CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lotionmilo

{Edisi Saman Menyaman} Nurul AF2 menang saman TV3

[Copy link]
Post time 24-12-2013 10:00 AM | Show all posts
Pujangga22 posted on 21-12-2013 11:38 PM
xpulak aku tgok Nurul ni mengedik kt dlm AF...paling tak der byk bunyik n senyap jer hehe

tu la...dia kan orang sarawak..bila org sarawak cakap bahasa melayu memangla keluar slang kl...lain la klau orang sabah, keluar bahasa baku nya...Nurul ni bagus, tak menggedik...sbb tu dia keluar awal..tak ramai yg undi dia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2013 10:46 AM | Show all posts
sapa minah ni, serius aku tak kenal
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 11:04 AM | Show all posts
untung lah. suami pulak pensyarah undang-undang. mesti at least tau selok belok
anyway..tahniah nurul. gunakan wang sebaik mungkin

cehhh...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 11:11 AM | Show all posts
she posted on 23-12-2013 04:19 PM
aku ikut jugak kes ni dlu..

alkisahnya..

dia nikah wali hakim kan..dah tu nape tak kahwin d sarawak je??

memang ada mak pak yang macam ni..bagi kat orang dah besar nak claim..nak cengkam anak mereka..

aku tengok fam kandung nurul ni macam nak tumpang glamor kot?nak tumpang sekaki...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 11:47 AM | Show all posts
she posted on 23-12-2013 04:19 PM
aku ikut jugak kes ni dlu..

alkisahnya..

tima kasih atas pencerahan
br ku paham cerita ni
tp mmg keji la perangai family kandung buat camtu
nampak cam gile glemer je
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 11:49 AM | Show all posts
congrats kat nurul sbb menang saman
pada retis2 yg rase kene pitenah n kene bash kow2 ngan melodi
(aku benci tgk michelle bash retis kat melodi dolu2)
boleh la ikut jejak langkah nurul ni
saman jgn tak saman
hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-12-2013 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka ja melodi kalah. Tingin nk tgk zuan n the geng kena saman
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 12:25 PM | Show all posts
bagus lawyer nurul ni
harap2 artis2 semua cari peguam David Dev Peter and have him as a lawyer to lawan penyebar2 gosip kat media massa ni (kecuali from cari.com )
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2013 02:31 PM | Show all posts
padan muke meldi.. selalu sgt buka aib org..
kan da kne saman..
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 05:04 PM | Show all posts
alahai..x sangka..kawan skolah aku kawen dgn Nurul..pastu mcm ni plak jd isu..kesian..moga Allah memberkati..
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 05:40 PM | Show all posts
ogata posted on 24-12-2013 11:11 AM
dia nikah wali hakim kan..dah tu nape tak kahwin d sarawak je??

memang ada mak pak yang macam n ...

betul...
macam sepupu jauh aku...
dari usia 3 hari dok jaga baby tu alih2 dah setahun lebih...kata nak bawak beraya ngan family kandung..
tup tup tak dipulangkan..call tak angkat2..
rupanya mak kandung nak balik anak dia..
masa baby langsung tak hingin..
so fight gi mahkamah tapi aku pun tak tau sepupu aku ni kalah..
mungkin sebab baby masih bwh umur ke or pembelaan dia tak kuat ke apa...
tapi kesian nok tgk dia..dia ngan makcik aku macam meroyan la kejap sebab budak tu tak ada..
tapi skg dah recover pelan2...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2013 12:14 AM | Show all posts
beatgirlX posted on 24-12-2013 05:40 PM
betul...
macam sepupu jauh aku...
dari usia 3 hari dok jaga baby tu alih2 dah setahun lebih...ka ...

i ada dengar

ibu bapa sebenar budak tuh boleh amek budak tuh balik masa umur budak tuh 1-6 tahun
ibu bapa angkat takley buat apa apa
sejauh mana ini i tak pasti.




Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2013 01:27 PM | Show all posts
Padan muka tv3 aku rasa melodi ni baik bungkus je la dah tak relevan...tv3 pun dah tak best rancangan dia sume...sinetron Indonesia je lebih..
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2013 10:10 AM | Show all posts
lotionmilo posted on 25-12-2013 12:14 AM
i ada dengar

ibu bapa sebenar budak tuh boleh amek budak tuh balik masa umur budak tuh 1-6 tahu ...

tu la kan..kalau ikut logik pun anak2 bawah umur hak penjagaan kat mak..unless kalau mak tu dpt dibuktikan tak mampu or tak sesuai untuk jaga..
hmm...ni la masalahnya..bila susah anak tu tak nak di jaga..bila senang skit mula la nak itu ini..


Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2013 09:38 PM | Show all posts
lain kali ci betul2
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2013 09:59 AM | Show all posts
tahniah lerr..   baru melodi nak membantu menaikkan nama nya yg suam2 kuku ni... dh kene saman.. huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2014 08:42 PM | Show all posts
Mahkamah kurangkan ganti rugi kepada RM80,000 kes saman fitnah Nurul AF2

Bernama | Kemas kini: Julai 10, 2014

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini mengurangkan jumlah ganti rugi daripada RM250,000 kepada RM80,000 untuk dibayar oleh Sistem Televisyen Malaysia Bhd (TV3) dan empat yang lain kepada bekas pelajar Akademi Fantasia musim kedua, Nurullah Zawawi dan suaminya berhubung laporan berunsur fitnah dalam rancangan Melodi, tiga tahun lepas.

Hakim Datuk Zaharah Ibrahim, yang mempengerusikan panel tiga hakim, hari ini membenarkan sebahagian daripada rayuan oleh pihak perayu mengenai jumlah ganti rugi tetapi menolak rayuannya tentang liabiliti.

Panel itu, yang turut dianggotai Hakim Datuk Azhar Mohamed dan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, mencapai keputusan itu selepas memutuskan bahawa aduan pernyataan fitnah oleh Nurullah, 32 dan suaminya Mohd Munzil Muhamad, 31, hanya membentuk sebahagian kecil dalam program hiburan yang disiarkan oleh stesen televisyen itu.

Zaharah berkata hakim Mahkamah Tinggi juga telah mendapati tiada niat jahat dalam laporan program tersebut.

Pasangan itu, selaku plaintif, memfailkan pernyataan tuntutan pada 5 Sept 2011 dengan mendakwa saluran televisyen itu antara pukul 12.30 tengah hari dan 1.30 tengah hari, 26 Jun tahun sama menyiarkan fitnah mengenai status perkahwinan serta hal ehwal peribadi mereka melalui rancangan Melodi.

Selain TV3, mereka menamakan penerbit Melodi, Azman Abd. Ghafar, wartawan hiburan, Michelle Wee Lili, syarikat ALT Media Sdn. Bhd. dan abang kandung Nurullah, Bustamam Zawawi sebagai defendan.
Pada 20 Dis tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan pihak perayu membayar ganti rugi RM250,000 kepada pasangan itu.

Pihak perayu diwakili peguam T.H. Liew manakala Nadzarin Wok Nordin mewakili pasangan tersebut.



http://www.astroawani.com/news/s ... nah-nurul-af2-39531
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok pun dia menang saman tue.. Lagi pun dia bukannye aktif melalak ataupun berlakon.. Good for her...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 09:05 PM | Show all posts
fizamn posted on 10-7-2014 08:49 PM
Elok pun dia menang saman tue.. Lagi pun dia bukannye aktif melalak ataupun berlakon.. Good for her. ...

mmg la tak aktif. dia duduk Wellington, NZ lagipun baguslah, dia elok sangat now, manis bertudung and all. teman suami belajar. the best place that a wife can ask for is by his husband's side I guess
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 09:41 PM | Show all posts
32 dah dia ni... bila dia kawin eh?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.081045 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list