensik
betul, aku antara war ...

geram kan bila kita tak tau apa sebenarnya yg terjadi. Cerita kt paper mcm2 yg keluar, mungkin betul mungkin tidak. Arwah dah takde nak pertahankan dirinya, keluarga arwah pun boleh nak buat apa2 sb tak ada 'kuasa'. Aku cuma harap satu hari nnt Allah tunjukkan kepada kita semua apa sebenarnya terjadi.  Bila aku cuba bygkan kalau terjadi kt adik beradik aku sendiri, mmg kecewa betul dgn status siasatan kematian arwah...tak ada penghujung...apa sebenarnya hasilnya...kes ditutup ke? atau masih berjalan? Kalau masih on, ni dah masuk berapa tahun dah...takkan xde apa2 penemuan baru atau fakta siasatan yg baru.

Sad
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 04:42 PM | Show all posts
NBM posted on 18-4-2014 02:06 PM
geram kan bila kita tak tau apa sebenarnya yg terjadi. Cerita kt paper mcm2 yg keluar, mungkin bet ...

betul tu..bila bayangkan kalau keluarga sendiri terkena..memang sedih..moga arwah tenang di sana dan kebenaran dapat kita tahu
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 03:32 PM | Show all posts
al fatihah buat arwah
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2014 12:17 PM | Show all posts
Al-fatihah buat arwah....
semoga kebenaran akan muncul juga..
kita xtau hal sebenar jd jangan lah kita ungkit2 aib arwah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-1-2015 01:26 AM | Show all posts
ReLoad: Noritta Samsudin dan Altantuya Mangsa Politik?
http://mforum.cari.com.my/forum. ... amp;fromuid=1797638
(Source: CARI Malay Forums)

terbaca kt rumah sebelah untuk korang semua baca. Jangan pernah lupakan mereka2 yang teraniaya ini
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 07:17 PM | Show all posts
sadis betul
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 05:08 PM | Show all posts
Perkara libatkan kesalahan jenayah....Polis patut meneruskan siasatan kes..cuma tak logik ...katanya ada byk air mani..takkan satu pun forensik tak dapat kesan siapa tuannya....klu zaman jepun dulu logik le...ibu bapa noritta kena minta polis siasat sehingga selesai..tentang peribadi noritta...semua org buat kesalahan...kes yg dapat diselesaikan akan dapat dijadikan pengajaran....harapnye tak ade lagi jadi camni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2015 10:29 PM | Show all posts
obviously mmg byk sangat cover up org2 tertentu. Tapi apa yg boleh kita2 ni buat kalau kuasa ditangan mereka. Mereka lupa ada yg lagi berkuasa kita tunggu dah lihat saja balasan yg bakal Allah turunkan, till then sama2 la kita berdoa semoga kematian mereka ni terbela dengan terbongkarnya kebenaran
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:17 PM GMT+8 , Processed in 0.341116 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list