CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syumaimah

[BEST]Kisah Aku dan Mistik [TAMAT]

[Copy link]
Post time 24-12-2013 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
tak saba tunggu tghari ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-12-2013 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Sambungan...

Dua tahun jugak la aku alami mimpi tu. Tapi adakalanya rupa dia adalah rupa orang orang yg aku kenal dan adakalanya dalam rupa lelaki berambut kerinting dan berkulit gelap. Mungkin sebab itulah aku lebih beranggapan itu hanya khayalan aku semata mata...

Tahun ketiga aku dah tak mimpi, kali ni dia datang real tp keadaannya berlaku antara aku sedar atau tidak.

Masa tu aku sambung buat degree di universiti yg sama cuma aku tinggal dengan abang aku serta isterinya. Jarak rumah abang aku dgn tempat aku belajar boleh tahan jauhnya. Aku kena naik dua bas. Aku malas nak menyewa area kampus sebab aku nak save budget, loan pengajian aku tak dpt lg.

Rutin aku, selepas subuh aku dah keluar tunggu bas dan dekat nak maghrib aku baru sampai rumah. Adakalanya lepas maghrib baru balik. Kalau bulan puasa tu berbuka dalam bas dah biasa. Tu lah rutin aku sebagai student berulang alik. Sedikit sebanyak gaya hidup aku tu menyebabkan aku sedikit jauh dgn ALLAH. Maklumlah badan letih kan. Solat pun sekadar solat. Baca quran dah jarang jarang. Mungkin ni antara sebab jugak benda tu makin berani ganggu aku.

Pertama terjadi selepas dua tahun ialah pada hari sabtu. Aku lupa tarikhnya.  Hari sabtu bermakna aku tiada kuliah so aku seronok la, boleh sambung tidur dan berehat rehat atas katil. Usai solat subuh dan sarapan aku masuk bilik dengan niat nak tidur puas puas harini.

Aku berbaring di katil. Tak amik masa lama, aku lelap. Sedang syok tidur tu aku terjaga(lebih kepada aku dikejutkan). Bila terjaga tu, aku yakin aku buka mata sebab aku nampak keadaan bilik aku dan aku yakin aku tak bermimpi kerana aku boleh dengar suara abang aku bersembang kat luar bilik aku dan aku boleh dengar suara radio dan suara burung berkicau dekat tingkap bilik aku. cuma yg pelik badan aku tak boleh digerakkan. Seperti kena tindih (sesiapa yg pernah kena tindih akan faham keadaan aku masa ni).

Dalam aku cuba nak gerakkan badan aku tu, aku terpandang ke pintu bilik aku yg sedang terkunci rapat. Masa tu aku nampak seorang lelaki masuk bilik aku dengan menembusi pintu tu. Terbeliak biji mata aku time tu.

Lelaki tu datang ke arah aku perlahan. Tidak berjalan tapi macam melayang. Dia makin menghampiri katil aku dan aku cuma mampu memandang dia dengan penuh kehairanan. Bergelut antara perasaan takut dan hairan.

Makin lama makin hampir dan akhir sekali dia sampai katil aku. Dia pandang tepat ke wajah aku. Tiba tiba pulak dia cium aku kat pipi dan belai rambut aku. Benda ni berlaku pantas dan sekejap je. Kedian dia bangun dan menuju ke pintu bilik dan hilang.

Bila dia dah hilang tu barulah aku boleh gerakkan badan. Aku bingkas bangun dan duduk di birai katil memikirkan apa yg aku alami sebentar tadi. Aku tak pernah alami sebelum ni dan aku tak tahu kenapa aku boleh alaminya.

Aku sedapkan hati aku dengan beranggapan ini khayalan aku je maklumlah dah nak dewasa kan... hehehehe. Tp dalam hati "huh scary jugak ye proses nak dewasa ni".

Aku bingkas bangun dan mandi utk pulihkan semangat aku. Dalam bilik mandi pun aku duk berfikir apa yg baru berlaku tadi. Sampai berjam jugak la aku duk dalam bilik air tu sampai kakak ipar aku ketuk pintu bilik air... hahahaha

Itu pertama kali berlaku dan aku tetap alaminya lagi dan lagi cuma tak sekerap mana.

Kali kedua aku alami masa aku lepak rumah sewa kawan aku. Keadaan yg sama sedang tidur dan aku terjaga juga tapi tak boleh gerakkan badan. Aku nampak kawan aku kiri kanan sedang tidur. Kemudian aku rasa pipi aku kena cium, rambut aku dibelai belai dan kain aku diselak sikit demi sedikit (maaf agak sensor). Haaa bab ni aku dah naik angin, aku cuba lawan. Aku cuba sedarkan diri aku utk halang benda tu buat perkara tak elok kat aku. Alhamdulillah aku berjaya gerakkan badan. Macam biasala bila terjaga tu aku memang letih, tercungap cungap sedikit.

