CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syumaimah

[BEST]Kisah Aku dan Mistik [TAMAT]

[Copy link]
 Author| Post time 26-12-2013 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru perasan thread aku ni di pushed up kat Portal. Tq momod wp aku rasa thread aku ni tak menarik dan tak seram pun... hehehehe

Cuma hope ada iktibar dan panduan walau sikit Last edited by Syumaimah on 26-12-2013 08:19 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2013 09:07 AM | Show all posts
pestime aku follow tred secara serius..keep it up tt..
kwn aku pun alami benda sama
die lg teruk..tido selama sebulan...
smpi bdn die yg gemuk berisi jd kurus...
stat lepas tuh hijab die terbukak...
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2013 09:54 AM | Show all posts
Syumaimah posted on 26-12-2013 08:06 AM
Ye ustaz pun kata gitu. Once kena badan kita dah jd highway makhluk tu. Klu x jaga jaga boleh kena ...

Rasanya macam payah je. Mungkin kena jumpa orang2 yg pandai tutupkan hijab awak tu.
Elok soalan ni di ajukan pada forumer2 MPS yg arif berkenaan masalah ni


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2013 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
ryumaira posted on 26-12-2013 09:07 AM
pestime aku follow tred secara serius..keep it up tt..
kwn aku pun alami benda sama
die lg teruk.. ...


Tengkiu...

Ye aku pun sempat gak merasai terlantar kat tilam x leh gerak tp aku bernasib baik sbb tak lama terlantar mungkin semangat nak pulih tu kuat kot... kisah ni aku citer lepas ni... Last edited by Syumaimah on 26-12-2013 10:55 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2013 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
starcity posted on 26-12-2013 09:54 AM
Rasanya macam payah je. Mungkin kena jumpa orang2 yg pandai tutupkan hijab awak tu.
Elok soalan n ...

Molek gak tu... tengkiu...
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2013 11:13 AM | Show all posts
tt tahniah kerana cerita yang sgt menarik utk dibaca
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-12-2013 11:28 AM | Show all posts
menunggu sambungan, TT . gelinya wehh, hisap lidah dengan menatang tuhh . .
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2013 11:51 AM | Show all posts
Tahniah atas jalan cerita yg senang untuk di fahami...
Menunggu sambungan TT dgn sabar... & Alhamdulillah TT dah sembuh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-12-2013 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
AmiraLee posted on 26-12-2013 11:28 AM
menunggu sambungan, TT . gelinya wehh, hisap lidah dengan menatang tuhh . .

Tengkiu...

Saya tak mintak pun... uhukkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2013 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
eeeii..mane sambungan...hihi..
sy dok next2 mnghrpkn ade smbungn...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2013 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambungan...

Kisah seterusnya ni ada sikit unsur unsur 18 sx dan benda ni berlaku secara roh bukan fizikal dan aku dah sahkan dgn doktor perubatan modern dan juga perawat islam. Jd aku mohon jgn tanya lebih lebih adegan 18 sx tu sbb aku tak mampu nak jawab. Korang baca je la yer. ..

***************

Lepas kes dia datang dlm rupa bentuk asal dia tu, hidup aku dah mula kucar kacir. Tak terurus. Aku sering termenung dan menyendiri. Seolah aku ni dalam dunia lain. Aku kurang peka dengan persekitaran. Ada kala aku rasa sayang kat makhluk tu, rasa nak ikut dia.

Ada kala aku bercakap sorang sorang. Ada kala aku nampak susuk tubuh tu di sisi aku. Kerap aku lihat lintasan lembaga hitam tp sekadar itu sahaja.

Aku lebih suka habiskan masa dengan tidur dan aku dah start ponteng kuliah. Kawan kawan serumah dan kawan sekuliah perasaan perubahan aku. Mana yg tahu kisah aku ni depa bagi support bagi yg tak tahu, mencemuh.

Hingga aku rasa dah putus harapan utk pulih. Aku dah tak teruskan rawatan tu. Kalau benda tu nak suh aku jadi gila, biar la aku jadi gila. Kalau benda tu nak bawak aku ke alam dia pun, bawak lah. Aku dah tak amik pusing.

Tapi zura dan kak mas terus terusan bagi semangat pada aku. Hinggalah pada satu hari...

Pada hari cuti umum,  aku bangun awal dari biasa. Aku mandi, solat, kemas rumas dan masak sarapan pagi utk housemate aku.