Kisah aku alami ni aku memang tak story kat sesiapa lagi masa tu sebab aku lebih beranggapan khayalan aku... hehehehe

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Syumaimah posted on 24-12-2013 04:41 AM
Awak yg baca seram, sy yang bercerita dan mengimbas balik pun dah tak boleh tido ni. Huhuhuhu... ...

Haha best gak ceta ni..x da boring sngat..bole la buat kn sy berpindah ke katil kwn.haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2013 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
QziraH posted on 24-12-2013 10:33 AM
Haha best gak ceta ni..x da boring sngat..bole la buat kn sy berpindah ke katil kwn.haha

Hehehehe... aku ni x reti sgt nak mengarang tp aku cuba la ek... ni ok lg nnt ada lg scary bila benda tu start kacau aku dan dtg dlm rupa dia sebenar... ada masa, ada izinNYA aku citer... skang aku nak gi makan... jom makan... btw tq sudi baca kisah aku yg tak seberapa ni... kat sini aku nak bgtau para pompuan yg memang ada kws sebegini.  Aku penah jumpa kes siap kawin lg dgn makhluk tu. Pompuan pompuan kena pagar diri... klu ada perkara pelik berlaku cepat cepat scan jgn jd cam aku. Bertahun duk ingat berkhayal kan... hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 11:00 AM | Show all posts
lorhhh.. mane sambungan?? huhu
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 11:02 AM | Show all posts
wah, menarik cerita mistik kau ni.
jgn lupa sambung ya.
aku pun membaca dengan penuh perasaan.
rasa gerun pun ada.
siapakah lelaki yg dtg dengan berambut kerinting itu?
adakah dia setampan aaron aziz?
hehehe..maaf
aku cuma nak tahu siapakah dia..
teruskan berposting ya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-12-2013 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
little_red posted on 24-12-2013 11:00 AM
lorhhh.. mane sambungan?? huhu

Tu kat atas tu... nanti aku sambung kejap lg... insyaALLAH.  Tengkiu sudi baca...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2013 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
iznanaziz posted on 24-12-2013 11:02 AM
wah, menarik cerita mistik kau ni.
jgn lupa sambung ya.
aku pun membaca dengan penuh perasaan.

Huih kalau setampan aaron aziz, i rela u... eh tak la aku gurau je. Hehehehe....Aku pun x penah nampak muka mcm tu. Aku memang plan nak sambung tp citer aku ni meleret sket la sbb 6 tahun kan cuma aku story mana yg terbaik je la... hehehe. Anyway tq sudi baca
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-12-2013 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambungan...

Beberapa bulan kemudian loan pengajian aku lulus dan aku amik keputusan untuk menyewa di sekitar kampus bagi memudahkan aku gi kuliah. Aku menyewa rumah tu dengan 7 orang lagi. Ada yang dah kerja dan ada yang masih study macam aku. Aku bersyukur kerana housemate aku baik baik dan boleh ngam dgn aku cuma ada la sorang dua yang suka buat hal sendiri. Normal la tu as long dia tak ganggu hidup aku dan aku tak ganggu hidup dia.

Aku ditempatkan sebilik dgn kak Mas yg alim dan sporting beserta zura yang baik hati tapi lurus bendul. Kami memang akrab terutamanya zura. Zura ni dia biasa biasa je tapi dia cukup jaga hubungan dengan lelaki. Setiap maghrib dia akan baca quran. Tak miss melainkan time uzur syarie. Aku respek dgn dia nih. Begitu juga kak Mas. Bertudung labuh, alim tapi tegas. Dua dua aku suka dan sayang. Aku tak story lagi kisah aku ni kat mereka.

Rutin aku as a student macam biasa. Gi kuliah balik kuliah. Kuliah aku ada masa waktu malam. Hari tu aku ada kelas malam dan kelas tu tamat jam 10 malam. Jarak dewan kuliah dengan rumah aku lebih kurang 20 minit jalan kaki. Aku ni kategori student sengkek la sebab motor takde, kereta takde. Jalan kaki je. Tapi aku syukur sebab punya kaki. Alhamdulillah.