Dalam tengahhari aku mengantuk sgt...  Mungkin kerana aku bangun awal pagi. Aku pun tidur. Housemate ada yg keluar dan ada dalam bilik masing masing.  Aku tidur di bilik bersama zura.

Sekali lagi aku kena tindih. aku nampak zura disebelah sedang tidur... aku nampak kipas berpusing...Tapi lain macam kali ni. Aku tak nampak susuk tubuh tapi aku rasa pipi aku dicium, rambut aku dibelai dan kain aku tersingkap sikit demi sikit. Kalau dulu aku lawan tp hari ni aku menyerah. Menyerah sebab aku dah bosan kena kacau, aku nak tahu apa dia boleh buat kat aku.

Dan akhirnya perkara yang ustaz ingatkan selalu tu terjadi jugak.... (sila jgn tanya lebih lebih)

Aku terjaga... badan aku sengal dan sakit sangat. Ada kesan lebam... aku duduk dan berfikir apa yg baru terjadi tadi.

Aku bangun dan berdiri nak ke dapur, tiba tiba aku jatuh terduduk. Bumi yg aku pijak seperti beralun. Bilik tu rasa seperti berpusing pusing. Aku pegang kepala... ish... kenapa tiba tiba pening ni. Pagi tadi elok je...

Tiba tiba aku rasa mual dan loya. Cepat cepat aku berlari (sedikit huyung hayang) ke tandas dan muntah..

Aku muntah dan muntah tak berhenti. Habis segala makanan keluar. Last sekali dah tak de apa nak keluar. Aku pengsan di bilik air.

Sedar sedar, aku dah ada di tilam. Kiri kanan beberapa housemate pandang aku dgn tanda tanya. Aku diamkan diri.

Hari tu tiga, empat kali aku muntah... zura ajak aku ke klinik tp aku tak nak. Aku rasa esok ok dah kot.

Aku masih tak boleh bangun. Malam tu sekali lagi aku muntah. aku cuba ke sinki dan muntah. Selesai muntah sekali lagi aku pengsan di dapur.

Kali ni zura nekad bawak aku ke klinik. Sampai di klinik aku di bawa ke wad kecemasan. Hasil pemeriksaan doktor menyatakan aku sihat. Tiada apa apa keabnormalan pd aku cuma tekanan darah aku rendah sebab banyak muntah. Doktor bagi suntikan utk hentikan muntah.

Dalam perjalanan pulang aku cerita kat zura apa yg berlaku sebelum aku muntah. Tiba tiba zura tekan brek kereta mengejut. Nasib baik x eksiden.

Dia pandang aku "kan ustaz tu dah pesan jgn setuju. Ko kenapa?".

Aku diam malas nak bertekak. Zura tak kan faham apa aku alami. Lihat aku diam dia teruskan memandu tp kali ni muka dia masam..aku tahu dia marah...

Sampai kat rumah aku tidur...

Dua hari jugak aku macam tu. Kalau nak mandi, zura yg mandikan. Kalau nak makan zura yg sediakan. marah marah pun tetap jaga aku.

Malam seterusnya....

Malam tu aku lain macam (kata zura). Aku macam resah gelisah kat tilam.

Memang aku rasa lain macam. Rasa panas, berdebar. Lidah aku rasa tertarik ke belakang dan aku rasa sukar sgt nak bercakap. Lidah aku jadi pendek. Bila bercakap, aku jadi sedikit pelat. Nak bercakap pun sampai berkerut muka. Punyalah susah.

Tengok aku macam tu, housemate letakkan aku kat tengah ruang tamu dan masing masing baca yassin.  Tiba tiba pulak aku meracau racau. Aku menangis minta berhenti baca yassin sbb aku kepanasan. Aku pegang zura, merayu minta berhenti.

Tp sampai sudah mereka baca yassin.  Last last aku tertidur....

Bersambung...

(Penat aku taip... heheheh)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2013 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
wiu posted on 26-12-2013 12:12 PM
eeeii..mane sambungan...hihi..
sy dok next2 mnghrpkn ade smbungn...

Dah sambung. ..

Nnt sambung lg sbb guna smartphone agak terbatas. Laptop aku hampeh. ...
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2013 12:48 PM | Show all posts
Syumaimah posted on 26-12-2013 12:43 PM
Dah sambung. ..