Malam tu aku balik jam 10 malam sorang sorang lalui bangunan bangunan suram dan pokok pokok rendang tu. Kalau di fikir fikir berani betul aku masa tu. Aku pun sikit tak rasa takut.... masa tu la.Masa sedang berjalan tu ada sorang student lelaki dengan motornya
Datang hampiri aku. Aku sedikit kaget. Bila hampir dekat dgn aku lelaki tu pandang aku semacam dan cepat cepat berlalu. Aih hairan aku. Apsal cara dia tu macam nampak sesuatu je. Aku kelih kat baju aku kot terbalik ke apa kan. Pandang kiri kanan, clear. Tak de pape pun. Aku malas nak fikir aku teruskan perjalanan aku. Sampai di tepi jalan tu tiba tiba pulak ada kereta perdana hitam berhenti tepi aku. "Dah sudah, apa pulak ni", bebel aku dalam hati.

Cermin kereta diturunkan, terpacul wajah seorang lelaki ni. Telahan aku, umur dia akhir 20 an dan baru balik kerja kot sebab lengkap dengan kemeja dan slack. Wajah dia aku tak perasan sebab gelap. Dia tegur aku...

Brader tu: Dik, nak gi mana mlm mlm ni?

Aku : (sedikit gagap).... errrr... errrr nak balik rumah. Baru abih kuliah.

Brader tu : Ish... bahaya jalan sorg malam malam ni. Meh abang hantar.

Aku terkejut) eh.... tak pe la bang, rumah saya dekat je pun. Saya jalan kaki la

Brader tu : Jangan takut... abang tak nak buat apa apa. Meh naik abang hantar. Bahaya ni malam malam camni.

Dalam hati aku "naik kereta dgn ko belum tentu lg aku selamat".... hehehhe

Sesi pujuk memujuk tu berlangsung hampir lima minit. Last last aku mengalah sebab brader tu beria sgt nak hantar aku dan aku tak larat dah berdiri je kat situ. Aku tawakkal mudah mudahan dia memang orang baik. aku duduk seat belakang sebagai langkah berjaga jaga.

Sampai dekat rumah sewa aku, brader tu sempat pesan "Dik, jgn berani sgt balik sorang malam malam. Bahaya banyak menanti". Aku akur tapi aku tiada pilihan.  Nak tak nak kena balik jalan kaki.

Cuma aku bersyukur sejak kes malam tu, bila ada kelas malam je pensyarah aku (perempuan) akan hantar aku balik...

Berbalik cerita tadi... sampai je kat rumah aku terua masuk bilik dan bersiap nak tidur. Entah macam mana aku rasa sedih sgt sgt, sayu sgt sgt. Rasa macam tak guna dah aku hidup kat dunia ni. Rasa macam nak mati je. Rasa macam nak nangis. Pelik juga tetiba je. Last sekali memang aku menangis. Aku pun tak tahu kenapa aku nangis  aku nangis beria ia sampai terisak isak hingga menarik perhatian housemate aku...

Melihatkan aku macam tu terus ustaz (kawan kami jugak) dipanggil untuk lihat keadaan aku. Tak lama kemudian ustaz tu datang tapi dia datang sorang je dan masa tu aku nampak dia datang dua orang. Satu orang tu berdiri je kat pintu utama sambil pandang aku, tegak. Berpakaian jadi jubah dan serban putih.

Ustaz tu ada la tiup tiup sikit dan bagi aku minum air. Alhamdulillah tak de pape pun.

Esoknya kawan kawan aku duk sembang pasal apa yang aku alami malam tadi. So ada la yang tercerita ustaz tu datang sorang. Yang aku ni pulak cakap datang dua orang. Bermatian jugak aku cakap memang datang dua orang. Satu berjubah dan berserban putih. Akhirnya aku akur bila seme housemate aku kata memang ustaz tu datang sorang... ehhh... siapakah gerangan orang kedua tu? Cuak jugak la aku...
Last edited by Syumaimah on 24-12-2013 01:26 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 01:33 PM | Show all posts
hehhe.. nak sambungan lagiiiiiii...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa org kedua tu...
Jeng jenh jeng...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2013 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kisah malam tu tak habis di situ...

Selang beberapa hari kemudian aku tengah tidur bersama dua roommate aku tu. Aku tidur tepi dinding. Malam tu alhamdulillah aku tidur lena. Sebenarnya dah lama jugak 'dia' tak datang dan aku pun hampir lupa dah. Aku ingatkan memang dah tak ada apa apa. Tapi malam tu teruk aku kena usik.

Sedang asyik tidur tu, aku sedikit tersentak kerana aku dapat rasakan ada satu tangan sedang meraba badan aku (sori... sensor sket). Memang aku rasa tangan bukannya binatang ke apa ke. Aku yakin tangan. Masa tu pulak aku tidur telentang. Sempat lagi aku berfikir "ish... sape pulak nak pedajal aku malam malam ni. Ni mesti si zura ni (zura tidur sebelah aku). Tapi tak kan zura ni berani sangat pedajal aku macam ni. Tak logik ni".

Aku buka mata, bila aku buka mata tu serentak rabaan tu hilang. "Ish... aku mimpi ke? Kalau mimpi tak kan real rasa tu". Sebenarnya time kena raba oleh tangan tu aku tak sempat pun nak rasa syok ke apa sebab aku macam pelik la kan. Teringat pulak apa yg dah aku alami sebelum ni.

Aku pandang zura dan kak mas. Lena je mereka tidur. Aku tak puas hati, nak je aku kejutkan si zura tu tanya "ko ke yang buat" tapi aku tahankan diri aku dan tunggu esok pagi aku nak tanya. Aku sambung tidur tapi kali ni aku mengiring. Alhamdulillah kali ni tiada apa apa gangguan...

Esoknya, dalam bilik aku cerita apa yang aku alami malam tadi dekat kak mas dan zura. Zura memang menafikan yg dia ada usik aku malam tadi dan aku percaya. Tak kan la dia tergamak nak raba aku kot. Lagipun kami ni bukan lesbian... hehehehe...

Aku pun story jugak apa yang aku alami sebelum sebelum ni. Mendengar kan cerita aku tu, kak Mas bersuara "akak rasakan, ada benda la yang suka dan follow ko ni. Better ko gi jumpa ustaz dan scan". Kalau tiga tahun lepas aku gelak bila kak Ina cakap macam ni kat aku. Tapi kali ni aku terdiam. Jauh di sudut hati aku, aku rasa memang ada sesuatu tak kena dengan aku. Lebih lebih lagi kejadian malam tadi dan sebelumnya tu cukup kuat mengatakan ada sesuatu tak kena.

Aku pergi jumpa ustaz yang kak Mas rekemenkan. Menurut kak Mas ustaz ni memamg pandai ubat orang. Aku gi sorang je sebab aku memang suka buat kerja sorang sorang... heh...

Masa jumpa ustaz tu dia minta aku hulurkan tangan kanan dan kiri. Dia scan aku melalui tangan aku. Selesai,  dia pandang aku dan berkata "memang ada benda yang sedang follow awak. Dah lama dia follow awak. Dia suka awak. Mungkin dia pernah tengok awak mandi atau awak salin baju dan dia terpikat (ayat ni memang aku tak boleh lupa... hehehe) so dia ikut awak. Cuma saya tak pasti asal dia dari mana."

Bila dengar ustaz tu cakap macam tu aku masih rasa 60% kebenaran. Aku nak try check dengan perubatan moden. Mana tahu kalau kalau aku ni ada gangguan mental ke.... hehehehe...

Nanti ada masa aku citer pulak aku hampir histeria masa tengah junpa doktor pakar mental... hehehe

Bersambung...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2013 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
esgonjes posted on 24-12-2013 01:49 PM
Siapa org kedua tu...
Jeng jenh jeng...

Entah la tapi aku rasa mungkin pendamping ustaz tu sebab memang aku nampak dan aku ingat lagi saat tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2013 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
little_red posted on 24-12-2013 01:33 PM
hehhe.. nak sambungan lagiiiiiii...

Dah aku dah sambung tu... tengkiu ke sudi baca... jenuh gak aku nak ingatkan balik apa yg dah aku lalui sampai x leh tido aku malam tadi... tp x pe aku cuba share. Mudah mudahan ada iktibar utk kaum wanita terutamanya
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 02:12 PM | Show all posts
pehhh
nak lagi TT
Aku sabar menanti sambungan seterusnyaaa
hurmmmm dulu pun aku penah kena tindih ngan lembaga gelap berbulu kerinting halus lembut
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2013 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi posted on 24-12-2013 02:12 PM
pehhh
nak lagi TT
Aku sabar menanti sambungan seterusnyaaa

InsyaALLAH. .. ada masa aku sambung. Tu la puak ni suka naw tindih menindih ni. Aku skang dah trauma nak tido telentang. Mesti mengiring. Kalau rasa nak telentang gak harus ada bantal atas badan aku... hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2013 02:39 PM | Show all posts
nnt dah sambung jgn lupe panggil aku ke sini.. hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2013 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Actually aku hampir lupa kenangan seram tapi lawak berlaku dalam masa tiga tahun tu...