Nnt sambung lg sbb guna smartphone agak terbatas. Laptop aku hampeh. ...

TT teruskan sambungan citer awak..
sabar menunggu...


Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2013 01:19 PM | Show all posts
tak sabar ni TT... sambung, jangan tak sambung..
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2013 01:27 PM | Show all posts
sebelum aku gi lunch, aku baca cita kau ni, makin bersemangat aku nak dgr cerita seterusnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2013 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambungan. ...

Time ni aku tak bg zura maklumkan pd famili aku tentang keadaan aku sbb aku nak handle sendiri.

Esoknya aku rasa sedikit sihat cuma masih terbaring di tilam. Housemate seme keluar kerja n ke kuliah. Zura aku suruh pegi kerja sbb aku mampu jaga diri.

Bila semua org dah tak de, aku bersiap wp dlm kepayahan dan call teksi minta hantar aku ke klinik universiti. Aku nak amik MC sebab hari ni aku ada test. Kalau x de MC aku x leh buat ulangan test.

Sampai di klinik universiti,  doktor check aku dan hantar aku ke hospital berdekatan dgn menaiki ambulans (dapat merasa naik ambulans)....

Sampai je di hospital tu aku disorongkan ke wad kecemasan (mungkin keadaan fizikal aku yg lemah sgt)...

Aku jalani ujian darah dan ujian air kencing. Doktor maklumkan pd aku yg aku sihat. Tiada masalah berdasarkan ujian tersebut. Aku naik angin dan marah doktor "sy sakit mcm ni, dgn muka pucat, nak jln pun terhegeh hegeh doktor kata sy sihat?"... doktor tu jawab "dah ujian pemeriksaan ni menunjukkan awak sihat"...

Geram dgn doktor, aku balik (menaiki teksi). Sampai di rumah, aku masih rasa geram. Aku call jiran minta hantar aku ke Darus syifa...

Sampai je darul syifa', org ramai sgt sbb hari tu Ustaz Harun Din sendiri yg merawat. Biarlah org ramai pun aku tetap nak dirawat sbb dah tak sanggup mcm ni.

Aku daftarkan diri ke kaunter. Bila terpandang je muka aku, ustaz tu cepat cepat suh aku masuk dalam bilik. Tak yah tunggu turn. Fuhhh.... lega...

Dalam bilik tu aku duduk di kerusi. Sebelah aku ada sorang ustaz duduk di kerusi dan belakang aku ada sorang lg ustaz sedang berdiri.

Rawatan dimulakan dgn bacaan ayat suci al quran. Ustaz yg duduk sebelah aku tu baca ayat tu di telinga aku. Aku menggelupur kesakitan. Meraung raung dan menangis. Aku sedar tp mcm sesuatu yg kontrol aku time tu... Ustaz masih terus kan bacaannya..

Bila nampak aku meraung raung tu, aku dengar ustaz kat belakang aku tu azan kuat kuat dan tepuk belakang aku sekuat hati. Aku terdorong ke depan dan terus lemah...

Bila aku dah berhenti meraung tu, ustaz sapu air ke muka aku dan beri aku minum.

Ustaz tu pesan supaya aku minum air yg dia bekalkan tu dan perbanyakkan ibadah.

Tiba tiba aku rasa sihat, badan aku ringan je dan aku balik dgn happy nya... hehehe

Sampai rumah aku call zura suh dia balik makan tengahhari sbb aku dah masak utk dia...

Soalan pertama dia tanya dlm telefon tu "eh... ko dah baik ke? Biar betul."..... aku gelak je...

Sejak tu hidup aku makin pulih wp benda tu belum lg tinggalkan aku sepenuhnya. Aku masih lg dptkan rawatan di darus syifa'...

Citer ni x abih lg. Ada sikit lg. Kisah mcm mana sesi dialog jin tu dgn ustaz dan macam mana aku bebas sepenuhnya....


Last edited by Syumaimah on 26-12-2013 01:44 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2013 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagi...lagi...lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2013 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
kajol77 posted on 26-12-2013 01:45 PM
Lagi...lagi...lagi...

Hehehehe....

Sabar... sabar... Actually tengkiu sudi baca
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2013 01:57 PM | Show all posts
menarik sangat cite ni..
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2013 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Besttt sgt tt !!!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:57 AM GMT+8 , Processed in 0.257616 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list