Kisahnya macam ni, aku ni jenis kemana mana suka seorang diri. Sebab aku tak nak susahkan kawan kawan aku. Aku suka lepak dekat masjid area rumah aku ni. Boleh dikatakan setiap hari la aku lepak situ. Sama ada berhenti untuk solat atau aku hadir majlis ilmu. Masjid dia ni besar jugak. Tandas pompuan kat bahagian belakang berdekatan tandas lelaki.

Jadi nak dijadikan cerita, hari tu aku lepak masjid tu sambil tunggu nak solat maghrib. Selalunya after maghrib ada je ceramah tapi hari tu tak de pulak so aku duduk la jugak.

Dalam nak tunggu maghrib tu tetiba pulak aku terasa nak gi tandas. So aku dengan selamba dan berani nya gi la tandas tu kat bahagian belakang sekali. Sunyi jugak tandas tu. Sekali aku masuk rupanya tak de karan... aiseh... buang karen betul. Nak tak nak aku kena jugak masuk tandas tu wp gelap tak berapa gelap sgt masih lg ada samar samar cahaya.

Tandas tu pulak jenis pintu dia senteng sket... korang tau kan... so masa aku duk dalam tandas tu, mata aku tertumpu di pintu tandas. Korang tau tak apa aku nampak? Aku nampak sebelah kaki lelaki berdiri tepi pintu tu. Kaki dia boleh tahan jugak besarnya. Siap berbulu lagi betis dia...dan tak pakai kasut, just kaki ayam..

Yang aku ni pulak rasa takut tapi lebih kepada rasa nak tahu. Kaki sapela agaknya... so aku plan nak buka pintu nak tengok kaki sape. Bila aku buka pintu tu, tak de pulak orangnya...

Ish... aku garu garu kepala yg tak gatal... ah lantak la janji dah settle so aku terus amik wudhuk dan gi solat maghrib...

Cerita tu tak abih kat situ rupanya... dua minggu kemudian aku datang lagi masjid tu dan kali ni aku nak tumpang solat asar. Macam biasa aku gi tandas dlu. Suasana sunyi sebab waktu asar ramai yang masih sibuk kat pejabat dan kuliah. Aku sorang sorang masuk tandas tu dan aku yakin tak de yg follow aku...

Sekali tu bila aku kat dalam tu, aku terpandang kat pintu tandas yg senteng tu dan terjulur tangan lelaki tengah buat tanda lucah... terkejut aku.... mula tu aku rasa takut sgt tapi tiba tiba pulak aku rasa geram sgt.

Aku jerit "astaghfirullah hal azim" (dalam tandas mana boleh baca ayat suci kan tp aku tak sempat nak fikir dah). Aku buka pintu tandas dgn seribu geram nak tumbuk muka lelaki tu.. berani dia kacau aku macam tu... memang aku nak belasah dia walhal masa tu aku pakai baju kurung.

Bila aku buka je pintu, eh tak de orang pulak. Kedia aku cepat cepat keluar tandas dan tenguk sekeliling... eh tak de orang pulak. Masa tu aku tak sempat nak sarung selipar aku... aku sempat sarung sebelah je sebab nak kejar penjahat ni.

Yang pelik tu x de cuma ada pakcik tukang kebun sedang potong pokok. Aku ni pandang tajam je kat pakcik tu, mana la tahu pakcik tu punya kerja pastu purak purak potong pokok...heheheehe...

Masa tu aku tak dan solat asar aku terus balik rumah dgn pakai selipar sebelah je... hehehe

Sejak kejadian tu sempat la aku trauma berbulan nak masuk tandas hatta tandas umah sewa aku sendiri... hehehehe... hampeh... Last edited by Syumaimah on 24-12-2013 02:47 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2013 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
little_red posted on 24-12-2013 02:39 PM
nnt dah sambung jgn lupe panggil aku ke sini.. hehe

Marilaaaaa.... marilaaaaa... aku dah sambung tu... hehehe... scary tak aku panggil tu... hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 02:55 PM | Show all posts
Syumaimah posted on 24-12-2013 02:17 PM
InsyaALLAH. .. ada masa aku sambung. Tu la puak ni suka naw tindih menindih ni. Aku skang dah trau ...

cerita jgn tak cerita tak sabar nak tau kesudahan n nk tau pasal ko kata nnt dia akan dtg ngan wajah sebenarnya yg macho ituu
aku kena ngn hat berbulu masa dlm pantang
masa blm kawen selalu gak kena tp xpnh tunjuk rupa
masa dlm pantang tu pun cuma tunjuk bulu je
terasa bulu tu sbb terasa kat pipi aku hokayyy
dia mcm peluk tapi sebenarnya tindih smp susah nk bernafas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:44 PM GMT+8 , Processed in 1.148817 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list